........... Pas-Umno Bersatu Membantah Innocence of Muslims ! Anwar Gelisah ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas-Umno Bersatu Membantah Innocence of Muslims ! Anwar Gelisah ...

Saturday, September 15, 20128comments

MENARIK SEKALI membaca cadangan penggabungan PAS-UMNO dalam membantah video Innocence of Muslims.Saya harap tidak ada pihak yang cuba menokok tambah dengan pelbagai cadangan lain..... mulakan yang ini dulu. Make it simple and straight forward. 

Nanti bila ada yang gatal nak tunjuk pandai, nak ambil nama ... pasti akan mengundang elemen politik dan pastinya usaha murni ini akan gagal. Mulakan dengan yang mudah dulu, YANG LAIN TU KEMUDIAN !

Kita tunggu reaksi Anwar ! Hati saya berkata, Anwar akan cuba gagalkan apa jua bentuk gabungan antara Pas-Umno...

PS - Saya dah nonton video Sam Bacile tu. Video jenis murah yang takde kualiti langsung baik dari segi arahan, gambar, skrip.... JELAS ia satu usaha menghina Islam dan umatnya. Menjadi satu persoalan kenapa Youtube masih mengekalkan nya padahal dalam banyak kes lain, Youtube begitu perihatin ( kononnya ) dengan isu yang sensitif.

Umno, Pas gabung kecam Innocence of Muslims

SHAH ALAM – Umno menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Pas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.


Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW itu menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia sehingga berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya.


“Insiden tersebut amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat supaya melakukan perhimpunan tanpa melibatkan keganasan.


“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, isi kandungan filem itu sengaja diputar-belitkan supaya umat Islam dilabelkan sebagai pengganas dan tidak bermoral di mata dunia.

Ahmad berkata, umat Islam harus bergabung tanpa mengira fahaman atau bangsa demi menyelamatkan maruah Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau menyokong cadangan itu dengan sepenuhnya.


Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya.


Beliau berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan tindakan mempersendakan Islam.


“Saya juga ingin mencadangkan ahli agama bersatu menjawab semua fitnah itu secara ilmiah dalam beberapa bahasa menjelaskan perkara ini.


“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai mencari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,” katanya.


Fathul Bari berkata, pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan benar.


Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mengarahkan pihak berkuasa tidak membenarkan penayangan filem itu di negara ini.


“Bagi kita orang Islam, kita tidak boleh terima (filem menghina Nabi Muhammad SAW). Ia satu kesalahan besar. Kita tidak boleh mengizinkan sama ada dalam bentuk filem, perkataan dan apa saja yang menghina Nabi, sesuatu yang kita tolak,” katanya semalam.


Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pengeluaran filem itu adalah “satu perbuatan jahat yang tidak menghormati agama.”  


Muhyiddin mengulas demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu dan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta sambutan mesra Aidilfitri, di Kota Bharu.


“Saya sendiri secara peribadi, sepatutnya kita ban (filem ini), jangan kita benarkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW ini,” katanya.

“Mungkin ada tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, sesuatu yang boleh bawa kesan besar kepada masyarakat dunia,” katanya.



Di MARANG, Hadi berkata, umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik perlu bersatu mengecam pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW itu.

“Saya percaya umat Islam tidak kira siapa atau di mana saja mempunyai ‘roh’ Islam yang memberi kita semangat untuk bersama berjuang mempertahankan Islam daripada puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.


“Namun saya ingatkan dalam kita bertindak balas mempertahankan Islam, jangan kita terlajak. Jangan ada sesiapa yang tidak bersalah jadi mangsa atau sampai kita menghina agama orang lain,”





.


 

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 2:03 PM

Apabila seseorang itu mempunyai hubungan baik dengan Yahudi dan sering menerima bantuan daripada Yahudi, beliau tidak akan sekali-kali melakukan perkara yang dilihat sebagai menentang yahudi.

Aku setuju PAS dan UMNO bergabung dalam isu-isu yang menyentuh kesucian Islam. Namun sayang, kesepakatan mereka hanya melibatkan isu-isu luar negara sahaja. Sedangkan dalam negara pun banyak isu yang dilihat menghina kesucian Islam tetapi PAS dan UMNO tidak berpakat. Bodoh...

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 2:29 PM

Yang ini pun belum buat lagi ...... dalam apa jua usaha perpaduan, apa yang penting adalah LANGKAH PERTAMA. Kalau langkah pertama pun tak terbuat, tak usah ceritala perpaduan yang lebih serius ...

laksanakan dulu yang ini...NO POLITIK.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 2:33 PM

Filem pendek tersebut itu adalah stu penghinaan terhadap Islam yg dibuat oleh pihak Kristian yg Dangkal dalam pengetahuan sejarah Islam yg sebenar. Saya percaya ianya tidak mencerminkan semua pendirian rakan2 Kristian diluar sana, Sam Bacile ini adalah pelampau Kristian yang mungkin sejarah Kristian sendiri pun beliau tidak tahu. Namun apa yg saya takutkan adalah musuh dalam selimut yang banyak melata dimuka bumi Malaysia ini yg menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri, bab Sam Bacile yg bacul tu memang kita sudah sedia maklum kekafiranya tapi musuh dalam selimut yg munafik lah yang susah kita hendak menduga!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2012 at 2:55 PM

“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aaaapa ???? Terkejut aku... Ni mesti Pas nak bayar Umno nie.....hehehe



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2012 at 3:08 PM

saya memerhati facebook. senyap sunyi hambar... xde ape2 byk pn pasal bende ni. nk harap condemn...


kalau la yg di hina tuk guru derang berdegar2 status kt facebook sampai nk bukak tgk facebook pn malas.


kalau la ade citer yg sgt memalukan rosmah akan berkumandangla facebook dgn citer tersebut.


tp pasal nabi saw kita, kekasih Allah SWT, hambar lagi sunyi.

sekurang2nya walaupn tindakan di mereka yg membunuh duta AS (walaupn jauh sudut hati rasa semacam puas sket)
adalah dikecam, dikutuk dan tidak berlandaskan prinsip islam malah haram lagi keji, sekurang2nya bukan atas sbb wakil rakyat, parti dan mana2 tuk guru atau pm.

saya mengikuti perkembangan kes diatas. moga2 kita mempelajari bahawa mengikut nafsu hati dan perasaan dan amarah membenci semata2 xkan mendapat berkat Allah SWT. sebaik2nya kita bertindak mengikut syariat islam dan mengikut cth nabi saw kita sebagai teladan dan icon. jgn la kita mengikut hawa nafsu semata, mungkinkah zionis sudah menduga kita akan bertindak sedemikian? jgn la jadi predictable lalu menjadi alat utk mereka mengabulkan cita2 mereka. akhirnya umat islam sendiri yg rugi

tp sekurangnya2 kalau mereka dabik dada mengaku lebih islamic dr org2 pas saya akan sokong.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 3:28 PM

Provokasi filem pendek itu begitu terang dan nyata tanpa sedikitpun usaha mahu mengaburi niat mereka. Too obvious. Makanya saya lihat ia usaha terang menaikkan amarah umat Islam, mungkin MENDUGA keganasan yang bakal dicetuskan untuk mengesahkan kepada dunia yang umat Islam ini ganas.

Tapi kalau kita dapat buktikan umat Islam mampu bersatu dan protes secara aman, bukankah lebih baik ?

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 15, 2012 at 9:54 PM


Saudara Din,

Orang tidak akan menghina ugama kita kalau kita sendiri tidak menghina ugama kita sendiri.
Perbuatan seorang khatib diKedah ketika menyampaikan kutbah juma'at telah mengatakan ulamak mereka, 'saya tak nak sebut ulamak yang mana'telah bemimpi bertemu Rasulallah dan Muhamad SAW saolah terlibat dalam politik kerpatian dan persenolity di Malaysia.
Bukankah ini menghina Muhamad SAW sebagai umat terpilih yang menyampaikan pertunjuk dari Allah,malah dengan mengatakan begitu saolah-olah mengheret Allah Subhanahuwataala kepada politik mereka ,kerana Muhamad SAW adalah pesuroh Allah.
Kalau Amerika dan Yahudi menghina Islam ,Umat Islam akan berdemo dan membakar bendera mereka , dalam hal ini bendera siapa yang hendak kita bakar ?.
Provakasi tehadap Islam tu dah memang strategy mereka ,kerana mereka memang suka melihat umat Islam marah dan melenting macam berok kerana mereka akan dapat kelebihan,yang ruginya siapa ?,'umat Islam juga'.

Kerajaan Negeri Kedah malah kerajaan Malaysia wajib mengambil tindekan dan memastikan penghinaan seperti ini tidak berulang ,malu kita Din jadi bahan ejekan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2012 at 10:00 PM

POINT saya adalah, bila dah ada peluang untuk Pas-Umno bersatu, kenapa perlu ditolak ? Spt saya katakan, LANGKAH PERTAMA itu yang penting.

Untuk isu2 lain, itu kita buka cerita lainla... kalau tidak , memang Pas-Umno TIDAK AKAN bersatu sampai bila-bila....

Post a Comment