........... Protes Bersama Umno-Pas : Pemuda Umno dan Pas Bincang Diam-diam Boleh ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Protes Bersama Umno-Pas : Pemuda Umno dan Pas Bincang Diam-diam Boleh ?

Monday, September 17, 20124comments

Cuba perhatikan kenyataan kedua wakil Pemuda Umno dan Pas dibawah -

Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu
 

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi  platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak  bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang  remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera,"  

Khairy berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda Pas mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti. SINAR

Pemuda Pas pula mengajak sayap pemuda Umno dan seluruh umat Islam agar menyertai pihaknya dalam bantahan terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims  di ibu negara, Jumaat ini.


Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, soal jemputan tidak timbul tetapi mahu semua menyertai bersama bagi menunjukkan keprihatinan dalam isu tersebut.

"Saya ada dapat panggilan daripada pejabat Pemuda Umno dan mereka memang ada mengajak untuk bersama dalam bantahan yang akan diadakan namun tarikhnya tidak dimaklumkan.

"Tapi kalau Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mahu buat perkara sama, kita tak kisah... marilah bersama berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) nanti.


"Kita perlu ketepikan soal politik ini pada masa ini kerana ia membabitkan soal agama Islam,"
SINAR

Ada indikasi yang menunjukkan wujud kecenderungan hendak mengaut laba politik dari perancangan bantahan bersama Pas-Umno terhadap filem Innocence Of Muslims Jumaat ini. Mungkin saya silap ..... tapi kenapa saya dapat rasakan masing2 cuba dilihat sebagai pihak yang mengajak terlebih dulu ...

Saya harap soal SIAPA YANG AJAK DULU diketepikan. Paling baik, kedua wakil Pas-Umno bertemu dan berbincang cara terbaik melakukan bantahan bersama itu SECARA SENYAP. Tak perlu dihebuhkan kepada media !

Selepas dah dipersetujui semuanya, barulah adakan Press Conference secara bersama.  Itupun kalau kedua-dua pihak ikhlas mahu ketepikan soal politik.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 11:31 AM

Standard la...time syok mencuri.. merompak ...mesti buat SENYAP-SENYAP. Tak kena tangkap..Orang pun tak sedar tak tahu.

Bila time nak jadi hero pulak...mana boleh senyap2...mesti BISING-BISING la...umum sana umum sini kasi 1 MALAYSIA tahu...baru nampak hero.

Standard Ketua Pemuda Umno...hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2012 at 12:58 PM

DT,

pihak yang terbabit menghina Islam itu siapa sebenarnya?

pihak belakang produser
produser
pengarah
penulis skrip
krew produksi
para pelakon
pihak yang menyebarkan - Youtube
Gomen AS

kebiasaannya bantahan demi bantahan oleh umat global dianggap seumpama 'anjing salak bukit'.

pada kali ini, harap-harap bantahan yang dibuat biarlah tepat kepada sasarannya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2012 at 1:06 PM

Kalau ikut laporan diatas - SAMA JER kedua-dua Pemuda Umno dan Pas !

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2012 at 1:08 PM

Ya, saya setuju.....

Tapi dalam dua artikel mengenai Protes ini, saya menumpukan kepada PERPADUAN Umno-Pas, satu perkara positif yang boleh kita ambil kesempatan. Setiap perkara ada langkah pertamanya, dan langkah itu biarlah dipermudahkan...:)

Post a Comment