........... Sekali Lagi PAKATAN RAKYAT Buktikan KETIDAKSEPAKATAN ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekali Lagi PAKATAN RAKYAT Buktikan KETIDAKSEPAKATAN !

Wednesday, September 12, 20129comments

Ingat isu Tema Hari Merdeka baru ni ? Masa mula diumumkan Tema Janji DiTepati oleh Rais, riuh rendah puak Pakatan memperlekehkan kerelevanan ungkapan itu sebagai tidak punya nilai patriotisma, bermotifkan politik bla bla bla  BUKAN isu tema itu yang saya nak ungkitkan, tapi CARA PR menanganinya. 

Riuhlah diwar-war kan penubuhan satu JawatanKuasa Khas bagi memilih Tema versi PR dengan setiap ahlinya di hebahkan kelayakan dan pengalaman mereka yang relevan dalam isu itu. Akhirnya terpilihlah satu Tema Merdeka versi PR. Entah apa, saya lupa dah tapi saya akui Tema PR lebih menarik dan sesuai dengan tujuannya berbanding tema ciptaan Rais !

Alih-alih kerajaan negeri Kedah kata mereka dah ada tema sendiri ........ diikuti oleh Kelantan juga....... Penang pun tak mahu kalah dengan tema mereka sendiri..... Selangor blur.. 

Keseluruhan episod Tema Merdeka benar2 backfire dan memalukan PR ! Bukan soal Tema lagi dah tapi isu itu telah menunjukkan kepada rakyat bahawasanya Pakatan Rakyat TIDAK SEPAKAT ! Mereka hanya Sepakat bila menyerang BN tapi bila tiba masanya untuk PR pula menunjukkan apa yang mereka ada .....HANCUR ! 

Masing2 dengan cara sendiri ! PR LANGSUNG TIDAK ADA KESEPAKATAN ! 

Kini rakyat menyaksikan SATU LAGI episod yang menunjukkan betapa PR hanya sepakat dalam membangkang BN saja tapi dalam hal lain, Kesepakatan mereka HANCUR.

Isunya adalah Tarikh PRU13. 

Pakatan Rakyat SEPAKAT menyerang BN dalam isu tarikh PRU13. Semua sepakat menyindir Umno yang takut untuk berdepan PR makanya PRU13 tidak mahu diawalkan. Mereka juga sepakat menyindir Umno sebagai penakut sekiranya mengadakan PRU13 awal kononnya keadaan semakin teruk kalau makin dilewatkan ...... Kalau lewat - Penakut, Kalau awal - pun Penakut ! 

Pokoknya PR SEPAKAT dalam menyerang BN. Tapi bila ditanya bagi pihak PR sendiri apakah mereka akan ikut sama mengadakan PRU13 mengikut Pusat .......... langsung tidak ada Kesepakatan Antara Negeri2 PR !

- Kelantan @ PAS bertegas akan ikut Pusat. ( BH )

- Selangor @ Pkr bertegas tidak akan ikut tapi cara mereka melawakkan. Mula2 kata tidak akan ikut jika PRU13 diadakan dalam 6 bulan pertama tahun ini. Bila dah melewati bulan Jun, Khalid kata pula tidak akan ikut kalau diadakan tahun ini ..... DEY, MANA SATU DAAA ? ( Sinar )

- Penang @ Dap bertegas akan putuskan melalui mesyuarat PR tapi selepas beberapa kali mesyuarat, pemimpin2 PR masih tidak sepakat samada nak ikut Pusat atau tidak. ( TMI )

- Kedah @ Pas bertegas akan menggunakan kepakaran matematik Mahfuz dalam menentukan peratus % kemenangan Pas sebelum menyatakan persetujuan samada nak ikut Pusat atau tidak. ( KLiK ) bermakna, hanya Mahfuz sorang saja yang tahu bila ....

Macam ini nak diserahkan negara Malaysia untuk PR tadbir ? Nampak kan kenapa bila ditanya atau diminta bukti akan contoh2 Kesepakatan PR seperti Kabinet Bayangan, Hukum Hudud dan lain-lain, mereka akan SEPAKAT beri jawapan- Pilih dulu, lepas menang baru akan kami tunjukkan !

SEBABNYA PAKATAN RAKYAT TIDAK PERNAH ADA KESEPAKATAN DALAM MENTADBIR, MEREKA HANYA SEPAKAT DALAM MEMBANGKANG !

Mafhumnya, kekalkan mereka sebagai Pembangkang dimana PR terbukti Sepakat.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2012 at 10:54 PM

psl logo hari merdeka tu la yg pos malaysia n jabatan pelajarn johor guna masa merdeka aritu..smpai pening mana satu logo yg sah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2012 at 11:01 PM

Mereka berpakat kerana mereka mempunyai musuh yg sama iaitu umno. Soal agihan undi pun mengambil masa yg lama utk dimuktamadkan. Begitu juga dengan dasar perjuangan masing2 yang amat berbeza antara satu sama lain.

Tapi rasanya pakatan rakyat nampaknya akan bertukar kpd pakatan rapuh. Ini kerana, jika hnya bergantung kpd berkongsi musuh yg sama, tidak semestinya segala2nya perlu dikongsikan.

Bye2 pr......

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2012 at 11:06 PM

Rais kata tahun ni takde logo hehehe... Tapi itu isu lain la. Satu lagi isu lain, siapa yang pegang pasword nak edit laman web kerajaan ni? Bukannya susah nak trace..

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2012 at 11:17 PM

Pakatan Rakyat ni aku boleh umpamakan seperti sekumpulan banduan yang lari dari penjara dan sedang menuju ke sebuah pulau. Semasa di tengah lautan mereka berpakat bagi melantik seorang banduan tua yang terlibat dengan salah laku seksual untuk dilantik menjadi ketua.

Maka mereka begitu bersungguh-sungguh mengemudi kapal untuk menempuh ombak dan badai untuk sampai ke pulau berkenaan. Bila dah sampai ke pulau, apabila melihat begitu banyak kemewahan dan peluang yang terhidang, masing-masing mula bergaduh sesama sendiri kerana merebut jawatan siapa yang paling layak menjadi ketua.Banduan tua yang diuar-uarkan akan dilantik menjadi ketua itu akan dipinggirkan begitu sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2012 at 11:28 PM

saya tertunggu jugalah punchline nya - apa kaitan banduan tua yang terlibat dengan salah laku seksual - dengan cerita hehehe... Sampai je pulau semua mengengkang ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2012 at 12:32 AM

Tidak sepakat memang dah jadi budaya mereka..rasanya tak perlu komen panjang2.

Yang nyata..Anwar sudah tidak ada pengaruh untuk 'menyatukan'. Itupun berangan nak jadi PM Malaysia.. jadi Ketua Pembangkang pun tidak dihormati lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2012 at 1:03 AM

Saya nak modified cerita ni....

Dlm kapal tu ada 3 group. Setiap group mempunyai ahli kumpulan masing2. Group1 diketuai oleh mat jenin, group2 diketuai oleh apek tua dan group3 diketuai oleh pak lebai. Mat jenin telah melantik dirinya sendiri sbg kapten kapal.

Semasa kapal tu berada di tengah2 lautan, tiba2 laut bergelora dan menyebabkan kapal terhuyung-hayang dibadai ombak ganas. Memandangkan kapal tersebut terlebih muatan, ianya berisiko tinggi utk karam.

Maka, kapten kapal pun bertanya kpd anak2 buahnya. Siapa yg sanggup dikorbankan? Tiba2 ahli2 dari group pak lebai berebut2 menawarkan diri. Mereka berkata, "kami sanggup mengorbankan diri demi jihad menuju pulau impian." Selepas menyatakan kesanggupan mereka mengorbankan diri, maka seorg demi seorg terus terjun ke laut. Sehingga tinggallah pak lebai seorg diri.

Selepas itu, kapal pun kembali stabil. Saat kegembiraan mereka nampaknya tidak lama kerana tiba2 angin bertiup kencang. Kapal tersebut bergoyang-goyang ditiup angin.

Maka, sekali lagi kapten kapal bertanya, "kali ini siapa yg sanggup korbankan diri sendiri". Tiba2 ahli2 dari kumpulannya sendiri menyahut,"kami sanggup". Kemudian mereka terus terjun ke laut mengorbankan diri sendiri.

Kapal pun kembali menjadi sedia kala dan mul belayar dgn tenang. Sehingga tiba di suatu kawasan perairan yg penuh dgn jerung ganas. Jerung2 itu melanggar kapal itu dan menyebabkan kapal berada dlm keadaaan yg bahaya. Jerung2 itu memerlukan seorg manusia sbg korban sebgai syarat utk melepaskan kapal itu.

Oleh itu, pak lebai menawarkan diri demi menyelamatkan kapal itu. Atas dasar jihad, pak lebai pun terus terjun dari kapal tu. Selepas menerima habuannya, jerung2 itu pun melepaskan kapal itu utk meneruskan pelayarannya.

Selepas sebulan belayar akhirnya kapal tersebut telah semakin hampir dgn pulau impian. Hanya dlm jarak kira2 10km sahaja. Di pulau itu memang menjadi idaman semua kapal kerana di situlah terletaknya harta karun yg melimpah ruah.

Oleh kerana ketamakan telah menguasai apek tua dan gengnya terhadap harta tersebut, mereka merancang supaya mat jenin merangkap kapten kapal tidak mendapat bahagiannya. Tiba2 mereka mendapat satu akal. Mereka terus mengikat kapten kapal dan ramai2 menghumbankannya ke dlm laut. Maka mati lemaslah kapten kapal tersebut. Akhirnya, apek tua melantik dirinya sendiri sebagai kapten kapal dan terus melantik dirinya sebgai ketua kampung pulau impian.

Begitulah kisahnya........

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2012 at 1:34 AM

Cantiiik... Besok pagi saya jadikan artikel :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2012 at 9:53 AM

SEBAB TU LA TAKDE APA ISTIMEWANYA PR TU..MEMANG BONGOK LA SAPE2 YANG SOKONG PR..

Post a Comment