........... Dr MAZA - 'Fatwa' Pemimpin Pas Ada Expiry Date ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dr MAZA - 'Fatwa' Pemimpin Pas Ada Expiry Date ! ?

Tuesday, September 18, 201221comments


Kali ini saya tidak bersetuju dengan pandangan Dr MAZA berkaitan isu mengungkit kenyataan2 lama pemimpin2 Pas. Kenyataan2 yang ketika dibuat dulu, yang berbentuk HUKUMAN atau  boleh dianggap diterima sebagai satu bentuk Fatwa oleh penyokong2 Pas, yang dipegang kuat, diterima sepenuh hati dan ditafsirkan dalam bentuk tindakan dan disebarkan dengan meluas oleh mereka .... TERUTAMANYA AMANAT HAJI HADI yang telah menimbulkan masalah sosial dan akidah yang besar kepada orang Melayu satu ketika dulu ....

Sekiranya TIDAK DITARIK BALIK atau DIPERBETULKAN, ia WAJAR disebut / diungkit semula !

Dari Mkini 15/9 -

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan Islam.

Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak lagi bercakap mengenai perkara itu lagi.

"Ini masalah kepada (pemimpin) Umno. Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh campur dengan orang kafir.

"Saya dengar perkara ini masa saya sekolah rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak boleh undi non-Muslim.

"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.


Dr MAZA tujukan pada pemimpin2 Umno tapi sebab saya sendiri sering mengungkit kembali kenyataan2 lama pemimpin Pas, saya terpanggil untuk menjelaskan tindakan saya.

Apakah dengan mengungkit kembali kenyataan2 itu DISAMAKAN dengan mengambil tafsiran /mengguna pakai tafsiran yang sama ? Disini Dr MAZA tersilap ! Siapa yang nak gunapakai tafsiran yang menyeleweng ?

Ia diungkit bagi menunjukkan betapa pemimpin Pas suka memutarbelitkan hukum agama bagi tujuan politik, yang boleh disesuaikan mengikut keadaan.  HARAM bila Pas tidak melakukannya tapi bertukar HALAL bila tiba masa mereka melakukannya pula ? 

Ia diungkit supaya pemimpin Pas dapat menjelaskan kenapa hukumnya boleh bertukar2 ? Seperti kata Dr MAZA sendiri - 

"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik,"

Itu persoalan yang ditanyakan bila kenyataan2 lama Pas itu diungkit semula !

TEGURAN Dr MAZA ini juga buat saya tertanya - Apakah kenyataan berbentuk HUKUM dari pemimpin Pas ada EXPIRY DATE ? Contoh, lepas 20 tahun ia jadi basi ?

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 8:48 AM

DR MAZA ni lalang kering !!!! kjp kata sana kjp kata sini. senyap sunyi BISU plak bila PAS kata mcm2 pasal hukum pelik2. pedulikan dia ni namanya ade phD tapi BACUL bila PAS buat sial dlm agama. takde TELO punya ostad !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 9:03 AM

Surat Tun Mahathir yang suruh Kelantan kaji balik enakmen Hudud boleh je Nik Aziz dok guna jadikan alasan tak laksanakan hudud sampai arini.

padahal Tun mahathir suruh kaji balik enakmen tersebut supaya tak tersalah menghukum.

pernah dengar Pas reply balik surat tersebut bagi penerangan/tanya pada manathir tentang isu isu yang dibangkitkan oleh Tun?



-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 9:48 AM

kita semua tahu yg dr maza ni cenderung pd PAS jd walau mcm mana dia try utk jd neutral pun ianya takkan berjaya..

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 10:18 AM

Dia nie ibarat 'gergaji dua mata'!

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 10:19 AM

Saya lebih suka mengulas kenyataan daripada peribadi :) Yang saya setuju, saya akan sokong dan begitu sebaliknya.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
September 18, 2012 at 10:59 AM

saya pun terpikir menda yang sama. Yang itu boleh pulak kan. berpegang teguh atas kata2 Mahathir tu sedangkan Mahathir pun dh bukan PM lagi. kelakar pun ada. hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 11:33 AM

DT,

KALAU PAK HISHAM SANGGUP MEMOHON KEAMPUNAN DARI BUKAN MELAYU BERHUBUNG ISU KERIS MAKANYA APALAH SALAHNYA KALAU PAS MEMINTA MAAF DARI UMNO DAN GOLONGAN KAFIR KERANA MENGELUARKAN 'FATWA' YANG MENYINGGUNG PERASAAN DAN KINI DIANGGAP OLEH DR MAZA SEBAGAI KETINGGALAN ZAMAN?

....................
Reply To This Comment ...................
emma49
September 18, 2012 at 11:33 AM

Salam,

Saya rasa Dr Maza nie biased... ulama sepatutnya berfikiran stategic && tactical sikit la biar dua2 belah pihak Melayu untung... bukan lagi menegeruhkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 12:29 PM

Ayat Quran dengan nyata mengatakan angkatlah peminpin itu dari kalangan orang Islam mukmin.(kalangan kamu).jangan pilih golongan kafir sebagai peminpin.

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 12:53 PM

pemimpin ni pelbagai kategori, pemimpin selaku wakil kaum dan pemimpin berjawatan kerajaan dan pemimpin bagi semua..:-)a pelba

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 12:55 PM

Janji boleh potong :-)

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 12:57 PM

Yang saya nampak kedua belah pihak menggunakan kenyataan beliau, mana yang menyokong agenda mereka la:-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 1:51 PM

orang islam mukmin tu macam mana yer ? ada tanda kat dahi ke, orang yang rajin pi masjid tetapi kuat tabur fitnah dan sembang kosong, solat tak tinggal tapi asyik menipu, dan macam-macam lagi. tak tau nak cari orang mukmin seperti tuntutan quran. kalu lihat pemimpin politik, ramai ke yang termasuk dalam orang islam mukmin ? mukmin tu hanya pada solat ajer ker atau pada yang lain juga ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 1:57 PM

komen dr maza kekadang terpakai juga, tetapi banyaknya macam nak bagi tau orang asyik melakukan salah dan aku ajer yang betul. ikut tafsiran dia bila dia berjumpa dengan sapa dan bersembang berkenaan topik apa. kemudian dia akan tulis la topik tu dalam blog dia. kalu dia jumpa ahli pas dan bersembang kosong, dapat idea, buruk la cerita tentang umno. kemudian dia jumpa ahli umno sembang berjam, dapat idea, tulis la pasal kesalahan pas. tak berapa hari pulak jumpa orang pkr, sembang-sembang, dapat pula idea nak tulis kata berbagai-bagai berkenaan salah kerajaan. bukannya pakai kajian pun. dia cakap mana banyak fakta pun. banyak main anggapan atau pepsi ajer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2012 at 2:58 PM

sokong dinturtle....yang benar tetap benar.
Ali Abu

....................
Reply To This Comment ...................
KA
September 18, 2012 at 3:10 PM

betul tu Din.hehe

....................
Reply To This Comment ...................
KA
September 18, 2012 at 3:18 PM

errr off topik ni. Saudara Din tahu ke pasal ni? nak baca pun geliii.erkkk

http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/09/pbt-selangor-luluskan-jual-daging-babi.html

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 3:31 PM

dengan kata lain, Dr Maza kaki sembang ? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 3:34 PM

Menarik tuh ...akan saya copy untuk artikel seterusnya, TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 18, 2012 at 3:45 PM


DiMalaysia ni kalau ikut tafsiran mereka-mereka yang begelar ulamak seperti ini ,'bulieh gileo dibuetnyo',kita diberi akal maka nilaikanlah sendiri mereka-mereka yang saperti ini.

Mereka yang mendakwa tidak menyeblahi mana pihak biasanya memihak.

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2012 at 8:35 PM

fatwa yang dikeluarkan oleh mana2 ulama,selagi ianya tidak mempunyai hukum yang jelas di dalam quran adalah fatwa yang tidak bersifat qatie atau mutlak.ianya boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.seeloknya muslim tidak melihat pendapat atau fatwa2 yang dikeluarkan oleh ulama sebagai perintah allah sebaliknya mengkaji asas2 dan dalil fatwa tersebut dikeluarkan.muslim yang berfikir adalah muslim yang tidak taksub dan melulu penerimaannya terhadap sesuatu fatwa atau pandangan yang dikeluarkan ulama...

Post a Comment