........... Dilema Mangsa Ahlong....Mungkin Umno dan Baitulmal Boleh Bantu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dilema Mangsa Ahlong....Mungkin Umno dan Baitulmal Boleh Bantu

Saturday, September 29, 20123comments

Membaca artikel Sinar mengenai kecekalan seorang ibu tunggal beranak lima di daerah ini sanggup meminjam wang ribuan ringgit daripada ceti atau lebih mudah digelar ‘ah long’ bagi memulakan perniagaannya sebagai tukang kasut tiga tahun lalu, buat saya teringat kembali kisah ahlong yang pernah saya nukilkan dulu.

Syukur dan lega bila saya baca yang subjek berjaya melepasi jerat perangkap ahlong tapi saya tahu ramai peminjam2 ahlong lain tidak senasib baik sepertinya. Ramai yang terperangkap dan menjadi HAMBA kepada ahlong, bekerja setiap hari hanya untuk mengejar dateline temujanji bersama ahlong.

Bagi mereka yang masalahnya sudah ketahap kronik, Tuhan saja yang tahu apa yang mereka sanggup lakukan asalkan dapat mencari duit ! Soal risiko besar atau kecil, belakang kira.

Artikel ini bukan untuk mengkaji KENAPA mereka ini meminjam ahlong atau membincangkan NIAT mereka meminjam tapi cuba memberi cadangan kepada pihak2 yang mungkin berkapasiti mampu menolong. 

Percayalah, ramai peminjam2 ahlong ini akan berterimakasih yang tidak terhingga sekiranya ada pihak yang sanggup membantu contohnya, mengambilalih hutang ahlong mereka. Sekurang2nya terma baru akan lebih memberi ruang untuk mereka bernafas .....

Mungkin Umno mampu menolong dengan menubuhkan satu Jawatankuasa yang menjadi orang tengah - berbincang dengan ahlong dan berbincang dengan pihak yang mampu mengadakan dana. Mungkin pihak Baitulmal / Zakat boleh memainkan peranan disini.

Sekadar cadangan ....

PS - Saya percaya jumlah peminjam ahlong diseluruh negara mampu mencecah puluhan ribu orang ! 
PS2 - Jika ada jaminan keselamatan, peminjam2 itu juga mungkin akan berani tampil menjadi saksi kepada pihak polis untuk membanteras gejala ahlong

Artikel lama saya - ahlong1, ahlong 2, ahlong 3

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2012 at 12:05 PM

IKTIBARNYA..JANGAN BERHUTANG TANPA SEBAB. APATAH LAGI MEMINJAM DENGAN AH LONG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2012 at 1:56 PM

Mana pergi pekida?mana pergi perkasa?mana pegi pejuang melayu?mana pergi panglima?...sesama melayu berani sgt..tp knp dgn along menikus...kita dh tau mmg x boleh harapkan polis dlm kes along ni bro..kita org melayu kena bertindak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 1:28 AM

Saya sokong tu. Mana pergi pertubuhan melayu? Adakah layu sebelum berjuang? Mereka meminjam mungkin ada sbb yg ✗ dapt di elak. Lain la bangsa melayu di beri keistimewaan meminjam bank tanpa syarat yg ketat.tapi tiada hak melayu di bumi melayu. Sekadar jalur di belang harimau.

Post a Comment