........... Stadium Sultan Mizan - Kalau Dah Mahal Sangat, Pakai Kanvas jer... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Stadium Sultan Mizan - Kalau Dah Mahal Sangat, Pakai Kanvas jer...

Saturday, September 15, 20124comments


Sweet Memory .....



Kerja2 pembersihan runtuhan Feb 2011
Gambar diambil pada 30/8/2012

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ditengah2 bandar Kuala Terengganu yang digunakan sekarang



Saya tidak tahu bagaimana keadaan dalam stadium - padang, tempat duduk, wiring dll, tapi secara kasarnya, bagi saya Stadium Sultan Mizan dalam keadaan sekarang jauh lebih baik berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 

Yang dipakai sekarang ni pun bukannya ada bumbung pun, setakat Grand stand kecil je yang berbumbung.... kenapa tidak diperbaiki saja stadium baru tu mana2 yang perlu saja dan buka semula untuk digunakan ? Sayang dibiarkan begitu saja ........ dan untuk dibelanjakan RM120 juta lagi untuk digantikan bumbung yang runtuh .... errr ... bagi saya, kalau duit dalam akaun ada billion-billion, tak kisahlah.

Tapi kalau masih ramai lagi rakyat yang hidup dalam kemiskinan, baik tak payahla ..... pakai kain kanvas pun ok gak ! Bajet tu buat buka kilang ....

Lagipun belum pernah saya dengar mana2 projek kerajaan yang siap mengikut bajet awal yang diumumkan !

Artikel berkaitan sebelum ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2012 at 8:39 AM

SAPE KONTRAKTOR? APSAL KONTRAKTOR TAK BUAT GANTIRUGI?

SEBENARNYA KITA NI TAK NAK BERBURUK SANGKA..TAPI KALAU DAH JADI CAMNI..OTOMATIK YANG BURUK2 JE TIMBUL DALAM FIKIRAN.

KEPADA YG TERLIBAT TU..JIKA ADA YANG 'TIDAK BETUL' TELAH BERLAKU..TAK BERKAT WOI MAKAN DUIT YANG BUKAN HAK KORANG..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2012 at 9:00 AM

Rasanya Mat Said takkan baiki stadium ini selagi PRU13 tak abis. Ini sbg peringatan pd rakyat Terengganu kepada Idris Jusoh.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 9:23 AM

Ni BUKAN artikel politik. Ia satu luahan peribadi seorang rakyat yang berfikiran simple :-)

Bagi saya, janganlah kerana bumbung rosak maka stadium ditutup. Apakah syarat nak dibuka semula MESTI dengan gantian bumbung yang mahal? Kalau takde bumbung amacam?

Ramai penyokong pasukan bola Teganu meredah apajua cuaca yang datang di stadium sekarang, jadi diorang dah biasa dengan bumbung langit. Rugi fasiliti cantik dan canggih tidak digunakan hanya kerana tiada bumbung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2012 at 5:12 PM

Patutlah runtuh..architect menerapkan nilai fremason...satu mata

Post a Comment