........... Bila Survival Bangsa DiPolitikkan, Melayu Hilang Maruah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Survival Bangsa DiPolitikkan, Melayu Hilang Maruah !

Wednesday, October 31, 201214comments

Artikel ini adalah luahan hati saya yang geram, kalau ada yang tersinggung saya minta maaf tapi jika perlu saya akan ulangi lagi hehehe Saya mohon maaf kerana buat sesetengah anda tersinggung tapi saya tidak akan mohon maaf kerana meluahkannya.

Saya kalau bercakap secara umum mungkin tidak berapa meninggalkan kesan makanya suka saya merujuk kembali kepada isu yang banyak saya mainkan seminggu ini - Perjuangan Puan Sherifah Mempertahankan Haknya Untuk Berniaga di Suria KLCC. ( KLiK )


Isu ini sebenarnya sudah sebulan tersebar iaitu semasa diadakan sidang media pada 25 September 2012 - Mkini dan Utusan. Waktu itu Puan Sherifah ditemani bos Perkasa Ibrahim Ali dan kita boleh rasa getaran kemarahan yang disuarakan Ibrahim -

"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita window shopping.

"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata Ibrahim.

Menurutnya lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen kemelayuan jika mereka bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC.

"Kita belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang bukan Melayu sahaja,"



Para bloggers pun ramai yang menyiarkan artikel itu pada hari sama......  sementara bloggers Pas pula lebih kepada memperlekehkan amaran Ibrahim tanpa menyentuh isu utama. Contoh saya ambil dari satu blog -

PAGI-PAGI IBRAHIM ALI DAN PERKASA DAH BUAT LAWAK BODOH BEB!!!..BOLEH KASI BANKRAP MANA-MANA PERNIAGAAN YANG DIA TAK BERKENAN.... DULU DIA BERKATA MANA-MANA PARTI NAK MENANG KENA MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN DARI BELIAU...

PERGH!!! DAHSYAT BETUL KEHEBATAN YANG DIMILIKI ANAK PAK ALI NI BEB!!!.

SUDAH SAMPAI MASANYA IBRAHIM ALI DIANGKAT SEBAGAI PRESIDEN UMNO,..BUAH FIKIRANNYA MEMANG AMAT SESUAI SEBAGAI ORANG YANG MENGEPALAI UMNO.




Kenapa hanya tumpukan pada amaran Ibrahim saja ? Kenapa tidak ada komen tentang tujuan utama sidang media itu diadakan ?

Begitu juga bloggers pro Umno ..... kenapa tidak ada follow up ? Kenapa tidak ada pemimpin Melayu yang mahu perjuangkan isu ini ? 

SEBABNYA SEMUA ORANG MELIHAT SETIAP ISU DARI KACAMATA POLITIK PRU13 ! Waima isu2 berkaitan SURVIVAL bangsa Melayu pun ikut sama dijadikan senjata politik.


Bukan tidak ada kesedaran, saya tahu ramai yang bersimpati dan ingin membantu memperjuangkan isu ini cuma politik lebih diutamakan. Persoalan utama ketika membaca isu ini adalah menilai dari sudut mana boleh dibantai lawan ! 

Jika isu dilihat bakal membawa masalah kepada sokongan politik maka cukuplah sekadar menyebutnya .....SEKALI SAJA. 

BUKTINYA, lihatlah bagaimana isu Noh Omar membantai MB Khalid dalam soal GLC2 Selangor. ( KLiK ) Hampir semua bloggers Umno memainkan isu ini ! Pemimpin2 Umno pun ada yang tumpang sekaki. Gambaran yang diberikan adalah betapa tidak perihatinnya kerajaan Pkr Selangor terhadap survival bangsa Melayu. 

Bloggers Pas pula buat tak tahu jer ....... bahaya isu ni kalau pembaca mereka tahu ! Bila diberitahu yang kerajaan Selangor cuma mestrukturkan semula pemilikan harta2 GLC bukan nak jual, barulah mereka berbunyi menuduh bloggers Umno fitnah.

Dibalas oleh Umno yang pengstrukturan itu cuma satu langkah awal kearah penjualan bla bla bla.....

Saya ingin bertanya kepada kedua2 pihak - Jujurkah anda dengan perjuangan bangsa Melayu atau sekadar menjadikan isu GLC Selangor itu sebagai senjata menjatuhkan lawan ?

Apa bezanya JUAL dan kemudian tidak lagi berfungsi menolong Melayu DENGAN masih MILIK kerajaan tapi tidak lagi berfungsi menolong Melayu ?

Jika anda semua ikhlas, dimana suara anda dalam isu Suria KLCC ?

Dimana suara Pemuda ? Mungkin KJ dan yang lain2 Pemuda dalam diam menyokong usaha meliberalkan GLC2 ini demi meningkatkan keuntungan kerajaan .... so what, SUARAKAN pendirian anda biar semua orang tahu siapa anda ! Mungkin dalam Umno sudah ramai yang jadi Melayu Liberal dan mereka akan tetap sokong anda. 

Adalah LEBIH BERMARUAH menjadi pemimpin yang jatuh ( atau naik ) atas dasar pendirian sendiri daripada naik kerana pandai bermuka2 @ HIPOKRIT !

Mungkin saja orang yang berpendirian old school seperti saya sudah semakin kecil bilangannya ...... saya tak kisah asalkan kita ikhlas.

Najib baru ni meminta orang Melayu memilih Umno demi survival bangsa Melayu ......... BUKTIKAN ! ( saya sikit lagi nak mencarut ni ) 

Pas pun ikut sama merayu orang Melayu supaya pilih mereka jika mahu nasib terbela ...... BUKTIKAN !

Semua hanya pandai cakap saja.... semuanya demi mengejar undi, demi kuasa. KENAPA PERLU SURVIVAL BANGSA MELAYU DIJADIKAN BAHAN POLITIK ? 

Apakah bangsa Melayu sudah tidak punya MARUAH lagi ?

Jika kita gah menyatakan Perjuangan kita adalah demi bangsa dan agama tapi demi kelangsungan Perjuangan itu kita terpaksa merelakan hak kita di injak dan dirampas, TOLONG JANGAN MENGAKU SEBAGAI PEJUANG BANGSA ! Anda cuma Pejuang Parti Politik Anda.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 2:47 AM

Dah ade respon dari terhadap kes Puan Sherifah, syukur bro. Tak sangka bahan yg tkde org nk siar, aku siarkan, ko follow up akhirnya ada respon positif.

Dpt jgk kita bantu org melalui blog. :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 3:03 AM

Its should be in thousand words...but you make it in few. Itulah yg patut ada pada setiap nafas individu islam berbangsa melayu. Tp sayangnya bukan org melayu yg main api tp pemimpinnya, waima yg berserban turut berkokok. Terlalu berpecah dan terlalu kritikal dgn saudara seagama. Kalau mati esok mintalah syafaat dgn soi lek, karpal singh, guan eng dan yg segerombolan. Umno dimasyhurkan oelh semangat melayu, pas diakarumbikan jiwa melayu kalau tak hadam nak membela melayu bubarkan shj biar parti melayu baru ditubuhkan. Apalah sgt umno atau pas tanpa melayu...sedarlah diri...belajar2 la membalas budi org melayu!

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 3:25 AM

Salam,

Saya mengikuti episod ini dgn penuh minat sbb saya nak tgk kot2 ada pempin2 Melayu yg betul2 ada *tutt* yg sanggup tampil ke depan & membantu Puan ini. Saya cuma rakyat biasa yg ada kuasa mengundi. Frankly speaking la bang, kalau abg yg buleh tlg Puan ini & bertanding kat kawasan saya, sng2 undi saya pegi kat abg walaupun atas tiket Bebas. Sampai bila kita nak terhegeh2 kat negara sendiri kannn....Yg selalu saya dgr bila media2 elektronik siarkan ucapan2 pempin2 so-called Melayu ni kita akan tlg Bumi, Melayu xkan terpinggir bla bla bla. Ckp smpi menyembur2 air liur. Cliche la bang. Saya dah muak tp saya x tau la org lain. Kompeni2 GLC pangkat besar2 siapa yg concur? Smpi iklan kat akhbar Melayu pun susah nak tolong. Hemms....masuk angin keluar asap la jawapnya.

p/s apa cerita kedai kawan abg yg jadi stor tu? dah setel ker....

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 7:25 AM

ya, saya mulanya ingat isu dah basi, sebab dah melepasi bulan september Rupanya kes masih berjalan. Kita bantu setakat yang termampu bro..

TERBARU - Pn Sherifah dan pengurusan Suria sedang main tarik tali membincangkan lokasi alternatif.

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 7:30 AM

bagi saya tak perlulah dibubar atau ditubuh parti baru sebab bukan salah parti tapi kepimpinan yang mencorakkan halatujunya. Semua parti punya perlembagaan yang mesra bangsa dan agama.

Kalau parti baru pun akhirnya dipimpin oleh Melayu Islam yang liberal, apakah akan ditubuh LAGI parti baru ?

Perjuangan bangsa masih disuarakan oleh pejuang bangsa yang dah pencen ....hanya suara beliau saja yang masih berkemundang. Apalah nasib bangsa kita sekiranya tiada lagi suara Tun Mahathir ......

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2012 at 7:32 AM

eh, ada yang ikut cerita tuh ! :)) Katanya nak jumpa MB sebagai usaha terakhir .... nanti saya cek

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
October 31, 2012 at 9:14 AM

Din,

Perkasa pun dah slow bab pertahan hak melayu. JATI Hassan Ali pun sama. Sebab semua ada kepentingan politik. Barua-barua yg menguasai UMNO memang jahanam. Sial Najib suruh Melayu undi BN untuk Survival. Tapi aku tak nampak Melayu boleh survive bawah Najib. Dulu Biasiswa JPA 90% utk Melayu dan Bumi. Skg 55% je. Anak2 Apek yg minoriti dpt 45%. Kenapa apek tak tetapkan kuota kat KLCC 55% utk Melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 10:50 AM

salam,

kalu bercakap ngan org politik yg bawahan ni, cara cakap mereka ni macam dah `dibrain washkan'. bila kita cakap pasal pemimpin umno tidak mampu untuk bercakap dan mempertahankan melayu, mereka kata ini adalah politik dan kita mesti jaga agar undi tak beralih arah. tapi pemimpin atasan berdegar-degar kata dah dapat sokongan. bila kita kata pemimpin umno sedang berusaha nak jadi pemimpin mca kerana usaha keras untuk memajukan bangsa mca,mereka kata kita tak faham politik dan kedudukan sekarang ni.

semua ni menunjukkan bahawa pemimpin umno memang takutttttt nak mempertahankan melayu. kalu kj berani mempertahankan melayu, rasanya boleh dapat sokongan semula dan orang yg menyampah pun akan memberi sokongan.

nak harap kat pemimpin pas dan pkr mempertahankan melayu, macam tunggu banjir berlaku kat tengah laut la. tak perasan pun mereka ada kecuali kalu dah kena tendang daripada parti mereka. tu pun bunyi macam merajuk jer.

apa lagi la yg dapat kita harapkan. suara kecil kita tak mampu melawan bunyi dentuman gendang perang pemimpin melayu yang nak jadi jaguh kepada bangsa lain yang didahulukan dan diutamakan. setakat undi aje la. nak undi yang lain, lagi terukkkkkkkk adala, tak berani nak cuba. nak kekal yang ada, layuuuuuuuuuu mata melihat pemimpin melayu bangga nak tukar bangsa jadi ah jib gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 12:20 PM

Tak boleh kah group Syed Mokhtar ambilalih sahaja Suria KLCC tu? Biar sensasi dan meletop letop Din.

Aku ingat Pemuda UMNO dah hampeeh bab melayu ni. Aku ingat kalau Ketua Pemudi, oops Pemuda dan mana2 Puteri pun dok beniaga kat KLCC tu, dah lama dah mereka berkokok tuntut keadilan. Rupa2nya ramai peniaga2 MCA DAP kat situ rupanya.

Bab ini aku respect Perkasa sangat2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 12:29 PM

semuanya kerana undi , yg pling aku tak faham knp harus kt je yg mglah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 12:35 PM

Ini aku pun geram macam abg Din, aku pi komen kat blog tunfaisal dot com tu:-


Blog tuan dah ketinggalan Keretapi Tanah Melayu berbanding blog-blog blogger tak berjawatan yang memperjuangkan agenda Melayu.

Nak tahu perasaan orang Melayu kat bandar dan kampung sekarang, baca DINTURTLE.BLOGSPOT.COM

Nak tahu siapa pemuda2 yang beriya2 nak berjuang menjadi calon pru, baca TUNFAISAL

Silap anda pun terpilih jadi calon nanti. Helo Tuan Faisal, prinsip calon itu ini bukannya orang melayu nak dengar tuan. Siapa mampu layak dan bagus, dapatlah peluang.

Yang melayu nak dengar dari KJ ialah agenda melayu, perjuangan UMNO. Umno tu kan Melayu.

Wake up bro!

Pakat2 la pi komen kat blog tu juga, biaq depa sedaq balik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 3:04 PM

Sedangkan program Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) anjuran blogger Merahsilu untuk merintis penyatuan Melayu pun kena kacau. Ada yang nak jadikan batu loncatan politik, ada yang nak melihat ia gagal. Dah tentu ada yang panas kalau Melayu bersatu hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:29 AM

Knpa isu ini tak dibawa kat tv3? Ke ada orang yang dah bawa tapi tak ada apa2 tindakan??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:18 PM

salam,

kalu dt tulis kritik kerajaan, memang kurang komen. kalu kritik pembangkang, ingat dah terbakar blog dt. tapi memang tak ada respon dari blogger penyokong umno berkenaan sokongan ah jib gor kepada sekolah cina dan juga gagasan NAJ1B. manyak hailan... mungkin telah diberi ulasan panjang lebar oleh blogger yg dt cakap hari tu yg dilancarkan oleh pemimpin umno ganu. apa nama blog mereka ya ? atau saya ketinggalan bas.

Post a Comment