Apakata kita gunakan komen Hadi ini untuk diaplikasikan kepada kenyataan lisan Nik Aziz yang sanggup menerima bantuan dari Syaitan !
Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya. Harakah.
Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.
Apabila wajib beriman kepada malaikat dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir ( NIK AZIZ ) mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran.
Hadi mengakui kenyataan Tun Mahathir itu bersumberkan pepatah barat yang diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.
Tapi ucapan Nik Aziz keluar secara spontan ! Hak milik terpelihara Nik Aziz.
Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.
Bagaimana dengan ucapan dari mulut Nik Aziz sendiri yang sanggup menerima bantuan dari Syaitan asal saja dapat menumbangkan Umno - apakah mahu dilihat dari aspek Mantuq atau Mafhum ?
Kenapa dibezakan pemahaman kenyataan bertulis Tun Mahathir dengan ucapan mulut Nik Aziz ?




+ comments + 14 comments
KENAPA DIBEZAKAN?
SEBAB PAS MUNAFIK YANG NYATA. ITU JE..
DT,
TDM bukan agamawan makanya perkataan "devil" pastinya merujuk kepada bidalan inggeris.
Nik Aziz adalah agamawan, makanya perkataan syaitan harus difahami secara terus yakni seperti apa yang terkandung dalam kitab.
Namun TDM juga adalah seorang mukmin makanya politikawan lawan seberapa boleh akan gunakan status kumukminan TDM untuk tujuan spinning the gasing dalam isu ini.
Begitu jugalah Nik Aziz, selain agamawan, adalah juga politikawan. Dan sebagai politikawan, penggunaan bahasa berlapis adalah satu aset yang boleh digunakan di kemudian hari bagi tujuan politik.
sooooo ..... point saudara ? hehehe .....
DT,
pointnya ialah kalau satu pihak lihat isu sastera dari sudut agama bertembung dengan pihak yang melihat isu sastera dari sudut politik maka kedua-duanya akan menang yakni tak dak yang akan mengaku kalah.
pointnya pas sentiasa double standard dan hipokrit.
melayu hampa.
dan jgn lupa sikap assobiyah pas.bila bab puak derang semuanya benar belaka walaupn kata boleh kawan dgn setan. tuhan mencarut dan lain2.
tp bila org lain tiba2 salah.
betul kata alim ulama. kalau kita menuduh org sesuatu bende tu pasti berbalik pada kita balik.
melayu hampa.
Saya faham maksud saudara cuma saya tak faham kenapa orang Pas ni boleh jadi bodoh sangat atau buat2 bodoh... kenapa perumpamaan Melayu tidak diterjemah bulat2... Sebenarnya niat mereka nak aibkan TDM jer, itu yang sebenarnya, tak perlu penjelasan akademik bagai..
kalau ikutkan terjemahan penganut Pas --devil merujuk umno, maka ikut jer la saranan Nik aziz utk berkawan dgn umno ( syaitan ) tu...
Jouhar
dalam perkara ini yang saya faham Nik Aziz menggunakan Mafhum (yang difahami) yang sangat nyata berlawanan dengannya dengan tujuan memperlekehkan TDM yang kononya "buta" agama. dengan cara ini beliau yakin dapat mempengaruhi fikiran orang orang Melayu untuk melihat kebenaran dan keislaman yang ada pada PAS.
"......... Apabila sangat terdesak di peringkat awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain".
apalah bezanya dengan PAS yang tersangat terdesak hendak ke Putra Jaya sanggup bersengkokol dengan DAP yang terangan menolak Islam; begitu jugalah dengan Nik Aziz yang sanggup berkawan dengan syaitan. saya sangat berharap agar pemimpin PAS hari ini dapat melihat wajah politik itu dengan dengan kacamata Islam sebenar dan bukanya menggunakan ayat ayat suci AlQuran untuk kepentingan politik dan peribadi. jika diamalkan juga, saya percaya disatu masa kelak akan lahirlah orang orang Melayu yang menganggap Islam itu hanyalah keturunan dan bukan lagi anutan.
جالن لوروس
Rukun Imam hanya 6 perkara sahaja, tak ada pula kata kita wajib percaya kepada Syaitan. Minta pertolongan syaitan ni bukan perkara baru bahkan ianya telah wujud beratus tahun lalu di dunia melayu apabila ada manusia yang memeliharan hantu raya dan sebagainya dan ianya masih kekal sehingga kini.Jadi kata-kata Nik Aziz itu sebenarnya berdasarkan realiti dan bukannya sesuatu yang mustahil. Siapakah ahli politik yang meminta pertolongan Syaitan itu kita tidak tahulah, sebab dengar ceritanya ramai juga yang jumpa bomoh untuk jadi calon pilihanraya.
Isu syaitan ini jelas menunjukkan betapa dangkal dan kampungnya cara pemikiran orang Melayu yang terikut2. Macam ini nak diharap Melayu nak berubah ? Satu dunia akan gelakkan kalau mereka tahu bagaimana kes ini.
Pandangan yang menarik ! hehehehe ....
Saudara Din,
Kalau Melayu tak bolih berubah apa kata kita ubah Melayu itu sediri.
Melayu memang pendek akal,mata sahaja terbukak besar tetapi tidak dapat melihat apa yang dia lihat jauh sekali untok menilai apa yang dilihat.
Kaum Cina pon tak bolih berubah ,dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan kepentingan kaum mereka mengenepikan kenyataan dan hakikat wujudnya tuan asal bumi ini. Walau pon mata mereka sepet,'separoh terbuka'tetapi pandangan mereka amat jelas menuju matalamatnya.
Mereka tahu Melayu mempunyi pandangan yang kabur,ditambah 'nilai'dengan kepimpinan Melayu yang sama kabur dan goyah olih tekenan sesama Melayu yang KABUR juga maka tidak heranlah mereka mengunakan segala kesempatan membuat tuntutan demi tuntutan dan mempersoalkan issue demi issue.
Apa orang Melayu bolih buat?
YANG PASTINYA MAKSUD PEPATAH TU MUDAH DAN JELAS CUMA PERLU DIFAHAMI(HADI AWANG DAH JUMPA DAH PEPATAH TERSEBUT)TETAPI MALANGNYA X SEMUA YG TAHU.NIK AZIZ PULAK SEMEMANGNYA MAKSUDKAN SYAITAN YG SEBENAR DAN BERMAKSUD AKAN GUNAKAN APA JUA CARA UNTUK MENANG PRU 13.
Post a Comment