........... Esok Kita Buktikan Solidariti dan Perpaduan Rakyat Malaysia ! ( Terlebih dahulu pastikan lokasi demo mengikut fahaman politik anda ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Esok Kita Buktikan Solidariti dan Perpaduan Rakyat Malaysia ! ( Terlebih dahulu pastikan lokasi demo mengikut fahaman politik anda )

Thursday, September 20, 20127comments

AYUH umat Islam Malaysia, besok kita beramai-ramai turun ke jalan untu menyatakan PROTES kita terhadap penghinaan melampau filem Innocence of Muslims kepada Islam dan Rasulullah.

BERSAMA umat Islam SELURUH DUNIA, kita BERSATU dan kita BUKTIKAN SOLIDARITI umat Islam  !  Kita jadikan provokasi filem itu sebagai sumber penyatuan orang Islam !

Buktikan bahawa umat Islam mampu protes secara AMAN, Tumpuan adalah MESEJ yang ingin kita sampaikan kepada dunia bukan reaksi ganas hasil protes.

Ayuh, kita letakkan ISLAM didepan, mengatasi kepentingan politik sempit !

Ayuh orang bukan Islam, nyatakan sokongan anda juga ! Tentang sebarang provokasi bersifat keagamaan yang bertujuan memporak perandakan manusia yang berlainan kepercayaan !

RAKYAT MALAYSIA CINTAKAN KEAMANAN !

AYUH KITA BERSATU !

PERINGATAN PENTING - Pastikan anda berkumpul mengikut fahaman politik anda terlebih dahulu. Mereka yang pro Umno, sila berkumpul diperkarangan Masjid Kampung Baru DAN mereka yang pro Pas, sila berkumpul diKedutaan USA, Jalan Tun Razak.


AYUH KITA BERSATU ! !

PS - Jom kita buat gambar berpetak esok untuk mengira peserta siapa yang LEBIH RAMAI !
PS2 - Mereka yang tidak berparti, HARUS PILIH mana satu pilihan hati. TIDAK DIBENARKAN berkumpul dilokasi selain dari diatas. Pilihan KETIGA tidak wujud !

Artikel Sebelum Ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 2:18 PM

Jangan lupa pijak-pijak gambar Ngeh DAP!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 2:21 PM

Salam der,

Hahahaha makan dalam n3 ni derr....I loike...tapi kalau mereka2 tak faham,I don't know what to say... Bak kata org2 dulu bagai mencurah air ke daun keladi.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
September 20, 2012 at 2:38 PM

baru nak join tapi x jadilah cmni. Kita buat dari rumah je lah.:)

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 2:44 PM

saya seinci lagi nak sampai tahap Kempen Bantah Dari Rumah Saja, melalui komen2 ikut media alternatif - blog, FB, Tweet dll. Waktu sama sebagai membantah Ketaksuban Berpolitik Melampau Pemimpin2 Melayu yang ada !

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2012 at 4:30 PM

Aku duk tengah-tengah jelah.... kerje. Kalau duk di pentas yang sama kan bagus dan cantik. Barulah dikatakan satu suara, satu gema, satu hasrat. Tak ada agenda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2012 at 6:18 PM

tak perlu koyak gambar Ngeh Ngok tu!! tak berkesan!

kalau nakkan tindakan yang mampu bawa kesan...usah pangkah gambar Ngeh atas kertas undi...ha ha lepas itu senyaplah ia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2012 at 11:50 AM

HAHAHA PTG KARANG KITA TGK TEAM MANA YANG LEBIH RAMAI ORG.MESTI DUA2 GROUP NI TGH PASANG STRATEGI UNTUK TARIK PESERTA DAN LEPAS TU NAK TUNJUKKAN KAT BLOG.SIAPA YG PALING RAMAI DIALAH YG PALING KUAT HAHAHAH ISU NI PUN NAK DIPOLITIKKAN :(

Post a Comment