........... Hadi - Siapa Yang Haramkan Kerjasama Dengan Kafir, Orang itu Tidak Faham Quran dan Sunnah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi - Siapa Yang Haramkan Kerjasama Dengan Kafir, Orang itu Tidak Faham Quran dan Sunnah

Saturday, October 27, 201210comments

''Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW."

Cuba teka siapa yang berkata begitu dan teka juga kenyataan itu ditujukan kepada siapa ? Mereka yang belum baca artikel berkaitan, pastinya akan meneka kenyataan diatas diucap oleh orang Umno yang ditujukan kepada pemimpin Pas ... kan , kan ?

Saya sendiri baca 2-3 kali perenggan seterusnya..... macam tak percaya la pulak.

Itulah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerjasama dengan DAP ketika menyampaikan ceramah sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, pada Ahad lalu.

Ustaz Hadi yang cakap begitu ? Biar betuuuuulll ..... Saya malas nak cari balik kenyataan2 lama pemimpin2 Pas bagi menyangkal kenyataan Hadi itu. Saya rasa semua orang pun tahu siapa atau dari parti mana yang suka menghukum itu Haram, ini Haram ....

Secara logiknya, Umno dari PRU1 lagi sudah bekerjasama dengan orang kafir jadi mustahil orang Umno akan keluarkan kenyataan itu. Jadi Hadi maksudkan siapa yang tak reti alQuran dan Sunnah tu ?

 
Pada Ogos 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram. ....

Tetapi tidak mengapalah mungkin pemimpin-pemimpin Pas kini semakin memahami betapa pentingnya kerjasama dengan parti bukan Islam. Mereka sudah faham sekarang realiti politik Malaysia.

Oleh itu bagi membolehkan kesepakatan yang dicapai bersama DAP maka Abdul Hadi menganggap mereka tidak faham hubungan yang dipanggil 'tahaluf siasi' itu sebagai ''...ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalam Nabi SAW seluruhnya...''

Baca seterusnya artikel Utusan 24/10 - Pas semakin faham realiti politik  

Apakata kita provoke Hadi supaya memberi komen tentang Amanat Hadinya yang menghalalkan perang keatas  mereka yang mengamal dan mempertahankan  Perlembagaan serta Undang2 SEDIA ADA seperti sekarang kononnya semua itu hasil tinggalan penjajah.

Sekarang Hadi pula yang mengetuai barisan Pas berikrar akan menjunjung Perlembagaan Negara yang sama beliau haramkan dulu ....

Betullah.... demi memiliki KUASA, sesetengah orang sanggup buat APA SAJA ....  Agama, bangsa ... semuanya dijadikan bahan untuk tawar menawar.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 10:14 PM

Dia buang mana ayat 9 surah al Mumtahanah?

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 10:27 PM

alMumtahanah ayat 9 -

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

http://www.surah.my/60

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 10:39 PM

Hj Hadi & Nik Aziz kaki belit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 11:09 PM

Mereka mahu ke Madinah, tetapi mereka menghala ke Rom.

Ramai orang mahu menegakkan negara Islam sebagaimana masyarakat Islam Madinah suatu masa dahulu, tetapi mereka menggunakan jalan Nasara dan Yahudi, iaitu demokrasi.

Adakah mungkin bertemu Madinah?

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2012 at 12:44 AM

hahhaa..isu amanat haji hadi tu dah lapuk bro.kalu mainkan pun nampak sgt mcm penulis tiada isu yg hendak diperjuangkan.kena cari isu yg terkini spt mcmna skng geng muhyideen tgh bersiap nak terlungkupkan najib.pastu isu yg ahli umno akan sabotaj kalu tak terpilih dlm pru ni...bukan isu mcm ni bro...cari isu yg melangkaui masa bro..yg lepas jadikan sejarah..

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2012 at 12:55 AM

hahahaha ... pro Pas memang tak boleh nak jawap kalau main isu retro. Jalan keluar senang jer - itu semua isu lapok, kita di era lain.

APakah hukum dan fatwa pemimpin Pas ada tarikh luput ? Berapa tahun sebelum satu2 fatwa itu dianggap lapok ?

Sekurang2nya saya main isu yang ada bukti nyata bukan FITNAH atau main serkap jarang macam isu scorpene atau isu Najib vs Muhyiddin :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2012 at 1:25 AM

Hah haaa... Kemas dan tepat jwp mu bro, kalau abby pulak, dia akan kata isu yang tidak membantu perjuangan. Ini bermaksud, bila mereka kantoi, maka mereka akan cepat2 mahu lupakan dan create isu lain, ajak kita sama supaya lupakannya. Si anon kat atas pulak kata isu dah lapok, tapi yang anehnya mereka juga yang kata islam itu tidak lapok (memang benar) tapi demi politik dan kuasa, islam dan hukumnya jadi lapok. Kalau masih ada pencacai yang percaya perjuangan sesat pas, maka mereka patut istiqfar banyak2 dan muhasabah diri. Tanya diri mereka, kenapa dilahirkan kedunia, untuk apa dan bagaimana kesudahan mereka ditempat yang kekal abadi. Kalau hanya nak untung didunia, sengsara di akhirat, maka adalah tidak berbaloi mereka menyesatkan diri dan rakyat dgn putar belit mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2012 at 8:15 AM

TERLALU BANYAK SANGAT KELUAR KENYATAAN SEBAB TU YG LAMA DAH LUPA

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 28, 2012 at 11:17 AM

Politik Hj Hadi dan Pas malas nak komen ,hanya orang yang befikir dan melihat sahaja yang bolih menilai.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2012 at 12:43 PM

woi anon,

isu KECIK tengkorak ko la..Kalau dia ckp bnda2 yg tak ada kena mengena dgn hukum hakam tak apa la..Contoh dia ckp "AMBO HANYA MAKE NASIK DAGANG,AMBO DOK MAKE CHICKEN CHOP",tetiba hari dia mkn chicken chop.Lantak la.

Ini ckp bab hukum hakam,bersabit dgn kafir plak.Lepas 2 ckp LAPOK.Ko ingt Islam 2 abah ko punya ker??Suka2 hati nk ckp lapok la,dah tak laku bagai.

Post a Comment