........... AES - Untung RM700juta ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

AES - Untung RM700juta ! ?

Monday, October 15, 201216comments

Berkaitan penentangan isu AES, Dap sudah mula bermain dengan alasan Keuntungan RM700 juta, menggunakan cara favoret yang biasanya terbukti berkesan bagi menaikkan sentimen rakyat iaitu - Kroni Kerajaan Peroleh Untung Juta2 Atas Angin.

Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim Guan Eng ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini.

Sekarang ni yang menjadi isu adalah UNTUNG RM700juta atau Cara Pelaksanaan AES ?

Kalau Untung RM700 juta yang menjadi masalah kepada Dap, cara paling efektif untuk kurangkan keuntungan itu adalah menyeru pemandu supaya patuh pada undang2 jalanraya - JANGAN BAWA LAJU ! Tidak ada saman maka tidak adalah Kutipan wang maka Rugilah Operator.

Isu AES ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan kontrek2 kerajaan lain seperti Emel 1Malaysia contohnya. Emel itu memang membebankan kerajaan ( secara tak langsung membebankan rakyat ) melalui cara memperkenalkan sesuatu yang tidak perlu dan mengenakan bayaran kepada kerajaan. 

Tapi AES buat duit pula melalui mereka yang melanggar undang2 jalanraya. Dan jika kita tidak mahu AES buat duit atas angin, terpulang kepada kita sendiri untuk melakukannya - Patuhi Undang2 Jalanraya !

Seharusnya tumpuan adalah kepada Kewajaran Pemilihan lokasi kamera2 dan Kewajaran Had Laju diJalanraya kita. Contohnya - Berikan alasan2 kenapa pemasangan kamera2 dilokasi2 tertentu bakal menyusahkan rakyat, lokasi tak logikal ke, hadlaju merepek ke ...

Selepas beberapa hari isu AES ni, bila difikir2kan balik ..... yang menjadi masalah sebenarnya adalah sikap kita sebagai pemandu jer. Bengang sebab tak dapat nak speed ! Masalah nak ubah cara kita yang sebelum ni dah TERBIASA pandu kereta tanpa pedulikan hadlaju. Tension la mereka yang punya kereta power....... yang bawa kereta kecil atau kereta lama ( macam saya ! ) hanya mampu tersenyum ....... AES ? NO Problem, NO Problem !

Hehehehe .... sebenarnya MASIH BEBAS. Cuma kalau kena saman tu, jawap jelah..... KEBEBASAN UNTUK LANGGAR UNDANG2 JALANRAYA MASIH HAK KITA !


Bukan ke Dap sibuk nak kita ikut cara Singapura ? Mak ikutlah cara undang2 Jalanraya Singapura !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 8:42 AM

Harap dapt penyesuain had2 laju di jalan2 perbandaran dan kampung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2012 at 9:20 AM

Kenapa kerajaan tak tetapkan hadlaju secara konstant iaitu sama di semua tempat. Dengan itu, pemandu tidak perlu menukar kelajuan secara tiba2. Semua jenis jalan termasuk jalan kampung, jalan bandaran dan highway hadlajunya adalah sama. Dengan itu, kita tidak perlu membrek secara tiba2 kerana ia boleh membahayakan kita dan pemandu yg mengekori kita di belakang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2012 at 9:25 AM

salam,

tak kisah la bab untung berjuta ni. syarikat mesti masuk bskl dan ada saham. pemandu laju boleh la masuk syer syarikat dengan memastikan kereta anda sentiasa dipandu laju agar syarikat sentiasa untung. kalu ikut peraturan, syarikat rugi, tapi boleh tambah lagi kamera agar tak ada sesiapa pun boleh terlepas daripada speed trap agar kelajuan tidak membunuh kita.

yg jadi persoalan sekarang, siapa yang memantau orang yang memantau pegawai aes ini ? ada kemungkinan berlaku salah guna kuasa tak? siapa yg layak mendelete maklumat. ada kemungkinan berlaku kebocoran dan digodam maklumat tak? pegawai jpj yg bertugas tu ada intergriti tak bila kereta dia yg jadi model aes nanti. harap semua kereta termasuk kereta agong yg dipandu laju beserta konvoi pun turut disaman jika termasuk dalam data aes. kerana memandu kereta laju dan harus ingat bawa laju boleh membunuh. harap tak berlaku diskriminasi kelajuan. harap semua pemandu akan memandu ikut peraturan kelajuan. bawa laju boleh membunuh. bawa perlahan melalui jalan berlopak-lopak tidak bahaya kerana boleh elak lopak tersebut kerana bawa perlahan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 11:39 AM

Suatu perkara dalam dunia ni termasuk DAP dan tubuh badan Lim Guang Eng tu sendiri ada baik dan ada buruknya. Kalau kita mencari kebaikannya, maka kebaikanlah yang kita nampak. Kalau kita mencari keburukan, maka keburukanlah yang menghantui kita.

AES ni sebenarnya hendak mengurangkan kemalangan dengan menghukum pengguna yang bawak laju dengan alasan kemalangan yang kerap berlaku disebabkan pemandu bawak laju. Isunya, semua kemalangan berpunca daripada pemandu yang bawak laju?

Pemandu yang bawak slow tetapi mengantuk mata tu nak hukum macamana?
Pemandu yang bawak slow sambil bergurau senda dengan pasangan tu nak hukum macamana?
Pemandu yang bawak slow tetapi memotong ikut suka dia je tu nak hukum macamana?
Pemandu yang bawak slow yang anak duk atas riba tu nak hukum macamana?
Pemandu yang bawak slow yang ikut rapat macam nak cium bontot kereta tu nak hukum macama?

Semua pemandu slow di atas adalah penyumbang besar kepada kemalangan berbanding mereka yang bawak laju tetapi cukup berhati-hati.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 11:53 AM

Jangan risau .... untuk SEMUA perkara yang saudara sebut tu, JPJ dah order kamera2 yang tujuannya khusus bagi menangkap mereka yang terlibat. Satu-satu ..... sekarang kamera hadlaju ngan lampu merah, lepas ni kamera cium bontot dalam kereta, eh,cium bontot kereta hehhehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2012 at 12:10 PM

Yup, saya setuju kamera khas utk tangkap gambar keta yang slow mcm siput. Pemandu sebegini memang menyusahkan pemandu2 yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 12:20 PM

Blog hebat macam Din ni takkan total pageviews cuma 257 je? Aku pula dah bertahun-tahun berblog cuma tak sampai 30 total pageviews.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 12:22 PM

hehehe .. saya perasan jugak tadi tapi nampaknya dah balik normal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2012 at 1:08 PM

Sepatutnya fasa pertama,pasang lampu limpa led sepanjang lebuhraya utara selatan.Berapa KW tenaga elektrik dapat di gunakan.IPP ada lebihan tenaga elektrik yg di hasilkan.Guna sepenuhnya utk jalan raya yg ada konsesi dan jalan-jalan lain.Seragamkan tarif elektrik lampu jalan pada konsensi lebuhraya.Kemudian tarif elektrik seluruh malaysia,ianya akan mengurangkan tarif elektrik pengguna.Fasa kedua,harga tol konsesi akan meningkat tinggi sbb penambahan kos2 lain yg di tanggung.Utk mengurangkan kos,maka kwsp kena ambil alih konsesi lebuhraya yg berpontesi dgn pehak konsesi dan pehak AES, dgn syarat membina jarak lebuhraya yg sama di tempat lain.Perlaksanaan projek sebegini,memerlukan perkiraan yg berhati2.Bermakna,lebuhraya utara selatan ada pencahayaan dan AES.AES dan harga tol yg munasabah dan lain2, akan menjadi punca pendapatan setelah di tolak kos bil elektrik,gaji pekerja, penyenggaraan.Untuk mengurangkan beban lagi,subsidi tenaga mesti menjurus kepada penggunaan lebihan tenaga yg di hasilkan oleh IPP utk mengurangkan tarif elektrik.Bukan berasaskan lebihan tenaga dan tidak di gunakan utk menampung kos kepada nilai tarif elektrik yg meningkat(pembaziran).Mengantikan subsidi tenaga kepada membayar perkhidmatan atas penggunaan lebihan tenaga,adalah lebih baik utk ekonomi dan negara, kerana ianya akan menjana banyak peluang pekerjaan berbanding dgn skim BRIM,rebet hp dll.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 1:10 PM

NAH ... AMBIK KAU !

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 3:09 PM

Tahniah! Andalah calon paling sesuai untuk jawatan Menteri Tenaga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2012 at 4:13 PM

malaysia nie susah nak maju sbb masih terima pakai sistem mark up harga,komisen,biayai pelancongan dll(mesti mau jaga org kuat2) utk dapat tender projek, supaya ak gunggu buat kerja,boleh curi makan, last2 harga 10 tiang lampu ble pasang 5 tiang lampu aje,sebab kos tinggi dan pembaziran wang.Soalan PMR.berapa jumlah tiang lampu limpa berskala lampu stadium dapat di pasang sepanjang lebuhraya dgn nilai wang pemberian BRIM,rebet hp dll?.Berapa jumlah kontraktor,perkilang,pekerja dll,mendapat manafaat ini?.Berapa cukai pendaptan yg dapat di kembali pada pehak kerajaan?Berapa pulak masyuk perangkap duit AES setahun?Berapa pulak bayaran bil lebihan tenaga yg di gunakan oleh subsidi tenaga?Berapa tarif elektrik pengguna yg dapat di kurangkan oleh tnb,sekiranya penggunaan tenaga dlm negara mencapai 90%?Berapa kos penyelenggaraan TNB?Kenapa tak target tenaga boleh di perbaharui lebih kpd 60%?Kenapa tak cipta bahan bakar yg lebih efektif dari arang batu dan gas?Apasal iran boleh buat bahan bakar pepejal utk roket,malayasia tak boleh buat utk janakuasa?Apa itu tenaga nuklear?Apa pasal tak buat mcm hidroelektrik bakun kat semenanjung malaysia?Apasal malaysia selalu banjir akibat lebihan air dari membayar lebihan tenaga yg tak di guna?Knape kwsp tak ambil alih konsesi lebuhraya?knape tak buat lebuhraya di tempat lain?Apa pasal malaysia mainten jambu jer bila takbir negara?Apa pasal takut2?kenapa pulak,negara jiran suka intai2 kat malaysia?sebab ada potensi? marilah kita fikir merapu2 heheheheheh

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 5:19 PM

Nah ! Ambik kau sekali lagi !

....................
Reply To This Comment ...................
Joe
October 21, 2012 at 8:54 AM

Sebenarnya nawaitu penswastaan ni baik, kos pentadbiran dan pembangunan boleh dikawal. Tapi satu benda gomen terlupa atau buat-buat lupa. Penswastaan menyebabkan syarikat ni atau GLC menjadi angkuh, tamak dan bersifat kapitalis untuk pemegang saham.

Keuntungan bersih syarikat sebegini sepatutnya di "capped" mungkin sebanyak 20-30% peratus saja sebagai "retainer" dan selebihnya dipulangkan kepada rakyat/pengguna melalui "rebate" dan diskaun.

Cara begini semua "win-win", gomen dapat cukai, pemegang saham dapat dividen dan yang utama rakyat/pengguna dapat menikmati harga rendah perkhidmatan.

Keadaan sekarang ni, Gomen untung cukai dengan alasan boleh memajukan prasarana lain, syarikat untung berlipat ganda, pemegang saham ketawa ria dengan dividen dan bonus, Lembaga Pengarah tebalkan poket dapat saham percuma, rakyat menderita membayar lebih dari sepatutnya...

Lebih teruk lagi, syarikat tidak "perform", gomen terpaksa subsidi, pemegang saham dan Lembaga Pengarah tetap ketawa ria, rakyat tetap menderita membayar lebih dari sepatutnya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2012 at 9:01 AM

Satu idea yang BERNAS !

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2012 at 2:40 PM

Dear Bro DT,

Saya provide pandangan ahli psikologi mengikut kefahaman akademik beliau. Just want to share.

http://fakirfikir.blogspot.com/2012/10/jangan-marahkan-mat-saman.html

Post a Comment