........... Isu Pijak Gambar - Jom KUTUK Siapapun Yang Pijak Gambar Siapapun !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Pijak Gambar - Jom KUTUK Siapapun Yang Pijak Gambar Siapapun !!

Monday, September 3, 20128comments

Harakah mengopy artikel YB Khalid Samad mengenai Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau dalam segmen terbaik dari blog, nah, saya copy pula terus dari blog YB sendiri -

Bersama ini disertakan teguran dan kritikan yang dibuat oleh pimpinan UMNO/BN berhubung peristiwa memijak gambar DS Najib oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos. PAS sememangnya menganggap ianya tindakan liar yang tidak menepati politik Islam yang seharusnya menunjukkan contoh dan akhliak yang tinggi. Kami menyeru semua ahli, penyokong dan pengikut PAS dan parti-parti politik PR supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh UMNO/BN. Mereka bukan guru kami dan oleh itu budaya politik samseng dan tidak berakhlak itu perlu dijauhi sekiranya kita ingin membawa perubahan dan perbezaan. Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar penyokong UMNO memijak gambar saya, DSAI, LGE dan TS Abd Khalid Ibrahim yang telah berlaku jauh lebih awal tanpa apa-apa teguran oleh pimpinan UMNO. Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka.

Kenyataan pimpinan UMNO yang jelas hipokrit adalah seperti berikut:-

Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor) disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara. Bla bla bla ....








-Pejabat YB Khalid Samad-

                              ************************************************

Nik Aziz pun mengutuk sama perbuatan memijak gambar pemimpin - dari Mstar -  Pijak Gambar Pemimpin Tindakan Memalukan - Nik Aziz

"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).

"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,"
                             **************************
Jadi apakata KITA SEMUA SEPAKAT mengutuk mereka yang memijak gambar pemimpin - tak kira dari parti mana sekalipun !

 Gambar pemimpin mana pun.....

Macamana gaya mereka pijak sekali pun ....
Yang penting - asal mereka pijak, KITA KUTUK !
Jom kita SAMA-SAMA keluarkan mana-mana gambar orang pijak gambar pemimpin dan kita kutuk si pemijak itu kaw-kaw .... JOM la ...

 

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 1:53 PM

Aku memang meluap2 sungguh bila orang bukan melayu memijak2 gambar pemimpin2 negara yg beragama Islam. Nampak sgt nk mencetuskan api perkauman. Sorg lagi yg biadap dan kurang ajar; membuat aksi 'berak' kepada gambar PM. Bilamana PM negara tidak dihormati rakyat sendiri, jgn haraplah org luar seperti indon dan singapore nak hormat kita kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 2:10 PM

saya rasa sejak dulu lagi pembangkang buat kerja terkutuk itu.

puak pro pemerintah hanya bersabar, tetapi bila dah habis sabar maka tit for tat lar!

sama juga macam kebebasan akhbar, pembangkang kata pemerintah sekat kebebasan walhal merekalah pihak pertama yang ban akhbar perdana.

kesimpulannya: kalau dengo cakap depa, depa aje yang betul tetapi orang lain sume salah.

jalan ke depan? kembali ke pangkal jalan, kembali ke era politik cerdik...cumanya mahukah depa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 2:39 PM

DALAM GAMBAR DI ATAS, ADA TAK PEMIMPIN BN YANG MEMIJAK GAMBAR? MAAFLAH KALAU SAYA TIDAK KENAL..SEBAB YANG SAYA NAMPAK ADALAH GAMBAR PEMIMPIN2 PR YANG MEMANG SAYA KENAL YANG MEMIJAK GAMBAR. KALAU PEMIMPIN DAH BEGITU...TAK HAIRAN KAN???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 3:58 PM

PARA WARTAWAN SEKALIAN. SAYA KURANG YAKIN DENGAN KENYATAAN TGNAZIZ YANG DILAPORKAN MENGUTUK PERBUATAN MEMIJAK GAMBAR PEMIMPIN KERANA DIKHUATIRI BELIAU AKAN MENAFIKAN PULAK KENYATAAN ITU SETELAH DISANGGAH OLEH "PRESIDEN REPUBLIK SELANGOR" ANUAR IBRAHIM (PEMIMPIN REPUBLIK MANA MAHU PAKAI GELARAN).APA TAK PERCAYA? TUNGGULAH SEHARI DUA NI. TGNAZIZ MUNGKIN AKAN SPIN, TENGOKLAH... NANTI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2012 at 4:49 PM

Buruknya memiliki pemerintah Dinasti Teukong terpancar apabila si bapa tunjuk kebiaDAPan, dicontohi oleh si anak...itu belum di tunjukkan gambar si isteri dan si lenbow. Dah nampak?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 5:38 PM

Kepada siapa lagi nak harap membela maruah bangsa kalau bukan anak bangsa itu sendiri ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 5:39 PM

Kerajaan TERLALU melayan karenah pembangkang. Kerajaan tidak ada kenyakinan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2012 at 5:40 PM

Tak kira siapa, kita kutuk jer ..... orang Pas ada berani ?

Post a Comment