........... Tauliah Anwar Vs Tauliah Najib Dan ...... errr .. Rosmah. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tauliah Anwar Vs Tauliah Najib Dan ...... errr .. Rosmah.

Wednesday, September 5, 201220comments

OK, artikel sebelum ni kita bincang soal INTELEK .....nah, kali ni saya nak tengok setinggi mana INTELEK kita dalam menangani gambar2 dibawah yang banyak disiarka oleh blogger Pas awal siang tadi.

Gambar2 disiarkan sebagai hujah balas kepada Perkasa yang mendakwa alasan utama mereka menganggu majlis tazkirah / ceramah Masjid AlHusin adalah kerana Anwar tidak punya tauliah untuk memberi ceramah agama di Masjid selain dari mempertikaikan niat Anwar yang hanya mahu berpolitik dalam masjid.

Persoalan utama yang dibangkitkan pembangkang adalah - Apakah Najib dan Rosmah juga punya tauliah untuk bercakap dalam masjid ?

Ada sesiapa nak berkongsi pandangan ?

Dari Utusan 3 Mac - PAS hanya mahu kuasa - PM

Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).


Besok pagi baru saya siarkan komen ya, sebab waktu artikel ni keluar pukul 2 pagi, saya dah tidur ! hehehe..

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 3:56 AM

apabila bercakap tentang agama perlu tauliah kerana melibatkan hukum hakam dan menjaga akidah. seseorang yang berfahaman pluralism etc mmg xlayak.
adapun nk cakap perkara selain drpd tu xde tauliah xpe. Dlm kes DS Najib tu maybe berkaitan dengan politik atau berkaitan kerajaan, bg sy xde hal. cuma jgn politik kepartian je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 4:07 AM

SAYA PERCAYA PM TAK AKAN BERCAKAP TENTANG POLITIK DALAM MESJID. DIA TAK AKAN BODOH NAK GUNAKAN MESJID UNTUK MENGHENTAM DAN MENCACI PIHAK LAWAN. TAK MACAM AHLI PARTI P...S YG BANYAK MENCACI DAN MAKI HAMUN WALAU PUN DALAM MESJID.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 6:52 AM

Perkasa mencerminkan tahap intelek ahli umno sebenarnya.tindakan perkasa ternyata memberi tambahan undi pd pr..alasan tauliah tidak dpt diterima krn di majlis2 pr yg lain pun geng2 x sekolah perkasa ni pun ganggu jugak..terima kasih perkasa.anda mempercepatkan pengunduran najib dgn tindakan anda..tp bro, ko rasa tindakan perkasa ni mcm menjahanamkan umno ke tak?buat penat tok jib buat transformasi je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 7:23 AM

Jawapan mudah ialah najib & rosmah tiada tauliah. Namun, ada 'kelonggaran tertentu' untuk pemimpin no.1 negara. Saya katakan ianya adalah keistimewaan yang diberikan atas kapasiti tertentu. Maksudnya, tazkirah yang ada tujuan tertentu kerana PM bukannya boleh berjumpa rakyat terlalu kerap kerana mempunyai jadual yang ketat. Segala masalah rakyat boleh diluahkan secara face2face kerana audien atau jemaah masjid adalah terdiri daripada penduduk tempatan sendiri. Mungkin juga ada amanat atau mesej penting dari seorang PM yang khusus untuk penduduk setempat sahaja.

Bagi Rosmah pula, saya percaya beliau takkan berucap tanpa dijemput secara khusus oleh wakil penduduk kampung. Jika ada penduduk kampung yang tidak berpuashati, sepatutnya bantahan dikemukakan dengan lebih awal sebelum kehadiran rosmah. Ada juga sesetengah penempatan yang tidak mempunyai dewan khusus untuk mendengar sebarang taklimat dari pemimpin negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 7:32 AM

Mampat perkasa mana ada ya cerdik...ketua nya pun tak habis belajar kat itm...

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 7:34 AM

anon kat atas kata politik, saudara kata bukan politik ? ?

Menggelabah juga nak jawab ek.. Semuanya bergantung kepada interpretasi. Sebab itu kita kena berhati2 JANGAN BUAT APA YANG KITA TAK SUKA MUSUH BUAT sebab ia akan kembali kepada kita.

Akhirnya apa beza PR ngan Umno ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 7:37 AM

Pendirian saya kena baca balik artikel berkaitan Masjid AlHusin sebelum ini :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 7:40 AM

Maksud saudara seorang PM ada lesen besar sikit ? Sebab tu lah Anwar nak sangat jadi PM ! hehehehe ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 7:47 AM

Kisah Masjid Dhirar yang didirikan oleh Abdullah bin Ubai dizaman Rasulullah telah mendapat tentangan hebat dari kaum muslimin dimana akhirnya masjid tersebut telah dibakar kerana ianya didirikan atas tujuanmemecah belahkan perpaduan kaum Muslimin Madinah ketika itu.

Samada ada tauliah atau tidak, saya secara jujur menyokong usaha PERKASA dalam tindakan mereka menghalang tazkirah Anuar. Tazkirah yang menjurus kepada fahaman Khawarij dimana akan menambahkan lagi kebencian kepada pemerintah Muslim yang
telah dipilih secara sah.

Seandainya Anuar hidup dizaman para sahabat nescaya leher beliau telah lama berpisah dari badannya. Adakah para sahabat dapat menerima seseorang yang berjasadkan muslim tetapi berlidahkan Yahudi.Umat Islam perlu mengenal siapa "Abdullah Bin Ubai" di zaman ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 7:56 AM

bila kita merasakan pihak yang berkuasa tidak menjalankan tugas mereka, kita berhak untuk ambil alih tugas itu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 8:20 AM

Anwar mana boleh bg ceramah agama.. Bahasa dia tinggi sangat.. nnt org duk salah faham.. nnt org kata dia ckp undang2 liwat lapuk la, duk kata dia sokong Israel la.. padahai dia x ckp pun.. hangpa y duk x faham dia punya sastra

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 8:34 AM

Sebenarnya tauliah hanyalah alasan perkasa semata2. Persoalan sebenar yang perkasa ingin timbulkan ialah personaliti anwar sendiri. Seperti yang kita semua ketahui, anwar masih belum 'membersihkan dirinya' daripada tuduhan moral, fahaman politik dan pegangan agamanya. Semuanya adalah satu tuduhan yang serius. Tapi anwar tidak memberikan jawapan yang benar2 memuaskan hati semua pihak. Oleh itu, perkasa melihat anwar 'belum cukup bersih' untuk dibenarkan memasuki rumah Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 8:54 AM

yg buat kerja ini bukan badan induk perkasa tetapi unit setaraf unit anal pas aja. apakah sama pas dan unit amalnya?

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 9:18 AM

Ketika Saidina Umar r.a. dilantik menjadi khalifah,ucaptama yang dikeluarkan oleh kaum muslimmin ketika itu, "Hai Umar! sekiranya engkau bengkok nescaya kami luruskan engkau dgn mata pedang ini".

Umarak,ulama dan rakyat adalah ibarat satu jasad, sekiranya tangan kanan yang sakit ,samada rela atau tidak, tangan kiri akan mengambil tugas tangan kanan.Ulama ibarat hati,umarak ibarat akal dan rakyat ibarat jasad.Jasad tanpa hati beerti mati,akal tanpa hati nescaya sesat.

Rakyat malaysia buat masa ini tiada pilihan ,mengambil pimpinan sediada yang mempunyai sejarah hitam dan putih atau berhadapan dgn pimpinan bercelaru kesepakatan.

Setuju dgn pandangan "Melayu Hampa",sekiranya ada alternatif lain pasti saya akan meninggalkan parti yang ada dikala ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 10:16 AM

Kalau Nuar nak datang surau tempat aku, aku akan halang apatah lagi kalau nak beri tazkirah .. aku akan pasti halang.. ini bukan soal politik..
sebab..
1. surau aku tak pernah ada masalah perpecahan walaupun ada fahaman yang berbeza... jadi mencegah lebih baik dari mengubat
2. Aku tidak mahu ada fitnah yang hanya menambah dosa para qariah ..
3. Aku tak nak ambil risiko ..
4. SIAPA ANUAR?

Kalau Najib nak datang ke surau aku , aku akan adakan sambutan.. sebab
1. suka tak suka dia adalah pemimpin negara.. setiap Jumaat aku didengarkan dengan khutbah Jumaat yang menyuruh semua umat taat pada pemerintah selagi dia Islam dan Solat ..
2. Aku memang nak jumpa pemimpin secara dekat dan face to face kerana bukan mudah nak jumpa pemimpin negara, tambahan lagi aku nak dengar amanat atau apa apa pesanan dari pemimpin untuk rakyat , sebab aku yakin pemimpin negara yang aku sambut bukan datang untuk menipu malah aku akan minta bantuan mana mana yang perlu kerana aku rasa itu sebahagian tanggungjawab pemerintah Islam dalam menaikkan syariat Islam..
3. Aku juga akan pesan pada pegawai PM supaya PM bercakap perkara yang berkaitan kepentingan rakyat..termasuk hal hal berkaitan negara.. kerana aku sebagai rakyat ingin juga tahu akan keadaan negara dari sudut pandangan pemimpin..


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 11:25 AM

White Orange!
Gua caya lu lah!!!!!! Lu prinsip sama ngan gua...Gua akan buat benda sama macam lu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 11:32 AM

BAGI AKU PULA.. KENA TANYA PARA PENDENGAR DALAM SURAU TU DULU..APA INTIPATI UCAPAN PM WAKTU ITU. ADA KE TAK PASAL POLITIK KEPARTIAN? ADA KE TAK MAKI HAMUN KUTUK MENGUTUK? ADA KE TAK MENYEBABKAN KARIAH MASJID BERPECAH BELAH? ADA KE TAK ORANG2 PAS BANTAH DIA MASUK MASJID TU? KALAU TAKDE..OK LAH...JIKA HANYA UCAPAN BERKAITAN KENEGARAAN, PERSAUDARAAN DSB. OK LAH..SEBAB DIA PEMIMPIN KERAJAAN. RAKYAT MEMANG NAK DENGAR SENDIRI KATA2 DIA.

BANDINGKAN PULA DENGAN SORANG MAMAT TU..DISURUH MUBAHALAH TAK MAHU. PELBAGAI ALASAN DIBERI. TAPI ADA HATI NAK GUNAKAN MASJID/SURAU UNTUK BERI TAZKIRAH. JIKA TAKDE YANG MEMBANTAH, TAK KISAHLAH..TAPI DAH ADA YANG TAK SETUJU. SEPATUTNYA INSAF. UTAMAKAN DAHULU PERPADUAN UMMAH KAWASAN ITU..

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 2:48 PM

Bro Din, saya rasa PM bercakap tanpa ada suatu tajuk atau topik khusus, tapi Anwar nak buat 'Tazkirah'. Biasanya tazkirah akan dibuat oleh para ustaz atau sekurang-2nya orang yang kelihatan suci (tiada video china doll atau kes liwat). Bila org tak suci (belum suci) beria-2 nak tazkirah, ianya lebih berupa satu penghinaan keatas penduduk setempat yang rata-2 tiada video china doll. sebagai contoh. kalau seorang pemabuk dtg nak bagi kursus tentang bahaya dan dosa meminum arak, agak2 kita boleh terima tak?itu mungkin lojik kpd tindakan perkasa... wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 3:03 PM

Tidak salah anwar memasuki dan solat dirumah Allah, tetapi memberi tazkirah adalah perbuatan melampau bagi seseorang yang diketahui ramai masih terpalit dgn noda. Yang nyata ialah Anwar merupakan sejenis bala atau fitnah kpd umat islam. Disuruh bersihkan diri tidak mahu, tapi mahu bagi tazkirah... bukankah itu mengundang perbalahan di dalam masyarakat? yang sipenyokong pula buta perut.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2012 at 8:13 PM

soal tauliah hanya wujud jika apa yang ingin disampaikan adalah sesuati yang bercorak keagamaan seperti ceramah agama dan sebagainya.bagi aktiviti2 lain,ianya terpulang pada ajk masjid/surau dan kariah masjid/surau tersebut untuk menentukannya samada dibenarkan ataupun tidak.kebiasaannya pihak ajk masjid/surau akan mengambilkira pandangan kariah mereka sebelum membuat sesuatu keputusan membenarkan atau menolak.sekurang2nya itu adalah apa yang saya dan ajk masjid di tempat saya amalkan...

Post a Comment