........... GERENTI Cap Jari Tak DiSiarkan Pencacai Pas ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GERENTI Cap Jari Tak DiSiarkan Pencacai Pas !

Saturday, October 20, 20127comments

Ini saya sendiri terpaksa akui memang SALAH UMNO !

Wang sara hidup yang dibayar SETIAP BULAN selama beberapa tahun tidak boleh dilabel sebagai beli undi. Yang ini memang kena respek. Cuma berita2 sebegini tidak mungkin dihebahkan oleh media pembangkang walaupun mungkin ada keluarga atau sanak saudara mereka yang terlibat. Kan ?

 


19 Oktober 2012

600 nelayan Besut terima elaun sara hidup

 

Seramai 600 nelayan daerah Besut menerima bayaran elaun sara hidup yang disampai secara tunai kepada nelayan terbabit hari ini.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Besut, Kampung Raja itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKM),Datuk,Mohd Khaidir Hamzah.


Pengagihan wang sara hidup bernilai RM200 sebulan yang sebelum ini dimasukkan ke dalam akaun penerima kini diberikan secara tunai bagi memudahkan nelayan terbabit.

Mohd Khaidir berkata, nelayan pembayaran elaun sara hidup itu sepatutnya ditamatkan pada 2010 tetapi kerajaan membuat pertimbangan untuk meneruskan elaun berkenaan kerana prihatin terhadap golongan nelayan.

Menurutnya, Perdana Menteri,Dato’ Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan nasib nelayan bersetuju untuk meneruskan pemberian elaun itu kerana tidak mahu nelayan menghadapi masalah menyara hidup keluarga.

Beliau berkata, dalam pembentangan bajet 2013 Perdana Menteri juga mempuruntukan RM230 juta untuk membantu nelayan di seluruh negara.

Selain memberi subsidi disel dan elaun sara hiduk kerajaan melalui LKIM juga menyediakan kemudahan membaik pulih rumah nelayan.

Sehubungan itu,60,000 nelayan seluruh negara kini menikmati pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan untuk membantu golongan terbabit.

PS- Kita duk berpolitik hari-hari dialam maya, tapi didunia sebenar, duit kena cari, mulut kena disuap, belanja sekolah anak2 kena dicari  ...... tapi berita2 begini tidak dihebahkan. Yang bagus dipuji, yang jelek ditegur .... tak gitu ? 

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 7:07 AM

segalanya boleh, tapi saya takut kelak masyarakat hai ini dan esok asyik mengharapkan bantuan kerajaan saja. apa apa pun boleh tetapi disamping itu hendaklah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan keluar dari kepompong mengharapkan kerajaan. manalah tahu disuatu masa nanti kerajaan berhenti memberi, masa itu pula akan dicaci dan dicemuh pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 9:34 AM

Satu peringatan yang bagus. Kita juga tidak mahu mendidik umat peminta sedekah. Seperti juga pemberian wang ehsan yang beterusan, sekarang wang ehsan sudah dimasukkan dalam bajet rakyat ganu. Kalau tak diberi, jem belanjawan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 9:37 AM

dok subsidi tapi ikan mahal juga kat pasar, nelayan jual RM1, peraih jual RM5, penjual RM8

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 10:12 AM

Dah si peraih ngan penjual pun nak subsidi juga hehehehe...

Saya biasa beli ikan di jeti pulau kambing je, segar dan murah sikit. Teganu untung sebab banyak jeti di sungai2 utama yang menjadi port nelayan. Rajin2 lah kesana. .ah

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 11:48 AM

Salam bro. Mohon pautkan blog saya. Saya sudah pautkan blog bro. Tq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 12:04 PM

rakyat hari ini terlalu dimanjakan. segalanya mengharapkan kerajaan. kalau dahulu longkang dibelakan rumah rosak, kena buat sendiri, bajet sendiri. sekarang dah terbalik. bukan saja longkang, dari bujang sehiggakan beranak dan mati pun harapkan kerajaan. kalau tak kasi, tak dapat undi dan bila tak dapat undi tak dapat lak kuasa. kalau dah najib cakap orang dulu dah buat, maka kena ikutkan saja dan berikan lebih lagi baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 12:35 PM

Out topic sikit Din:

Petikan Temuramah pelakon PORNO THE STAR:

“”Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua,” kata Tan.”Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.”Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka,” kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.”Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar,” katanya.”Melakukan perkara-perkara seperti ‘bungee-jumping’ atau terjunan udara adalah perkara biasa,” katanya. “Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
.
“Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:

- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama ‘Vivian’.
- “Alvin mempunyai ‘keterujaan’ untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui “kawan atas kawan” di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya.”
– Vivian Mengenai rakaman video seks.
“Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja” – Alvin
- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?
“Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka.” – Alvin
- Adakah dia menyesal apa-apa ini?
“Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. “-. Alvin

ADAKAH STAR SUDAH GILA mempromosikan seks bebas? Adakah masyarakat CINA sudah hilang nilai MORAL? KDN patut bertindak. Mana dia RAIS YATIM yg mengawal radio? Apakata pemimpin CINA? DAPster yg menjunjung moral? What had happened to MALAYSIA?

Post a Comment