........... Politik Kita Memang Caca Merba - Apatah Lagi Bila 'Ulama' Berpolitik | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Politik Kita Memang Caca Merba - Apatah Lagi Bila 'Ulama' Berpolitik

Friday, September 7, 20128comments

Ramai yang mengambil komen Dr MAZA berkaitan Fatwa Artis dari artikel terbaru beliau - Politik Kita Memang Caca Merba. Sebenarnya banyak lagi point menarik yang boleh kita bincangkan dari artikel itu. Bab artis tu saya akan komen juga tapi nanti lah, tunggu masa yang sesuai.. hehehe

Saya lihat artikel Dr Maza agak NEUTRAL dimana kedua-dua Pas dan Umno dihentamnya, itu pun mengikut cara kita buat interpretasi. Contohnya -

- Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.

Bagi saya kedua-dua Pas dan Umno ( dan saya sendiri juga hehehe ) KENA  ! Biasakan kita dengar alasan - Mereka buat lagi teruk ! bagi menghalalkan kesalahan yang mereka lakukan. Contoh dalam isu Hudud Pas, bila dah tersepit dengan putar belit lidah sendiri, lantas pemimpin Pas cuba mengalihkan tumpuan kepada Umno pula - Umno lagi teruk, mereka tolak terus Hudud ! Nampak ? 

Kalau main tuduh menuduh begini, sampai bilapun tak akan selesai perbalahan ...


- Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. Itu belum lagi datang geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

- Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahy munkar.

Maka perhimpunan di KL oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.

Adeeeh .... yang ini tak perlulah komen panjang Secara ringkas, inilah yang dikatakan bila agama dipolitikkan. Contoh paling mudah - bila pemimpin Pas mahu menghalalkan perpecahan Umno-Pas, maka akan dikutipnya ayat2 yang boleh diterjemahkan sebagai menyokong tindakan mereka. Kemana pula perginya ayat2 yang menuntut Umat Islam bersatu ?

Satu lagi contoh Hadis yang boleh dipakai oleh kedua2 Pas dan Umno - 

' Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat kepada ( penguasa ) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci, kecuali apabila diperintah berbuat maksiat. Apabila penguasa melakukan maksiat, maka tidak perlu didengari dan ditaati ' ( Bukhari dan Muslim )

Bila Pas main isu agama, menghukum itu ini, nak tak nak Umno terpaksa juga ikut main isu agama. Dulu apa saja yang dijual oleh pemimpin Pas TERPAKSA umat Islam terima bulat-bulat sebab siapa yang berani menyanggah fatwa yang disulami ayat2 Quran dan Hadis ?

Sejak akhir2 ni je baru nampak orang mula berani bercakap tentang INTERPRETASI. Bukan menyanggah hukum Allah tapi mempertikaikan cara Hukum Allah itu diberi interpretasi. Payaaaah..... tidak akan ada kesudahannya.

Teringat saya isu yang melagakan Harussani ngan Nik Aziz beberapa bulan lepas , iaitu isu penggunaan nama Islam pada nama parti Pas. Kenapa senyap ? Kenapa Majlis Fatwa tidak membincangkannya ? Atau sebenarnya dah dibincangkan dan mendapati ia tidak salah, tapi sengaja didiamkan ? 

Benda-benda macam nilah yang sering buat umat Islam konfius. Nak ikut interpretasi siapa ? Majlis Fatwa pun akan dilanggar je oleh orang Pas jika fatwa tidak menyebelahi mereka.

Habis tu macamana ? Fatwa siapakah yang lebih tinggi ? Politik kita sememangnya caca merba bila ugama dipolitikkan. Itupun akan dipertikaikan Pas - Politik dan agama tidak boleh dipisahkan ! 

Ramai yang akan kata - Kita ada akal maka gunakanlah untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Masalahnya bila kita gunakan akal dan buat pilihan, pihak yang tidak kita pilih akan kritik pilihan yang kita buat ! 

Paling baik - semua pihak menerima dengan terbuka pilihan majoriti rakyat !

Hmmmm masalahnya, proses pemilihan itu pula yang akan dipertikaikan oleh pihak yang kalah. Habis macamana ? 

Kita akan balas - kenalah terima Qada dan Qadar - mereka akan jawab pula, Kami terima Qada dan Qadar tapi hanya setelah habis usaha kami dan bantahan kami ini adalah sebahagian dari usaha kami.....

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 9:23 PM

Hee..hee Din,aku memang terase gok dengan hok mung khabo ni.Doh gitu,kite kenalah pilih 2 butir bbuoh buruk,cuma buang hok mana paling buruk.....mung faham dok mende aku kate ning.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 9:30 PM

Banyaknya point yg bro kupas mlm ni. Kira mcm bro longgokkan beberapa isu dlm satu entri. Sehinggakan saya taktau nak mulakan ngn isu yang mana satu.

Saya tertarik ngn isu membanding-bandingkan SIAPA YANG PALING BANYAK BUAT SALAH & DOSA SIAPA LEBIH BESAR. Kedua-duanya akan diungkapkan oleh orang PAS sebagai ayat 'melepaskan diri' khususnya ketika nak membela kawan sendiri yang buat silap. Selalunya ungkapan sebegini tak lain tak bukan, ditujukan kepada UMNO. UMNO adalah sebuah parti yang kerap dijadikan kambing hitam untuk dipersalahkan oleh PR sekiranya pemimpin mereka tersepit dalam isu yang boleh menjatuhkan maruah mereka.

Sehingga kini, jika mereka membuat satu kesilapan. Mereka enggan mengakuinya. Malah mendakwa kesilapan mereka kecil sahaja jika nak dibandingkan ngn kesilapan UMNO yang jauh lebih besar. Mereka nampaknya berjaya dengan kaedah sebegitu kerana dari dahulu lagi UMNO digambarkan dgn persepsi negatif seperti salahguna kuasa, rasuah, mengumpul kekayaan peribadi, kronisme dan lain2 lagi. Persepsi negatif sebegini telah ditanam sekian lama dlm minda masyarakat kita dan ianya sukar untuk dihakis.

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 10:30 PM

Masalahnya, bila kita dah buat pilihan mana yanb lebih baik, apakah kita boleh terima pandangan oranglain yang buat pilihan berbeza atas dasar yang sama?

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2012 at 10:37 PM

Hehe..saya main tulis je apa yang masuk dalam kepala, ikut flow kata omputeh.

Persepsi negatif itu akan tertanam dalam jika apa yang dilihat dgn mata kasar seolah mengiyakan. Contoh rasuah, kalau hampir SEMUA pemimpin Umno kaya raya melebihi gaji resmi, apa kah persepsi rakyat?

Satu lagi, jika tak bekerja pun boleh jadi jutawan. .. Apa persepsi rakyat? Dan jika orang yang sama terus dikekalkan oleh Umno dan dipuji2 lagi, apa persepsi rakyat terhadap Umno itu sendiri?

Bukankah dulu famous ayat ni - kita bukanhanya harus bersih tapi dilihat sebagai bersih.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 7:28 PM

Salam... Bagi saya, hanya satu langkah pertama yang amat berkesan untuk mengurang dan mematikan permasaalahan ini ialah "hapuskan nama islam pada parti pas" dgn kata lain jangan benarkan pas menggunakan perkataan islam pada parti mereka. Selepas langkah pertama ini diambil oleh kerjaan, maka langkah yang lain2 akan lebih mudah iaitu langkah mengurangkan polemik hukum menghukum antara pas dan umno.
Maksud disini alah... Pas bertarung menggunakan senjata, tapi umno dinafikan senjata, mana boleh jadi mcm tu. sekarang lucutkan senjata pas untuk bertarung tanpa senjata. Jadi kedua2 nya hanya lebab lebam, tak mencedera dan mematikan lawan. Dan yang paling penting, agama islam lebih terpelihara dari dipolitikkan.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 8, 2012 at 9:39 PM


Tak lama lagi Najib akan arahkan keris-keris ni diturunkan,kerana bertentangan dengan dasar satu Malaysia ,'Melayu harus sensitif kapada perasaan kaum pendatang' menghormati tetamu adalah amalan budaya Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 10:05 PM

Ni komen untuk artikel yang selepas ini , kan ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 12:34 AM

Ha ha ha silap kamar ya pak?

Post a Comment