........... Isu Tarikh PRU13 - Bolok Sekali PR ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Tarikh PRU13 - Bolok Sekali PR !

Friday, September 14, 20125comments


Nak menentukan samada Pilihanraya serentak atau berasingan pun PR boleh jadi BOLOK sekali ... ( bolok tu slang Teganu, maksudnya kelam kabut ). Terbaru dari Sinar -

Menurutnya ( Timbalan Pengerusi Dap, Tan Seng Giaw ) pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai amaran dan perkara itu sebenarnya belum lagi diputuskan oleh Pakatan Rakyat (PR).

"Pilihan raya secara berasingan didakan di Sarawak, tetapi ia berlaku kerana ada sebab dan peristiwa hingga membuatkan perlu untuk pilihan raya diadakan secara berasingan.

"Tetapi apa yang berlaku di sini, tidak menampakkan perlu diadakan berasingan. Lebih baik ia diadakan serentak sahaja,"


Beliau merujuk kepada kenyataan Anwar sebelum ini -

"PR telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kami bersetuju Selangor tidak akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan," Sinar

PR ? APA PR, PR ? MANA ADA BINCANG ? ! 

Satu hal saya respek tentang pemimpin Dap, mereka akan cepat melenting sekiranya terdapat kenyataan yang menggunakan nama PR tanpa merujuk Dap terlebih dulu. Berbeza dengan pemimpin Pas yang TIDAK PERNAH protes apajua kenyataan atas nama PR walaupun mereka tidak dirujuk.

Malah Pas pula yang tolong berikan alasan ..... pemimpin tu bercakap atas kapasiti peribadi bla bla bla PADAHAL pemimpin yang disebut itu terang2 cakap kenyataannya mewakili PR !

Bandingkan kenyataan ahSeng diatas dengan Abdul Rani -

“Memang baik buruknya (pilihanraya berasingan) tetapi kalau betul jadi seperti itu (berasingan) kita cuba fikirkannya. Cuba panjangkan dan bagi cadangan kepada parti dalam mesyuarat parti nanti (Jumaat ini ada satu perjumpaan). Bagaimanapun, Selangor mesti cukup penggalnya juga,”  Sinar

LAWAKla korang Pas ! Sekejap cabar Najib bubarkan parlimen, tuduh penakutlah bagai, kejap kata anytime, kejap kata itu , ini .... KONSISTEN LA SIKIT !

Apakah Rani cuba menempelak Nik Aziz melalui kenyataannya ini kerana Nik Aziz tegas menyatakan akan ikut Pusat ?

Cuba dari awal lagi semua pemimpin PR SEPAKAT sebagaimana namanya Pakatan, akan satu pendirian bersama ... contohnya, Pendirian PR SAMA dan TETAP iaitu kami akan tunggu hingga habis tempoh penggal.

Tak payah ubah dah, ikut pandailah Najib nak bubar Parlimen bila pun tapi pendirian negeri2 bawah PR tetap. Tak perlu nak cabar mencabar macam budak kecil. Nak gelak pun ada nengok Hadi dan Mahfuz yang begitu teruja dengan permainan Teka Hari Pilihanraya.

Kalau dari awal PR tetap dengan pendirian Hingga Habis Penggal, atas kepala Najib la pulak nak menjawab kepada rakyat kenapa nak buat awal. Sekarang rakyat lihat Najib relaks jer tapi PR pula yang terlompat-lompat dengan isu tarikh PRU13 !

Saya nampak Pas yang terlebih melompatnya ....... sementara tali dipegang oleh Anwar.

PS - Artikel berkaitan sebelum ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 14, 2012 at 12:18 PM

Anwar ingin Parlimen dibubarkan awal kerana beliau yakin akan menjadi PM selepas PRU 13. Selepas itu barulah beliau akan bubarkan DUN Selangor. Sebagai PM beliau akan cuba sedaya upaya pastikan Selangor terus dikuasai oleh PKR kerana sekarang ini pada anggapan beliau, tanpa suatu yang luar biasa, PKR tidak akan berjaya menguasai kembali Selangor. Pasal tu Anwar meroyan nak adakan PRU berasingan di Selangor satu-satunya negeri yang PKR miliki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2012 at 12:37 PM

Politik PR yg cacamarba. bukalah mata hati dan minda.

anon10

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2012 at 12:48 PM

Mana boleh bantah cakap Abang Besar (DAP) sebab DAP adalah Big Boss dlm PR. PAS pulak sekadar ikut-ikutan je, mcm lalang, kadang2 ikut PKR, kadang2 ikut DAP. PKR kononnya bercakap atas kapasiti wakil PR, tapi sebenarnya tidak. PKR walau nampak bertegas dgn keputusannya, akhirnya akan mengikut juga pendirian DAP. Kesimpulannya, pendirian PR ialah pendirian DAP & pendirian DAP ialah pendirian PR.

....................
Reply To This Comment ...................
September 14, 2012 at 12:55 PM

Moral of the story, kalau pun anda terima yang BN tu bermasalah, apakah dengan memilih PR yang umpama Three Stooges ini akan menyelesaikan masalah? r

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2012 at 2:08 PM

Artikel berkait kenyataan Dato Sri Donald Lim,bajet 2013 antara terbaik dripada bajet2 tahun sebelumnya.Dari situ kita boleh buat telaah tarikh PRU13,kelak.Dia kata malaysia mampu menyekang krisis ekonomi tahun hadapan.maka kita kena tunggu,apa pengolahan yg terkandung utk bajet tersebut.Kalau bajet 2013, kesemuanya pro pada rakyat dan tak sama dgn bajet lalu yg agak kontroversi dalam sistem pengagihannya dan memuaskan hati kesemua ahli dewan parlimen BN,maka kemenangan berpehak pada BN.

Post a Comment