........... Mahfuz Mengamuk Bila Mat Jubor Punya Lebih Nilai Berita ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mahfuz Mengamuk Bila Mat Jubor Punya Lebih Nilai Berita !

Friday, September 7, 20122comments

Kesian saya pada Mahfuz bila baca artikel Sinar ni. Dia punyalah tunjukkan ketangkasan silat pulut kuning tiga tingkat semasa mengelak balingan selipar dalam insiden Masjid AlHusin, alih-alih media semua buat tak tahu jer..... diorang lebih tumpukan pada Mat Jubor.


Kenapa media sensasikan insiden itu? Sedangkan insiden baling kasut dalam masjid tidak pula dibangkitkan."

Polis pun TIDAK ADIL ! kerana hanya tiba sejurus selepas selesai program .. 

"Adakah polis beri perlindungan hanya kepada segelintir pihak? Atau kita perlu panggil anggota pengaman (Pertubuhan) Bangsa-bangsa Bersatu?"
Betul tu, saya setuju dan saya sokong jika Mahfuz pergi mengadu kepada Bangsa-Bangsa Bersatu ! Hahahahahaha ..... punyalah marah dia tak puashati ! Tweet lah ke PBB ..


Apa, ingat punggung Mat Jubor tu lagi cantik dari muka aku ke ? Punggung dia punya lebih nilai berita dari muka aku yang nyaris kena selipar ? ( eerrk ... yang ni saya tambah sendiri mengikut pemahaman saya hehehe )

Pas persoal polis tubuh pasukan khas siasat insiden 30 Ogos
KUALA LUMPUR - Pas tidak bersetuju dengan tindakan biadap kumpulan yang memijak potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Ambang Merdeka minggu lalu, namun menyifatkan penubuhan pasukan khas polis untuk menyiasat perkara itu sebagai keterlaluan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, insiden 30 Ogos bukan satu perkara besar yang serius dan menyifatkan ia salah satu tindakan yang sama sebelum ini, yang telah dilakukan oleh sekumpulan individu yang kencing atas kain rentang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kita tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar mana-mana pihak dalam negara ini atau menunjukkan punggung ke atas gambar sesiapa pun.

"Kita juga tidak bersetuju tindakan mengibarkan bendera.

"Tetapi, kita lebih tidak bersetuju dengan tindakan polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka yang terlibat seolah-olah mereka melakukan jenayah terhadap negara. Sedangkan banyak lagi kes jenayah lain yang lebih besar," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini seterusnya berkata: "Bolehkah pijak gambar dikategorikan sebagai jenayah sehingga ditubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka?"

Katanya, pijak gambar adalah luahan kemarahan anak-anak muda yang dipijak kepala mereka serta ditindas oleh pemimpin Umno-BN.

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa polis tidak tubuh pasukan khas untuk memburu mereka yang melakukan jenayah lebih besar lagi seperti menjual maklumat pertahanan negara.

“Saya kira, perkara itu tidak melibatkan kepentingan untuk pasukan polis tetapi perlu menekankan perkara serius dalam membendung jenayah dan keselematan negara yang semakin berleluasa.

"Seharusnya pihak polis tidak mengambil perkara ini dengan serius dan ini memperlihatkan ketidakmatangan pihak polis dalam mengendalikan hal yang serius atau tidak?" katanya lagi.

Mahfuz turut membidas tindakan sekumpulan yang didakwa merupakan ahli Perkasa mengganggu tazkirah yang sedang disampaikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada Ahad lalu dan menegaskan insiden ‘kejadian baling kasut’  tersebut tidak diendahkan polis kerana hanya tiba sejurus selepas selesai program.

“Ini mencerminkan ketidakadilan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keamanan.

"Adakah polis beri perlindungan hanya kepada segelintir pihak? Atau kita perlu panggil anggota pengaman (Pertubuhan) Bangsa-bangsa Bersatu?

"Kenapa media sensasikan insiden itu? Sedangkan insiden baling kasut dalam masjid tidak pula dibangkitkan. Kalau pihak Perkasa menafikan persoalan video, manakan kita tahu arah mana kasut itu dibaling. Kita tidak tahu dia nak baling, kalau kita rakam semuanya bererti kitalah yang baling,” katanya.

Selain itu, katanya, imam masjid telah membuat laporan polis berikutan kejadian tersebut.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 8:02 PM

kesian mahpus dah meroyan. betul jugak tu apa yang dia cakap. polis lambat bertindak. baik acara baling kasut, tapi kalau gadoh, kan ker ramai yang dah mati baru polis datang. cara dia bercakap minta simpati tu aku suka.

".....Kita tidak tahu dia nak baling, kalau kita rakam semuanya bererti kitalah yang baling,” katanya".

bersimpati juga aku ngan si mahpus ni. aku sokong kalau dia nak laporkan pada PBB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2012 at 10:37 PM

Gambar buntut ni Overlah Din....tak perlu ,deletelah....kata budak-budak baca u punya blog.

Post a Comment