........... Perkasa VS Anwar Masjid AlHusin Alor Star | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perkasa VS Anwar Masjid AlHusin Alor Star

Monday, September 3, 201236comments


Heboh bloggers Pas malam ini menyiarkan cerita sekumpulan penyokong PERKASA menyerang / menganggu ceramah tazkirah Anwar di Masjid Al Husin Seberang Pumpong, Alor Star Kedah. Semua mengambil sumber dari Keadilandaily.



Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
-HD




Tambahan dari satu lagi blog -

Menurut saksi kejadian itu lagi, kumpulan Perkasa berkenaan sudah mengikuti rombongan jelajah Anwar sejak dari Kuala Perlis lagi tetapi mereka tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini sehinggalah kejadian sebentar tadi berlaku selepas solat fardu Maghrib.

Manakala pihak polis sudah berada di perkarangan masjid bagi mententeramkan keadaan termasuk mengusir puak Perkasa dari masjid tersebut tanpa sebarang tindakan diambil dan hanya sampai sejam kemudian.

Anwar kini berlindung sementara di kediaman imam masjid tersebut manakala pengawal peribadinya yang difahamkan cedera kini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Perhatikan 'gangguan' yang ditimbulkan -

 

                                               ******************************

Dan ini pula Versi dari UnSPINNER


Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husin, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah menjadi kecoh dan tercemar oleh kehadhiran Dato Seri Anwar Ibrahim tadi.

Kumpulan yang menggelar diri mereka "Gerak Khas Perkasa' menentang kehadhiran Anwar. Mereka berkumpul dan mempamerkan tiga banner bertulis "Perkasa Kota Setar menentang penggunaan masjid sebagai pentas politik" dan dua banner pula menulis "Jangan pecah belah perpaduan khariah Masjid Seri Pumpong".

Anwar sampai ke Masjid Al Husin sebelum maghrib pada lebih kurang 7:20 PM dan bertembung dengan 50 orang berbaju hitam yang telah berhimpun di perkarangan masjid. Puak ini menjerit menuntut Anwar supaya berhenti.

 keadaan menjadi kecoh sebaik anwar berucap lepas solat Maghrib. Hadhirin di dalam masjid membalas jeritan perkasa dengan mengutuk mereka yang menyuruh Anwar yang membaca al Quran suruh berhenti.

Buta betul orang Pas yang tidak sedar bahawa yang nak bercakap itu bukan malaikat tapi anak syaitan yang menyamar berbaju melayu dan songkok.



Seperti biasa, Anwar suka bila kecuh-kecuh ini dan terus berucap. Katanya apabila orang membaca al Quran menjerit lah mereka. Ramai hadirin menyahut dengan takbir Allah hu al akhbar. Sahlah yang dalam masjid bukan kariah tapi ahli-ahli dan penyokong parti politik PAS.

Kononnya Anwar kata dia bersimpati dengan mereka yang dia anggap sebagai mustahil untuk memahami agama dan akan menentang Islam. Ehhh ... bukan dia menentang hudud dan membela serta menggalakkan murtad dan LGBT?

Dia terus kelentong berkata dalam surah al Kafirun ada ayat berbunyi berkenaan "peringatan kepada orang muda".

Anwar mengatakan pihak membantah kita ini orang tidak pernah pergi ke masjid dan bersembahyang di masjid.

Yalah ... kalaulah orang dalam masjid ini tahu bahawa Anwar bukan saja memuja roh Teoh Beng Hock dengan memasang lilin ta[pi pernah bersembahyang mengikut cara orang Kristian dalam gereja dan cara orang Siam di Wat di Siam. Si bangang dalam masjid pula menyahut takbir.

Pada jam 8:30 Anwar habis berucap dan Imam membaca doa.

Akhinya ada orang tutup power dan masjid menjadi gelap. Macam pondan Anwar mencicit lari untuk keluar dari Masjid ikut pintu belakang. Sampai lapan polis terpaksa kawal keamanan.

Orang yang ngata orang Perkasa tak sembahyang tak tunggu solat isya pun.

Puklul 8:30 pun dia tak solat isya tapi singgah makan dan berbual di rumah imam di belakang masjid kerana tiada jalan keluar.

Budak Perkasa masih tunggu depan. Akhirnya pukul 9 lebih baru nakpak dia keluar dengan kereta Alphard nombor WRV 9150.

Syabas Perkasa. Lagi berani orang yang tak ada cita-cita nak bertanding wakil rakyat dari orang muda tertentu yang senyap macam tikus. Macam mana yang tikus-tikus yang akan jadi pemimpin.

                                             ******************************

Saya tak berapa yakin untuk menyokong tindakan Perkasa kalau melihatkan aksi mamat pakai Loudhailer ditingkap masjid diatas . Itu memang nak cari pasal ! Mujur tidak ada insiden yang buruk.

Mungkin saya silap, tapi nampak seperti AJK Masjid selaku tuanrumah merestui majlis itu.  Paling baik, kita tunggu reaksi resmi dari pihak PERKASA.

Pertanyaan saya - Kenapa PERKASA lambat beri reaksi ? 

Kemaskini 7:45am - Sila Klik artikel seterusnya selepas yang ini untuk melihat video kekecohan didalam masjid.

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 1:17 AM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Abang DIN, NIAT orang PERKASA itu BETUL tapi caranya SALAH.. NIAT mereka untuk TIDAK menJADIkan MASJID tempat berPOLITIK tu BETUL.. Jangan LUPA yang tuh..

Di sini TIMBUL pulak perTANYAan apakah keLAYAKkan Penasihat PKR itu untuk berTAZKIRAH? Dengan segala macam MASALAH JIJIKnya berKAITan SEKS, PLURALISME dan SOKONG ZIONIS, orang macam ni nak dibawa masuk ke MASJID untuk berTAZKIRAH? Orang KEDAH boleh JAWAB kot..

Apa pun, seperti KATA Abang DIN, kita TUNGGU RESPON dari PERKASA dulu..

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 1:28 AM

masjid adalah milik semua mukmin...adalah jadi tanggungjawab semua mukmin untuk halang premis suci dari dicemari politik partisan.

kalau amar makruf nahi mungkar di luar sana sukar dilaksanakan, masakan kat dalam masjid pun nak dibiarkan juga

dalam konteks ini, Perkasa ada justifikasinya. makanya elok juga kalau Perkasa teruskan amalan 'cegah sebelum parah' ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 1:33 AM

Masjid adalah dibawah kuasa Jabatan Agama Negeri. Saya tidak pasti apakah Kedah sama dengan Selangor dimana Sultannya melarang berpolitik dalam mesjid.

Berbeza denga satu kes di Johor dimana AJK mesjid sendiri melarang Anwar dari meneruskan tazkirah, disini saya lihat ia sememangnya satu program yang telah dirancang oleh pihak masjid.

Kita ada undang2, jika semua pihak dibenarkan mengambil tindakan sendiri ketahap provokasi melampau, apa akan jadi pada umat Islam dan negara ?

PERKASA dan Jabatan Agama Kedah diharap dapat keluarkan kenyataan segera !

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 1:36 AM

Dan Perkasa bertindak atas kuasa apa ? Atas budibicara ahli Perkasa ? bagaimana kalau pihak pembangkang pula bertindak sama kepada majlis anjuran BN berdasarkan kepercayaan amar makruf nahi mungkar ?

Apa akan jadi akhirnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 1:39 AM

Tambahan - Boleh nak protes tapi ada hadnya. Saya sendiri tidak menyokong Anwar tapi agak-agak la. Apakah Perkasa sudah membuat nota bantahan kepada Jabatan Agama ? Apakah sudah ada lapuran polis dibuat sebelum kejadian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ?

Protes adalah dirancang awal berdasarkan banner yang siap dicetak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 2:03 AM

dt,

Amar makruf..tak perlu tunggu green light kot..lebih-lebih lagi tatkala perpecahan umatt MASUK fasa tertentu.

Hakikatnya tidak ada kerosakan fizikal dialami cuma kerosakan pada majlis yang disifatkan layak untuk pencelahan amar makruf itu sendiri.

kalau majlis PM boleh di celah makanya apalah sangat majlis yg dianjurkan oleh pihak lain.

Tapi kalau pencelahan itu berlaku dipremis parti atau di tempat awam yang ada permit, saya setuju yang pelaku boleh dikecam.

Makanya, diulangi, amar makruf adalah milik semua mukmin. Kalau amar makruf digunakan secara positif...insiden berak di dataran merdeka dalam perhimpunan haram tidak berlaku.

Apabila, amar makruf diabaikan di malam ambang merdeka, insiden memalukan umat islam telah berlaku ke tahap 'nasi sudah jadi bubur'.

Justeru, semua mukmin perlu hidupkan amalan mar makruf demi kesejahteraan dan kedamaian.

SEKADAR PANDANGAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 2:07 AM

gejala tidak dingini?

kenapa bang Din fikir ke arah itu?

pernahkah gejala tidak diingini itu berlaku sebagaimana Bersih 1-3?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 2:23 AM

kalau nak beri tazkirah di luar kawasan, pastikan dulu pentazkirah beri tazkirah secara regular/tetap di kawasan sendiri. kalau tidak? Hmmm

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 2:25 AM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KeSALAHan tu tetap ada kalau ikut Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah 2008

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/e7ed97bfa02d4a114825752b00306c3b?OpenDocument

Cuma betul kata Abg. Din, kita pun tak RASA PERKASA ada KUASA seperti yang dinyatakan..

Apa pun, SEMUAnya berlaku secara DRASTIK termasuklah keHADIRan Penasihat PKR ke masjid tersebut KONONnya untu berTAZKIRAH..

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
droidS
September 3, 2012 at 4:54 AM

hihihi tiba2 penuh masjid, jarang2 seh..lebih kurang seratus orang datang dari dua belah pihak?? hari hari datang kan best, bawa2 la berjemaah sekali.
kamu tak suka aku, aku tak suka kamu! cukup2laa.. kita kan saudara seagama, salah sikit2 tu maafkan, bersangka baik sesama kita. tak kemana pun kita semua.. akhir sekali menghadap ilahi juga.

hah! tu puak2 tak suka islam, tgh gelak suka tengok kita semua.. takkan da kena tibai baru nak bersatu??jgn bila sudah terlambat baru nak tersedar!!
pikir2kan la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 6:21 AM

Negara kita ada undang2 Sebagai rakyat malaysia kita wajb patuhi. Mengambil jalan pintas dengan membuat provokasi dan tindakan sendiri adalah jelas melanggar undang2 yg kita junjung selama ni. Saya sebagai ahli umno TIDAK BERSETUJU lansung dengan tindakan agresif yang dilakukan walaupun matlamatnya adalah baik.

Saya pun rasa Anwar TIDAK LAYAK memberikan sebarang tazkirah di masjid dengan tujuan untuk memelhara rumah Allah daripada dicemari anasir politik. Kerana tindakan tergesa2 Perkasa, mereka kini mendapat satu kelebihan melalui politik meraih simpati. Akhirnya mereka untung dan kita pulak rugi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:11 AM

perkasa dah ikut macam orang sebelah sana kot? undang undang tolak tepi demi melepaskan geram dihati. terlanjur mintak reaksi perkasa, mintak sekali reaksi hisyamunddin. jamil khir pulak cakap aper?

betul lah tuh apa yang perkasa buat, namanya demokrasi kan? barulah adil kerana kalau orang boleh buat perhimpunan tanpa permit kenapa pulak tidak kepada perkasa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:18 AM

nampaknya kita saja yang dok ikut undang undang sedangkan depa disebelah sana asyik cabar undang undang. nak jugak cabar sekali sekala, nak tengok apa reaksi pehak berkuasa. rasanya elok juga dibuat macam tu sehingga undang undang negara dilaksanakan.

".....masyarakat hari ini mahu melihat satu tindakan diambil kerana negara mempunyai undang-undang".

kita tengokkan ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 7:20 AM

Amar makruf dalam soal politik ada dua sisi yang berlawanan, Kedua2nya merasakan mereka betul. Makanya perlu kepada orang tengah yakni undang2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:26 AM

saya bersetuju pandanga anda cuma amar makruf jika diamalkan berterusan tanpa mengira masa dan tempat, bukan sahaja negara, dunia juga turut aman. tapi tuhan jadikan neraka tu untuk siapa?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 7:26 AM

saya agak dah akan ada yang komen begini :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:27 AM

perkasa sepatutnya menjadi pendukung undang undang dan bukanya bertindak sebaliknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:29 AM

biasanya pentazkiran tu orang luar, ustaz ustaz dan kalau orang setempat nampaknya hadhirin boleh dikira dengan jari sepuluh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:31 AM

agaknya perkasa saja nak tau sejauh mana undang undang dapat dilaksanakan. juga nak tau kalau pembangkang boleh buat, ada kah boleh perkarasa lakukan yang sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:37 AM

yang datang tu mungkin orang luar, penyokonglah katakan. kalau salah sikit sikit tak per jugak, tapi kalau dah selalu sangat macamana pulak? berapa lama kita boleh tahan bang? selagi ada setan yang berbentuk dan bewajah maknusia yang memimpin parti, selagi itulah sengketa akan berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:46 AM

negara kita ada undang undang ke? nampak macam tak der jer. sememangnyalah apa yang saudara cakapkan itu betul. orang orang UMNO saja yang selalunya mengalah, walau pun tidak bermakna kalah. soalnya sampai bila? tak boleh tidak dalam menjamin kestabilan keselamatan negara, undang undang sepatutnya dilaksanakan. orang macam kita boleh dikatakan patuh pada undang undang, tapi mereka yang lainya bagaimana? kalaupun timbul huru hara dan kacau bilau, ianya tetap akan mengganggu ketenteraman kita. dimana letaknya keadilan. ada kah secara tidak langsung pehak kerajaan menyokong demokrasi versi mereka? ada kah kerajaan kita hari ini merestui hak asasi yang dituntut mereka itu.

soalnya boleh kah anuar jadi begini kiranya undang undang benar benar menuntuk hak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 8:23 AM

“Kita mempunyai pelbagai undang-undang termasuklah polis dari segi konteks siasatan, peguam negara dari segi konteks pendakwaan dan kehakiman dari segi konteks kes dan juga hukuman.

“Kita mempunyai keseimbangan undang-undang kerana polis tidak boleh membuat tindakan sesuka hati mereka,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Felcra Wilayah Perak di sini, hari ini.

tak usahlah kita nak sebok sebok cakap pasal undang undang sebab hisham dah jelaskan. nanti dikatanya kita tak reti bahasa pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 8:32 AM

saya sangat berminat bila penulis mengatakan keperluan undang undang sebagai orang tengah. sememangnya benar dan tiada yang lain melainkan yang benar. walau bagaimana pun saya tertarik dengan ucapan Hisham yang terdapat didalam sinar yang penulis telah linkkan sebelum ini.

"“Saya melihat insiden yang berlaku itu menjadi tumpuan rakyat dan tindakan segera harus diambil terhadap perkara ini."

barulah dapat saya fahamkan dan berasa salah kian lama asyik mempertikaikannya. undang undang dinegara kita ini rupa rupanya tertakluk kepada hukum. saperti yang Hisham ucapkan itu tertakluk kepada hukum harus. maknanya buat dapat kebaikan dan kalau tak buat tak per. mungkin juga kesalahan kesalahan yang dibuat pembangkang sekian lama termasuk dalam penaklukan hukum ini.

dalam mencari ketenteraman hidup, rupa rupanya ada kesilapan pada diri saya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 8:48 AM

Kena tanya Hisham la pulak, minta dia cfm kan kenyataannya itu dalam konteks agama atau undang2 :) ada ke 'harus' - tak buat tak pe, buat dapat pahala ..hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 8:50 AM

Dimana garis sempadannya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:07 AM

saya kira bila sudah disebutkan undang undang, ialah tiada garis sempadan. hanya yang ada permulaanya iaitu bila berlakunya sesuatu yang melanggar undang undang. disebabkan itu undang undang sepatutnya bertindak sebelum berlakunya sesuatu atau pun sebaiknya berlaku sesuatu, yang mana lebih dulu. kalau nak dijadikan sempadan atau dihalakan sempadanya sememangnya susah kerana adakah sempadananya diletakkan apabila sudah berlaku kerosakan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:19 AM

Bloggers honoured at TUDM media open day

Today, Royal Malaysian Air Force (TUDM) treated 60 new media practioners which include 30 bloggers for a open day for media in TUDM Kuantan.

“The highlight of the day would be two bloggers been specially selected and flown to a height of 10,000ft and they would do a tandem-free-fall jump from the military transport.”

adakah penulis salah saorng daripada mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 10:32 AM

Hanya bloggers yang BERPENGARUH saja dijemput :)

Siapalah saya ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 10:33 AM

saya bertanya sempadan dari sudut logik pandangan kita. Dimana kita letakkan sempadannya sebelum bertindak atas rasional kita sendiri ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:48 AM

bila sudah dikhabarkan akan berlaku sesuatu yang patut dijadikan sempadan. bila permulaanya berlaku sesuatu tindakan undang undang sepatutnya pula dilaksanakan. ibarat kata penulis dalam penulisan yang lepas, "sepatutnya penganjur kepada perhimpunan yang terlebih dahulu disimpan" dan inilah sempadanya. atas kedegilan melakukan juga, undang undang patut pula dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:51 AM

kalaulah boleh difahamkan neraca yang digunakan untuk menilai pengaruh seseorang itu senang agaknya. almaklum kehendak alam dan inilah agaknya yang dikatakan better 2know the devil rather the angel u don't.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 12:47 PM

UNDANG2 MEMANG ADA TAPI UNTUK DISEBUT2 DAN UNTUK MENAKUT2KAN ORANG RAMAI JE. BAGI YANG TAK TAKUT, YANG MELANGGAR DAN YANG BUAT TAK TAHU..TAKDE APA2 PUNYA. SIAP DAPAT PUJIAN MENTERI LAGI TU.. SO LUPAKAN PASAL UNDANG2. SEKARANG YANG KITA KENA FIKIR ADALAH PASAL ADAB. DUA-DUA PIHAK PUN TAKDE ADAB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 3:59 PM

kenapa asyik perkasa saja yang kena dukung undang2, puak-2 pembangkang kalis undang2?. kerana KDN lembab lah maka pihak yang selama ini memerhati dan sabar terpaksa bertindak sendiri. Sampai bila nak tengok kdn ditunjal-2 oleh pembangkang? kita pun nak tunjal jugak, baru adil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 4:05 PM

PERCEPATKAN PRU UNTUK MENGELAKKAN KEADAAN YANG SEBEGINI. NAJIB DOK TUNGGU APA TAK TAU...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 6:04 PM

tunggu telor dia menetas kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 10:52 AM

Saya selaku anak kariah masjid ini amat berdukacita dengan apa yang terjadi. Difahamkan bahawa Jawatankuasa induk terdiri dari timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari semua pegawai masjid, sebahagian AJK Biro Pendidikan dan Dakwah serta AJK Pembangunan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 1.9.12 selepas solat isyak. Hasil perbincangan dan perbahasan, mesyuarat bersetuju mengubah lokasi tazkirah dirumah salah seorang anak kariah. Namun lain jadinya pada malam itu dimana ada individu tertentu yang tidak mengendahkan keputusan Jawatankuasa.

Post a Comment