........... Bila Nasha Menegur Lagi, Sekali Lagi Proksi Syaitan Bangkit Menyanggah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Nasha Menegur Lagi, Sekali Lagi Proksi Syaitan Bangkit Menyanggah !

Wednesday, October 10, 20128comments

SEKALI LAGI Nasharuddin Mat Isa menelanjangi kepalsuan perjuangan pemimpin2 Pas melalui ucapannya semalam. Dari SINAR -


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa KUALA LUMPUR - Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.


Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.


"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?


"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.


Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.


"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?


"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya
.


SATU PERINGATAN yang bagi kebanyakan kita adalah NORMAL, iaitu menyeru supaya umat Islam meletakkan isu PERPADUAN didepan, melebihi soal perebutan kuasa sesama Islam yang pastinya bakal menyaksikan kuasa Islam itu berpecah.

Apatah lagi jika melibatkan persekongkolan pihak mencabar dengan orang kafir yang mana jika ditakdirkan menang, akan meruntuhkan pengaruh kuasa yang SEPENUHnya ditangan orang Islam untuk digantikan dengan PERKONGSIAN KUASA SAMARATA antara Islam-Kafir.

Jadi Nasha melontarkan persoalan yang sekian lama menjadi tandatanya umat Islam lain - Kenapa tidak pihak Islam yang mencabar itu bergabung saja dengan pihak Islam yang berkuasa ? Kenapa perlu diruntuhkan penguasaan orang Islam ?

Ya, itu yang cuba dilakukan oleh Pas ketika  ini - bersekongkol dengan kafir Dap untuk meruntuhkan kuasa Islam ! Disebalik laungan Perjuangan Islamnya, Pas sedang berusaha melakukan yang sebaliknya. Walaupun Pas sedar ia TIDAK AKAN MAMPU mengambilalih tempat Umno melihat kepada bilangan kerusi yang ditandinginya, namun DEMI KUASA, mereka sanggup meneruskan usaha itu.

Satu usaha memecahbelahkan kuasa dan umat Islam yang pastinya disokong dan mendapat restu sepenuhnya dari SYAITAN yang dilaknat. Kerana itulah janji Syaitan kepada Allah sewaktu ego menguasai diri.

Dan kita boleh lihat PROKSI SYAITAN bangkit mempertahankan usaha pemecahan umat Islam itu ! SINAR


"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri,"

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz.

"Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Kerana berani memberi peringatan secara terbuka dan mencabar KEIKHLASAN perjuangan Pas, Nasha sekali lagi berdepan dengan usaha untuk menSENYAPkan beliau.

Apakah maksud Mahfuz, pendirian Majlis Syura dan kepimpinan Pas adalah untuk memecah belahkan umat Islam ?

Bagi saya TIDAK SALAH jika perjuangan anda untuk memperbetulkan kesilapan pemerintah TAPI bukan dengan cara menghancurkan penguasaan Islam untuk digantikan dengan perkongsian SAMARATA dengan orang kafir !

APAKAH PAS MAHU MENJADI PROKSI SYAITAN ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 9:34 AM

Din,

PAS adalah 'antithesis' kepada Islam, saya berani buat dakwaan ini kerana dari saya kecil tiada ruh Islam di dalam tindakan dan percakapan pemimpin dan pengikut PAS dan sentiasa melakukan segala perkara yg di larang Allah SWT & Rasullullah SAW.

Apakah tindakan dan percakapan tersebut?
1. Berusaha menumbang umara yg tidak zalim
2. Mencaci maki dan fitnah adalah makanan ruji
3. Mengelar orang lain dengan nama yg jelik
4. Sentiasa berusaha mendedah aib manusia lain
5. Mutahir, bekerjasama dengan kafir harbi
6. Penyokong tegar liberisma agama dan menyama taraf agama lain sama dengan Islam (Nauzubillah)
... dan banyak lagi

Walaubagaimana pun aku masih optimistik akan perubahan ummah PAS untuk kembali kepada Al-Quran & As-Sunnah!

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2012 at 12:21 PM

TerimaKasih, komen sebegini yang saya suka, siap dengan point2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 1:05 PM

UstazNasha memperkatakan yang benar dan iklas sebagai seorang mukmin. Semoga Allah memberikannya kekuatan utk menyedarkan umat islam seluruhnya terutama pnyokong PAS sendiri. Sesunggoh nya sifat Ego dan Taksub di tunggangi oleh syaitan utk melenyapkan Kebijaksanaan dlm diri kita. Adakah Perpaduan Ummah itu tidak ada dlm konsep perjuanga PAS? Tidakkah pemimpin PAS berasa MALU dgn teguran ust Nasha ini? Tak perlu nak sebut Anwar dan Koncu nya mereka jelas Proksi Syaitan dan Yahudi laknatullah !

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2012 at 3:50 PM

Saya setuju pihak yang anti kepada perpaduan umat Islam adalah agen2 syaitan yang terdiri daripada puak2 munafikun wal kafirun.Kita saksikan siapakah yang akan melenting dengan seruan perpaduan dari nasharudin mat isa ini nanti selain daripada mahfuz bean.Biasanya agen2 azazil ini pandai mengelirukan umat Islam yang buta matahati melalui penampilan luaran,cukup dengan berjubah dan berserban serta sepotong dua ayat quran yang dieksploitasikan untuk nafsu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 7:21 PM

hasad dengki dan kebencian org2 pas pada umno seolah2 mcm kedengkian dan kebencian syaitan pada nabi Adam a.s.

time tu syaitan pn mengaku dia lebih baik dr nabi Adam, sama mcm pas kini mengaku lebih islam dr org2 islam lain.#

kelakar yg mendabik dada mengaku memperjuangkan islam rupanya lebih serupa dgn syaitan. sudah byk penyelewengan dlm islam yg pas lakukan. sepatutnya sejak dulu lagi dibanteras sebelum menjadi cancer seperti kini.
tp mmg kita ni terlebih baik. terlebih baik pada pendtg, pada cauvinist pada org2 bersih, suaram dan barua george soros sehingga memudaratkan diri.

dipentas dunia pas hanya watak picisan, malah langsung tidak dikenali. begitulah lumrah org yg hanya tau menimbulkan pepecahan daripada memperjuangkan agama seperti tun.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 11:05 PM

Satu ungkapan ust Nasha.... Tiada dlm sejarah org kafir menolong untuk memenangkan islam.
Saya pernah mendengar satu khutbah di masjid sungai Dua PPinang, khatib menyatakan bahawa diakhir zaman, islam akan ditolong oleh org2 kafir dan fasik (dlm perjuangan menegakkan hukum Allah). Begitulah bunyi isi khutbah yang saya dengar. Saya berani bersumpah bahawa itulah yang saya dan sidang jumaat lain dengar. Saya ingin menunggu habis jumaat untuk berjumpa imam tersebut dan meminta penjelasan lanjut, tapi sayangnya masa tidak mengizinkan. Kalau beginilah rupa dan pegangan pemimpin (tentunya PAS atau PKR) maka layaklah mereka dipertikai pegangan agamanya serta tidak sama sekali layak dipanggil pemimpin islam. Mereka hanya layak leh menjadi pemimpin ajaran sesat sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2012 at 11:08 PM

Memang dah OVER tahap kebencian mereka terhadap Umno. Tertutup sudah akal untuk berfikir secara rasional. Itulah dia ABU !

Persoalannya, apakah itu cara ISLAM ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2012 at 11:12 PM

Ya, kalau diminta nas atau hadis pun mereka boleh keluarkan ! Semuanya bergantung kepada kefahaman dan interpretasi masing2. Cuma penjelasan dari mereka yang berperwatakan alim diluar akan punya nilai yang lebih. Mereka yang tidak terbuka mindanya akan cepat terpengaruh...

Post a Comment