........... Slogan Janji DiTepati DiSokong Majoriti Rakyat ! Rais Terbukti Benar ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Slogan Janji DiTepati DiSokong Majoriti Rakyat ! Rais Terbukti Benar ...

Saturday, September 1, 201213comments


“Hari ini kita telah mengumpulkan satu kumpulan rakyat yang padat dan padu dari segi gerak geri suara dan persembahan serta semua aspek kemerdekaan Nampak ceria dan kejayaan bagi menepati janji sebagai tema telah tercapai.

Pada pihak-pihak yang mempertikai tema atau slogan ini, majoriti rakyat terbukti senang dengan komitmen dan slogan tersebut,” Demikian tegas Rais Yatim.

Ok la .... saya mengaku saya silap. Sebelum ini ( KLiK ) saya kritik pemilihan slogan Janji DiTepati sebagai bermotifkan politik dan tidak sesuai dikaitkan dengan sambutan Hari Merdeka.... ternyata saya silap kerana MAJORITI RAKYAT menyokong.

hmmmm ... itu jer, sungguh la !


Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 1:16 AM

"dari segi gerak geri suara dan persembahan serta semua aspek kemerdekaan"??? - Hehe..penari kebudayaan dan koir sekolah mana yang diangkut?

Kenapo tiba2 den raso kebanyakan menteri2 kabinet dah jadi sebegitu bodoh...atau ingat rakyat boleh diperbodoh? Tak rasa diri bodoh ke dengan alasan bodoh untuk cubo menipu si cerdik.

Apo nak jadi la Malaysia nih...

Raso nak tukar pemimpin tapi tak nak tukar parti. Abih camno tuh Din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2012 at 1:43 AM

hampir separuh kakitangan awam dikerah ke perhimpunan ni bro...yg sukarela dtg aku rasa berapa ribu je..hahahah...rais..berhentilah membodek.anda sepatutnya berada didalam kubur.ini bukan zaman anda..ini zaman anak muda yg berfikiran kritis..

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 1:43 AM

Apo kono ekau jang ? kan Rais dah tubek kato - Majoriti udah sokong, mako kito pakat pecayo ajo lah. Nanti tak pasai2 keno hampok dek geng Rais , pecoh palo kang !

Datuk Sori, eden tak konal paneh nih... itu pandangan poribadi dio je tuh. Tak pon, dio cerito gayo IDIOM. Tubek kek mulut tak samo dalam hati !

hmmm ... apo laie nak dikato nih ah ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 1:50 AM

Semua anak muda pada zaman mereka merasakan 'ini zaman anak muda berfikiran kritis' dan semua anak muda yang dah melepasi zaman muda merasakan mereka lebih banyak makan garam hehehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 3:35 AM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Abang DIN, kita antara yang HADIR ke Stadium Bukit Jalil sebentar tadi..

Kita BOLEH KATAkan DS Najib dan DS Rais BIJAK apabila memberi TUMPUan kepada Generasi X dan Y cuma penDEKATan tu perlu diperBAIKI.. Sepatutnya usahakan untuk menanam lebih banyak sifat PATRIOTIK dan keROHANIan dalam diri kedua-dua generasi tersebut menerusi majlis sebegini bukannya hiburan semata-mata..

Lagi satu, memang tak diNAFIkan ramai kakitangan awam dan pak cik makcik dikerah ke Stadium Bukit Jalil tadi.. Namun, saya kagum jugak dengan kehadiran RIBUan Generasi Y secara sukarela pakat naik LRT dan terharu tengok kibaran jalur gemilang dikibar oleh RAKYAT berbilang KAUM anak beranak.. Bukan macam kat Dataran malam 30 Ogos yang menghina NEGARA kita.. Cumanya, saya harap majlis macam ni tak perlulah sampai larut malam.. Kesian kat kakitangan awam dan pakcik makcik tuh..

Mungkin majlis yang sama tapi perlukan pengisian yang berbeza untuk kakitangan awam, pakcik makcik dan generasi X & Y? Harap PIHAK penganjur lebih KREATIF..

Kalau rajin, bacale tulisan terbaru saya.. HE!HE!HE!

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2012/09/dua-pengkhianat-negara-sama-nama-tapi.html

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2012 at 7:28 AM

dulu, baru baru dia jadi menteri penerangan, aku sangat sanjung. lama kelamaan bila selalu keluar kat TV aku dah rasa macam banyak yang tak kena. bila aku ikuti sedikit perkembangan dia, aku dapat rumuskan bahawa dia ni pun tak boleh pakai. dia bangga dengan logo merdeka, lagu merdeka dan sekarang perhimpunan Janji diTepati. dia cakap majoriti rakyat yang sokong, itu pendapat dialah. ada kah pendapat dia tuh berdasarkan jumlah yang hadhir pada perhimpunan itu? bagaimana kalau perhimpunan itu tidak diselitkan dengan acara acara lain? bagaimana pula jadinya kalau mereka mereka yang hadhir itu tidak disediakan dengan kemudahan pengangkutan? lagi lambat PR lebih banyak lagi pemimpin yang saperti ini akan terserlah. antara parti dan pemimpin? aku benar benar dah rasa keliru kerana kedua duanya berganding rapat, siapa atau apa yang sepatutnya aku undi nanti?

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 8:43 AM

Aku rasa semua orang nampak(so obvious)yg tema hari kebangsaan kali ni sangat kuat bau politiknya.Aku malas dah nak cakap sokong ke tak sokong dengan tema tu.Rata2 generasi y yg ditanya merasa agak jengkel dengan agenda politik yang keterlaluan walaupun dia mungkin sokong kerajaan.

Najib tak perlu terlalu 'memaksa' rakyat untuk menyokongnya secara terang2an begini.Apa salah bagi hari kebangsaan untuk sehari ini atau 2 hari(hari Malaysia)najib bersikap(berlagak) neutral dan bawakan agenda nasional daripada agenda politik 24/7.Hari2 disogok dengan kempen politik lama2 orang pun muak.Mungkin juga kerajaan terikut2 dengan rentak pembangkang.Yang ini lagilah agenda politik dia 28/9,bukan muak lagi dah tapi dah termuntah hijau.

p/s:kalau tengok aku tak komen lama tu,maknanya aku lari kejap dari blog2 politik,saja nak menghilangkan mual2 tekak hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2012 at 9:21 AM

din
sebenarnya rais ni misguided dan tolol sikit. org ramai suka najib dan tranformasi serta tulus ikhlas tolong rakyat. mamat rais ni "jump on the bandwagon" je.
kebutuhan pembangkang serta kepandiran anuwar,si janggut sakit (samad) dan si tua kutuk (nik) yg sebenarnya telah merubah pendirian generasi A sampai Z. lagipun fanatik yg tak dpt business serta salah baca quran dlm parti pembangkang tu, dah tak boleh nak buat apa apa dah. mujur jumlah mereka itu sedikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2012 at 11:23 AM

Kalau perhimpunan oleh Kerajaan BN ramai yang datang semuanya dikatakan dipaksa, mana ada beb, kamikakitangan kerajaan tak dipaksa pun, semua datang atas kesedaran dan kemahuan diri sendiri, semangat cintakan negara masih tersemai dihampir 80% rakyat Malaysia. Tetapi kalau nak dibandingkan Pemimpin BN dengan Pemimpin PR memang berbeza...BN lebih tulus dan ikhlas dalam perancangan mereka dalam memajukan rakyat dan negara, manakala PR lebih kepada hipokrit dan berselindung hasrat yang tidak baik....

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 11:56 AM

Aku pergi malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil. Kerusi Stadium penuh. Di Luar Stadium pun penuh. Macam Pesta. Majoriti adalah golongan muda.

Ini adalah sambutan kemerdekaan, jadi semua orang tak kira kanak-kanak, orang dewasa, orang tua semuanya datang memberi sokongan . Ini bukan majlis untuk orang yang boleh mengundi sahaja. Ramai betul rakyat datang memberikan sokongan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 12:30 PM

TerimaKasih diatas perkongsian pengalaman saudara .... :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 12:32 PM

Tak boleh nak komen banyak2 hehehehe .... TerimaKasih Paneh, Tukang Duk Peghati, Tobeng, putrarahman dan anons diatas pandangan anda semua... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2012 at 3:21 PM

YANG PENTING SAMBUTAN ITU BERHEMAH DAN BERTAMADUN..BUKAN MACAM YANG PUAK2 BERSIH LAKUKAN..

Post a Comment