........... Jambatan Labuan Anwar - Manifesto ATAU Janji ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jambatan Labuan Anwar - Manifesto ATAU Janji ?

Sunday, September 16, 20122comments



KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji kepada rakyat Sabah dan Labuan bahawa Pakatan Rakyat akan membina sebuah Jambatan bagi menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah melalui Menumbok sekitarnya PR berjaya merampas Putrajaya daripada BN pada pilihanraya umum akan datang.

Anwar berkata demikian di Majlis Khas menerima kemasukan Mantan Bendahari UMNO Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin di Kampung Baru Arang, Labuan sekitar jam 3.30 petang tadi.
Anwar membuat janji berkenaan sebagai respon sepontan daripada rakyat Labuan yang mengadu sekalipun Labuan adalah sebuah pulau bebas cukai, tetapi status bebas cukai hanya meliputi minuman keras, coklat, rokok dan kenderaan; manakala harga barangan lain adalah lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia. Sabahkini


Labuan dengan keluasan 91km persegi, terletak 10km dari pantai Sabah dengan jumlah penduduk 90 ribu. Adakah berbaloi atau tidak pembinaan jambatan yang dinilaikan sebanyak RM2bil ? Kena tanya Dap ni sebab bab bangkang-membangkang berdasarkan keberbaloian memang kepakaran Dap. 

Pas pun tak jauh dibelakang, mereka juga semakin pandai membuat congakan matematik, dikepalai Juara Tertutup Matematik Pas 2012 Mahfuz Omar.

Saya harap ada orang yang mencatat SETIAP JANJI PR menjelang PRU13 dengan kosnya sekali, semuanya main Billion Billion jer... 

Sebelum tu, kita patut tanya Anwar dulu - Jambatan Labuan ini Manifesto ATAU Janji ?

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2012 at 4:15 PM

MANIFESTO KE JANJI KE..TAKKAN NAK KENCING BERKALI2 OLEH NUAR TU BEB? SO JANGAN MARAH LAH KALAU ORANG KATA BODOH SEBAB ORANG BODOH JE KENA KENCING BERKALI2..EH? TAK MUSTAHIL ADA ORANG SANGGUP DIKATA BODOH ASALKAN FULUS MASYUUUUUUK BEB..HEHE

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2012 at 7:29 PM

Saya tak nak cakap apa2 dah... Cuma satu, buat masa ni, sesiapa sahaja yang masih lagi mempercayai cakap anwar serta janji pkr... Mereka perlu segera menjalankan medical check up untuk pastikan tahap mental, dan tahap kewarasan, mereka juga mungkin perlu membuat iq test untuk memastikan mereka cukup tahap IQ minima bagi menjalani hidup sebagai manusia yang normal.

Post a Comment