........... Artikel TERBAIK Dari Cina Pisang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Artikel TERBAIK Dari Cina Pisang !

Saturday, October 20, 20129comments

Artikel terbaru dari Ridhuan Tee turut sama membincangkan kenyataan bodek terbaru Najib dalam isu sekolah cina seperti yang saya tulis sebelum ini - KLiK dan KLiK.

Seperti yang diharapkan, bersandarkan pengalaman yang dimiliki, beliau telah menghasilkan satu artikel yang benar2 mantap dan mewakili aspirasi mereka tidak menyokong kepelbagaian sistem sekolah dan kepelbagaian bahasa dalam usaha memupuk Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum seperti kita.

Saya copy beberapa perenggan yang menarik untuk diulas, artikel sepenuhnya saya copy dibawah.

Tidak ada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima. Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.


Apakah kerajaan sedar yang segala kemurahan hati itu TIDAK DIHARGAI ? Mustahil kerajaan tidak sedar ! Tapi masih BERTERUSAN membodek dan merayu ? ? ?



Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?

Satu soalan yang saya amat berharap mendapat reaksi dari Saifuddin ! Apakah yang buat belaiu begitu yakin sekali sokongan kaum cina akan kembali jika segala tuntutan telah dipenuhi ? Beliau yakin nafsu tamak dan sikap kekiasuan kaum cina itu ada LIMIT ? Dimana CUT-OFF point nya ?

Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli? Sampai bila kita harus tunduk kepada desakan Cina kerana undi. Apakah kita lebih mementing undi Cina daripada masa depan agama, bangsa dan negara? Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman. Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol hanya Chinesesia. 

Cuba letakkan diri ditempat mereka ..... Jika CARA yang mereka amalkan ternyata berjaya dalam memeras kerajaan supaya mengikut kehendak mereka, kenapa perlu diubah ? Kerajaan TIDAK BERANI melawan. Usahkan melawan, untuk berikan katadua pun terketar2 !

Adalah LEBIH MENGUNTUNGKAN jika undi terus diberikan kepada pembangkang.... Maknakata, undi mereka akan hanya diberikan kepada BN ketika BN menjadi pembangkang. Tidak ada pilih kasih.... nothing personal.

Saya amat bimbang, tindakan mengalah ini akan menyimpan atau melahir rasa dendam orang Melayu kepada orang Cina. Inilah sebenarnya antara punca peristiwa 13 Mei 1969. Apabila dendam tidak dapat dikawal maka mengamuklah orang Melayu.


Yang ini bunyinya keras tapi saya setuju. Orang Melayu memang lembut dan suka mengalah tapi kita juga suka berdendam dan simpan dalam hati. Semakin dipendam semakin membengkak ....


Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu. Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itupun orang Melayu sanggup korbankan lengkok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina. Cakap Melayu, berbunyi Cina (slang dan accent).


Yang ini sesuai buat Najib. Tak perlulah diulangsebut anak tuan pandai cakap cina. NAK MUNTAH BACA ! Bukan sebab kepandaiannya , itu saya puji tapi kebanggan tidak bertempat Najib yang meloyakan.

Tidak ada berlaku dalam sejarah dunia, ada negara mengadakan kempen bukan bahasa kebangsaan. Kenapa perlu ada kempen bulan bahasa kebangsaan sedangkan bahasa melayu sudah termaktub dalam perlembagaan.



Yang ini kebetulan saya ada tulis di sini - KLiK

 Saranan yang Dr RT nukilkan saya copy -

1-  Jawatankuasa Khas hendak dibentuk disetiap Kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta supaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Menteri yang bertanggungjawab wajib memastikan bahasa Melayu digunakan dalam amalan seharian,


2 - Bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi,


3 - Bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua jenis sekolah dan wajib lulus untuk lulus dalam keseluruhan peperiksaan,

.
 4 - Jika bahasa Inggeris itu menjadi keutamaan, maka bahasa Inggeris hendaklah dijadikan sebagai bahasa kedua yang wajib diambil di semua jenis sekolah, tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu,


5 - Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa Melayu mesti dilakukan dengan tegas tanpa tunduk kepada ugutan persatuan-persatuan yang terlalu sifat kebangsaan atau ultra kiasu, yakni kumpulan yang tidak mahu mengaku kalah


 6 - Semua media cetak, elektronik, papan tanda, risalah dan sebagainya mesti mendaulatkan bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Tindakan undang-undang dan saman boleh diambil terhadap mereka yang membelakangkan bahasa Melayu


7 - Nama-nama Syarikat, Taman Perumahan, dan sebagainya mesti melambangkan identiti bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain


8 - Malaysia perlu banyak belajar daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, bagaimana negara-negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.


Perlu saya tegas sekali lagi disini - Kritikan ini jangan dilihat dari sudut politik. Bukannya dengan menegur begini bermakna saya menentang kerajaan atau mempromosikan pembangkang. Bagi saya kalau boleh biar isu ini mendapat perhatian semua orang tanpa mengira parti politik. Kita suarakan tuntutan kita ini tapi waktu sama bebas memilih parti mana yang mahu disokong. 

Tidak semua isu harus dipolitikkan dan ini adalah salah satu darinya.


Tidak salah jadi 'Cina Pisang'
 

Perdana Menteri (PM) mengatakan baru-baru ini Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Perdana Menteri juga  menegaskan, ketika menjadi menteri pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961.

Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti kerana memberi kuasa penuh kepada menteri pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan. Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal. Belajarlah berterima kasih kepada PM.

Sekadar makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukkan pendidikan Cina. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah hamper 1,300 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.

Akta 1996 yang lunak ini membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.

PM turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut. Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka. Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC selain menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC. Itupun masih ditentang kerana mereka mahu UEC diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.

Sebagai timbal balas, PM menaruh harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. Persoalannya, bolehkah harapan PM ini dipenuhi oleh komuniti Cina, terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak kemudahan dan begitu bertoleransi.

Tidak ada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima. Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.

Lebih memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR). Road map yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman. Selain itu, terdapat beberapa tuntutan  utama lain yang mesti dipenuhi dipenuhi iaitu mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit mandarin dalam SPM, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.

Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?

Saya harap kerajaan buat audit akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka. 

Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli? Sampai bila kita harus tunduk kepada desakan Cina kerana undi. Apakah kita lebih mementing undi Cina daripada masa depan agama, bangsa dan negara? Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman. Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol hanya Chinesesia.

Hargai toleransi dan sikap murah hati PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan bangsa lain.

Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?

Saya amat bimbang, tindakan mengalah ini akan menyimpan atau melahir rasa dendam orang Melayu kepada orang Cina. Inilah sebenarnya antara punca peristiwa 13 Mei 1969. Apabila dendam tidak dapat dikawal maka mengamuklah orang Melayu.

Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih cina daripada negeri Cina. Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal dilubuk sendiri.

Tidak salah menjadi Cina pisang sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal  kita dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.

Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu. Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itupun orang Melayu sanggup korbankan lengkok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina. Cakap Melayu, berbunyi Cina (slang dan accent).

Penegasan yang sama saya buat dalam forum bulan bahasa di Putrajaya baru-baru ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak ada berlaku dalam sejarah dunia, ada negara mengadakan kempen bukan bahasa kebangsaan. Kenapa perlu ada kempen bulan bahasa kebangsaan sedangkan bahasa melayu sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita tidak pernah dengar adalah bulan bahasa Siam di Thailand, atau bulan bahasa di negara Perancis, Jerman, Jepun, China, Indonesia dan sebagainya. Bahasa kebangsaan mereka memang sudah terdaulat dan terdarjat. Kenapa kita masih terhegeh-hegeh untuk mendaulatkan bahasa berdaulat dalam perlembagaan ini? Apa masalah kita sebenarnya jika bukan kerana ramai bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman ini?

Pada hemat saya, tidak perlu kempen, buang wang dan tenaga. Wajibkan penggunaannya dan kuatkuasakan serta merta, seperti yang dicadangkan oleh Allahyarham Dato Hassan Ahmad (15.2.2010):

i) Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara, bukan bahasa kebangsaan Melayu. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam urusan rasmi kerajaan. Justeru, Jawatankuasa Khas hendak dibentuk disetiap Kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta supaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Menteri yang bertanggungjawab wajib memastikan bahasa Melayu digunakan dalam amalan seharian, ii) Bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi, iii) Bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua jenis sekolah dan wajib lulus untuk lulus dalam keseluruhan peperiksaan, iv) Jika bahasa Inggeris itu menjadi keutamaan, maka bahasa Inggeris hendaklah dijadikan sebagai bahasa kedua yang wajib diambil di semua jenis sekolah, tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu, v) Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa Melayu mesti dilakukan dengan tegas tanpa tunduk kepada ugutan persatuan-persatuan yang terlalu sifat kebangsaan atau ultra kiasu, yakni kumpulan yang tidak mahu mengaku kalah, vi) Semua media cetak, elektronik, papan tanda, risalah dan sebagainya mesti mendaulatkan bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Tindakan undang-undang dan saman boleh diambil terhadap mereka yang membelakangkan bahasa Melayu, vii) Nama-nama Syarikat, Taman Perumahan, dan sebagainya mesti melambangkan identiti bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain, viii) Malaysia perlu banyak belajar daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, bagaimana negara-negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.

Cadangan yang cukup minima ini mesti diterima. Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini. Sikap seperti ini tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi. Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang. Apakah sanggup kita mangsakan mereka disebabkan oleh tangan-tangan kita hari ini.

Saya mohon maaf kepada orang Cina, jika tersinggung dengan tulisan ini. Saya langsung tidak anti Cina, sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang atau kita tidak rugi sedikitnya jika kurang sedikit kecinaannya, kerana kita sudah dapat yang sepatutnya kita dapat. Kita boleh mengamalkan semua budaya Cina sama seperti Cina di China. Ekonomipun kita sudah kuasai hampir kesemuanya, walaupun tidak sepenuhnya. Apa lagi yang kita mahu? Kita boleh menjadi Cina totok, di bumi orang lain.

Akhirnya, sudah sampai masanya, seorang menteri khas dilantik untuk menjaga kedudukan bahasa kebangsaan ini dan seterusnya memperkasakan peranan DBP supaya mendapat kuasa sepenuhnya mendaulatkan bahasa kebangsaan. Jika, tidak bahasa Melayu akan merempat di bumi sendiri.

Hati sayu bercampur gundah
Bila melihat bahasa diketepi
Bahasa Melayu bahasa indah
Sayangnya merempat di bumi sendiri 
 
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 3:01 PM

Apakah Melayu Malaysia ingin mengulangi nasib melayu Singapura?

Melayu Singapura adalah melayu yang sudah hilang jati diri Melayu dalam diri mereka, Melayu Singapura adalah melayu yang sudah 'dibeli' jati diri mereka oleh LKY.

Melayu Singapura adalah melayu yang sudah gadaikan bangsa mereka kepada LKY.

Tak percaya, cubalah bersembang dengan warga emas melayu Singapura yang intelektual sebagaimana aku bersembang dengan salah seorang dari mereka 3 hari lepas.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 4:25 PM

Menarik tuh .... harap saudara dapat jadikan artikel.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 5:48 PM

itulah yang sebenarnya matlamat pemimpin cina nak jadikan Melayu Malaysia. saya punyai dua orang abang dan adik berkahwin dan menetap di Singapura. anak anak mereka tidak dapat dinamakan Melayu lagi malah berbagga dengan negara Singapura dan pemimpinya. kadangkala terlepas dari mulut mereka mengkritik Melayu di Malaysia.

nak diharapkan pemimpin UMNO hari ini nampaknya tersangat kecewa. selalu saya mengulangi artikel yang ditulis DT yang pada saya satu satunya blogger yang benar benar berjuang untuk memartabatkan bahasa dan bangsa Melayu. tapi apalah, hanya seorang penulis blog biasa yang tidak ternampak langsung dek pemimpin pemimpin UMNO, mentelah lagi najib. setiap kali saya membacanya saya merasa begitu sayu dan pilu mengenangkan nasib dan masa hadapan generasi Melayu. kemana kah arah dan hala tuju mereka nanti dan saya tidak sanggup melihat mereka menjadi Melayu Singapura.

najib pun saperti juga nik aziz dan anuar, masing masing nak dapatkan undi cina. yang satu gadaikan agama dan satu lagi gadaikan bangsa dan yang satu ni lagi baik, gadaikan kedua duanya sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 8:31 PM

Kadang2 sebagai orang Melayu yang beragama Islam malu dengan Dr Ridhuan Tee kerana beliau antara yang memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam di Malaysia..Lebih hebat dari puak2 berserban putih dalam PAS..Salam perjuangan , Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 8:52 PM

Sungguh terharu saya membaca luahan dan teguran Dr Ridhuan, beliau adalah berbangsa cina, tapi demi islam, beliau cuba membela saudara seislam melayunya yang begitu hanyut dikenakan oleh orang2 cina. Tiada melayu yang mempunyai semangat sekental beliau, bukan hari ini saja beliau menulis dan memperingatkan org2 melayu, malah telah lebih dari sepuluh tahun (rasanya) beliau bertungkus lumus begini. Biarpun dicerca, diugut dan dikecam oleh bangsanya sendiri, namun beliau berani dan tegas dgn perjuangannya... Syabas DR, semoga tuan akan mendapat ganjaran besar dari yang maha esa.

Sebagai ulasan, saya ingin menarik perhatian bahawa bahasa melayu patut kembali ditukar kpd bahasa kebangsaan. Saya tak pasti menteri mana yang menukarkan bhsa kebangsaan kpd bahasa melayu, ini sebenarnya hanya menyebabkan kaum lain akan merasa mereka dipaksa menerima melayu, bukan malaysia. Perkataan kebangsaan rasanya lebih mesra dan lebih patriotik.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 8:54 PM

sudah saya linkkan , TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2012 at 9:03 PM

ya, saya setuju. Makanya saya amat jarang sekali gunakan perkataan Bahasa Melayu melainkan Bahasa Kebangsaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 10:36 PM

Kalau Din atau yang lain-lain berada di KL 5 Nov ni, mungkin boleh sertai Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), dianjurkan oleh blogger merahsilu. Boleh cari dalam fb.

Ramai yang berminat dengan isu-isu Melayu dan jatidiri Melayu ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2012 at 10:00 AM

Sebenarnya sekolah mana yg DIPINGGIRKAN SJKC atau SK? SJKC mendapat pelbagai peruntukan. TPM di Segamat baru2 ini telah memberi peruntukan sebanyak RM500k on top RM7 Juta yg dah sedia ada di SJKC Li Chi. SK hanya melukut di tepi gantang. Sebenarnya org politiklah yg menghancurkan negara. Tanyalah guru-guru di SK, betapa ketatnya budget setiap sekolah. Tetapi SJKC mendapat peruntukan yg umpama UNLIMITED.

Antihipokrit

Post a Comment