........... Masjid Al Husin - Video Kekecohan DALAM Mesjid | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Masjid Al Husin - Video Kekecohan DALAM Mesjid

Monday, September 3, 201221comments

Dibawah video saya copy dari GelombangKick, suasana kecoh DI DALAM Mesjid Al Husin.





Nilaikan sendiri ...... tapi apa yang saya kesali, kejadian berlaku DALAM Masjid.  Mujur masih ada kesabaran ....

Sila KLiK artikel sebelum ini untuk tahu apa cerita. -

Perkasa VS Anwar Masjid AlHusin Alor Star

 

Dari  SINAR -

 

ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong di sini, malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

 

Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.

 

Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirah.

 

Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.

 

Bagaimanapun, tazkirah tersebut tetap diteruskan dalam keadaan gelap, panas dan tiada pembesar suara.

 

Selang 15 minit kemudian, beberapa anggota polis tiba di masjid tersebut untk menghalang cubaan ahli Perkasa memecahkan pintu kaca masjid berkenaan untuk menyerang Anwar.

 

Terdahulu kira-kira jam 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik.

 

Timbalan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Jamaludin Hashim ketika ditemui berkata, tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk menghalang Anwar daripada menyampaikan ceramah politik di masjid tersebut.

 

Katanya, Perkasa tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan kerana beliau bukan seorang yang bertauliah untuk berbuat demikian.

 

“Sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, Perkasa tiada halangan kerana beliau seorang yang bertauliah berbanding Anwar.

 

“Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Zamri Yusuf ketika dihubungi berkata, tindakan Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menghalang Anwar daripada menggunakan masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah adalah tidak waras.

 

Katanya, masjid perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

 

“Anwar tetap akan menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan seperti mana yang telah dijadualkan kerana ilmu yang akan disampaikan adalah untuk kegunaan dan pengetahuan orang ramai di masa hadapan,” katanya.

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 8:55 AM

Kamu balun china doll kamu liwat kamu tak ingat hari akhirat. Tiba tiba kamu menyamar menjadi alim suapaya orang mempercayai kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 8:56 AM

Kalau Anwar Ibrahim seorang Islam yang baik, dia akan berhenti memecah belahkan umat Islam dengan tingkah lakunya yang tidak disenangi oleh masyarakat setempat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 9:38 AM

SEDIH TGK MELAYU SAMA MELAYU BERGADUH..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 9:56 AM

Rujuk kepada 'root of cause'.

Ada berpendapat penyelesaian berdasarkan undang2 adalah yg terbaik. Tapi perlu diingat, undang2 juga ada kelemahannya sebab ianya merupakan set2 HIMPUNAN peraturan yang ditulis berdasarkan kajian dan kes dan bukannya secara RASIONAL kemanusian!!!

Kalau ikut rasional, wajarkah org seperti Anwar memberi tazkirah? Layakkah dari segi perundangan dan personaliti?

Dan kalau diikut rasioanal, apakah wajar tindakkan Perkasa tersebut?

Kembali kepada konsep 'root of cause', penyebabnya tidak lain dan tidsak bukan ialah si bedebah Anwar, maka bagi saya tindakan yang diambil oleh Perkasa adalah sangat WAJAR! Kurang ajar atau tidak bukan isunya, yg penting kerosakkan minda tidak dilakukan oleh si bedebah tersebut! Seperti konsep ISA jugak, konsep penahanan tanpa bicara untuk mencegah kemungkinan sesuatu keburukkan menjadi tidak terkawal.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:03 AM

Terima kasih Perkasa.Anda menambahkan lg undi unt PR.TAhniah kerana mempercepatkan NAjib berundur dan merosakkan Umno.Anda mencerminkan sikap Umno sebenarnya..teruskan lagi usaha anda.pastikan ada melayu PR yg mati dipukul Perkasa.Kesabaran manusia ada hadnya...

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 10:12 AM

dan jika dipihak PR pula mereka bertindak balas atas alasan 'wajar' yang sama, bagaimana ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:14 AM

Bilalah pengikut2 PAS dan org2 melayu dlm PKR ni nak sedar !!! Agama, Bangsa dan Negara dah hampir tergadai niii. Dah jadi mcm singapurapura baru nak sedar ker? anwar dan nik aziz ni mmg syaitan yg bertopengkan islam, memecahkan bangsa melayu dan agama aje kerja dia org niii......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 10:44 AM

Anwar al Juburi ini cukup kotor,tapi hanya kepada mereka yg tahu dan di beri petunjuk.Bagi mereka yg masih mempercayai beliau,mungkin Allah mengelapkan hati mereka keran dosa-dosa mereka yg suka menghuku orang lain sebagai tidak Isamik malahan ada yg sanggup menghukum mereka yg tidak sealiran dgn mereka adalah kafir.Saya percaya satu hari nanti,Anwar akan mendapat bala,yg cukup pedih kerana 'kekotorannya'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 11:12 AM

KALAU PR BERTINDAK BAGI MENCEGAH KEMUNGKARAN DALAM MASJID TIDAK ADA SEBAB TIDAK BOLEH. IA SESUATU YANG DITUNTUT. BIARLAH. LAGIPUN AMAR MAKRUF MILIK SEMUA DAN TINDAKANNYA TIDAK PILIH BULU WAIMA KE ATAS AMENO. DALAM KONTEKS MEMATUHI LARANGAN SEBEGINI SAYA SECARA PERIBADI, NAMPAK AMENO TIADA MASALAH UNTUK PATUH PADA LARANGAN.

MESTI ADA SEBAB KENAPA PERKATAAN AMAR MAKRUH ITU UJUD CUMANYA KEPENTINGANNYA HILANG DITELAN ZAMAN WALHAL KALAU DIGUNAKAN SECARA BETUL, BERTEMPAT DAN BERHEMAH KEBAIKANNYA MELATA-LATA DAN TIDAK TERHAD PADA KES KHALWAT DAN LIWAT DAN LAIN-LAIN KES SEKSUAL SJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 11:12 AM

Bersih 1 dan Bersih 2, apa tindakan kerajaan? Siap bagi minum, makan dan temapat berehat lagi....

Masalahnya, apa jua yang PR buat, kerajaan hanya tahu 'tutup mata' jak, biar mcmana kerossakan pun yang PR buat! Itulah alasan keWAJARannya!!! WAJAR hanya dengan beri AMARAN....

Dan WAJARkah kerajaan melayani setiap tuntutan pembangkang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 11:15 AM

Saya tidak nampak Perkasa menghukum sebaliknya Unit Anal dan pembangkang yang sering bertindak 2 dalam 1 (buat onar dan hukum sekaligus).

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 11:17 AM

Tunggu masa jer komen begini akan keluar hehehehe ...

tak dapek den nak nolongnya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 11:23 AM

waima kalau pas mencarut, pkr berdengung atau ameno lupa daratan, amar makruf boleh diaplikasikan. kalau amar makruf diaktifkan dan dirakyatkan sebagaimana sekarang ini ada 'jurnalism rakyat', sudah tentu dapat meletakkan semula ummah di landasan mulia, bermartabat dan bermaruah.

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
September 3, 2012 at 12:36 PM

Dilarang sesiapa mengguna masjid untuk memecahbelah perpaduan ummah kerana berlainan pahamam politik. Orang yang bertauliah saja yang berhak menyampaikan tazkirah didalam masjid. Orang Islam wajib mematuhi adap adap didalam masjid.
Yang menyebabkan kekecohan di Masjid Al Hussin adalah kerana orang yang mempunyai masaalah moral yang belum membersih namanya cuba menyampaikan tazkirah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 12:37 PM

MANUSIA SORANG NI TAK HABIS2 MENCETUSKAN SUASANA TEGANG TAK KIRA DI MANA DIA BERADA. SEPATUTNYA INSAF LAH. MUHASABAH DIRI TU BAHAWA RAMAI ORANG TAK SUKA DENGAN KEHIDUPAN BELAKANG TABIR ANDA. SUDAH2LAH TU..

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 1:11 PM

Bukan apa geng perkasa ni nampak rupa sebenar anuwar i.e dajjal(itu yang diorang agresif sangat tu),sedangkan kariah masjid pula tertipu dengan topeng orang alim,orang baik2 yang dajjal anuwar ni pakai.

Sebab itulah dajjal ramai pengikut termasuk orang2 masjid dan orang2 agama disebabkan kegagalan orang2 ini melihat wajah disebalik topeng.Maka sampai bila2lah mereka akan terus tertipu dan mereka akan cuma tersedar di waktu segala2nya sudah terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 1:20 PM

Haish! Tak habis hbis2 nk memecahbelah orang islam dan melayu. Bilalah episod ni nak berakhir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 1:58 PM

apa jua layanan kerajaan pada tingkah laku anwar dan kuncu-kuncunya meletakan kerajaan dalam keadaan serba tak kena.kalau berlembut dituduk lemah dan berkasar pula dah tentu tuduhan kerajaan paling zalim abad ni.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 5:43 PM

Apa yang boleh saya katakan sebagai pendirian saya adalah - Walaupun saya tidak setuju tindakan yang agresif tapi SAYA FAHAM kenapa ia berlaku. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 7:05 PM

too little too late nk amik tindakan undang2.

di msia xde undang2 boleh sentuh anwar nik aziz hadi dan yg sewaktu dgnnya.

sepatutnya ditegah dgn bersungguh2 berpolitik di masjid mcm mana garangnya arab yg x kasi langsung ape politik di makkah. sampaikan nk jumpa najib pn xnak now.

now pas anggap masjid bapak derang punya. bila dh tanam persepsi mcm tu dh terlambat nk halang. to be fair bende ni before hishamudin lagi jadi yg bertanggungjwab ketika itu..

majlis fatwa kenapa diam bila org guna masjid politik ? maza mana?

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 3, 2012 at 10:57 PM


Masjid adalah tempat orang Islam berkumpul,tidak kira apa pegangan politiknya,tetapi sekiranya pengumpulan itu berdasarkan pati politik,maka berpechahlah Islam itu. Semua ahli pentabiran masjid sepatutnya sedar akan hakikat ini.
Tetapi yang digelar ulamak pon bertindak memechahbelahkan umat apatah lagi pengikutnya.
Kepimpinan yang diteladani.


Post a Comment