........... Biarpun Melayu Merempat, No Problem Sebab ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Biarpun Melayu Merempat, No Problem Sebab ...

Wednesday, October 31, 20128comments

Saya teringat akan ucapan Najib semasa PAU 2010, waktu itu politik negara agak kecoh dengan ucapan Chua Soi Lek semasa Mesyuarat Agung MCA, yang mempertikaikan Hak Istimewa orang Melayu. Kebetulan waktu itu orang Melayu masih belajar untuk menerima cara liberal Najib yang agak mengejutkan ( merujuk kepada MEB yang baru diumumkan ) dan Perkasa pula tengah klimaks .... jadi ucapan Chua Soi Lek itu agak biadap pada telinga kita. ... errr... dan ahLek masih kedengaran biadap sehingga kini.

Rata-rata orang Melayu marah dan isu Hak Istimewa Melayu menjadi topik utama ketika itu. Jadi untuk meredakan kemarahan orang Umno, Najib hanya perlu sebut -

Hak Melayu terkunci kemas dalam Perlembagaan: Najib

dan orang Umno pun jadi tenang semula. Ramai yang tak marah dah pada Najib ....... Terselamatlah ahLek.... dan semua pun balik jadi normal. ( saya copy sepenuhnya artikel bernama itu dibawah )

Mungkin atas dasar itulah makanya pemimpin2 Melayu tidak ada yang kisah dalam kes Suria KLCC ini. Biarlah .... nak buat macamana... yang penting Hak Melayu masih terkunci kemas !

TAPI kenapa semua bising ada ura2 kerajaan Selangor nak jual harta GLC ? Bukankah Hak Melayu sudah terkunci kemas dalam Perlembagaan biarpun MB Khalid jual kesemua harta milik GLC Selangor ?

"Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini  begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh  disinggung,"

Apa sebenarnya Hak Melayu itu ?

Katakanlah TIDAK ADA LAGI peniaga Melayu di Suria KLCC, dan ia berjangkit kepada kompleks2 lain hingga akhirnya tidak ada langsung peniaga Melayu yang berniaga dalam kompleks ternama ..... perlukah kita jadi risau ?

Bukankah Hak Melayu tetap terjaga ... macam konkrit gitu ..


                                             *************************

21 Oktober 2010

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata asas berkenaan adalah kontrak yang


dimuafakat  bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.


"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang 
dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

"Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini  begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh  disinggung," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.


Ketika menyampaikan ucapan bertemakan "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran" itu, Najib dengan tegas berkata tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kedudukan Melayu sebagai bangsa yang dilindungi hak-hak tertentu, ternyata telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. - BERNAMA

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
November 1, 2012 at 12:11 AM

Saudara DIN

Saya perchaya hak kedaulatan Melayu dibumi Malaysia ini wajib dipelihara,tetapi apakah wajar hak-hak Melayu itu dijaga sedangkan Melayu itu sendiri tidak memelihara dan menghormati haknya ?.

Ekoran dari masalah peniaga Melayu disuria KLCC,biasanya kelas MElayu yang mampu meniga disini dan yang sekelas denganya lupa mereka Melayu ,hanya menjadi Melayu semula kalau tersepit dan status Melayu mereka perlu dilindongi.
Kenapa bangsa lain bolih maju dalam segala bidang ?,jawapanya mudah je ,kerana mereka tidak pernah lupa akan identiti mereka dan berkerjasama antara mereka ,tetapi malangnya Melayu tidak bagitu sebab itulah mereka tepingir kerana apabila mereka mencapai satu tahap mereka akan mengeluarkan diri mereka dari kepongpong Melayu itu sendiri,malah pelangan Melayu pada mereka tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

Apa yang diperkatakan disini bukanlah hendak menempelak ,malah turut juga terchuit ,tetapi hakikatnya Melayu harus ada kesedaran untok berubah bukan diubah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 12:35 AM

Hak Melayu tak payah jaga dah tapi yang penting hak Najib kena jaga (untuk kekal berkuasa).

Bila hak Najib terjaga, hak cina bukan sekadar terjaga malah ditambah-tambah ambil daripada hak Melayu yang dikatakan terkunci kemas dalam perlembagaan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 12:50 AM

Melayu sedar dan mahu berubah..... TAPI ramai yang berpandangan kena utamakan dulu PRU13. :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 12:51 AM

Perzoalan utama - bagaimana mahu berikan mesej yang jelas tanpa memburukkan keadaan ? Mesej kena jelas kerana Najib dan geng suka perasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 7:15 AM

Saya bersetuju dengan SEMUA artikel DT yang berkait, dan selangkah ke hadapan iaitu 2B DIRECT. Mereka mereka diatas sana bodoh yang tidak boleh diajar dan pandai tak boleh diikut. Semua mereka hanya PERASAN mereka bijak dan tidak faham rakyat/orang MELAYU sedang menilai dan membezakan antara yang dicakap dengan yang dibuat. Bila Nampak ramai setiap kali membuat lawatan, dah mula PERASAN rakyat menyanjung dan menerima. Harap jangan orang ketawa DIA pun sama sama ketawa, sedangkan orang ketawakan DIA.

“Hak Melayu terkunci kemas dalam Perlembagaan”: Najib

Ramai orang orang MELAYU tahu akan HAK MELAYU sememangnya ada, tetapi hanya tahu melalui apa yang didengarinya. Dengan itu tidak ramai orang orang MELAYU yang benar benar dapat berbincang dan mempertahankanya. Mungkin kah Najib adalah salah seorng darinya, hanya tahu ianya TERKUNCI kemas?

Najib harus faham bahawa PERLEMBAGAAN itu bukanya untuk disimpan walaupun didalam peti yang diperbuat dari EMAS, tetapi untuk dilaksanakan. HAK MELAYU sudah sepatutnya dikeluarkan dan dilaksanakan serta diberikan kefahaman kepada rakyat tak kira bangsa dan agama supaya rakyat tahu dan faham serta sedar batas perjuangan HAK untuk kaum maisng masing. Janganlah jadi seorang bapa yang hanya memberikan sesuatu kepada anak anak yang melalak untuk mendiamkanya walaupun yang diberikan itu adalah kepunyaan anak yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 7:23 AM

'Janganlah jadi seorang bapa yang hanya memberikan sesuatu kepada anak anak yang melalak untuk mendiamkanya walaupun yang diberikan itu adalah kepunyaan anak yang lain.'

Menarik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 2:55 PM

hak melayu tekunci kemas ! knp ianya msti dkunci ? atau sbnrnya nk kunci terus mulut2 orng melayu dr terusmperkatakan hak mereka ? yg hairannya pulak bangsa lain diberikan hak mereka lbh dr apa yg dh dpruntukkn dlm plembagaan itu sndri , dmn hak melayu ? hak melayu dh dkunci oleh ahli2 politik melayu sendri demi undi pilihanraya

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 11:52 PM

Nak sampaikan mesej ketidakpuasan hati Melayu atas tindak-tanduk najib,kena jumpa dan slow talk dengan kak mah kot ;p

Post a Comment