........... KDN Kutuk Budak Nakal Bela Saka Tapi Senyap Tentang Bersih ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KDN Kutuk Budak Nakal Bela Saka Tapi Senyap Tentang Bersih ?

Wednesday, September 5, 20125comments

KDN pun nak bersuara juga dalam isu bendera saka ni.....  


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan kejadian mengibar bendera baru sebagai ganti Jalur Gemilang pada Khamis lepas sebagai perbuatan yang mencabar kedaulatan negara.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika tidak dibendung, perbuatan sedemikian boleh menyemai rasa benci dalam kalangan masyarakat sekali gus menjejaskan kepentingan awam.

“Masyarakat perlu faham apa yang berlaku adalah bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, KDN komited untuk memastikan tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Perbuatan mengibar bendera baru yang dikatakan ‘pengganti’ Jalur Gemilang itu dilakukan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika malam ambang Hari Kemerdekaan ke-55 negara. - Bernama



Saya MALAS nak layan isu Sang Saka Malaya ini. Bagi saya perbuatan budak2 itu BIADAP maka, tangkap dan dakwa mereka ! Tak perlu nak layan segala alasan dan ceritera hikayat mereka tentang bendera asing itu. Lantaklah mereka nak bela saka itu pun ....

Gelagat beberapa orang budak nakal telah berjaya menarik perhatian rakyat. Umno saya lihat cuba seberapa daya mengaitkan kejadian itu dengan PR. Pembangkang pula yang pada awalnya cepat menafikan dan mengutuk perbuatan itu kini dilihat cuba memanjangkan perdebatan kerana Umno terlalu layan.

Jika dilayan terus, maka akan jadilah satu lagi polemik ala isu Mat Sabu Komunis ....

Balik kepada kenyataan KDN diatas, jika perbuatan itu dikatakan mencabar kedaulatan negara, kenapa mereka tidak sevokal sama dalam isu Bersih itu sendiri ?

Bersih itu sendiri MENCABAR KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, mereka perlekehkan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Pihak berkuasa mengharamkan Bersih kerana tidak mendapat permit tapi bagi mereka - Persetankan Permit ! Langsung tidak ada usaha mahu memohon !

Tidakkah itu TERANG-TERANG mencabar kedaulatan negara yang berpaksikan kepada Perlembagaan ? Kenapa KDN tidak segarang itu dalam mengutuk Bersih ? Kenapa tidak ada komen keras -  KDN komited untuk memastikan tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu  -  terhadap Bersih itu sendiri ?

Apakah KDN pun nak main politik ?

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 9:52 AM

kalau sesuatu perbuatan bersifat individu maka ianya tidak membimbangkan tetapi kalau ia berkumpulan makanya ia harus ditangani. takut ada agenda lebih besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 12:33 PM

memang terang lagi bersuluh ada agenda lebih besar dan bahaya...isunya sekarang ialah apa yang k'jaan/KD BOLEH BUAT?????? kupas lah mcmana pun..ckp lah panjang lebar mcmanapun...isunya ialah apa k'jaan/KDN Boleh BUAT???? Pada 'menteri amaran', biar lidah pendek jgn akal atau ***e pendek sudahlah...nak bagi amaran lagi tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 4:30 PM

itu amaran kali ke 69 dari KDN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2012 at 5:23 PM

Masa terbaik Din utk hentam Menteri Amaran sotong dan kerang.Apa yg diluahkan oleh ketua Pemuda Umno P.pinang tentang KDN adalah satu permulaan utk kita belasah dia cukup-cukup.BELASAH DIN..............(heheheh, batu api lah pulak)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2012 at 9:16 AM

BILA MENTERI KDN LEMBIK...MAKA SECARA OTOMATIK SEMUA AGENSI DI BAWAH KDN DIANGGAP SAMPAH OLEH ORANG RAMAI..

Post a Comment