........... Pas Juga Sebenarnya Parti Perkauman Seperti Juga Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Juga Sebenarnya Parti Perkauman Seperti Juga Umno !

Tuesday, September 4, 201241comments

Saya terbaca satu artikel menarik dari sebuah blog Pas mengenai isu Perjuangan Islam dan bangsa yang merujuk kepada rancangan AlHijrah semalam. Cuba baca dulu .....

 

Dr. Asri Sindir Dr. Hassan Ali Di TV Al-Hijrah 

 


Sebentar tadi, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali. Dalam bual bicara Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali.


Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.

Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa. 


Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif bangsa Melayu itu sendiri.

Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. Apapun pertembungan Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas..
                                          ***********************************
Bukan niat saya hendak menyanggah sesiapa atau menghentam artikel saudara blogger kita itu .... Saya faham apa yang cuba disampaikan, modal politik yang Umno perjuangkan bangsa Melayu sementara Pas memperjuangkan Islam yang tidak mengenal bangsa.

Dan selalunya dalam hujah2 sebegini, fokus ditumpukan kepada Umno untuk mempertahankan pendiriannya. Biasa dah kita dengar hujah2 yang bangsa Melayu itu sinonim dengan Islam dalam konteks negara Malaysia bla bla bla ... Umno sentiasa dipihak defensif.

Jarang sangat kita dengar sesiapa yang mempersoalkan Pas dalam persoalan yang sama. Kalau adapun, ia berbentuk persoalan apakah benar Pas memperjuangkan Islam atau hanya sebagai modal politiknya saja.

Apa yang saya nak timbulkan disini adalah persoalan yang jarang saya baca  dan belum pernah saya tulis lagi - Tidakkah perjuangan Islam Pas yang kononnya Universal itu hanya terhad kepada bangsa Melayu juga ?

Dari segi market/ pasarannya, tidak ada bezanya dengan Umno. Dari tarikh penubuhannya hinggalah kehari ini, Pas dan Umno berebut sokongan politik orang Melayu. Jika Umno menjadikan isu bangsa untuk menarik sokongan orang Melayu, Pas pula menggunakan isu Islam untuk menarik sokongan orang Melayu juga.

Dalam konteks itu, TIDAK BANYAK BEZANYA antara Pas dengan Umno. Kewujudan dan kelangsungan kedua Pas dan Umno bergantung kepada BANGSA MELAYU.

Disebalik hujah2 perjuangan Islam Pas yang Universal, Pas juga bersifat perkauman !

Saya pasti ramai orang Pas akan melenting dengan kenyataan ini, tapi daripada anda menghentam saya tak tentu pasal, adalah lebih baik jika anda dapat gunakan peluang ini untuk memberikan BUKTI-BUKTI betapa perjuangan Pas melangkaui batas kaum Melayu.

Pas bukannya baru ditubuhkan malah Pas LEBIH TUA dari negara Malaysia. Tahun ini Pas sudah berusia hampir 61 tahun ........ selama 61 tahun ini, apakah tindakan2 yang telah Pas lakukan demi menyebarkan syiar Islam dikalangan bukan Melayu ?

Berapa ramai orang bukan Melayu yang menjadi ahli Pas setelah 61 tahun wujud ?

Perlembagaan Pas mungkin bersifat Universal tapi pemikiran pemimpin2 dan ahli2 Pas selama 61 tahun ini sebenarnya tidak banyak bezanya berbanding Umno, iaitu bersifat perkauman.

Dari segi percaturan politik, apa bezanya Dap bersama Pas berbanding Umno bersama Mca ? Lupakan Perlembagaaan parti, tumpukan pada TINDAKAN. Baik Dap-Pas maupun Umno-Mca, semuanya bergabung atas dasar perkauman. Dap dan Mca untuk kaum Cina sementara Pas dan Umno untuk kaum Melayu - BUKTIKAN SAYA SALAH.

Pas sering mempersendakan perjuangan bangsa Melayu Umno konon ianya bersifat Assobiyah, tapi kenapa waktu sama Pas boleh pula mengiktiraf perjuangan bangsa lain ? Seharusnya tidak wujud perkataan BUKAN MELAYU, Cina atau India dalam kamus Pas kerana semua itu merujuk kepada Assobiyah tapi itulah yang sering digunakan oleh pemimpin2 Pas.

Seharusnya dalam kamus Pas cuma ada orang Islam dan bukan Islam atau kafir. 

Akhir kata, jika merujuk balik kepada rancangan AlHijrah diatas, kata2 Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.  sebenarnya ditujukan kepada Umno atau Pas ?

Share this article :

+ comments + 41 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 2:18 AM

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 2:25 AM

Di taman tempat tinggal saya selalu diadakan kutipan sumbangan bagi membantu penduduk miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan program-program kebajikan yang lain. Kutipan dibuat tanpa mengira ahli mana-mana parti politik ( atas nama Islam ) tapi sayangnya bila tiba hari penyerahan sumbangan, diadakan majlis atas nama Parti Pas ( wakil rakyat Pas dijemput bagi penyampaian sumbangan ). Program-program berunsur Islam tidak semestinya hak eksklusif Parti Pas saja...kami ahli UMNO ni bukan Islam ke???

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 2:39 AM

Salam Din,

Pada tahun 2007, antara kertas yang den bontangkan dlm seminar di CFS PJ ialah, "Perjuangan Melayu, Perlukah 2 Nakhoda?" yang secara langsung membicarakan mengenai 2 parti besar Melayu ini, termasuk isu yang hampir sama Din bangkitkan hari ni. Den pun dah lupo pasal hal ni. Tak tergerak pun nak tulis pasal ni di blog.

Timo kasih Din sobab tulis hal ni. Memang menarik utk didebat dan direnungi semua orang Melayu.

Ikhlaskah Pas yang menentang Assobiyah?...sedangkan masjid yang dibina di Rantau Panjang pun bercirikan Siam dan Buddha. So kalau perjuang Pas itu universal, kenapa mesti buat masjid bercirikan bangsa? Sekadar persoalan.

Dan kalau ikut sejarahnya apabila Pas menyertai BN, Pas tidak dibenarkan buka cawangan di kawasan yang sedia wujud cawangan UMNO di kawasan yang dah tentunya penduduk Melayu. Tapi Pas tetap memilih utk berkonfrantasi dan tetap membuka cawangan di kawasan Melayu yg sudahpun ada cawangan UMNO. Ini bibit2 awal punca keluarnya Pas drpd BN. Jika Pas benar2 universal, dgn niat berdakwah...kenapa Pas tak buka cawangan di kawasan non malays, spt Cina dan India etc. ketika itu?

Hari ni Nik Aziz ada kata dalam berita masa ulas berkenaan insiden pijak gambar pemimpin, kalo tak silap antara statement Nik Aziz, "ini bukan budaya orang Melayu..." Kenapa Pok Nik masih nak sebut Melayu? Kan tak bangga jadi Melayu...heh!

Camno tu Din?

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 2:56 AM

Mu ni Jang .... kenapo mesti diakhiri setiap komen dengan soalan ? Terpakso den perah otak menjawab :)

Jiwa Pas sebonarnya jiwa Melayu, mulut kobar lain, hati ngoyak lain. Tapi sesekali terlopeh cakap juga Melayu, Melayu. Itu menunjukkan tidak ada keikhlasan.

Demi maso ..... mereka tidak boleh menipu maso. 61 tahun ! Apo yang mereka mampu tunjukkan yang Pas itu Universal selain dari Perlembagaann parti ?

Hmmm ... apo laie nak kato, ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 2:58 AM

Mereka pandai dan cepat mengambil peluang yang ada bagi menanam matikan persepsi yang apasaja berkaitan Islam mesti bersangkut dengan Pas. Katalain - Opportunist.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 6:38 AM

Doktrin yang ditanam sekian lama ke dalam minda masyarakat kita.

PAS itu ISLAM dan ISLAM itu PAS.

UMNO itu MELAYU dan MELAYU itu UMNO.

Malaysia adalah negara yang terlalu unik kerana jika kita merujuk kepada orang Islam pastinya akan merujuk kepada orang Melayu. Dalam pimpinan PAS majoritinya adalah Melayu. Wakil rakyat daripada PAS juga ramai muka-muka Melayu. Cuma nak tunjuk kelainan sikit dari UMNO adalah dengan memasukkan elemen Arab ke dalam parti tersebut. Termasuklah dalam soal imej dan istilah seperti muktamar (perhimpunan agung) dan lain2 istilah Melayu yang diarabkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 7:05 AM

Apa salahnya memperjuangkan bangsa Melayu. Bukannya bangsa Melayu ni menindas bangsa lain dalam negara ni. Asri tu selalu kata dia apolitikal tapi dia tak leh tipu semua orang sebab tindakan atau kata2 dia sungguh berbau politik pembangkang.

So, teruskan dengan perjuangan meningkatkan maruah bangsa Melayu kerana bangsa Melayu beragama Islam mengikut perlembagaan. Jadi sikap orang Melayu harus diubah supaya sentiasa berdaya saing dan maju. Kuat Melayu kuatlah Islam di Malaysia.

Saya dah lama perasan PAS suka menggunakan perkataan Arab dalam mengelirukan org Melayu dengan harapan perkataan Arab tu lah Islam. Bab yang ni kalau Cik Din setuju bolehlah Din buat tajuk baru membincangkan hal bahasa Arab dalam PAS ni.

Terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 7:32 AM

Dr MAZA sekadar memberi pendapat.
Beliau juga pernah diuji dengan diberi sedikit kuasa, beliau pun pening kopala jugak?
Lihat contoh bila beliau mendapat jawatan mufti di Perlis. Apa yang dia buat untuk menyatukan umat Islam di Perlis. Jawapannya letak jawatan dan beliau lebih cenderong bermodalkan air liur yang beliau suka?

Inikah yang dikatakan hendak jadi pejuang Islam tulen, Jika diuji dengan sedikit kepayahan terus cabut lari... Insaflah Dr MAZA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 8:17 AM

Yg peliknnya AlQuran sendiri turun dalam Bahasa Arab, adakah Al Quran tidak universal dalam erti kata lain Islam adalah utk Arab.Jelas Surah Yusuf Allah menyatakan "Sesungguhnya kami turunkan AlQuran didalam Bahasa Arab moga-moga kamu berfikir"

Alih-alih Bible pulak dicetak dalam pelbagai bahasa,Adakah Bible dan Kristian itu lebih universal.Bila bercakap menggunakan akal yg tidak dipimpin oleh Nur wahyu,biarlah ada 7phd sekalipun nescaya sesat lagi menyesatkan.

Dimanakah relevannya Asri mengatakan bahawa Islam adalah hak ekslusif orang Melayu,Dr Riduan Tee Abdullah adalah non Malay yang diterima oleh masyarakat Melayu.Persoalannya adakah keluarga beliau yang berbangsa Tionghua dapat menerima beliau seadanya.Siapakah yang tidak dapat menerima ke"universal"an ini.
Melayu atau bukan Melayu.

Aisyah bukhari,Lina Joy, adakah mereka ini melambangkan ke"universal"an versi Asri.Moga-moga tidak ada dikalangan keluarga atau saudara mara Asri bertindak menukar agama olehkerana untuk merealisasikan ke"universal"an yang dicipta oleh otak Asri kerana beliaulah satu-satunya Sarjana Islam terakhir,yang masih wujud di Malaysia ini bahkan didunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 8:49 AM

keh, keh, keh

pakai butang baju melayu dan bersongkok melayu...bercakap tentang kesejagatan!

keh keh keh

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 9:02 AM

ada 2-3 lagi komen BODOH macam ni saya padamkan... Perhatian ya, kalau setakat nak komen macam ni, baik tak payah !

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 9:03 AM

Yang Umno pulak terikut-ikut juga hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 9:04 AM

saya tidak menonton rancangan itu jadi saya tidak boleh nak komen banyak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 9:09 AM

DT,

kenapa Mat Saleh pakai kot?

kenapa Pak Arab pakai cara mereka?

kenapa Cina pakai cara mereka?

makanya salahkah kalau Pak Hasan berbicara tentang bangsanya dan agama bangsanya sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 9:13 AM

Maksud saya kalau forum dianjurkan oleh PBB atau yang setaraf dengannya, logiklah Pak Hasan di kritik kalau asyik bercakap tentang Melayu dan agamanya. Soalannya, apakah program yang mengetemukan dua penceramah yang diisukan itu bercakap untuk global? Pada pengamatan saya ianya adalah untuk audien lokal.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 9:15 AM

Pakaian selalunya dikaitkan dengan peradaban manusia mengikut kesesuaian keadaan tempat masing2. Ia juga telah melalui evolusi, fesyen mungkin berubah tapi asasnya tetap sama. Pakaian lebih kepada budaya sesuatu kaum.



....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 9:19 AM

Ya, saya setuju.Pas sendiri akui melalui tindakan2 mereka yang Melayu itu secara umumnya merujuk kepada Islam. Tapi sebab NAK CARI MAKAN, mereka berlagak Global

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 10:29 AM

Pok nik malu ia MELAYU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 10:41 AM

Assalamualaikum DT

Pas,UMNO ni orang Melayu,DNA nya Melayu,sifat nya melayu,makanan nya masakan Melayu, ceramah nya bahasa Melayu ( ikut dialek daerah masing2),khutbah nya bahasa Melayu.Lagi - lagi Melayu ni bukan lah orang Malaysia sahaja,
tapi ada Melayu Deli ( Medan, Sumatera Utara), Melayu Riau,Melayu Brunei,Pattani,Champa,Singapura dll.
Agamanya Islam,Islam nya dalam bahasa Melayu.
600 juta penduduk Asia Tenggara dan yang paling dominan sekali ialah Melayu (Austronesian).Saya fikir orang dulu dulu menubuhkan UMNO berasaskan kefahaman ini.

Sebagai tambahn Bahasa Melayu ialah bahasa perantaraan bagi agama Islam di rumpun SEA. Jika di bahagian Sub-Continent bahasa
Urdu menjadi bahasa agama (bukan Hindi) dan kitab kitab ditulis dan diterjemah ke dalam bahasa Urdu,bahasa Arab digunakan di Timur Tengah dan Afrika Utara,maka bahasa 'agama' bagi rumpun ini ialah bahasa Melayu, bukannya bahasa Mandarin mahupun bahasa Inggeris.Bagi mereka yang 'revert' pula,kebanyakkan nya mereka belajar Islam dengan menggunakan bahasa Melayu ( termasuk orang Asli).Dr MAZA bagi ceramah dalam bahasa Melayu loghat utara ( serupa Mahfuz Omar), Tuan Guru Nik Aziz ceramah nya dalam bahasa melayu dialek kelantan dan belum pernah kita lihat mereka mereka ini berceramah dalam bahasa Mandarin atau bahasa Inggeris lagi sebagai bukti ke 'universal' an perjuangan mereka.

Lain lah Pas sendiri keliru dengan maksud origin,ethnicity, nasab,lingua-franca dsbg,menyebabkan mereka fikir Melayu ini UMNO, dan mereka (PAS) adalah Islam, bukannya Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 10:47 AM

Komen yang bagus, TerimaKasih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 10:52 AM

Bahasa Arab : Tahaluf Siyasi

Bahasa Melayu : Bekerjsama, berkolaborasi, bersepakat (tapi sepatutnya tidak bertolak ansur soal jika menyentuh soal dasar perjuangan iaitu Islam)

Saya juga tertarik dengan imej ala arab seperti berjubah, berserban dan berjanggut. Saya tiada masalah dengan imej berkenaan. Tapi diharapkan, janganlah sampai mengharamkan terus baju tradisional bangsa kita seperti baju melayu, sampin dan songkok. Kerana itu merupakan identiti kita bangsa Melayu turun-temurun sejak berzaman lagi.

Salahkah orang Melayu mencium keris ? Bukankah keris itu simbol Melayu. Mengapa ada YB bukan Melayu yang enggan memakai pakaian istiadat ketika berada dalam Dewan Undangan Negeri ?

Saya mintak Saudara Din kupas dengan lebih detail persoalan tentang Melayu dan Islam. Tentang imej, pertuturan, pakaian, budaya dan lain2 supaya semua pihak memahami sejelas-jelasnya perbezaan dan persamaan antara kedua2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:07 AM

Kalau terlalu akademik tak ramai yang nak baca! Sentuh sikit2 ok :-)

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:11 AM

Ala PAS yg tuduh umno assobiyah 2 pon mmg MELAYU.Tgk nik aziz dh la..Nk ckp Melayu BAKU pon x blh.Msh tebal dgn loghat MELAYU KELANTAN.Bukan ker itu Assobiyah??

Bak kata Ustaz Kazim.Pemimpin PAS ni sedap2 jer tuduh umno assobiyah sebab berjunag atas nama MELAYU.Tapi diaorg lupa ker yg kader2 PAS yg belajar di Mesir jugak yg menubuhkan Persatuan MELAYU Mesir(PMRAM)???Bila Naper tak letak nama Persatuan ISLAM Mesir jer??? Ni ckp org HIPOKRIT!

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:21 AM

Betul 2 Din slogan ISLAM FOR@PAS FOR ALL sendiri slogan cari makan..Seolahnya bila PAS memperjuangkan Islam la maka ISLAM menjadi GLOBAL.Tidak spt di bawah umno konon Islam EKSLUSIF pd Melayu.Sedangkan ribuan Mualaf yg memeluk Islam sejak lepas merdeka beranikah PAS nk dakwa itu adalah usaha mereka??

Sejak umno menjalinkan kerjasama dgn parti Sabah sarawak yg BUKAN MELAYU pon ramai memeluk Islam spt Tun Fuad Stephen,Dr.Amar Leo Mogie dll.Kalau lah umno kononnya memperjuangkan Islam secara ekslusif pd Melayu sy yakin & pasti segala usaha JAKIM,PERKIM dll akan gagagl segagalnya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:29 AM

Dalam bab membicarakan Melayu & Islam ini mmg tepat sekali kata-kata berbunyi MELAYU & ISLAM BERPISAH TIADA.Sy teringat kata2 Tan Sri Hassan Azahari dlm 1 temuramah beliau bercerita pengalaman beliau selama puluhan tahun menetap di Mekah dn berkwan dgn ratusan ulama di sana.

Beliau menceritakan yg Ulama di sana selalu mengatakan bangsa melayu & Islam sgt akrab dn secocok kerana hmpir 90%(diulang 90% bukan 100%) budaya Melayu sgt cocok dgn Islam.Beliau memberi contoh yg al-quran diturunkan di dalam bahasa Arab tetapi kita boleh lihat bangsa yg plg lunak suara mereka dlm mengalunkan bacaan al-quran ni adalah bangsa MELAYU tak kira la Melayu Malaysia ker Indonesia ker Thailand ker tp bangsa MELAYU.

Sepatutnya Dr.maza bersyukur kerana dilahirkan sebagai bangsa MELAYU yg ditakdirkan Allah menjadi bangsa yg sgt rapat&akrab dn Islam dan beliau juga sepatutnya beliau juga bersyukur dn berbangga kerana takdir Allah juga telah memilih bangsa Melayu untuk menjaga dan memperjuangkan Islam di Malaysia hingga timbul ungkapan MELAYU ITU ISLAM.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:31 AM

Din, maaf panjang sikit ulasan aku ni. Aku tak reti nak pendek-pendek dah kerana semasa SPM dulu, aku failed meringkas karangan. SPM pun cangkul he he he.

Melayu ini asalnya dipengaruhi oleh agama Hindu. Masih banyak lagi budaya Hindu yang diamalkan. Apabila Sultan Melaka memeluk Islam maka tersebarlan agama Islam di seluruh Semenanjung. Kedatangan Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu membawa bersama-sama mereka agama Kristian dan memang salah satu tujuan penjajahan mereka ialah untuk menkristiankan penduduk negara yang dijajah. Alhamdulillah disebabkan pegangan Islam yang kuat dikalangan orang melayu, maka niat dan tujuan penjajah itu tidak berjaya.

Memang benar Islam ini adalah agama yang dimiliki oleh seluruh bangsa di dunia ini. Islam adalah agama sejagat dan bukannya milik sesuatu bangsa. Namun demikian, pada pandangan saya, dalam konteks untuk memperjuang ataupun mempertahankan keutuhan Islam itu dalam konteks Negara kita ini, ianya mesti disebatikan dengan perjuangan bangsa Melayu. Perjuangan menentang penjajah oleh orang Melayu dahulu kala bukan sahaja memperjuangkan bangsa Melayu dan kedudukan raja-raja melayu, tetapi mereka juga memperjuangkan Islam itu sendiri. Aku percaya jika mereka hanya memperjuangkan bangsa sahaja, sudah lama orang melayu yang menganut kristian semasa penjajahan dahulu. Begitu juga jika hanya memperjuangkan Islam sahaja, sudah tentu bangsa melayu yang ada pada masa sekarang ini bercampur aduk dan hilang jati dirinya.

Oleh itu pada pendapat saya, perjuangan mempertahankan bangsa Melayu dan Islam itu hendaklah disatukan. Kita tidak mahu bangsa Melayu hilang begitu sahaja disebabkan kita terlalu terbuka mempertahankan Islam dan kita juga tidak mahu keutuhan Islam itu akan hilang disebabkan terlalu mempertahankan bangsa.

Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa Utuhnya Islam di Malaysia ini disebabkan utuhnya para pejuang bangsa menahan asakan daripada para penjajah dengan agenda kristian mereka. Maka semangat para pejuang dahulu kala itulah yang diteruskan oleh UMNO. Hiup UMNO, Hidup Melayu, Hidup Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:39 AM

Apakah Pas punya program dakwah masuk pendalaman bertemu orang asli atau program mendidik mualaf supaya mereka ini kekal dalam Islam, atau bersaing dengan para mubalikh kristian? Atau perjuangan Islam Pas hanya tehad kepada orang Melayu saja, itupun yang boleh mendatangkan laba politik saja?

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:54 AM

Terimakasih kerana sudi menulis komen panjang walaupun saudara sendiri seorang blogger :-) ya, hubungkaitnya Melayu danIslam begitu rapat sejak dari mula Islam dibawa ke rantau ini. Perjuangan orang Melayu dalammenentang penjajah juga dikaitkan dengan Islam.

Orang Pas sebenarnya TAHU tapi sebab keperluan untuk membezakan mereka dengan Umno, mereka terpaksa jadi hipokrit. Semuanya kerana politik.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 12:02 PM

Jangakan nk buat program malah dihina plak konon org2 Asli ni Jakun la Ulu la pakai cawat dn segala bagai hanya kerana mereka penyokong kuat BN/UMNO.Mcm ni nk jd jagoan Islam Global.Setakat budak2 pondok2 kelantan atau plg jauh pon student yg b elajar di Mesir.2 pon semuanya berbangsa MELAYU jugak.dgn kata mudahnya JAGUH KAMPUNG jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 12:14 PM

Sdra Din Turtle,
Jangan teruja sangat the Dr MAZA. Ketahuilah beliau adalah adalah pimpinan Parasit JIM (tak sama dengan Parasit Anwar). Parasit JIM bukanlah individu-individu rambang tapi satu kumpulan yang bergerak licik infiltrasi berbagai organisasi termasuk PAS. Kumpulan ini menggunakan front seperti JIM. Parasit ini muncul dalam tahun 80'an adaptasi dari Islamic Revolusionary Council(IRC) di UK. IRC cetus akibat dari Revolusi Iran lewat tahun 70an. Parasit ini melalui berbagai evolusi dalam usaha mereka untuk mendapat kuasa. Parasit ini telah yakin bahwa untuk mendapatkan kuasa mereka harus tumbangbangkan BN dahulu - tak kira apa berlaku selepas itu. "Intervention" Dr Maza adalah untuk menjaga kepentingan parasit. kalau Din Turtle dah lupa dibawah ini saya ringkaskan sebahagian kelakuan beliau;
1. Menghentam DHA dalam issue DUMC. Issue ini sangat mencabar Parasit diSelangor. Dr Maza juga secara berterusan cuba menjatuhkan credibility DHA seperti diatas.
2. Memberi sokongan penuh pada Bersih - apakah Bersih ini suatu syariat? Diketuai pula oleh kafir yang menyokong Orang Islam dimurtadkan. JIM adalah peserta Bersih
3. Cepat mengeluarkan kenyataan menyerlah Abdullah Samaah atas fatwa haram undi DAP. Inin boleh mengugatkan peluang Parasit ke Putrajaya. Dr Maza tidak pernah pula mengeluarkan kenyataan sama bila PAS haramkan undi UMNO.
4. Menghentam polis sebagai zalim - sesiapa yang menggunakan akal akan menyedari bahwa polis bertindak dengan cara yang berpatutan. Mereka yang merosakan kereta polis dan memukul polis pula tidak ditegur. Dr Maza seolah mengalakan rakyat bangun dan menentang kerajaan.
5. Kes Hudud yang hampir pecahkan kerjasama PAS/DAP - beliau cepat keluar kenyataan mempertikaikan hudud PAS - apakah selam ini beliau tidak tahu kepincangan berkenaan? Apabila PAS mengunakan isu tersebut hentam UMNO beliau diam.

Din, sebagai blogger tolonglah buat siasatan sikit pasal Dr Maza & Parasit. Jangan kita bantu manusia ini yang bergerak sebagai gunting dalam lipatan tanpa kita sedari. Percayalah...

Bekas Geng Parasit....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 1:01 PM

Jangan biarkan Parasit ini , lama kelamaan akan menjadi Pelesit.........heheheh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 1:39 PM

Dulu orang bukan islam sering salah anggap dan menganggap sekiranya masuk islam, seolah2 macam masuk melayu.

Kini, setelah penerangan diberikan oleh pihak2 tertentu, tiada lagi kedengaran hal2 sedemikian rupa. Sekarang ni mualaf berbangsa cina bukan sahaja tidak segan silu menggunakan chopstick semsa makan. Malah dibenarkan pula memgekalkan nama keluarga masing2.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 4, 2012 at 2:25 PM

Anon sept4,7;32am

DiMalaysia sekarang ni ramai sangat mereka-mereka yang mempamirkan image ulamak tetapi apabila membuka mulut berbau samak.
Kadangkadang tertanya-tanya apa yang hendak mereka dodoikan tidak jelas sama sekali ,image yang bebeda tetapi kata-kata yang mendusta,maka ramailah lagi Melayu yang tergoda.

Bergelar Prop,merangkap 'ulamak kononya' ,susah sangat ke nak paham ,kalau bercakap mengenai Islam diMalaysia sudah pasti melibatkan majority penganutnya diMalaysia ,yaitu Melayu .Apakah Dr Asari lupa yang Muhamad SAW pon bergangsa !.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 3:56 PM

Ding, takut aku nak komeng dalam blog mu ni Ding, power ngiler komeng ni sume paling tidok pung degree holder punya level...Aku baca je lah...

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 5:29 PM

saya yang nak approve komen pun dah gelabah hehehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 7:29 PM

bagaimana dengan individu yang mendakwa pakaian Arab itu sunnah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 10:07 PM

saya lihat dr asri ckp semua bende yg betul. kalau dia berckp di pentas global. mmg dia petik semua yg betul. tp tiba2 semuanya disandarkan pada org melayu seolah2 org melayu yg bersikap melampau. tiba2 dia berckp pasal org islam dan sampin.

ok kita ni org msia, rata2 melayu biar saya tanya semua di sini, x habis2 dgn la fadla li arabien.. (dia suka quote hadiths ni) mmg betul. tp saya meluat bila dia guna bende ni utk bicara tentang hak melayu. dia kene tgk konteks dimana kita berada. kalau di peringkat global mmg la tiada bangsa yg lebih mulia di sisi Allah melainkan dgn iman. tp tanya diri kita semua sejak bila ade org melayu lihat org cina islam atau india muslim dan berkata dlm hati iman dia x sekuat aku sbb aku org melayu. jadi ape relevantnya dia nk berckp bende ni kemudian menyalahkan org melayu kerena org bukan melayu di msia x ramai peluk islam?

lagi satu kita sebagai org msia melayu dan islam, betul ke x ramai yg memeluk islam sejak merdeka? ape nombor yg diberi dr asri? sbb saya yakin amat ramai yg memeluk islam. unless dr asri nk 1 juta org peluk islam baru dia nk kata ramai susah la. bagi saya 100 000 pn dh cukup ramai. lagipn kenapa salahkan hakikat ni pada fakta bahawa majoriti org melayu adalah islam. kalau dikatakan islam tu synonim dgn org melayu itu adalah realiti. dia kene ingat bukan org melayu memaksa islam itu hanya kepada melayu. realitinya ramai org melayu adalah islam maka tidak dpt tidak bila yg nk memperjuangkan islam di msia adalah org melayu.

byk lagi faktor kenapa bukan melayu x masuk islam. kenapa hanya nk salahkan org bukan melayu x masuk islam kerana islam itu synonim dgn melayu di msia? x ke terlintas di kepala dia bahawa mungkin org bukan islam xnak masuk islam sbb ade ulamak sesat kata Allah mencarut? atau mungkin sbb polemik hudud versi pas yg memberi persepsi salah tentang islam. atau mungkin derang x berkenan sbb akhlak org2 pas yg kerjaya hanya tau mendemo menerajang menempik dan memukul polis? atau pn umno ape2 la. tp nape dlm byk2 faktor melayu jgk yg disalahkannya.

apa salah org melayu bila majoriti org melayu adalah islam. melainkan kalau org melayu kata islam ni agama aku saja maka boleh la dia nk marah, tp di mana silapnya org melayu sampaikan dia mcm x puas hati?

lagipn seperti dr hassan ali ckp islam adalah agama persekutuan. ade ke dlm perlembagaan kata islam itu hanya hak org melayu? jadi ape yg dr asri x puas hati sgt ?

diantara hakikat islam adalah agama sejagat dan islam majoriti di msia adalah org melayu, saya x nampak ape yg nk digaduhkan pn. dua2 adalah fakta dan dua2 tidak menyalahi syariat islam.

tp dlm debate saya x nampak dr asri bidas hassan ali tentang melayu. yg saya tangkap mungkin sindiran bila dia kata ramai org kata mereka x berkepentingan tp sebenarnya ade kepentingan. kebetulan bila hassan ali kene pecat dia byk kali ckp dia xde kepentingan apa2.

dan saya perasan (mungkin salah), tp hassan ali pukul balik dgn membalas prasangka sbagai pemecah ummah mcm seolah2 sindir org yg berprasangka. tp betul atau tidak wallahualam.

kesimpulannya dr asri ape yg dia ckp semuanya benar belaka. prisip dan hadith yg diambil tp dia kene selalu ingat islam meletakkan sesuatu pada tptnya. maka dia kene jgk tgk realiti dan asal usul serta sejarah sebelum meminta org mengikut prisip2 global bila masa dia kene faham bahawa global dan local adalah dua perkara yg harus dipertimbangkan. samalah dlm konsep islam dimana islam meletakkan keadilan pada tptnya mengikut keadaan dan sejarah dan mcm2 faktor. bukan semborono samarata samarasa. cthnya kalau dr segi pemimpin bagi dia sesiapapn asalkan amanah dan mampu. tp dlm konteks msia org itu mestilah islam dan melayu. ini masuk akal dan adil kalau melihat sejarah dan tgk hak serta perjanjian sesama bangsa yg dimanteraikan di perlembagaan dan sebagainya.hatta dr segi keadilan islam sekalipn.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 4, 2012 at 11:10 PM


Bependidekan tinggi tidak mejanjikan bepikiran matang,apatah lagi kalau betopeng.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 11:53 PM

Sebenarnya tiada salah menjadi melayu, berbangsa melayu.... Tiada sebarang isu. Nabi Muhammad juga berbangsa iaitu arab, malah beliau sayangkan bangsanya. Ini diakui oleh para ustaz termasuk ustaz pas, tapi tidak dihebohkan untuk menyembunyi ilmu (mungkin) demi politik.
Satu satunya salah berbangsa melayu dan satu2 nya sebab mengapa ianya menjadi isu adalah kerana melayu dikaitkan dgn umno. Apa saja yang dikaitkan dgn umno akan diserang dan dicemuh... Dulunya oleh DAP sahaja, tapi kini oleh PAS juga. Percayalah, jika sebatang pokok dikaitkan dgn umno, maka ianya akan dicemuh oleh pas dan rakan harbinya DAP.
Untungnya pas dikaitkan dengan islam.... Ini adalah kerana umno tidak boleh mencemuh islam, bijak dak pas? Tapi bijak mereka lebih bahaya dan lebih terdedah kpd kemurkaannya. Kerana, jika islam dicemuh, maka pas adalah sebabnya... Nampak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 12:11 AM

Sedih tengok mereka yang masih mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu yang kebetulan pula beragama Islam. Apakah dengan meniadakan hak ini maka akan berbondong-bondong orang kafir Cina dan India masuk Islam? Setahu sayalah tidak pernah orang Melayu mendiskriminasikan umat islam yang berbangsa bukan melayu. makcik saya orang cina yang beragama Islam, saya tidak pernah menganggap beliau bukan Melayu. yang kita takuti adalah mereka yang hardcore bukan Islam yang kebetulan bukan berbangsa melayu yang tidak pernah berputus asa ingin merepublikkan negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 9:05 AM

Tuan-tuan,
Mereka yang ada pengalaman dalam pertubuhan Parasit ini akan mengetahui bahwa kader-kader mereka dilatih berdebat. Kumpulan ini memang terrer memusing hadith & ayat Qur'an untuk mendirikan 'fikrah' mereka. Tidak hairanlah Dr Maza boleh berdebat dengan begitu licik sekali. Tapi satu persoalan yang terang lagi bersuluh - kenapa Dr Maza menentang perhimpunan sejuta ummah yang dianjur DHA untuk meyatukan umat Islam berdasarkan akidah. Apakah Dr Maza tidak jumpa ayat atau hadith pasal ukhuwah islamiah - perpecahan umat islam adalah antara penyakit besar yang melanda dunia. Kenapakah Dr Maza begitu menyokong Bersih yang dipelopori oleh orang kafir seolah ia lebih dituntut oleh islam dari penyatuan ummah? Jelas Bersih yang dianjur gerakan kuffar & liberal itu bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan bagi memenuhi agenda liberal dan membuang segala hadang untuk membiar ummah dimurtadkan. Ini jelas apabila ketua paderi Malaysia menyuruh warga gereja memberi sokongan pada gerakan ini dan Pakatan supaya agenda mereka untuk murtadkan umat dapat dilaksana. Parasit mempunyai agenda mereka sendiri tapigabungan mereka dengan kuffar & liberal akan membawa kepada hakisan akidah yang dahsyat dalam suasana yang sedia mencabar. Fokus mereka terhadap kuasa seolah matlamat menghalalkan cara. Kalau PR dapat kuasapun puak kuffar & liberal akan memerintah....

Bekas Geng parasit

Post a Comment