........... MEMALUKAN ! Atas Nama Islam Pun, Umno Dan Pas Tak Boleh Bersatu ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MEMALUKAN ! Atas Nama Islam Pun, Umno Dan Pas Tak Boleh Bersatu ? !

Thursday, September 20, 201211comments

Walaupun berita penuh pihak Sinar belum keluarkan, tapi apa yang dilaporkan setakat ini cukup memalukan umat Islam Malaysia. Saya komen atas nama seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam TANPA mengambilkira pendirian politik -

Protes filem hina Nabi: Pemuda Umno buat demo asing

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.

Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.


Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.


"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.


"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.



Keputusan diatas adalah KEPUTUSAN BERSAMA, maka saya kritik kedua-dua Umno dan Pas secara BERSAMA juga ! 

BODOH ! TIDAK MATANG ! Kenapa harus meletakkan Politik dalam semua hal ? Sampai nak mempertahankan Islam pun harus mengambilkira faktor politik ? APA YANG PAYAH SANGAT NAK TANGGALKAN BAJU POLITIK, SIMPAN DIRUMAH, DAN KELUAR ATAS NAMA SEBAGAI SEORANG ISLAM ?

Keluar sajalah sebagai seorang mukmin, pakailah baju apapun asalkan tidak menonjolkan sebarang tanda kepartian. Tidak ada banner atau placard atau baju yang menunjukkan lambang atau perkataan parti .... semuanya atas nama seorang Muslim - PAYAH SANGAT KE ?

Tidak perlu berkumpul mengikut lokasi berdasarkan parti atau apajua bentuk pengasingan. Cakap saja semua berkumpul di satu tempat. Kalau boleh setiap peserta sendiri tidak peduli dari parti manakah saudara disebelahnya, yang penting dia adalah saudara seIslam.

Barulah dinamakan bersatu atas nama Islam !

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik ...... " hanya menunjukkan kedua Umno dan Pas berjumpa dan berbincang atas nama parti masing2, bukan atas nama PEMUDA ISLAM !

Pas dan Umno - DUA-DUA PUN TAKSUB POLITIK !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 12:15 PM

EGO TAK BERTEMPAT..SESAMA ISLAM PUN NAK TUNJUK SAPE JAGUH.. TAPI DENGAN KAFIR...FUUUUH...PIJAK SEMUAT PUN TAK MATI... MEMANG BODOH!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 12:47 PM

Agree with you Din. Memalukan. Selepas membaca ini, hati sangat sebak. Besarnya fitnah akhir zaman; sampaikan politik di letakkan melebihi akidah dan kepercayaan.

Sangat sangat dukacita dan sedih. Takziah kepada umat Islam di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 12:50 PM

Sikap beginilah yang buat orang kafir tak hormatkan kita lagi malah semakin berani memperlekehkan kedudukan/hak orang Melayu Islam di negara ini.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 1:18 PM

Sikap yang jelas mempergunakan rasulullah sebagai modal meraih keuntungan politik.demo bukan untuk mempertahankan rasulullah tapi demi kepentingan politik parti.hypocrisy of muslim...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 1:27 PM

Saya teringat suatu ketika dulu,apabila tun m dan allahyarham ustz fadzil noor bersatu atas satu pentas ketika sama2 mengutuk kekejaman rejim zionis. Ketika itu saya rasa sebak kerana mereka sanggup mengenepikan ego politik atas nama perpaduan ummah.

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 1:33 PM

Saya fikir masing2 cuba menyelam sambil minum air...

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 1:35 PM

Ya, dan waktu itu pemimpin kafir tidak berani masuk campur komen isu Islam. ..

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 2:16 PM

Salam Brader Din,

Dah tak tau nak ckp apa.....secara peribadi saya mmg tak suka dgn keputusan yg diambil oleh kedua2 pemimpin ini tetapi siapalah kita utk berkata2. Bagai nak rak kita luahkan pendapat pun,hanya akan dipandang sepi. So,do you think we can make a difference? Kalau hal yg besar melibatkan umat Islam seluruh dunia ini pun mereka tidak boleh sepakat, saya tak rasa kerjasama UMNO-PAS yg diheboh2kan akan berjaya. I'm very sceptical until they prove me wrong.

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 2:19 PM

Saya pun pakai spektikal:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 2:26 PM

PAS boleh bersatu ngan UMNO masa tu sebab masa tu PAS masih single (belom berkawin lagi). So, ketika itu PAS bebas nak berkawan ngan sesiapa jua tanpa perlu terikat kepada sesiapapun. Ketika zaman Ustaz Fadzil Noor, PAS telah melalui zaman kegemilangannya sendiri. Tapi bila PAS dah berkawin, PAS kena ikut cakap suami dia. Kebebasan PAS pun disekat. Diharapkan Ustaz Nasa yang merupakan anak didik Ustaz Fadzil, mampu mengembalikan zaman kegemilangan PAS yang pernah didambakan umat Islam suatu ketika dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2012 at 11:52 AM

SEDIH LAH HAL MACAM NI TERJADI..PEPECAHAN SEMAKIN SERIUS, TETAPI DENGAR CERITA ORG PAS YG XNAK BERKERJASAMA.RAMAI PEMIMPIN PAS MAHUKAN DEMO BERASINGAN

Post a Comment