........... Diskriminasi Suria KLCC - Part 4 - Kes SAMA Berulangkali, Bertahun-tahun .... Siapa Pembela Melayu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Diskriminasi Suria KLCC - Part 4 - Kes SAMA Berulangkali, Bertahun-tahun .... Siapa Pembela Melayu ?

Wednesday, October 24, 201228comments


Saya percaya tiapkali isu KUOTA ditimbulkan, ramai yang mengaitkannya dengan TONGKAT seolah orang Melayu tidak mampu maju tanpa dibantu. Lantas bantuan yang menyusul dikaitkan pula dengan ketidakadilan, takut kepada persaingan, berat sebelah terus diberi label sebagai bangsa yang pemalas dan Rasis.

Berapa ramai yang cuba merungkai KENAPA Kuota itu diperlukan ? Apakah wujud padang yang sama rata in the first place ? Tidakkah terfikir keperluan bantuan atau tongkat itu sebenarnya adalah untuk MEMBERI KEADILAN kepada situasi yang sememangnya berat sebelah, tidak adil dan tidak memberi peluang langsung kepada orang Melayu untuk bersaing ?

Dan KETIDAKADILAN itu pula disengajakan ! Ketidakadilan dimana Melayu langsung tidak diberi peluang untuk bersaing. Kaki yang sengaja dipatahkan ....apakah pemberian tongkat itu tidak adil atau sebenarnya tongkat itu yang membawa keadilan ?

Dalam kes Puan Sherifah, sebelum kita cepat menuduh beliau sebagai tipikal Melayu yang memerlukan bantuan untuk terus bersaing, ada baiknya kita fahami duduk perkara sebenar. Puan Sherifah tidak memerlukan bantuan kewangan atau kontrek pembekalan atau sebarang bentuk modal untuk meneruskan persaingan TAPI beliau memerlukan ruang untuk teruskan persaingan kerana ruang yang ada hendak dirampas.

Puan Sherifah adalah seorang usahawan yang BERJAYA, beliau mampu bersaing dengan kaum lain berdasarkan MERIT tanpa sebarang bantuan kerajaan. Masalah yang dihadapi beliau adalah - beliau mahu diNAFIkan hak untuk bersaing oleh kaum lain ! Keadaan SEKARANG yang tidak adil buat Puan Sherifah ..

Apa yang menyedihkan, perkara ini bukannya satu insiden terpencil / isolated case, ia adalah satu bentuk KETIDAKADILAN yang berlaku BERULANG KALI kepada peniaga2 Melayu selama beberapa tahun ditempat yang SAMA oleh orang ( Pengurusan ) yang SAMA !

Saya ulang - PERKARA YANG SAMA pernah berlaku kepada peniaga2 Melayu lain, juga di Suria KLCC, dimana senarionya juga SAMA, dan diulang2 selama beberapa tahun .

5 TAHUN DAHULU berlaku kes yang sama kepada pengusaha Restoran Kelantan Delights. Sila KLiK dan baca - Datuk Rejal Arbee : Petronas tidak Peduli Melayu didiskriminasikan di Suria KLCC

Sepatutnya Suria KLCC boleh menetapkan tidak kurang daripada 20 peratus dari premis perniagaannya kepada pengusaha/pekedai Bumiputera. Malangnya harapan ini meleset kerana di antara lebih 300 buah premis kedai yang menjual berbagai barangan keperluan harian termasuk pakaian, solekan, elektronik dan juga restoran kini tinggal hanya sekitar 12 buah kedai saja yang diusahakan Bumiputera. 


Itu pun mereka itu kini semakin tertekan dengan pengurusan Suria KLCC yang melakukan pelbagai tindakan tidak munasabah seperti, diminta membuat pengubahsuaian konsep dan menaikan kadar sewa sewenang-wenangnya. Ada pula di antara mereka telah diberi notis untuk berpindah. 

 
Mengikut pemiliknya, Juhaidi Yean Abdullah, Suria KLCC menaikan kadar sewa yang tidak munasabah. Kadar sewa itu telah mengalami kenaikan dari RM14,000 sebulan ketika beliau mula mengusahakan restoran itu enam tahun lalu kepada RM43,00 sebulan yang dipinta sekarang. 


Dan juga kepada peniaga pakaian jenama Levi's / Docker


April lalu seorang peniga Melayu yang menjual pakaian jenama Levi’s/Docker di tingkat bawah Suria KLCC juga diberi tekanan tidak munasabah hanya kerana mahukan pekedai itu keluar dari situ. Pengusaha ini yang mula beroperasi sejak tahun 1988, dalam masa kegawatan ekonomi, masih bertahan walaupun menghadapi berbagai kerenah dan tekanan oleh pengurusan Suria KLCC.

Walaupun dikenakan sewaan sehingga RM500,000 setahun beliau tidak pernah menunggakkan bayaran sewannya itu. Itu pun beliau telah diberi notis untuk berpindah.


Baca juga - The plight of Malay business at Suria KLCC 14 September 2007 

 Is this asking for special treatment? What has the authorities to say to all this?

Itu pertanyaan yang diajukan 5 TAHUN LALU....
5 tahun lalu hanya tinggal kurang dari 12 orang peniaga Melayu yang tinggal masih berniaga di Suria KLCC. Hari ini 24 Oktober 2012 - agak2 tinggal berapa lagi ? Terpulanglah nak masukkan Puan Sherifah atau tidak dalam kiraan anda !

Bagaimana dengan luahan peniaga di premis anak syarikat Suria KLCC iaitu diPutrajaya Alamanda. KLiK Yang ini pula kes 2 TAHUN lalu. 

KINI tahun 2012, SEKALI LAGI perkara yang SAMA menimpa seorang usahawan Melayu...... KLiK

Jadi pada kawan2 semua, jangan marah kalau saya tanya ini - DIMANA PEMIMPIN2 MERANGKAP PEJUANG2 MELAYU ? ? ? Adakah segala laungan PERJUANGAN BANGSA DAN AGAMA itu REAL atau cuma RETORIKS ?

Duk gentel telur jer nak buat apa !

                                            *********************************

PERKEMBANGAN TERKINI

Hasil pertemuan Puan Sherifah dengan pihak pengurusan Suria KLCC petang tadi - sebarang keputusan ditangguhkan selama seminggu untuk dibuat penelitian / kajian keatas beberapa perkara yang timbul. Perbincangan akan diadakan sekali lagi minggu hadapan.

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 1:42 AM

din , kebanyakkan non Malay dan apologetik Malay akan fikir kita ni perlukan kuota dan bantuan sahaja . Kes KLCC adalah contoh klasik apabila pengurusan bukan Melayu akan mengamalkan diskriminasi secara habis-habisan dan menekan dengan pelbagai cara , Melayu telah lama ditekan dan didiskriminasi oleh bukan Melayu sejak sekian lama dan bukan Melayu seringkali mengamalkan bangsa mereka sendiri sahaja dalam sebarang kenaikan pangkat dan gaji ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 8:53 AM

Najib kata okay jak.... kan kah melayu dah muak ngan DAP... jadi nak bising apa?

dah memang perangai pemimipin2 melayu mcm tu (melainkan TDM), nak buat mcmana? yg undi diorg ni pun org melayu jgak (sori kalu cina nak undi pemimpin2 melayu!), tak bodoh gitu?

saya cadangkan tumbangkan jak pemimpin2 melayu mcm nih! tak payah undi dan pada masa yg sama juga jgn undi pembangkang! bila majoriti rendah, barulah mungkin melayu-melayu sombong nih sedar diri!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 10:35 AM

Terima kasih DT dengan artikel sebegini serta dengan link yang saudara telah berikan. Semuanya itu telah memberikan sumbangan besar untuk meluaskan fikiran dan memberikan kesedaran kepada diri memahami perjuangan demi agama, bangsa dan negara oleh pemimpin pemimpin Melayu. Semua laungan dan pekikan itu hanyalah semata mata untuk meraih undi sebenarnya dan KONONYA dapat menanamkan kepercayaan orang orang Melayu kepada mereka. Tujuan sebenar Najib saya rasakan melaung laungkan SATU Malaysia adalah semata mata untuk memberikan kesama rataan bangsa di Malaysia yang jauh tersasar dari segala apa yang terkandung dalam perlembagaan. Disebabkan itulah genggaman perlembagaan dibiarkan tiris dan sebelum sedar, semuanya sudah terlepas.

Kes Puan Sherifah adalah satu contoh dari beberapa banyak lagi kes yang sebegitu. Tidak kah PEMIMPIN MELAYU dari peringkat mana sekali pun SEDAR akan kehakisan HAK KEISTIMEWAAN orang Melayu? Amat malu menjadi PEMIMPIN kiranya bangsa sendiri tidak terbela. Amat mendukacitakan menjadi MELAYU kiranya bersikap enau dalam belukar. Teramat rugi menjadi Melayu kiranya tidak merasakan sensitivity bangsa sendiri. Melayu tidak akan hilang didunia tetapi KUASA Melayu akan berkubur di bumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 10:47 AM

Saya kalau boleh tidak mahu libatkan politik dalam hal ini ... KALAU BOLEH LA.

Tapi kalau pemimpin mahu mempolitikkan survival bangsa maka mungkin ada baiknya orang Melayu juga menggunakan kuasa politik yang ada demi survival bangsa !

Politik NOMBOR 2 !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 11:02 AM

tak payah KLCC, kat PKNS shah alam pun sama.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 11:13 AM

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau nak disebut, BANYAK LAGI KES DIPELBAGAI SEKTOR punya masalah yang sama.

Kita cuba selesaikan SATU dulu. Dari situ kita cuba selesaikan yang lain2. Dari SEMUA nak buat sekali gus, last2 tumpuan hilang, habuk pun tarak .. itu pandangan saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 11:54 AM

Mungkin ada sesuatu yang besar berlaku dlm Petronas, kita lihat banyak jurutera dan akuntan melayu serta pengurusan bawahan. Sedangkan yang membuat keputusan strategik, penggubal dasar mungkin telah dikuasai oleh kaum lain, kalau tak pun mereka itu telah dibeli oleh gerombolan persatuan peniaga kaum lain.
Adalah tidak menjadi sesuatu yang pelik bila pengurusan atasan telah dikuasai oleh pihak ketiga yang berkepentingan..... Ini banyak berlaku dlm PBT dan agensi kerajaan tertentu, buktinya hanya mungkin diperolehi jika siasatan terperinci dilakukan. Lihatlah bagaimana operasi keatas warga asing yang sentiasa gagal disebabkan mainan orang dalam.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 1:30 PM

Kepada pembaca yang nak komen, kok ya pun nak marah Petronas, kawallah sikit bahasa tu. Kalau over sangat, saya jer la yang baca :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 3:51 PM

saya tidak langsung melihat perkara ini dari sudut politik. fokus utama yang perlu dilihat ialah "bangsa". apa kah yang terjadi kepada "bangsa Melayu" sekiranya perkara saperti ini tidak dihalang. saya berpendapat "wajib" pemimpin "Melayu" tak kira dari fahaman mana sekali pun "bertindak" menafikan segala perbuatan saperti ini. jika sekiranya tidak dibendung, jawapan kepada soalan saudara yang lepas ialah "Melayu" akan "mati" perlahan lahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 3:56 PM

syabbas penulis yang mendendangkan perkara saperti ini secara konsisten. diharapkan lebih ramai lagi blogger dapat melakukan perkara yang sama, tak kira pro atau kon. selagi hasil yang berkesanan belum diperolehi, jangan dihentikan. kalau perlembagaan tidak digenggam kemas biar UNDI kita dipertahankan. kalau itulah sahaja jalan penyelesaianya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 4:16 PM

Saya dengar top management dalam petronas majoritinya sama ada dikuasai oleh bukan Melayu atau Melayu berhati cina,sama juga dengan cimb.Siapa yang menguasai petronas dan cimb,cuba teka?

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 4:27 PM

Saya nak cuba teka tapi tak tertulis jari ni..BESAR sangat impaknya :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 4:50 PM

hang ni din.. kritis, kreatif, bersahaja, berani dan ikhlas (nampaknya), rasa macam nak buat menantu pun ada... ha ha ha!!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 5:08 PM

Buat isteriku yang selalu curi2 baca - Anon ni bergurau jer! Abang tak kenal pun dia. .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 6:28 PM

Bro din,

Ko lihatlah sebenarnya hati kaum2 pendatang ni. Semoga akan lahirlah pejuang nasionalis yg sebenar yg akan pertahankan Agama Bangsa dan Tanahair. For now tak nampak daRI UMNO atau PAS.

http://helenang.wordpress.com/2012/10/24/polemik-gelaran-pendatang/

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 6:32 PM

Ramai yg mengomen kat sini pakai 'Anonymous'.....kalau Datuk Jasin Kadir dia memang tak layan 'Anon' ni Din, ibarat baling batu sembunyi tangan!

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 6:44 PM

Takper lah, yang penting apa yang ditulis. Kalau yang pelik2, atau yang tak senonoh, saya padam jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 7:30 PM

AnonymousOctober 24, 2012 4:50 PM

kamu ni belum jumpa dia agaknya. tak kenal maka tak cinta, tapi kalau kamu dah jumpa dia ni, perghhhhh! segak, boleh tahan, yang pentingnya mesra kawan. pendekata pak mertua dan mak mertua akan sayang. sudah pun ada orang yang simpan hati, cuma dia ni buat buat tak faham saja. hebat sungguhlah kalau dapat Din buat menantu - bijak dan berfikiran luas. tak mengapa Din, masih ada kosong tiga lagi kan?

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 7:38 PM

Betul, betul, betul!
Erk, bini aku datang. .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 11:07 PM


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah teruskan usaha

Melayukan gagah di nusantara

Melayukan Gagah di nusantara

Melayukan gagah di nusantara... ........

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 11:28 PM

Janganlah teruskan usaha ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 11:47 AM

Memang benar. Geng2 AH JIB GOR Cinapek dah menguasai PETRONAS. Habis diborongnya Cinapek masuk PETRONAS. Sah dah skg ni Melayu merempat dibumi sendiri.

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 11:48 AM

Kesian Melayu yg tak habis-habis dijajah. Dulu omputih. La ni si mata sepet.

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 3:15 PM

Kini kita tinggal kuasa ---------->> ???
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2012 at 2:55 AM

PRU13 BN tumbang, PR memerintah dan naik tocang pada yg tak bertocang maka genaplah keruntuhan bangsa Melayu dalam Malaysia nih... jika masih ada MALAY in MALAYsia... mungkin jadi CINAsia @ DAPsia... PKR PAS langsung hilang dari perbualan laa... maafla mmg kena masuk gak kepolitikan dlm komen... ini mmg benar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2012 at 4:32 AM

Yes-- agree with your concern! i'm ex-PETRONAS- , umur 20 tahun dah start keje, hampir 18 tahun jugak dgn PETRONAS, finally move out to middle east-,issue with PETRONAS!- 1- menyediakan ruang dan peluang kpd BUMIPUTERA agar mempelajari dan menguasai ilmu dan teknologi- and we proved it ! YES! org melayu bukan bodoh- but once we step out to real business- supply chain,logistic/engineering/training/services/marketing- here was the big obstacle! kiri kanan dah di kepung- mmg ada VENDOR programme to develop BUMI but once again- budaya business yg x jujur dikalangan pegawai/pembekal/pengurus/ CEO/ etc yg memusnahkan agenda besar bangsa ini! akhirnya kecundang dan menuding jari Kaum BUMI MMG X MAMPU- dan saya memilih utk keluar setelah Tan seri Hassan Marican juga keluar- sampai bila kita hanya mampu menjdai pekerja yang terbaik dan memajukan syarikat tp anak2 bangsa smakin tenggelam di ulit intan - umur makin meningkat-apakah nasib anak cucu- di bumi bertuah-KUWAITRIDER

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2012 at 7:11 AM

harap saudara dapat nukilkan pengalaman saudara dengan lebih jelas buat tatapan semua :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2012 at 4:24 PM

Sekarang ni lagu Warisan kat atas dah bukan hak eksklusif orang Melayu. Aku teringat rasa-rasanya tahun lepas semasa hari kebangsaan kat TV1 RTM pulak tu, 3 rangkap terakhir lagu tu telah diubah liriknya kepada

Malaysiakan gagah di nusantara
Malaysiakan Gagah di nusantara
Malaysiakan gagah di nusantara

Apa yang asal Melayu, semua telah diliberalkan atas alasan semua sama.

Post a Comment