........... Sketsa Satu Pagi Pasangan Bahagia ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sketsa Satu Pagi Pasangan Bahagia ...

Saturday, September 15, 20123comments

Jom kita gi pasar pagi ni, bang...  ajak si isteri.
Hmmmmph..  dengus si suami yang sibuk melayan laptopnya dipagi hari yang indah ni, dalam hati berkata, serabut bini aku ni, nak layan blog pun tak senang ....

Dengar tak bang ? Lauk dalam peti dah habis, lainla abang nak beli je lauk hari-hari..berhentilah kejap blog tu.
Yalaaaaah .... satu lagi.. nak baca Dinturtle jap. Dia ni tak habis2 duk komplen jer .... Tak reti nak cakap, dia ni Umno ke pembangkang ?

Tak habis2 dengan Dinturtle ! Politik pun politik juga, nanti dapur tak berasap.. Abang duk layan politik tu pun bukannya boleh ubah apapun. Ni tak habis2 dengan politik. Berjam2 depan komputer dengan politik, nanti jumpa orang pun cakap politik, gi kedai pun cakap politik ... politik, politik, politik bla bla bla...
Awak ni membebel jer... orang dah siap dah, Tutup je komputer, kita pergi lah. Awak tu .... duk bebel jer, siap tak juga.

Dalam kereta tengah menunggu enjin panas ......
Bila Pilihanraya ? tanya siisteri.
Manalah abang tahu .... Payah Najib nih. Penakut ! Patutnya lepas bagi BR1M hari tuh, dia boleh buat dah. Sekarag kesan BR1M pun  bla bla bla

Ingatkan awak tahu, dah mahir sangat dalam politik ?
Sorang pun tak tahu. Atas Najib la dia nak buat bila. Tu yang tak adil tu..... Negara lain semua dah set bila Pilihanraya, kita jer yang beri kuasa pada bla bla bla... Kalau undi Pas, takde lagi dah semua ni . Tarikh pilihanraya  bla bla bla

Bila nak jalan ni bang ?

Dalam perjalanan .....
Minyak nak habis bang, gi la isi dulu.  Orang peringat jer ... ( tahu sangat siisteri perangai suaminya yang pantang ditegur.  )
Orang tahu lah ! Minyak ni pun tak lama lagi naik harga la..Tengoklah nanti, habis jer Pilihanraya ... bla bla bla

Dalam perjalanan .......
Kenapa jem nih ? Tak habis lagi ker baiki jalan kat depan tuh ?
Kalau dah libatkan kroni, macam nilah jadinya. Kerja lembab bla bla bla ..... Tapi abang rasa diorang sengaja tu lambatkan kerja ! Bila jalan tak siap, jalan jem. Kereta pun banyak pakai minyak, kerajaan dapat duit bla bla bla

Eh, JPJ la.... cepat bang, pakai talipinggang !
Hmmmmph, tak habis2 nak cari duit.... Bagi BR1M konon, bagi itu ini konon, tapi waktu sama macam2 dia buat nak ambil balik.  Makin dekat Pilihanraya, makin banyaklah roadblock la, speedtrap la bla bla bla ...

Sampai dipasar .....
Jem jugak ..... abang drop saya kat depan tu, lepas abang cari parking nanti cari saya kat bahagian ikan. Tak larat saya nak bawa barang berat...
Negara maju konon .... jem kat pasar pun tak boleh settle. Hari-hari jem ! Buatlah parking besar sikit ker.. Mamat ni pun satu, nak masuk ke tak ? Terhegeh2... mesti orang Umno, ingat ni Umno punya jalan ker ikut suka dia jer..bla bla bla


Keluar dari pasar ....
Mahalnya ikan hari ni bang ....
Tak retilah abang.... nak tolong rakyat konon. Ingat kita ni semua orang kaya ke apa ? Takde gunanya bagi BR1M semua, Barang naik juga... Minyak naik juga ..  tak sampai dua minggu habis la duit tu, lagi 11 bulan 2minggu, rakyat yang kena tanggung ! Baik kerajaan kawal jer harga barang, lagi bagus. Najib ni bla bla bla

5 minit kemudian ....
Abang cuba call angah, dah 3 bulan dia tak masuk duit. Dulu janji lepas dapat kerja nak masuk duit tiap2 bulan. Mula2 tuh ok la, ni lepas 2-3 bulan baru masuk sekali. Call pun jarang dah. Takut angah tu ada masalah lain tak ?
Nak ada duit macamana budak tu, nak kena bayar PTPTN la, cuba undi Pas... semua kira settle. Ni duit kereta lagi, dah la harga kereta mahal sebab cukai Umno tinggi sangat. Awak tahu tak, dalam dunia ni, kat sini lah harga kereta ...bla bla bla ..

Sampai dirumah, si isteri ditegur jiran sebelah yang sedang bersiap hendak keluar dengan suaminya ...
Hai, baru balik pasar ker ?
Dak eeeh ..... baru balik ceramah politik !

Awalnya hari nih ! Belum pukul 11 dah kena dah ? 
Shhhh.... sambil anakmatanya dijelingkan pada sisuami yang sedang bawa barang2 dari pasar. Awak tu nak pergi mana ?

Nak pergi kenduri kawin anak saudara .... ( sambil berbisik ) ceramah politik juga lah tu nanti ....
Nasiblah Mah .... ni pun panjang lagi nak ke malam...

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 12:53 PM

Din, ni cadangan ikhlas aku. Aku duk peratikan mun pandai karang cerita, takdok niat ke nok buat novel pasal cerita-cerita politik. Boleh jual Din. Buat novel, jual secara e-book. Jual murah-murah je, aku pelanggan pertama mun.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 1:08 PM

hahahaha ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2012 at 8:13 PM

Eeeeeeeee ketawa mengilai la pulak diaa!!! Org cakap betul2 tu.
Nak komen camne pun taktau artikel mu ni din, elok buat skrip drama bagus ni...

Post a Comment