........... Ayuh Nilaikan KPI Pas Selepas 4 Tahun Bertahaluf Bersama Dap | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ayuh Nilaikan KPI Pas Selepas 4 Tahun Bertahaluf Bersama Dap

Friday, October 12, 20126comments

Dibawah adalah satu artikel yang agak panjang yang ditulis oleh Pas Kelantan Online bertarikh 25 Mac 2008 ... masa yang tepat untuk menghalalkan kerjasama bersama Dap bagi menghadapi PRU12. Saya terpanggil untuk copy artikel dibawah selepas membaca ketegasan Nik Aziz -

Pas tetap bekerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13), kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. SINAR

Setelah 4 tahun berlalu ........ apakah Pas masih tetap dengan Teorinya dulu ? Masih berpegang teguh dengan syarat2 bertahaluf dengan Dap sebagaimana Teori yang mereka bentangkan dulu ? Pas yang sering mendakwa perjuangan mereka mengikut cara Islam, apakata kita berikan KPI mengikut syarat2 Islam yang mereka sendiri gariskan, kepada kerjasama 4 tahun mereka bersama Dap.

Selepas habis baca mungkin bagus kalau kita tanyakan satu soalan yang saya rasa belum pernah ditanyakan kepada Pas - SAMPAI BILA PAS MAHU BERTAHALUF DENGAN DAP - JIKA MENANG PRU13, sama-sama memerintah tapi sampai bila ? JIKA TEWAS PRU13, apakah masih bersama Dap untuk PRU14 pula ... sampai menang ?

Pas Kelantan yang tulis ok ....

                                      ******************************

Kerjasama / Pakatan Menurut Perspektif Islam

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan. Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.

Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian
Hudaibiyah”. Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan.

Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:

Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah
menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti saying kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku
menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq)

Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut
keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat
dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah deng prinsip Islam yang mesti
ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya,
hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolaknya.

Syarat-syarat Tahaluf

1.Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip

Dalil-dalilnya ialah:

a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja.

Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur
dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di
sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan
meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.”

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w.

b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan
kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan: a.Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.

Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam idealogi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dalam persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka).

Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi.

b.Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan,
termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini.

Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah
s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang
perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat
mengakui kedaulatan Islam.

Dan sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari
kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar.Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak:

Wahai orang Muhajrin! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahiliyah ini? Mereka menjawab:
Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari
keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu
menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya."
(Riwayat Muslim)

2.Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan

Dalilnya:

a) Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk
bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah
Arab sahaja.

b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi
jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3.Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka

Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah
s.w.t., maksudnya:

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28)

Berwala maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.

Muwada’ah

Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).

Disebut dalam “Syarah Muhazzab” (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya.

Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.

1.Mereka menolong kita

Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam “Fiqh al-Sunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang minafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi.

Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’:

a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak
b)Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan
c)Imam Syafi’I mengharuskannya dengan syarat:
a.Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah 
b.Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.

2.Kita menolong mereka

Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya “al-Mabsut”, dan al-Syaibani di dalam kitabnya “al-Siyar al-Kabir”, Rasulullah s.a.w. menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau.

Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, “Zad al-Ma’ad”, apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN

Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1.Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:

a)Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
b)Mengiktiraf negara Islam 
c)Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2.Tahaluf tanpa membentuk negara:

a)Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
b)Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan
sebagainya
c)Berlindung sementara ketika lemah
d)Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah

Perhatian

Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:

1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah yang tidak berperanan.
Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden.Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

PENUTUP

Nas-nas dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan menguasai negara secara
menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2012 at 9:00 AM

YANG PASTI, PAS TELAH SILAP DALAM MENTAFSIR TAHALUF ITU. SEBAB BERTAHALUF SIYASI DENGAN DAP ITU SENDIRI TELAH MENYANGGAH MATLAMAT TAHALUF SEPERTI YANG DITULIS DI ATAS. LAGIPUN ITU SEMUA TELAH TERBUKTI. UNGKAPAN2 YANG GLAMOUR SEPERTI OVER MY DEAD BODY (WALAUPUN KONONNYA DI DADA MAMAT TU ADA BULAN????), AGREE TO DISAGREE, HUDUD HANYA 0.01% DALAM ISLAM, TIADA HUDUD DALAM BUKU JINGGA, HUDUD ADALAH BLA BLA BLA...ITU SEMUA BUKTI2 YANG MENUNJUKKAN BETAPA TAHALUF PAS DGN DAP ADALAH KONTRADIK DGN MATLAMAT MENGHALALKAN TAHALUF..JADI DI MANA LOGIKNYA? MASIH TAK HABIS2 NAK SPIN KE WAHAI PAS?

....................
Reply To This Comment ...................
Sepang Ronggeng
October 12, 2012 at 12:26 PM

Artikel ini sepatutnya dikeluarkan oleh UMNO lama dulu, sewaktu munculnya amanat Hj Hadi, sekarang ni terbalik pulak, PAS yang keluarkan. Agaknya penulis artikel ni orang UMNO kot.. senjata makan tuan untuk orang PAS terutama apa yang di boldkan tu... TAKBIRRRRRRR...

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2012 at 3:15 PM

Artikel di tulis 4 tahun lalu dan selepas 4 tahun berlalu, mungkin bagus jika kita dapat bandingkan antara TINDAKAN dan TEORI Pas. Ini juga sebagai membuktikan bahawa apa yang dilaung2kan oleh Pas tidak lebih hanyalah cakap2 RETORIKS yang mereka sendiri tidak mampu terjemahkan dalam bentuk tindakan.

Jangan hanya DENGAR saja tapi NILAIkan juga dari segi TINDAKAN. Ini tujuan utama artikel ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2012 at 10:36 PM

Daripada artikel ini, jelas menunjukkan pas banyak mengambil langkah seolah2 islam di Malaysia dalam keadaan terdesak, lalu dalil2 untuk keadaan dharurat antara yang digunapakai. Oleh yang demikian tentulah terdapat ruang untuk bertahaluf. Sebagai contoh, kalau kita mengandaikan malaysia dan rakyatnya berada dlm keadaan kebuluran dan ketiadaan air, maka umat islam di malaysia diharuskan makan biawak, babi dll serta menggunakan debu untuk bersuci. Pas menyangka mereka boleh menipu rakyat dgn pelbagai 'fakta' tetapi mereka sebenarnya cuba menipu diri. Semua nas yang dipetik adalah benar, tapi tidak diguna paki oleh mereka. Mereka hanya gunakannya dlm hujah, bukan dlm perlakuan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2012 at 1:49 AM

sebab tu kalau ditanya orang Pas apakah bukti2 yang mengatakan kerajaan Umno zalim, mereka hanya mampu mengulangi apa yang disebut oleh pemimpin2 Pas saja. Kalau ditanya apakah kezaliman yang mereka sendiri secara peribadi rasai akibat kezaliman kerajaan Umno ....... pasti mereka terdiam !

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 2:48 PM

Saya bersetuju dgn anon October 12, 2012 10:36 PM,

PAS apabila ingin MENGHALALKAN sesuatu perkara pastinya akan menampakkan betapa buruk,jahat,zalimnya umno di malaysia ini.Seperti yg anon ckp,mereka dgn mudah memanipulasi semua ayat2 al-quran dan hadis mengikut NAFSU mereka.

Seperti kata din bila kita tanya pd mereka kenapa smpai nk minta bantuan kafir,dijawabnya mereka UMNO MENZALIMI RAKYAT.Bila ditanya apakah bentuk kezaliman itu? Maka dijawabnya pemimpin umno lesap duit berjuta dn berbilion dan megamalkan kroni

Tapi bila kita tanya yg nuar juga merembat duit negara berbilion semasa jd TPM dlm skandal BNM,IPP,ABRAR HOLDINGS dll.Malah Nik Aziz juga terpalit dgn pelbagai kontrovesi spt isu menantu menjadi MB,isu balak dll.Jwpn ringkas dan padat mereka ialah itu SEMUA SALAH UMNO!

Dengan KEPERCYAAN sebegitu lah yg menyebabkan mereka terus dgn mudah MELACURKAN AGAMA.Nauzubillah..

Post a Comment