........... EKSKLUSIF - Puan Sherifah @ Foto Point Suria KLCC - MY STORY | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

EKSKLUSIF - Puan Sherifah @ Foto Point Suria KLCC - MY STORY

Monday, October 29, 201214comments

Berikut adalah penceritaan dari Puan Sherifah sendiri yang beliau emelkan kepada saya. Tujuan utama saya paparkan disini adalah supaya kita dapat gambaran sebenar siapakah usahawan Melayu yang kita duk baca dan bincangkan dalam kes Diskriminasi Suria KLCC sebelum ini. ( KLiK )

Apa yang penting disini adalah Puan Sherifah adalah orang biasa yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ketahap dimana beliau berada sekarang. Bukan melalui kabel politik, bukan melalui rasuah tapi atas keupayaan sendiri disamping sokongan dan bantuan suami serta rakan2.

Kes Puan Sherifah Vs Suria KLCC Vs Diskriminasi Perkauman Vs HAK BANGSA MELAYU belum selesai lagi ....... ia baru nak panas ! 

Dan kami TAGIH SOKONGAN dari anda semua ...

PS - Saya gelapkan rujukan kepada bangsa ... saya tidak mahu artikel ini bersifat prejudis. Dan supaya orang Dap @ Pakatan Rakyat juga boleh baca tanpa was-was...


1994-1997
 
Minat dan kesungguhan sejak kecil telah mendorong Sherifah Salim menceburi perniagaan Fotografi dan Kamera. Kini beliau hampir 19 tahun berkecimpung dalam bidang penuh mencabar ini dan telah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan termasuk yang sedang dihadapi sekarang.


Sherifah dibesarkan dalam kelompok peniaga2 kecil di Pasar Minggu Kampung Baru, Kuala Lumpur yang serba kekurangan dari tahun 1960an hingga awal 1980an.  Ibunya Fatimah Hassan merupakan peniaga barang2 tembaga dan peralatan kueh yang dibeli dari Terengganu dan Kelantan.


Kedai papan di Pasar Minggu juga merupakan tempat tinggal keluarga beliau yang dihuni 6 orang. Suasana sempit, panas dan terpaksa tidur di ruang loteng serta berkongsi tandas awam, bising dan kerap dilanda banjir merupakan asam garam penghuni di situ. Namun peristiwa yang masih menjadi ingatan Sherifah ialah ketika keluarganya terpaksa berselindung di Masjid Jamek Kampung Baru selama beberapa hari apabila tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Beliau baru berusia 8 tahun ketika itu.


Sejak di bangku sekolah rendah hinggalah tamat sekolah menengah, Sherifah sudah mula membantu keluarganya berniaga di Pasar Minggu dan di pasar2 malam sekitar Kuala Lumpur, Kelang dan Melaka. Selepas tamat persekolahan beliau bekerja beberapa tahun sebagai kerani dan penyambut tetamu. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dan disebabkan keadaan ekonomi yang meleset ketika itu, beliau pernah berniaga popia di sebuah gerai kecil di Ampang selama beberapa bulan sebelum kembali bekerja.


1987-1988
 
Pada suatu hari pada tahun 1993, suami beliau Amin Isa yang ketika itu bekerja sebagai pegawai di Bank Pembangunan memberitahu bahawa dia memperolehi sejumlah wang iaitu kira2 RM30,000 hasil jualbeli saham di BSKL dan bertanyakan Sherifah sama ada ingin menukar kereta baharu atau ingin berniaga sesuatu. Amin telah mendapat tahu tentang satu Program Pembangunan Francais yang baharu dilancarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan salah satu perniagaan yang menarik minat kami berdua ialah Francais Kodak Express.


Amin menyatakan bahawa jenama Kodak amat popular, sudah dikenali ramai serta amat berpotensi untuk berjaya. Malah Program Pembangunan Francais merupakan ilham Perdana Menteri Dr Mahathir sendiri maka sudah tentu Kerajaan bersungguh2 komited untuk membantu peniaga2 Bumiputra menyertai perniagaan francais yang masih baharu ketika itu.

 


Kedai Pertama 1994-1997


Tanpa sebarang keraguan, Sherifah membuat keputusan untuk menyertai program tersebut yang perlu melalui pelbagai proses pemilihan dan tapisan. Walaupun cuma berkelulusan SPM, Sherifah akhirnya terpilih untuk memulakan perniagaan Francais Kodak Express.  Melalui sokongan Jabatan Perdana Menteri, Sherifah berjaya mendapat pinjaman Tabung Usahawan Baru sebanyak RM210,000 dari Perwira Affin Bank untuk membeli Minilab Kodak berharga RM180,000 dan bakinya untuk modal pusingan.

MiniLab
 
Kedai pertama Kodak Express milik Sherifah dibuka di Ampang Point pada April 1994 dengan menyewa RM5,500 sebulan daripada seorang pemilik berbangsa xxx
dan berjalan lancar selama 3 tahun. Walau pun tiada pengalaman kerana baru mula berniaga, Sherifah mendapat ramai pelanggan tetap dengan cara memberi layanan terbaik dan mesra, membuat pelbagai promosi dan pemasaran servis pencucian foto kepada banyak syarikat2 di sekitar Ampang, termasuklah MPAJ yang banyak menggunakan khidmat dari kedai beliau. Boleh dikatakan perniagaan agak maju dan berkembang baik ketika itu.

Namun, segala2nya tidaklah semudah dan seindah itu. Apabila tempoh sewa 3 tahun tamat, pemilik kedai tiba2 bertindak tidak mahu memperbaharui sewa dan Sherifah telah mendapatkan bantuan pihak Jabatan Perdana Menteri untuk merayu agar sewa disambung. Pemilik mengambil kesempatan dengan meletakkan sewa baru yang amat tinggi iaitu RM8,500 sebulan walaupun sewa pasaran cuma sekitar RM6,000 sebulan. Memandangkan Sherifah sudah banyak berbelanja ubahsuai, beliau telah tawarkan sewa RM7,500 sebulan namun masih juga ditolak oleh pemilik Wanita xxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx
. Rupanya pemilik ini memang dikenali sifatnya dikalangan penyewa2 dan jiran2 lain dan pernah menengking Sherifah sendri tanpa sebab.

Mulai dari itu, berlakulah peristiwa paling pahit dan getir yang dialami oleh Sherifah selama 7 bulan dari April hingga Oktober 1997 sewaktu Sherifah sarat mengandung anak ketiga, Faliiq yang kini berusia 18 tahun. Pemilik membuat keputusan menghalau Sherifah keluar dari kedai dengan membawa kes ke Mahkamah Seksyen Ampang untuk menuntut sewa berganda sebanyak RM11,000 sebulan yang akhirnya berjumlah RM77,000. Kerana tiada pilihan Sherifah masih terus menjalankan perniagaan di kedai pemilik kerana perlu bayar ansuran pinjaman bank yang besar dan belum mendapat kedai ganti yang sesuai yang perlu persetujuan pihak francaisor, Kodak Malaysia terlebih dahulu. Peritnya apabila syarikat Kodak ini juga dikendali oleh bangsa
xxx yang tidak langsung nampak kesungguhan membantu Sherifah ketika berhadapan masalah, malah mereka umpama tidak mengendahkannya.

Bertambah parah apabila Pemilik telah mendapat perintah Mahkamah Seksyen untuk menuntut  double-rent gara2 peguam yang dilantik oleh Sherifah telah gagal hadir ke Mahkamah atas alasan ada kes lain. Akhirnya perkara yang memalukan Sherifah berlaku sebanyak 3 kali apabila pihak Pelelong bertindak melelong sebahagian perkakas dan mesin memproses film berharga RM35,000 di hadapan kedai Sherifah, hingga menimbulkan keributan. Pelelong juga bertindak merampas mesin tersebut untuk dilelong di perkarangan Mahkamah sendiri setelah 2 lelongan awal tidak berhasil.


Walaupun perasaan malu dan tertekan yang amat sangat ketika itu lebih2 lagi sedang mengandung, Sherifah dan Amin mendapat sokongan dan bantuan jiran2 kedai di situ dan berpakat membeli balik barang2 yang dilelong supaya perniagaan boleh diteruskan. Malah salah seorang pembeli luar yang sedar akhirnya bahawa Sherifah telah dianiaya oleh Pemilik kedai telah berpakat untuk membeli dan mendapatkan balik mesin memproses film dari pihak Mahkamah.


Diburukkan lagi keadaan, pihak francaisor Kodak Malaysia pula telah mengambil kesempatan dengan tidak mempersetujui untuk menyambung kontrak Kodak Express setelah Sherifah berpindah keluar pada Oktober 1997 dengan alasan kedai baru tidak strategik, sedangkan kedai itu masih juga di kawasan sama Ampang Point. Kerana tiada pilihan serta terdesak, Sherifah memutuskan untuk berpindah juga kerana sewa lebih murah iaitu RM4,500 sebulan dan pemiliknya merupakan syarikat xxx
iaitu Hayamim Ava Sdn. Bhd.


1997-1999

Keputusan pindah kedai itu ternyata tepat kerana selepas itu iaitu 1998-1999 negara dilanda krisis ekonomi Asia yang terburuk dalam sejarah. Pemilik xxx
malah menurunkan sewa kepada RM3,800 sebulan suatu ketika hingga membolehkan Sherifah terus bertahan sewaktu banyak perniagaan dan syarikat jatuh bangkrap dan gulung tikar. Inilah kelebihan bangsa xxx yang bertoleransi dan tidak tamak.


Ditakdir Allah swt dan berkat usaha kesabaran dan dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pembangunan Usahawan selepas itu, Sherifah telah ditawarkan ruang untuk membuka sebuah lagi kedai foto iaitu di Suria KLCC. Keputusan untuk menerima tawaran ketika itu amat berat dibuat kerana ekonomi sedang gawat, berlaku reformasi dan suasana politik yang runcing. Selain itu, Sherifah tidak lagi dibantu oleh Kodak Malaysia yang amat bersikap mementingkan diri dari peniaga, serta semasa Suria KLCC mula dibuka cuma ada sekitar 40 buah kedai yang mahu menyewa manakala lebih 100 kedai telah menarik diri dan sanggup hilang deposit. Sewa kedai Sherifah yang sangat kecil itu pun sudah RM7,500 sebulan dengan kompleks belum siap sepenuhnya dan stesen LRT pun belum siap. Maka bermulalah Sherifah bertapak di Suria KLCC pada Mei 1998 dan bermulalah cabaran perniagaan penuh berliku di kompleks menara berkembar itu dengan pelbagai peristiwa suka duka yang tidak dapat dilupakan.

 



Sementara itu ditakdirkan Allah swt juga, Sherifah telah ditemukan dengan seorang Peguam dari firma guaman yang kecil di Wisma Yakin Kuala Lumpur dan Peguam ini telah membawa kes sewa di Ampang Point ke Mahkamah Tinggi dan setelah naik turun mahkamah selama hampir 10 tahun, Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa Sherifah telah tidak bersalah. Akhirnya, sebelum Mahkamah Rayuan mendengar rayuan pemilik, Pemilik berkenaan telah memohon agar kes ini diselesaikan diluar mahkamah dengan membayar sejumlah ganti-rugi kepada Sherifah.


Ditakdirkan juga, syarikat Kodak Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1970an akhirnya tutup perniagaan di Malaysia kira-kira 4-5 tahun dahulu.


Itulah kesudahannya kisah awal perniagaan Foto Point yang diusahakan oleh Sherifah Salim. Tidaklah terduga bahawa masalah penyewaan yang hampir sama berulang kembali kali ini dengan pihak Suria KLCC namun setelah mengharungi segalanya dulu, Sherifah lebih sabar, tabah dan bersedia menghadapi kemelut yang melanda sekarang.



Baca juga - 

Diskriminasi Suria KLCC - Part 4 - Kes SAMA Berulangkali, Bertahun-tahun .... Siapa Pembela Melayu ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2012 at 3:00 AM

salam admin dinturtle

mohon link blog saya, saya dari pulau pinang

www.hurairahady.blogpsot.com.

thanks admin selamat berjuang

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
October 29, 2012 at 9:30 AM

Mana Najib bro? Mana PERKASA? Mana DAP parti untuk semua? Mana PEMUDA PAS? Mana PEMUDA UMNO? Mana mana mana? Arghhhhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2012 at 11:31 AM

Saya adalah seorang pengikut rapat blog DT dan saya mengikuti SEMUA artikel yang dipaparkan. Artikel yang paling menarik perhatian saya adalah artikel yang berkait rapat dengan agama dan bangsa. Kesah Puan Sherifah telah saya ikuti sejak dari awal lagi dan saya berpendapat DT telah benar benar membuktikan kepada umum bahawa DT benar benar bersemangat dan berjiwa MELAYU tulin. Saya telah juga buat pertama kalinya melayari satu lagi blog yang mempamerkan cerita yang sama.

Sebagai rumusan saya berpendapat sememangnya pemimpin pemimpin Melayu yang ada sekarang tidak boleh di harapkan. Mereka adalah saperti lanun dan perompak yang menafikan kejayaan MELAYU itu sendiri. Amat mustahil jika dikatakan Najib tidak maklum akan perkara ini. Laungan Najib berkenaan HAK MELAYU tidak kedengaran. PERJUANGAN Najib demi AGAMA dan BANGSA tidak dapat dibuktikan. Amat mustahil issue Puan Sherifah tidak sampai ke pengetahuan beliau. Saya dapati Puan Sherifah adalah salah seorang daripada beberapa ramai lagi peniaga MELAYU yang telah diusir keluar dengan menaikkan sewa ruang. Saya difahamkan peniaga BUMIPUTRA yang berniaga di situ boleh dihitung dengan jari. Dasar apa yang Najib buat sekarang dan dimanakah quota BUMIPUTRA? Ada kah Najib hendak melihat sehingga MELAYU tidak punya apa apa?

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2012 at 1:32 PM

Bertindak mengikut arahan ? :)

Sudah saya pautkan di List Aktif, TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2012 at 1:34 PM

kes suria klcc ni bermula dr hassan marican bila dia mula pegang jawatan CEO petronas, bila dia pegang je petronas abih semua pengurusan n pentadbiran dia lingkupkan, sbagai contoh konsesi pengurusan suria klcc dia p bg kat mat saleh kanggaru, mat saleh plak suka kat cina pengotoq x basuh nih jd mmg x nmpak la muka2 melayu dlm pengurusan penting suria klcc kalu ada pun cuma pak turut mkn gaji ja..

bangsa cina pengotoq ni mmg jnis anti melayu nk maju, sbb aku sendiri pun qheja dok kena ngan depa ni, tp buley wat dh kuasa pembekal tu bknnya ada melayu pun kat bumi malaya nih, semuanya 100% kaum bkn melayu/bumiputera di malaya nih..

so skrg apa yg kita ley wat? dok diam sj ka! atau nk merungut x sudah! bangsa melayu sendiri pun pd zaman la ni dah tak keruan lg dah, asyik2 bergaduh sesama sendiri, poltik la, agama la n mcm2 lg...kemon la melayu2 woi lu orang nk menyalak sesama sendiri watpa lagi, lagi kuat kita menyalak sesama sendiri lg bnyk la kemenangan kat puak2 bkn bumiputera nih...
POLTIK TU NOMBOT LAST!!!! yg penting AGAMA NGAN BANGSA DULU!!!

x paham aku ngan marican sekor ni x abih2 wat qheja taik kat bangsa sendiri.. kalu la aku nmpak dia dok melilau lg kat kawasan semeling s.petani(kmpng dia) mmg aku sepak laju2 kat org tua x guna nih..la ni cuba hangpa semua tngk tang mana la ni pak assan dok berkhidmat la ni.. bkn kat malaya lg tauw tp kat tmpat mulanya chauvinist tegar di nusantara nih..

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2012 at 1:35 PM

Saya difahamkan Perkasa dan 1-2 agensi kerajaan agak aktif membantu Pn Sherifah .... tapi, seperti saudara juga - saya tak nampak ! Mungkin mereka lebih suka main belakang tabir jer ... takut ada yang terguris perasaan kalau open sangat kot.

Apapun, mereka ada membantu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2012 at 1:39 PM

Saya akui I LIKE komen ni hehehehe .... agak over la tuh tapi sesekali apa salahnya saya terperasan kan ...

Makanya sebelum ni saya ada cadangkan orang Melayu UBAH sikap, tidak lagi mengikut pemimpin tapi kita pula yang memimpin pemimpin ! Langkah pertama adalah dengan BERSUARA. Biar pemimpin Melayu dengar dan tahu apa kehendak kita. Kalau degil dan tak mahu dengar, baru kita masuk langkah kedua .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2012 at 4:38 PM

Macam dalam komen-komen sebelum ini, membiarkan Melayu berniaga di suria klcc dan alamanda adalah satu perbuatan ZALIM dan satu tindakan yang MENINDAS bangsa cina!

Kan ke diorang dah lama tertindas?

Kesimpulannya adalah jika ada Melayu yang berniaga di tempat-tempat strategik, itu adalah ZALIM! Selagi ada Melayu berniaga dan boleh memberi persaingan, selagi itu cina tertindas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 11:31 PM

Mana Pemuda UMNO?

Hehehe, depa dok sibuk nak jadi calon pru sana sini dok susun kerusi, mana nak sentoh hal melayu ni, takut bangsa lain terhiris lah katakan! Nanti kena pi mintak maap pula.

Yang aku nampak pun Perkasa lah dok bising2. Yang lain menikus macam dah pencen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 11:53 PM

Memang perbuatan ZALIM dan SEWEL kalau ada melayu berniaga kat KLCC, Pavillion, Lot 10, Mid Valley, kerana melayu hanya berhak berniaga kat pertama komplek, pkns, chow kit, pasar keramat. Sebab itu semua menteri2 diam tidak bersuara, semua ketua2 pemuda pemudi puteri membisu tak ada telor, takut cina tak undi. Ketua wanita pun memang takde telor pun, sebab tu wanita mcm Syerifah ini tidak dibela. Ketua Puteri madih ada ke?

Nak harapkan PAS pis pus,PKR, parti rasis DAP, hancusss le. Bukan takat takde mulut, lidah pun kene jahit, takut cina tak undi.

Dato Din Turtle, cepat2 le daftar Parti Melayu ni!

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 12:12 AM

Asala saja ramai orang Melayu berani bersuara, dengan sendiri akan muncul pemimpin dan parti/ngo mahu menjadi wakil :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 12:14 AM

Ramai sibuk layan isu2 remeh, tapi isu berkaitan survival bangsa ni, semua jadi pemalu ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 12:14 AM

Tak leh ke Najib pula buat twin tower lagi satu, kat tengah2 taman tu ngadap KLCC. Boh le nama Perkasa KLCC ka, Suria Perkasa ka, lepas tu boh 70 persen melayu kat situ. Kan dah ada 70 persen cina kat Suria klcc dah. Kalo tak cukup, tambah lagi satu BatuCaves KLCC kat tepi kolam tu boh 70 persen india little india brickfields kat situ.

Ha, barulah 1malaysia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 11:44 AM

Menyampah aku baca kat blog Tunfaisal.

Dia komen pasal Calon Pemuda dalam PRU. Nampak sangat kiblat mereka. Sebab itu melayu diketepikan 1malaysia didahulukan! Takut tak terpilih jadi calooon!

Kesian puan Saripah, sebab jadi melayu. Lebih baik jadi kerani boleh pi jamuan raya open house tiap2 tahun.

Post a Comment