........... Sekinchan Ikan Bakar TEWAS - Benarkah Cerita Ini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekinchan Ikan Bakar TEWAS - Benarkah Cerita Ini ?

Sunday, September 16, 201229comments

Ni saya copy sepenuhnya dari blog pembangkang - SOALAN SAYA, BENARKAH BAGAI DIKATA ? -


                                                ******************

KANTOI AKHIRNYA!!!Towkey Ikan Bakar Sekinchan merayu jangan diboikot

Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.

Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .

KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.

Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.




Newsletter - 11 Sept 2012 Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.


Itulah bunyinya rayuan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Bandar Puteri, Puchong.


Membuktikan suara rakyat suara keramat, kuasa rakyat membawa akibat!!!


Merayu bantuan untuk bangkit semula sedangan towkeynya terus menerus mengambil sikap angkuh dan sombong kepada rakyat.



Mamat nie dah angkat tangan...Wa rasa bagi lah dia peluang kerana dia telah lakukan Tranformasi Sikap dan sudi mohon maaf....Kedahkini


                                                     ************************

Benarkah boikot oleh pro Bersih telah berjaya melumpuhkan Sekinchan Ikan Bakar ?  Saya tak tahu cerita, saya cuma nak kepastian. 

Dah alang2 bertanya, APA CERITA KEDAI IKAN 1MALAYSIA yang diselia oleh syarikat yang sama ?

Katanya nak buka 33 cawangan diseluruh negara ..... KLiK



Harap sesiapa yang lalu depan Plaza Centrum Setiawangsa dapat beri pengesahan apakah KIR1M diatas masih alive and kicking ?

Saya teringat cerita tauke Sekinchan ni KLiK yang pernah glamer sekejap dengan hadiah Ferrari melalui kempen FB 'Cintakan Keamanan'


Apa cerita ? Siapa yang dapat Ferrari ?

Masa tu kalau tak silap, ramai yang menyokong saudara Jamal kita ni.... jadi saya macam tak percaya cerita diatas tu. Kemana pergi penyokong2 Sekinchan Ikan Bakar ? Atau artikel RayuanKu diatas adalah fitnah ?

Saya tak nak lihat satu senario jer - Masa dijadikan modal berita, semua sokong.... Tapi masa jatuh, semua buat tak tahu jer....

Sesiapa tolong berikan pengesahan ....

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 7:25 PM

Saya pergi Sekinchan Ikan Bakar di Swangsa dua kali sahaja. Pertama masa mula2 dibuka...antara pengunjung terawal. Masa tu, walaupun mahal - okay lah servis bagus, ikan fresh. Kali kedua. Dengan harga melampau mahal dan TAK SEDAP! Saya tak pergi lagi.

Kedai 1Malaysia masih ada, tapi pengunjung tak ramai. Ikan yang dijual pun semua TAK FRESH. Lebih baik beli kat pasar tani atau pasar Keramat. Harga tak banyak beza pun. Yang murah ialah bahan2 seperti sayur dan bawang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 7:33 PM

Sikap dengki mendengki sesama Melayu menjatuhkan ekonomi orang kita mengapa tidak diadakan kempen memboikot kedai Cina yang selalu menipu orang MELAYU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 7:35 PM

Bukan sekadar kempen memboikot sering juga terdengar rungutan para pelangan yang harganya yang mahal dan makanan kurang enak .Aspek ini juga perlu diberi perhatian dalam perniagaan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2012 at 7:42 PM

saya siarkan komen saudara 'without prejudice'. Saya anggap komen saudara sebagai satu pandangan ikhlas.... yang lain ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 7:59 PM

Kalu nak berniaga, berniaga je la..jgn masuk politik..kan dh kena boikot..kalu dh tahap merayu mcm ni bermaksud tindakan pr betul.apsal penyokong umno x pergi makan kat situ..adakah rakyat dh meluat dgn pemimpin umno?..kalu mkn kat situ bermakna menyokong umno...ramai la rakyat malaysia yg bencikan umno..tu psl tutup...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 8:03 PM

itulah padahnya jika terlalu berpolitik dan yakin diri..

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2012 at 8:03 PM

"dh tahap merayu mcm ni bermaksud tindakan pr betul" .... Ia hanya menunjukkan boikot itu berkesan ( mengambilkira faktor2 lain tidak berubah ), tidak semestinya betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 8:34 PM

setuju dengan pendapat saudara...iaitu biarkan saja ahli yang tak berniaga main politik!

saraan hidup?

haha, bukankah ada banyak artis boleh survive atas pentas politik tanpa perlu melakukan tugas hakiki?

apa maknanya?

masyuk!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 9:58 PM

Mmg.ikan bakar sana mahal. Pegi pn kalau nk jamu tamu jauh je.

Tp soalnya kadang2 tpt lain mcm oldtown pn.majal jgk. Tp yg sepakat org nk boikot kedai melayu jgk. Roti massimo adakah kitansemua pakat boikot?

Itu bukan masalah mahal tp lagi berat halal ke x pn diragui

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2012 at 9:58 PM

jika apa yang disukai pelanggan tersedia,sebarang boikot atau tindakan memulau takkan memberikan hasil yang baik.sebarang bentuk perniagaan pada dasarnya perlu akur pada kehendak atau selera pelanggan.itu sahaja antara asasnya untuk diterima orang ramai.seperti yang saudara kita nyatakan di atas,ada beberapa perkara yang tidak disenangi seperti harga yang tinggi dan kualiti bahan yang agak kurang baik ssebagai isunya.jika kelemahan ini diatasi,insyaallah penerimaan orang ramai akan menjadi lebih baik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 11:02 PM

Orang akan pergi lagi dan lagi.. jika makanannya sedap, servis bagus DAN yang paling utama harganya MURAH!
1st time aku pergi di Desa Tun Razak, KL perkara di atas elek, MAHAL! itu jela aku pergi dan tak pergi pergi dah..
Bukan sebab politik, kedai makan kena lah jaga kualiti, servis kena mantop & harga murah..

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2012 at 11:05 PM

Jawapan akademik memang dah dijangka, tapi cuba baca kembali newslette diatas. Mereka yang menanggung LEBIH TAHU dan membaca rayuan diatas, tuanpunya badan mengakui kesan hebat boikot terhadap restorannya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2012 at 11:11 PM

TAPI membaca komen2 yang konsisten merujuk kepada kualiti dan harga makanan serta servis yang tidak seperti diharapkan, mungkin tauke seknchan patut melihat cermin sebelum cepat meletakkan kesalahan atas boikot :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 12:15 AM

memandangkan kita mmg boleh boikot saya cadangkan pasar supermarket kita ramaikan di supermarket mcm AEON (yg merupakan jepun + melayu) bumiputera dan bukan golongan yg x mengenang budi.buat ape menguntungkan derang. ini la kuasa kita sebagai pelanggan mereka yg terbesar. kita la mengkayakan derang sampai naik tocang.

artikel ini membuktikan kita mampu kalau mahu. jgn pada org sendiri je kita buat.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 2:10 AM

Saya tidak ada kepentingan politik. Saya pernah kunjungi restoran Sekincan di Stiawangsa hanya 2 kali. Masaalah sebenarya harga terlalu mahal dan masakan kurang enak. Servis agak slow dan kurang mesra pelanggan. Towkay lak asyik menunjuk-nunjukkan kereta mewahnya i.e Hummer, ferrari etc. Jadi pandangan umum restoran ni macam untuk kawan-kawan elit dia. Soal dia aktif dalam politik bagi saya tidak timbul.Kalau masakan sedap dan harga berpatutan serta servis yang efisien saya yakin pelanggan akan berulang kesana. Perkara ni dah berlaku sebelum Dato' Jamal terkinja-kinja hentam BERSIH pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 2:25 AM

harap sesiapa dapat senaraikan premis2 perniaagaan parti pembangkang dimana saja supaya saya menjadi orang pertama yang memboikot..sbb pembangkang otak dengkel ni kerjanya setiap saat semua politik..

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2012 at 6:50 AM

Tak kena mengena dgn boikot dari org bersih, sebenarnya harga di SIB terlalu mahal dah ia tak berapa sedap, ikan nya kadang2 tak berapa segar. Lagi pun francaiser nya keluar modal besar pastu tak bolih jual menu selain yg ditetapkan. Kita patut bantu perniagaan kaum kita utk terus maju ,mengapa cina boleh bersatu!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 7:39 AM

Bukan masalah boikot sbb politik,takde maknanya.semuanya sbb makanannya semakin lama semakin tak sedap dan mahal..tapi orang kta,mahal pun takpe asal sedap..so dimana silapnya?..

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2012 at 8:48 AM

Lagi pembaca yang beri komen SAMA - Kaliti makanan yang tidak seperti diharapkan dan harga mahal. Atas sebab itu mereka tidak mahu lagi ke sana BUKAN kerana boikot.

TerimaKasih semua diatas padangan anda !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 9:18 PM

MAHAL? SERVIS TAK BAGUS? TAK SEDAP?

KOPITIAM PUN MAHAL JUGAK. MALAH SERING DIPERTIKAIKAN LAGI STATUS HALALNYA. TAPI RAMAI JUGAK YANG PEGI KAN? KAN ? KAN?

BAGI AKU LA...INI SEMUA MENTALITI ORG MELAYU. SIKAP DENGKI TERHADAP BANGSA SENDIRI CUKUP TINGGI. ASAL SAMA BANGSA JE..NAK KENAKAN TU CEPAT JE. BERBEZA FAHAMAN POLITIK PUN TETAP NAK JATUHKAN JUGAK DENGAN ALASAN2 YANG DISEBUTKAN..HEHE

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2012 at 10:22 PM

Mahal atau murah itu subjektif :) Bagi orang yang tak biasa ke Kopitiam, mungkin mahal... Lainla Sekinchan memang target marketnya mereka yang sering ke Kopitiam.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 7:38 AM

Bukan sebegitu, perbezaan SIB ngan kopitiam amat2 jauh.. SIB hanya menjual menu ikan bakar (paste pulak cam hampeh!!) dan menu-menu biasa seperti sayuran, minuman macam biasa la.. dah namanya restoren ikan bakar maka orang dtg sbbkan itu kan? kopitiam pula menyediakan hampir semua jenis makanan dan minuman; dan menu utama sudah semestinya kopi, kebanyakkan yg dtg nak minum jer manakala makanan hanya sampingan (untuk pengetahuan McD dah mula fight kopitiam dgn menjual produk minuman kopi brand McCafe dengan harga yg amat berpatutan)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 7:42 AM

Off topic sedikit sahaja..
Berkait juga ngan SIB, ini pasal Kedai 1 Ikan Segar (kalau tak silap namanya) aku pergi sekali juga di MAEPS Serdang dan amat2 hampa dengan kualiti yg di hidang, semuanya adalah ikan frozen (kalau yer pun nyah beku la dulu!!) dan jenis2nya pula ikan2 biasa seperti kembong, cencaru, selar dan sebagainya dan harganya pula standard tiada beza malah lebih mahal dari Tesco, Giant (apa la..)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 3:53 PM

Saya sekeluarga pernah pergi SIB di Bandar Puteri Punchong. Servis dan menu kira ok lah. Anak saya yg sulung umur 10 thn siap tambah ikan keli sampai 5 ekor, sebab katanye. Tetapi sejak si Pendekar x cukup masak begitu samseng melukai hati pelanggan nya. Sumpah ....sampai mati kami sekeluarga x nak datang lagi. Anak saya yg sulung tadi siap bagi alasan punca makan di kedai SIB lah masih banyak hukum tajwid semasa mengaji al quran tak dapat dikuasainye. OH ANAK KU MAAF AYAH MU NI KERANA MEMBERI MAKAN DI TEMPAT YANG SYUBHAH..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2012 at 8:40 AM

Yup... penah try sekali jee kat Jalan Balakong...lepas tu tobat x nak p dah, RASE bole tahan lee tapi Maasyaalah REGA YAAMAT MAHAL + SERVIS BANGANG... Kalu SEDAP & SERVIS bagus lain citer

....................
Reply To This Comment ...................
November 28, 2012 at 12:57 AM

Tak bolehkah dimurahkan sedikit harga makanan,murah tetapi untung,pengguna untung,penjual pun untung.penjual tu agak-agak lah..

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 10:02 AM

FYI ini bkn boikot atas sikap berdengki... sy percaya rata2 yg boikot ni kebanyakkannya sbb sikap owner kedai yg melampau dan menghina bersih tempoh hari... fine klo dia nk join politik.. tp klo politik dgn cara kotor aku pun rasa jijik nk g mkn kedai dia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 1:22 PM

Tauke SIB perlu bermuhasabah diri..., bila business tak menjadi jagan salahkan orang ramai. Masa rezeki melimpah ruah, tak nak bersyukur..., sekarang bila rezeki ditarik balik baru nak kembali ke pangkal jalan. Renung2kanlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2013 at 9:42 AM

Bukan apa saya Cina ada makan kat sana juga.. cuma memang mahal and service slow sikit tapi tak sangka cepat sangat kedai ini tutup tak sempat pergi kali kedua dah tak ada.

Post a Comment