........... Ucapan Hadi - Melayu Wajib Kuatkan Pas - Komen Dinturtle | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ucapan Hadi - Melayu Wajib Kuatkan Pas - Komen Dinturtle

Friday, September 7, 201227comments

 Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR

( 1 )Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

Ya, kita tidak salahkan kaum lain. Kita HENTAM kaum lain kalau kaduk sudah naik junjung. Tapi atas kelemahan bangsa, kita hanya harus persalahkan diri sendiri. Ya, setelah lebih setengah abad, dalam Umno perjuangkan Hak Melayu, pemimpin2 Umno juga mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri ! Saya tidak nafikan itu.

Tapi jika dibandingkan dengan Pas, lebih baik Umno. TAPI PALING BAIK SEKALI jika orang Melayu dapat bersatu dan gunakan kuasa undi yang ada untuk menekan pemimpin2 Melayu sendiri supaya jangan terus digadaikan Hak dan Maruah Melayu demi menagih sokongan kaum lain ! 

Dalam hal ini, kedua2 pemimpin2 Pas dan Umno bagi saya adalah KAKI BODEK UNDI. Dek kerana berebutkan kuasa, bangsa Melayu berpecah sementara bangsa lain bersorak. Memang betul - Jangan salahkan kaum lain - kerana pemimpin2 Melayu sendiri yang bertelagah hingga tak kenal dunia disamping para pengikut yang taksub, mengiyakan saja SEGALA tindakan pemimpin mereka.

UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud

( 2 ) "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya  dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."


Erkk, Hadi bercakap tentang KAUM ? Tentang perlunya KAUM itu berjuang untuk menentukan nasibnya sendiri ? Woi Hadi - pergi cari Nabi Melayu la ! Hahahahaha .......
( Nik Aziz - “Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab. (Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab." )

Agama Islam

Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan  pemikiran warisan penjajah.

( 3 ) Al Marhum Tan Seri Syed Ja’afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia ; ”Adalah lebih baik PAS berada diluar BN membetul keadaan dan tidak bijak berada didalam." Tegas beliau ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.    Kenyataan ikhlas kerana melihat UMNO tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.

Kelakarlah pulak bila Hadi gunakan kenyataan itu .... Bukankah maksud arwah, Pas berada diluar sebagai PEMBANGKANG yang bertindak sebagai check and balance kepada Umno yang menjadi kerajaan ! ? Hmmmm kenapa Hadi tak gunakan ayat Quran atau Hadis yang menyeru kepada PERPADUAN UMMAH ? Habis dikoreknya segala perbendaharaan kata2 pemimpin yang menyokong perpisahan untuk digunakan mengikut agendanya.

Lagi pun konteks ayat itu merujuk kepada satu bentuk KERJASAMA tidak resmi antara Pas sebagai pembangkang dan Umno sebagai kerajaan. Bukannya supaya keduanya berpisah untuk saling menjatuhkan !

Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa Al Quran, bukannya bahasa Inggeris. UMNO yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada ditahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah. Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal UMNO dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.

Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orentalisnya, tetapi mereka menolak aqidah dan syariat yang sempurna. Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.

Malangnya UMNO tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang. Para pemimpin UMNO lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihanraya. ( 4 ) Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya. Masalahnya ialah roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta’abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak. Keadaan ini menjadikan sehingga  asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.

Jadi tunjukkanlah bagaimana caranya yang betul dengan mengwujudkan sendiri institusi2 Islam yang penuh dengan roh serta pengisiannya mengikut acuan Islam. Janganlah duk menunggu untuk ambil alih kuasa baru nak tunjukkan melalui apa yang telah Umno bangunkan. BANGUNKAN SENDIRI. Takkanlah selepas 61 tahun Pas wujud, takde SATU PUN contoh yang dapat diberikan ?

Setakat Cakap dan Mengutuk - Saya Pun TAHU ! Jom, Hadi kita sama2 jadi blogger hahahaha ....

Al Marhum Maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya : (Kembali Semula Kepada Islam ), menegaskan :” Pelaksanaan Islam dengan cabarannya  berlaku dua cara pendekatan. Samada melaksanakan Islam secara Ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara Jibayah, dengan mimilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata “.

( 5 ) Yang kedua inilah yang dilakukan oleh UMNO sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam dikalangan penganut yang jahil dan lebih lagi dikalangan bukan Islam. Apabila Islam dilihat  bukan melalui kacamata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin UMNO. Lebih merbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif saperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya. Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO. Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.

Maka tunjukkanlah kepada rakyat bagaimana ajaran Islam itu sempurna dan murni melalui tindak tanduk orang2 Pas ! Malangnya, orang kafir termasuk rakan Pas dari Dap sendiri tidak hormat kepada Pas .... betuuuuul, Dap hanya melihat Pas sebagai alat untuk dipergunakan. 

Itu adalah alasan sebenar kenapa PR sehingga sekarang TIDAK MAMPU berikan senarai Kabinet Bayangan sebab orang2 Dap TIDAK SANGGUP MENGIKTIRAF pemimpin Pas sebagai pemimpin mereka ! Mereka terpaksa menjawap kepada orang2 cina yang rata2 memandang rendah pemimpin2 Pas. 

Jika Pas mampu menjadi contoh terbaik, DENGAN SENDIRINYA respek akan datang, dan DENGAN SENDIRINYA rakyat akan menyokong Pas dan menolak Umno. Tak perlu nak melalak mencaci maki Umno, tak perlu nak melutut kepada Dap, tak perlu nak menjolok Anwar ....

Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekulerisme dalam masyarakat Islam. Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat dibawah pemerintahan UMNO.

Seterusnya UMNO menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti Isu Syariat Islam. Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti  hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan  dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.

Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebagiannya adalah merosakkan iman. Beramal dengan sebahagian dan menolak sebagiannya pula menyababkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan  celaka dunia dan akhirat.

Hak Istimewa

Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah. Mereka tidak membantah hak istemewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua  kaum lain. Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, ( 6 ) tetapi ditongkat oleh UMNO demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera. Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.

Berulangkali saya cabar Pas supaya keluarkan dasar2 Pas yang dikatakan bakal menjaga Hak Melayu Islam. Jika Pas setuju dengan DEB, maka katakanlah dengan lantang. Dan gariskan langkah2 bagaimana dapat dihalang segala penyalahgunaan oleh Umno itu diulangi. Dan jangan lupa dapatkan persetujuan Dap.

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum. Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir ditengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.

( 7 ) Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Apakah langkah2 yang akan diperkenalkan oleh Pas untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan ? Bagaimana dengan kewujudan Sekolah Cina yang Pas juga sokong giler ? Pernah dengar pemimpin Pas menegur Dap supaya memastikan orang cina juga fasih dalam Bahasa Kebangsaan ? Pernah dengar Pas menuntut supaya pelajar2 sekolah cina jangan meminggirkan Bahasa Kebangsaan ?

Kenapa semasa demo bantah PPSMI dulu Pas boleh setuju pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda ? Kenapa tidak SEMUA sekolah gunakan Bahasa Kebangsaan ?

SAMA SAJA baik Pas maupun Umno ! Cakap saja lebih ... Bab bodek orang cina menggunakan isu Sekolah Cina, serah je pada pemimpin2 Melayu kita.

Kedudukan Politik

Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan  Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.

Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.

Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi  jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh.( 8 )  UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.

 Dan bagaimana dengan Pas sendiri ? Tidakkah kerana Islamnya Pas maka Pas sanggup bermusuh dengan Umno , lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain ? Kenapa menolak Muzakarah ? Mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih !

Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .

( 9 ) Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam
, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.

Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. “Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan “.

 Ya, DENGAR TU AHLI-AHLI PAS SEMUA ! SATU NASIHAT YANG AMAT BAIK DARI HADI. Eh ..... bukan ke baru ni ada pasangan MELAYU INTELEK yang TIDAK MASUK PAS tapi memilih Dap ? Begitu juga AhSak sama ahPan. Apa pandangan Hadi terhadap tindakan mereka ?

 Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut diatas.dan Firman Allah yang bermaksud

"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Melayu Tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu Rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.

Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama UMNO, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli UMNO kepada PAS.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
....

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2012 at 11:25 PM

Soal beriman...Allah jua yang tahu siapa yang lebih takwa antara Najib, Nik Aziz, Hadi dan lain-lain.

Tapi jom kita melihat 'akhlak' yang mereka telah pamirkan !!!

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 6, 2012 at 11:37 PM

Mereka -merka ni hanya bijak bercakap dan berpidato tetapi tidak pernah mengamalkan apa yang mereka pidatokan.
Kalaulah mereka-mereka menunjokan sikap yang baik dan menyakinkan dan mengamalkan kepimpinan melaluai teladan ,saya kira berator orang melayu ambil borang nak masok PAS dan UMNO mungkin hanya tingal sejarahnya sahaja.

Apa yang dapat dicontohi dari mereka hanya pemakian jubah dan serban sahaja,sunah konon ,bercakap tak pulak ikut sunah,menghasut ,menchercha,mekafirkan sesama Islam ,adakah sunah juga kah?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:35 AM

Saya sangat sangat keliru segala apa yang Hadi perkatakan. Ada kah dia cuba menjadi wira Melayu yang kononya memperjuangkan hak dan keistimewaan orang orang Melayu? Ada kah dia hendak menjadi juara didalam mempertahankan agama Islam? Ada kah dia ingin menjadi pejuang untuk mempertahankan kedaulatan raja raja Melayu? Sudah kah dia mencerminkan diri sendiri sebelum mengeluarkan kata kata itu? Atau ada kah dia ingin menarik perhatian orang orang Melayu supaya bersama didalam PAS menjadi pejuang bangsa, agama dan Raja Raja Melayu?

Hadi bercakap saperti orang yang sedang mengelamun mimpi. Tidak kah dia sedar bahawa PAS telah memporakperandakan orang orang Melayu sehingga telah berpecah belah? Tidak kah dia perasan bahawa PAS telah melalcurkan agama Islam kepada DAP? Tidak kah dia tahu bahawa PAS sedang mengamalkan ajaran Islam yang telah jauh lari dari landasan kebenaran? Sedar kah dia bahawa PASlah yang bertanggungjawab melahirkan orang orang Melayu yang tidak beerakhlak dan dan berbudaya pemberontak?

Hadi sepatutnya memperbetulkan diri sendiri dan PAS yang dipimpinya. Jadikanlah diri dan parti sebagai contoh yang dapat mempengaruhi semua orang orang Melayu. Hadi sepatutnya merenong kembali segala kata kata dan tindakanya yang telah merosakkan akidah dengan menuduh orang orang UMNO sebagai kafir dan bersekongkok dengan DAP yang sejelas jelasnya sememang kafir. Bagaiman pulak kedudukan PAS didalam Pakatan yang terangan menyokong LBBT, Bersih dll yang terang terangan mengancam Islam?

Dalam perkara ini UMNO saya lihat lebih Islam dari PAS dan lebih layak memperjuangkan bangsa Melayu, agama Islam dan Raja Raja Melayu. Walau pun UMNO tidak dikatakan perfect, tetapi jika dibandingkan dengan PAS adalah jauh lebih baik UMNO dalam memperjuangkanya. Setelah sekian lama parti PAS ujud, apa kah contoh yang dapat ditunjukkan dan dibanggakan oleh orang orang Melayu?

“Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. “Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan “

Sepatutnyalah Hadi dapat menghayati kata kata itu dengan lebih ikhlas. Tidak kah Hadi melihat kalau pun tidak kepada diri sendiri, tetapi kepada pemimpin pemimpin PAS disekelilingnya. Tidak kah dapat Hadi menilai akan perilaku serta tindak tanduk mereka itu. Ada kah Hadi sebenarnya buta dalam kecelekan atau pun telah terhijab sehinggakan tidak dapat membezakan yang benar dengan yang salah?

Saya sarankan Hadi merapati orang orang UMNO yang punyai neraca yang lebih baik didalam menentukan antara hak dan batil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:39 AM

Hadi tidak bermuhasabah diri dan disebabkan itulah beliau melihat kesalahan pada orang lain. Dari firman dan hadith itu sendiri, sekiranya dapat beliau melihat dan memahaminya dengan hati yang jernih, nescaya dapat beliau memperbetulkan diri sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:42 AM

ini yang dinamakan orang yang berilmu tetapi tidak beramal - hampa! perlakuan yang tidak boleh dijadikan contoh tauladan yang baik. jubah dan serban serta berjanggut itu hanya ikutan luaran saja. yang terlalu penting sekali ialah dihati, tempat dimana Allah hendak tahu apa ada dilamnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:45 AM

Sdra Din,
U really killed me with this one. Witty lah kamu ni.
"Dan jangan lupa dapatkan persetujuan DAP." Ouch!

Kesian Pas, melepas dapat pasangan MELAYU INTELEK. Dulu Ah Sak dan Ah Pan. Tapi takpe lah dapat Kadiaq bowtie dan Ustazah Abby sebagai saguhati.

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 12:58 AM

Untuk memilih pemimpin bukan sekadar akhlak saja, tapi kena lihat juga kepimpinan, visi dan semangat ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 1:03 AM

Ketamakan KUASA digambarkan mereka sebagai perjuangan Islam. Keikhlasan itu tidak ada. Bayangkan alasan tahun 1970an digunakan sebagai sebab kenapa Pas tidak boleh bermuzakarah dengan Umno ?

Itu ikhlas mahu bersatu ATAU mencari alasan untuk tidak bersatu ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 1:05 AM

Abby is the REAL PRIZE Hahahahahaha ..... sepertimana kerajaan2 dulu jatuh dek sebab wanita, Pas juga akan jatuh disebabkan Abby ! ( kalau tdak dikawal minah tu )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 6:29 AM

PAS dan UMNO sebenarnya adalah adik-beradik. Walau gaduh tahap maksimum sekalipun, PAS tetap mengakui bahawa mereka berdarah Melayu. Walaupun dari segi luaran mereka berimejkan ala arab, tapi dalaman mereka tetap jiwa Melayu. Perjuangan Melayu dan Islam perlu bergerak seiring. Oleh itu, PAS dan UMNO adalah pasangan ideal, saling lengkap melengkapi. PAS memang patut kekal sebagai pembangkang, kerana UMNO perlu dikawal dari luar supaya tidak terkeluar dari landasan. Tapi dalam masa yang sama, PAS boleh bertahaluf siyasi dengan UMNO demi memartabatkan Islam & bangsa Melayu yang jelas masih terpinggir khususnya dari segi ekonomi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 7:53 AM

PAS sebenarnya tidak punyai pemimpin yang baik dan betul betul berkalibar. PAS juga tidak ada halatuju dalam perjuangan. PAS juga tidak pandai menggunakan peluang yang mereka ada saperti setelah sekian lama memerintah Kelantan, tidak nampak apa yang mereka telah lakukan. Apa yang saya lihat PAS tidak relevan dalam memperjuangkan apa yang mereka katakan. Itu adalah semata mata untuk memancing sedangkan umpan yang digunakan salah untuk menangkap ikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 9:22 AM

EH? SORANG MENGAKU MELAYU...SORANG LAGI MENGAKU MELAYU TU ASSOBIYAH. SERABUT BETUL PARTI PAS NIH..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 9:59 AM

salam,

hj hadi baru dapat penulis teks ucapan upahan yang berpendidikan sekular agaknya. tu pasal tak banyak ayat-ayat quran dimanipulasikan dan ada banyak rujukan sejarah dan bertema melayu. dulu mana boleh sebut melayu, Agama Islam jer yang berada di lidah mereka. baru ada orang cerdik dalam punahsihat pemimpin pas. kalu idak, 'hudud` memanjang dalam ucapan. itu je yg pandai.

memang setuju sangat, pemimpin melayu banyak dok tergoda dengan undi. dok bodek undi ajer. kerja tak tau macam mana takut hilang undi. kalu kerja bagus, tak perlu takut, tapi ramai la pulak yang dengki. susah jugak jadi melayu yang asyik ingat kekayaan tanpa rasa takut kepada Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 11:47 AM

satu olahan menarik din ... teruskan usaha anda ini ... tq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:02 PM

DT,

"Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO. Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia"

KOMEN:

Apa yang dilalui oleh TDM dalam konteks keluar-masuk parti adalah cabaran positif yang mana impaknya kalau ditoleh ke belakang mematangkan TDM.

Apa yang dilakukan oleh TAR di pentas Pas diakhir hayatnya, dalam konteks agama adalah kesedaran betapa Pas adalah saudara seagama. Noktah

Kini cabaran serupa dilalui oleh YB Zulkifli Nordin, YB Hassan Ali dan mungkin YB Nasharudin

Dan ketiga-tiga tokoh di atas, bakal jadi seperti TDM dan TAR iaitu politikus Islam paling berjaya dalam konteks mengepalai masyarakat plural (bukan pluralisme)

Pas harus berfikir begini:

TDM dan TAR dinilai oleh Pas. Generasi Z akan menilai Pas. Soalnya, apa yang generasi Z nak simpulkan tentang Pas dalam aspek masyarakat sivil plural dan pluralisme?

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 12:17 PM

Pemimpin Pas terlalu naif dan lurus bendul dalam permainan politik hingga mudah diperkotak katik oleh dap dan pkr.begitu juga orang pas yang mudah dijadikan askar dlm permainan catur dap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:19 PM

dibandingkan antara pemimpin pas n umno, aku rasa pemimpin pas lagi bermoral.jawatan yg diperolehi adalah pilihan rakyat bawahan.berbanding dgn umno, dr ketua bahagian sampailah presiden, semuanya rasuah,tiada langsung pemimpin umno yg naik tanpa rasuah....

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 12:20 PM

Kita cuma ramai ahli politik saja dikalangan pemimpin, TIDAK ADA PEJUANG BANGSA. Makanya mereka sanggup jual apasaja demi sokongan undi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 12:25 PM

Politik Pas adalah politik kampung Melayu. Baru nak sedar betapa pentingnya mengambil kira faktor pengundi kaum lain. Tu yang macam excited sngat dapat berkawan dgn dap menentang musuh lama umno. Ibarat tamu yang harus dilayan sepenuhnya, maka dilayanlah kehendak dap, dijaganya hati dap...

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 12:33 PM

masalahnya tidak ada bukti ! Memang saya akui ramai pemimpin Umno yang kayaraya melebihi pendapatan selepas masuk Umno, ada yang kaya raya tanpa pendapatan..... tapi selagi tidak ada bukti, semuanya kekal sebagai persepsi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 12:34 PM

Nampaknya Pas ambil pendirian 'musuh aku yang dulu tetapi apabila kini jadi musuh kepada musuh aku yang dulu adalah otomatik sahabat aku'. Lain-lain nilai tolak tepi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 3:27 PM

Betul 2 Din.Ini kerana PEMIMPIN juga suatu bentuk KERJAYA PROFESIONAL sama spt doktor,peguam,akauntan,jurutera,pajakr IT dll yg memerulkan ILMU dan seorang yg AHLI di dalam bidangnya.Kalau setakat nak cari pemimpin yg kononnya makn pakai tangan,amik wuduk air sungai,solat di tepi jalan dan tinggal di rumah buruk tanpa dikira KEAHLIAN dan ILMU utk menjadi pemimpin,maka hancurlah bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 3:39 PM

Inilah wajah sebenar seorang yg mnengaku memperjuangkan ISLAM.Di depan Melayu bersembur2 ckp pasal perjuangan Islam,membantu MELAYU,memartabatkan MELAYU segala bagai.Terlupa lgsg pasal ASSOBIYAH.

Tapi bila di depan kaum lain bersembur2 beckp mengenai KEADILAN,KESAMARATAAN,GLOBALISASI,ASSOBIYAH dn segala bagai.Kalau berpeluang beckp depan Yahudi plak jd la mcm bang nuar.Smpaikan negara Israel pon nk dipertahankan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 3:58 PM

sepertimana yg pernah saya komen/utarakn dlm satu blog "the enemy of my enemy is my friend adalah tidak terpakai dlm perjuangan agama". ini kerana the enemy of my enemy actually is also my enemy as well.

PAS mengambil langkah dan pendekatan yg salah, jd kini akibatnya PAS diperkuda/dikaldaikn 'rakan' yg sebenarnya musuh mereka sendiri dgn mengorbankn umat dan Islam sendiri.

anon10

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 5:00 PM

Kata2 Hadi adalah cakap2 politik, keluar dari ulamak politik dan untuk tujuan politik. Tiada kena mengena dgn sebarang perjuangan atau asas agama islam. Jadi kita kena anggap itu adalah satu kempen, bukan ceramah, bukan tazkirah dan bukan dakwah. Kerana ucapan tersebut keluar dari ulamak politik.
Pas ingin (berangan) kepada kegemilangan zaman nabi saw dan zaman para sahabat, tapi perangai dan akhlak para pemimpin dan penyokong macam orang jahiliiah, cuma berbeza dgn puak jahiliyah ialah pemakaian songkok dan beragama islam, lain2 perkara sama saja dgn puak2 jahiliyah.
Dah tu ditambah lagi dengan ciri2 khawarij yang mendominasi perjuangan pas, semua orang salah, mereka saja betul, perbezaan pendapat dgn mereka adalah kesesatan, memerangi pemerintah islam, bersekongkol dgn harbi, keras dgn sesama islam, lembut dan pengecut dgn kafirun dan akhir sekali, mudah mengkafirkan sesama islam yang tidak sependapat dan tidak menyokong mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 5:12 PM

Komen yang menarik, terimakasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 7:29 PM

anon 12.19pm

kau cakap berpandukan rasa...rasa pemimpin PAS lebih bermoral dari pemimpin UMNO...wow...pemimpin PAS semua pilihan rakyat dan pemimpin UMNO semua sekali rasuah...sebabnya pemimpin PAS cakap guna nas dan hadis ekk...sampai mati la kau tertipu...kerana setau aku setengah pemimpin PAS pun lahapnya mengalahkan setan...semua dia sapu bila ada peluang... setakat ini peluang tak berapa banyak...so nampak la baiknya...perhatilah dan selidiklah...takyah la aku tunjuk satu-satu...

atas pagar

Post a Comment