........... Najib Dah ST1M, Maka Serahkan Survival Melayu Kepada Pas - Mahfuz. GILA KE APA ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Dah ST1M, Maka Serahkan Survival Melayu Kepada Pas - Mahfuz. GILA KE APA ! !

Wednesday, September 19, 201211comments

Komen Mahfuz kepada kenyataan Najib bahawa  PRU13 ini adalah penentu kepada survival Melayu Islam dalam negara . -




0:43 - Saya menganggap bahawa ini merupakan satu kenyataan yang tidak wajar dibuat, yang bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan masyarakat Melayu Islam dalam negara kita.

1:24 - Ini menunjukkan bagaimana ketakutan yang teramat sangat kepada PM terhadap kebangkitan rakyat

2:22 - ST1M - Skim Takut 1 Malaysia... kebimbangan dan ketakutan terhadap kehilangan kuasa yang bakal dihadapi oleh Umno ..... lalu ia mengambil satu pendekatan untuk menakutkan orang Melayu kononnya bahawa, yang akan hilangnya nanti adalah survival orang Melayu. ..... Ia takut dan ia menakutkan orang Melayu..

3:23 - Saya katakan bahawa kenyataan ini bersifat secara halus menanamkan sifat kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu.

4:33 - Diambang sambutan Hari Malaysia, tiba-tiba PM secara halusnya menanamkan satu jarum kebencian dikalangan masyarakat pelbagai kaum, bermula daripada orang Melayu untuk benci kepada orang Cina dengan mengharapkan orang Cina atau bukan Melayu ini akan beri responden tindakbalas terhadap kebencian orang2 Melayu terhadap mereka.

5:23 - Saya ingin ingatkan orang2 Melayu bahawa, yang akan terjejas ... yang akan hilang dalam Pilihanraya yang akan datang ini, jika rakyat membuat pilihan ... termasuk orang2 Melayu ialah survival politik Umno bukannya survival politik Melayu dalam negara kita.


Mahfuz juga bercakap tentang ekuiti dan pemilikan hartanah orang Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun setelah negara Merdeka 55 tahun sebagai kegagalan Umno BN.

Juga laporan Sinar mengenai kenyataan Mahfuz diatas dan Utusan mengenai kenyataan Najib -
  

PRU13 penentu survival orang Melayu

PEKAN 15 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukanlah sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu.

Menurutnya, orang Melayu perlu sedar hanya UMNO yang menjadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN) yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama.

Katanya, oleh yang demikian orang Melayu dan anggota UMNO perlu bersatu hati dalam menangani cabaran pada pilihan raya umum akan datang.

``Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan sekadar soal menang atau kalah tetapi soal survival orang Melayu, tanah air kita,'' katanya ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Kata Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan, jika mahu kekalkan teras pemerintahan, pastikan UMNO menang dan jika sebaliknya berlaku, buruk padahnya kepada orang Melayu.

                                                       *********************
Banyak yang saya boleh tulis tapi saya ringkaskan saja ...

1 - Yang saya nampak disini adalah Mahfuz yang TAKUT orang Melayu akan terpengaruh dengan kenyataan Najib ! Najib tidak sebut pun Bukan Melayu tapi Mahfuz yang duk ulang2 sebut pertentangan antara Melayu-Bukan Melayu. Timbul persoalan disini - Siapa sebenarnya yang cuba menanam jarum kebencian antara Melayu-Bukan Melayu disini ?

2 - Ya, saya terima memang Najib takut Umno BN kehilangan kuasa tapi disamping itu, ada juga kebenarannya berkaitan survival Melayu jika Umno tewas. Kalau kita kaji dari segi kuasa politik pula, adalah SATU FAKTA sekiranya PR menang, bilangan kerusi orang Melayu akan berkurang dengan banyak dan TIDAK MUSTAHIL orang Melayu tidak lagi menjadi majoriti dalam kerajaan PR. Fakta itu saja boleh membawa kepada pelbagai kemungkinan ........ yang bakal melumpuhkan survival Melayu.

3 - Apakah Mahfuz cuba katakan yang Pas mampu ambilalih tugas menjaga Melayu dari Umno ? BERAPA KERUSI YANG PAS TANDING ? Dan berapa peratus Pas mampu menang ? Berapa besar pengaruh Pas dalam PR ?

4 - Apakah Penang menjadi contoh kepada negara Malaysia sekiranya PR memerintah ?

5 - OK, katakanlah kita terima yang Umno tidak berjaya mencapai matlamat dalam menjaga Hak Melayu ( tidak sama dengan GAGAL dengan gagal membawa konotasi kosong padahal dalam kegagalan itu, Melayu masih berjaya dibantu, cuma tidak sampai target ), apakah dasar2 Pas kearah survival Melayu yang boleh dijadikan sandaran kepada Pas sebagai alternatif kepada Umno ? CUBA GARISKAN !

6 - DAN INI POINT UTAMA SAYA - Kalau Umno telah gagal untuk capai matlamat, tidakkah bangsa Melayu akan BERTAMBAH TERUK GAGALNYA jika amanah itu diserahkan kepada pihak yang langsung tidak punya semangat kebanggaan kepada bangsanya sendiri ? 

Gila ke apa ! ? Cuba baca balik kenyataan / PENGAKUAN dari Nik Aziz genap 2 tahun lalu -

Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah.

                                          ****************************

Dan Mahfuz sekarang minta orang Melayu serahkan tanggungjawab menjaga survival bangsa Melayu kepada Pas dibawah Nik Aziz ? ? ?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2012 at 1:48 AM

Ha..ha..Din,
Mahfuz buat statement masa dia tengah STIM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2012 at 2:25 AM

Bila nk pru je, baru sibuk cerita tentang org melayu, jga kebajikan melayu la, status bumi la, dan yg paling geli hati hudud...ni semua modal parti pas pis pus...kalau btl pas ni nk jga melayu, jgn ada apa hubungan dgn dap n pkr, tunjukkan keikhlasan pas pd org melayu, tegur rakan anda dlm PR jika ada yg menghina islam, ni tidak, sikit2 umno/bn yg salah,yb pas kne tangkap khalwat dlm train pun masih kta salah umno/bn..mmg bodoh la korg ni, ni nmanya dh akhir zaman, org yg jahil d angjat utk jd pemimpin...bodoh, mgkin mengaku agamnya kuat, mgkin bebal n bidoh..sma la dgn nicky aziz n hardi awang...sanggup jual islam utk undi..bodohhhhh!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2012 at 9:18 AM

DULU...MASA SOKONGAN BERPIHAK KEPADA DORANG, MASA ORANG2 MELAYU ISLAM PROTES KERAJAAN BN...TIADA SEORANG PUN YANG BERCAKAP PASAL MELAYU. MALAH, DENGAN TAKBURNYA BERKATA MELAYU ITU ASSOBIYAH... TIDAK BANGGA JADI MELAYU... TIADA KETUANAN MELAYU, YANG ADA HANYA KETUANAN RAKYAT...BLA BLA BLA

DEKAT PRU, SEMUA MAHU JADI JAGUH MENJAGA MELAYU? MUNAFIK TAHAP GABAN BETUL LAH! SEKURANG2NYA UMNO TIDAK HIPOKRIT. DARI DULU SAMPAI SKRG MATLAMAT MENJAGA MELAYU ITU TETAP KONSISTEN. TAPI PAS? PKR? SATU PARTI MUNAFIK...SATU LAGI PARTI CELAKA!

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2012 at 9:23 AM

Lama dah tak dengar perkataan Assobiyah dari mulut orang Pas :-)

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2012 at 9:30 AM

MENGARUT SI MAHFUZ NI...TUDUH UMNO CUBA MENANAM KEBENCIAN ORG MELAYU DGN ORG BKN MELAYU..DIA XNMPK KOT Y PR SENDIRI Y MULA'N SEMUA NI..PASAL KENYATAN PM KT Y DIA SIBUK'N..NAPE X CKP PASAL FILEM Y M'HINA NABI KT..PASAL NGEH KOO HAM Y BUAT KENYATAAN TENTANG MELAYU HANYA BUANG MASA SBB BANTAH FILEM Y M'HINA NABI KT...

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2012 at 9:35 AM

KENYATAAN PM Y DIA SIBUK'N..NAPE X BUAT KENYATAN MEDIA PASAL KENYATAN PEMIMPIN DAP BABI NGEH KOO HAM 2..LG BESAR KOT ISU 2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2012 at 10:31 AM

bagi aku la din, majoriti orang pas ni teramat bodoh dalam segi politik...orang mcm mahpus ni pun dia pilih jd kepimpinan tertinggi parti...nak cakap psl survival melayu, survival parti pun belum tentu...tu tk kira lg survival peribadi dia...tapi dik kerana keteramat-bodohan orang melayu dalam pas orang mcm ini yang dipilih untuk memimpin mereka...maka keluarlah ayat-ayat yang menggambarkan kebodohannya dengan anggapannya dialah yang paling cerdik di kalangan rakyat malaysia...membuatkan aku amat menyampah untuk membacanya...cukup-cukup la din demo ulas uacapan dari mahpus ni...pah kito jadi gong supo dio...sori bro...tu tanggapa kawe...

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2012 at 10:47 AM

Org Pas ni satu perangai ia, makin dihentam makin dipertahankan pemimpin itu. Dan makin naik saham dia dalam parti. Atas dasar itulah saya teruja nak layan org mcm mahfuz, matsabu dan abby! Biar diorang ni jadi ikon Pas hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 7:57 AM

Pas mmg xtau malu. Masih terngiang2 kt telinga yg mursyidul mereka x bangga berbangsa melayu.

dgn xtau malunya tiba keluar depan mukq harakqh melayu wajib sokong pas.

Sebelun kami nk pertimbangkan idea tu wajibla nik aziz mohon maaf pada seluruh bangsa melayu. Jgn jadi bodoh sombong jgn umno tu ni. Cuma simple minta maaf je.

Tp kita tau itu xkan berlaku. Maka derang hanya boleh pretend seolah2 nik aziz x pernah cko mcm tu dan cuba bohong mereka yg xtau

Ehhh x asri kami xkan lupa ape nik aziz ckp. Ia merupakan penghinaan pada bangsa melayu

Melayi hampa

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 9:43 AM

Nik Aziz malu jadi Melayu - kenyataan ni baru 2 tahun. Apakah sudah masuk kategori 'kenyataan yang dah basi' menurut Dr MAZA ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 11:16 AM

MASALAHNYA SEKARANG IALAH ORANG2 MELAYU PAS DAN PKR PERASAN NAMA DORANG DAN NAMA ANAK2 DORANG 'SAMA' DENGAN NAMA PUAK2 DAP TU. TIADA CIRI2 PUN DENGAN NAMA MELAYU UMNO. JADI BILA DAP BERKUASA NANTI, ANAK2 DORANG SENANG. DENGAN NAMA SAHAJA RACIST DAP BOLEH KENAL INI ANAK GENG DORANG..BOLEHLAH MASUK U, BOLEHLAH BISNES BLA BLA BLA..

KALAU TAK PAHAM2 JUGAK TAK TAHULAH..

Post a Comment