........... Pesan Wahid Endut BERTENTANGAN Pesan Haji Hadi ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pesan Wahid Endut BERTENTANGAN Pesan Haji Hadi ! ?

Sunday, September 9, 20128comments

Dari Sinar -

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut meminta mana-mana pihak menghentikan perbuatan menghentam keperibadian ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sering menjadi sasaran politik pihak tertentu.

Sambil mempertahankan Anwar, beliau berkata, serangan demi serangan yang berlaku terhadap Penasihat PKR itu telah menyebabkan timbulnya kemarahan dalam kalangan orang ramai terhadap pihak kerajaan.


 

“Gelombang 1999 adalah kerana Anwar. Orang Melayu hilang sabar ada marah. Sekarang faktor Anwar masih ada dan jangan main-main (dengan membabitkan Anwar dalam sesuatu isu).

“Saya perhatikan orang ramai tidak berganjak. Faktor Anwar masih ada. Jadi kita jangan melebih-lebih. Jangan ‘gomo’ (hentam) Anwar kerana itu akan menyebabkan orang terlampau marah,”

 
Politik memang tidak dapat lari dari memperkatakan tentang peribadi lawan. Secara teorinya, memanglah ramai yang punya pandangan seperti Wahid diatas, saya sendiri pun selalu pesan begitu hehehehe, TAPI secara realitinya, kita sentiasa mengunakan serangan peribadi.

Bergantung pada definasi kita, selalunya takrif SERANGAN PERIBADI itu hanya kepada pihak lawan. Kalau kita yang buat, ia dinamakan ATAS NAMA KEBENARAN. Tak gitu ?

Saya rasa tak perlu saya sebut contoh2 sebab pasti rakan2 lain akan tolong peringatkan .... Point utama atau BUKTI kata-kata saya adalah dibawah ...... ( bila kena diri sendiri - ia diharuskan ), yang saya petik dari Wawancara bersama Presiden Pas Haji Hadi semasa meraikan kemenangan PR di Permatang Pasir tahun 2009. Artikel asal saya copy dibawah -

Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin. 

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita  wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). 

Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.







 Sumber-
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=3541


.

Wajib dedah peribadi calon pilihan raya - Ustaz Hadi
Date: Thursday, August 27 @ 12:31:52 MYT
Topic: Wawancara


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulas kemenangan manis calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, 25 Ogos lalu. Sebelum itu, beliau turut berkempen dan hadir sejak hari penamaan calon lagi. Wartawan Harakah Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD sempat mengadakan wawancara dengan Ustaz Abdul Hadi di kediamannya, di Rusila, Marang selepas solat sunat terawih, 25 Ogos 2009.



HARAKAH: PAS berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil N11 Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir hari ini. Komen Tuan Guru? 
USTAZ ABDUL HADI: Pertamanya, kita mestilah bersyukur kepada Allah SWT kerana kita telah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya ini.
Saya bagi pihak PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas pilihan raya itu, sama ada dalam kawasan Permatang Pauh, negeri Pulau Pinang dan juga dari seluruh negara. Begitu juga kepada petugas Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilann Rakyat dan DAP, serta  semua NGO yang turut serta membantu kita.

Ucapan tahniah yang setinggi-tingginya kepada calon PAS dan terutama sekali kepada rakyat di Permatang Pasir yang terus memilih PAS dan Pakatan Rakyat untuk mewakili kawasan Dun mereka.

Saya yakin dan percaya bahawa Ustaz Salleh Man dapat menyambung tugas Allahyarham Dato' Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman dan dapat melangsungkan tugas-tugas seterusnya bagi menyampaikan mesej PAS secara khusus dan mesej rakyat melalui Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang.
Saya percaya pilihan raya kecil di Permatang Pasir ini akan memberi suntikan serta semangat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat secara khusus untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini merupakan koleksi kekalahan kali ke-7 Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum lalu.

Saya melihat bahawa rata-rata rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar, dengan jumlah yang besar, menolak Umno dan Barisan Nasional (BN). Ini menunjukkan bahawa rakyat yang mendapat maklumat, yang mendapat ilmu politik yang betul, melalui penjelasan yang tepat dari semua pihak dapat membuat pilihan yang tepat.

Rakyat mendapat penjelasan yang tepat dari Pakatan Rakyat termasuk menilai hujah-hujah Umno-BN yang mempertahankan diri. Ini dapat dinilai oleh rakyat yang berada di bandar dan pinggir bandar dengan betul.

Dan ternyata bahawa kefahaman rakyat di luar bandar, sebagaimana yang saya tekankan dalam kenyataan saya yang lalu di Batang Ai dan juga di Dun Manek Urai, undi kita (PAS) merosot, antara lain kerana terhadnya maklumat kepada rakyat di kawasan luar bandar.
Saya percaya jika rakyat mendapat maklumat yang adil dan demokratik, satu pilihan yang tepat akan berlaku dalam pilihan raya tersebut.

Serangan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat cukup kuat kali ini di Permatang Pasir. Boleh Tuan Guru komen?

Saya rasa itu hal biasa yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun rakyat yang mendapat penjelasan dan maklumat yang betul tidak boleh menerima hujah-hujah dari media arus perdana yang dikuasai BN.

Mereka  terlalu mengemukakan hujah-hujah yang sangat lemah, hujah-hujah yang tidak tepat dan hujah-hujah politik yang tidak matang.
Kemudiannya, Umno-BN terlalu bergantung kepada hujah-hujah pembangunan dan hujah yang paling ceteknya digunakan di Permatang Pasir di kawasan pinggir bandar yang telah ada kemudahan-kemudahan asas.

Cuma, yang diperlukan oleh rakyat ialah lonjakan ekonomi yang sepatutnya telah diselesaikan dalam masa 50 tahun lebih Barisan Nasional memerintah negara ini.

Nasihat Tuan Guru kepada calon PAS, Ustaz Salleh Man, yang baru  menang di Permatang Pasir?

Nasihat saya, Insya-Allah beliau akan dapat melaksanakan baiah (pengakuan) yang diucapkan oleh tiap-tiap orang pimpinan PAS. Khususnya, mereka yang menjadi wakil rakyat, yang akan setia dengan perjuangan PAS, dan dalam masa sama akan membawa mesej kita  bersama Pakatan Rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Dan saya mengharapkan beliau akan menjadi wakil rakyat yang berjaya, dan menguatkan parti, bukan sahaja dalam kawasannya, bahkan dalam pilihan raya akan datang di seluruh negara amnya.

Sempena sambutan bulan Ramadan yang mulia ini, apakah pesanan Tuan Guru kepada ahli dan seluruh rakyat amnya?


Pesanan saya, kita mestilah, disamping menunaikan ibadat puasa dengan ikhlas dan memelihara adat-adat, bukan sahaja yang wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, termasuk juga perkara yang tidak membatalkan puasa tetapi membatalkan pahala puasa.

Maka, hendaklah kita menjaga sebaik-baiknya, menjaga lidah, menjaga mata dan teliga, menjaga hati kita dengan batas-batas yang dihadkan oleh Islam.

Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin. 

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita  wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). 

Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 12:31 PM

Kami buat semua boleh, pihak lawan buat tokleh, haram..
Politik murahan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 12:43 PM

bro ni saya lihat macam one man army la, tulis ikut pandai dia jer .... tapi betul2 heavy peluru. Kenapa bloggers lain tak tolong promote artikel2 power bro ? u amnog the few bloggers yang very creative, artikel penuh sindiran tajam yet very low profile.

hati2 bro, takut kalau jatuhnanti, bro jatuh sorang, berdebuk takde sapa nak tolong...

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 9, 2012 at 1:19 PM


Ingat-ingat ambo ,dulu-dululah UMNO tak leh kutok-kutok peribadi lawang ,pagi petang siang male cerita pembangune tapi akhir-akhir le ni dah pandai kecek seumo.
Memang UMNO cepat belajar,itulah sebab Nik Aziz dapat anugerah tokoh pendidik nusantara.
Sekarang kat Indo le ni semua dah pandai kecek lagu tu lako.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 1:34 PM

Reformasi tahun 98 dulu ramai org terpedaya dengan imej waraknya selama 16 thn sebagai tpm. Saya pun terpengaruh jugak ketika itu. Malahan blogger seperti AIDC, MIK dan GAP juga pernah menjadi penyokong kuat beliau. Tapi tu semua kisah lampau sebelum pendedahan demi pendedahan. Akhirnya tembelang beliau dibuka oleh sahabat2nya sendiri. Satu demi satu keaiban dibuka oleh Allah dan membongkarkan siapakah dirinya yg sebenar.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 2:08 PM

Benarlah seperti kata Dr Maza kelmarin, politik caca marba.. kalau membuka hal peribadi menguntungkan pas, maka ianya dibolehkan saja, tidak timbul masaalah mengaibkan peribadi orang atau menghina sesama islam. Tapi dlm keadaan yang merugikan PAS, maka cepat2 Hadi akan haramkan perbuatan membuka aib... katanya itu perbuatan terkutuk, Nabi larang, agama tidak menyuruh dan Allah murka.. hai politik, politik (ulamak politik).
Betul seperti apa yang saudara katakan, DT adalah antara blogger arus perdana. (Semoga keutuhannya dikekalkan Allah).

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 2:55 PM

Anon 12:43 - peringatan saudara buat saya termenung lama lah juga :))

Terimakasih pada nonbal dan lain2 juga atas sokongan berterusan..

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 2:56 PM

aaaah sudah, orang Johor nak kecek Kelate campur Ganu ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 5:53 PM

salam,

tak salah pun, memang betul la tak boleh serang peribadi. peribadi pihak lawan iaitu pembangkang. kalau geng parti pemerintah tak apa, serang la daripada nenek moyang sampai cucu cicit saudara mara. tak mengapa pasal dah sah masuk sorga pas yang buat lagu tu. tapi kalu yg menyokong perjuangan pas tak boleh. salah dan berdosa besar ikut agama pas. kita kena jaga aib orang terutama pas pasal pemimpin dia cakap tak serupa bikin. kalu umno punya hal, nak buat fitnah pun tak apa pasal terpisah dosa kerana pangkah jer bulan dah pasti sorga.

Post a Comment