........... Hudud - Dap KONSISTEN Selama Ini Cuma Pas Yang Suka Menipu Orang Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hudud - Dap KONSISTEN Selama Ini Cuma Pas Yang Suka Menipu Orang Melayu

Tuesday, September 25, 20126comments

Dari Sinar, Lim Guan Eng berkata -

"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP "

"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten,"

Apa point utama yang anda dapat dari kenyataan RESMI terbaru ( UNTUK KESEKIAN KALINYA ! ) Dap diatas ? Tolak faktor Nasha ketepi ....... dan saya dapat dua point -

PERTAMA - Dap KONSISTEN menolak Hudud dari duluuuuuuu lagi dan tidak berubah langsung
KEDUA - Kepimpinan tertinggi Pas sudah sedia maklum akan pendirian Dap ini dari duluuuuuu lagi dan ianya bukan satu pendedahan baru !

TAPI kenapa pemimpin2 Pas seolah2 terkejut bilamana ekoran dari debat Nasruddin - UFB tentang Hudud dua bulan lalu, Karpal melenting bila Nasruddin memandai kata Karpal telah mula berubah pendirian dan bersedia untuk bincang semula pendirian langkah mayatnya berkaitan Hudud  ?

Sebelum itu heboh pemimpin2 Pas mencanangkan keseluruh negara betapa Dap sudah mula menerima Islam bila ditarbiah oleh mereka dan hasilnya Hudud @ Hukum Islam akan dilaksanakan sekiranya PR menang, TERNYATA SEMUANYA BOHONG !

Selama 4 tahun pemimpin2 Pas MENIPU orang Melayu, apakah tidak terdetik dihati mereka untuk perbetulkan semula kenyataan palsu dulu tuh ? 

Kenyataan palsu yang kononnya Pas sentiasa bawa usul Hudud setiapkali pemimpin2 PR bermesyuarat ......tapi setiap kali itu juga disangkal oleh Dap dan Anwar - Hudud tidak pernah dibincangkan !

Kenyataan palsu yang kononnya Karpal seorang saja yang menolak Hudud atas dasar kenyataan peribadi sedangkan pemimpin2 Dap lain semua sokong Hudud -

Menurut Harun, beliau tidak pernah dengar ada parti dalam PR yang tolak sepenuhnya hukum hudud melainkan Pengerusi DAP itu sahaja. Sehubungan itu, katanya, Pas menganggap penolakan Karpal atas sifatnya sebagai individu, bukan mewakili DAP. ( KLiK ) 

Hadi pula pada Mei 9 lalu berkata -

Hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. KLiK

Saya nak tanya juga untuk kesekian kalinya -

Tidakkah itu semua SATU PENIPUAN oleh pemimpin2 Pas konon nak menunjukkan kerjasama Pas dalam PR tidak sama dengan kerjasama Umno dalam BN. Konon Pas bertahaluf siyasi dengan Dap sementara kerjasama Umno dengan Mca bersifat wala' ?

Soal apakah Umno sendiri mahu laksanakan Hudud adalah satu isu lain. Isu artikel ini adalah - Apakah pemimpin2 Pas akan meminta maaf kepada orang Melayu Islam kerana telah MENIPU mereka selama ini ?


 Isu Hudud : Guan Eng dakwa Nasha tidak konsisten

KUALA LUMPUR - DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
 
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.

"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.

Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.

"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.

"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.

Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendirian mengenai hukum hudud itu adalah konsisten dan tidak mempunyai sebarang perubahan.


Laporan Mkini ada tambahan sikit - "Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula."

"Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno, apa pendirian mereka tentang hudud?,"
Tambahnya, Nasharudin sepatutnya menanyakan pendirian hudud itu kepada Umno.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2012 at 6:23 AM

Bila masa pulak umno berjanji nak laksanakan hudud. Oleh itu, dalam soal ini, umno takde kaitan langsung dengan pertikaian antara pas dan dap. Pas yang berjanji, tapi umno pulak yang dipersalahkan. Adilkah begitu?

Hakikatnya pas bersikap talam dua muka. Ketika bersemuka dengan orang islam pas menjual hudud sebagai modal pilihanraya. Sudah tentulah ramai orang islam yang terpesona dengan janji hudud. Tapi, apabila di hadapan pemimpin dap, pas akan bertukar kulit. Ketegasan pas dikendurkan seketika semata-mana nak jaga hati kawan. Tahaluf siyasi versi yang dipertahankan pas dan bukan versi islam yang sebenarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2012 at 7:13 AM

Saya lihat ada satu fator pengacau kepada Umno dalam menangani isu Hudud dalam konteks politik - Chua Soi Lek

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2012 at 8:39 AM

Chua Soi Lek hanya nak pastikan supaya pas akan ada point nak salahkan BN dan UMNO, ada alasan memburukkan BN. Dengan demikian, pemimpin pas masih boleh berdalih untuk tidak besekutu dgn UMNO... itu yang CSL mahu dan itulah yang kaum cina mahu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2012 at 8:43 AM

saya hanya ada satu point.. Pemimpin PAS, tidak kira peringkat mana pun, dilihat seolah-2 kehilangan taring, kehilangan maruah dan harga diri serta kehilangan roh islam sebenar selagi mereka ada jawatan didlm parti. Mereka akan rasional dan waras bila saja mereka keluar dari kelompok kepimpinan utama.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2012 at 8:58 AM

Dengan kata lain, mereka ada kepentingan peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2012 at 6:05 AM

PAS patut sudah pinda Enakmen Jenyah Syariah bahawa Enakmen ini terpakai pada orang Islam dan bukan orang Islam. Dah lama dah memerintah namun kenapa DUN Kelantan tak pinda-pinda Enakmen Jenayahnya? Bidangkuasa hududpun tak boleh nak selesaikan apatahlagi hukuman hudud.

Post a Comment