........... Cabaran Kepada Abby - BUKTIKAN Dakwaan Anda ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cabaran Kepada Abby - BUKTIKAN Dakwaan Anda !

Saturday, September 8, 20125comments


Agak lambat saya update cerita tweet Abby-Maza ni .. KLiK, takperlah saya buat rujukan kot-kot lain kali diorang berdua bergojoh lagi hehehe..

Untuk refresh balik, semuanya bermula dengan tweet UMUM Dr MAZA ini -


dan dibalas secara PERSONAL oleh Abby -


Ramai yang persoalkan kebiadapan soalan berbentuk sindiran dari Abby ni - Dr. belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan ? Aduyai .... Dr Maza tu bekas mufti dan sekarang ni MASIH menjadi khatib membaca khutbah2 Jumaat dan juga menjadi sumber rujukan untuk pandangan2 berkaitan hal2 agama ..... LU SIAPA ABBY ?

Berapa bulan belajar secara mendalam agama ? Berapa tempat pengajian Islam yang telah Abby pergi menuntut ? Makanya saya katakan, hanya SATU perkataan yang sesuai buat Abby ni - BODOHSOMBONGRIAKBONGKAKTAKSEDARDIRI.

                                   *********************************************

Susulan dari itu Abby telah membuat penjelasan  -

“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia.

“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.

“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,”


Cuba perhatikan balik ayat yang dianggap oleh Abby sebagai MEMPERSOALKAN HUKUM TUHAN -


Anda nilaikan sendiri, tang mana yang Abby anggap sebagai Hukum Tuhan ? Dua orang pencuri dihukum secara berlainan, sorang dipotong tangan kerana dia beragama Islam sementara sorang lagi dipenjara kerana dia kafir ? Adakah itu Hukum Tuhan ATAU Hukum yang dibuat oleh manusia hasil TERJEMAHANnya dari Quran ?

Yang saya hairan, kenapa Abby MELENTING dan terus menuduh Dr Maza mempertikaikan Hukum Hudud ? Kerana Abby yang kata, ....saya faham maksud dalam twitter dia.

Memandangkan Abby seorang yang glamer walaupun berstatus BEKAS ARTIS, dan tweeternya diikuti ramai, Dr Maza terpanggil untuk menjawap -

“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan."

Mungkin ada bagusnya jika Dr Maza cabar Abby agar keluarkan ayat Quran yang ada menghukum sebagaimana diatas sebagai membuktikan ia adalah Hukum yang datang direct dari Allah dan bukannya hasil terjemahan manusia. Itu lebih baik dari terus berbalas pantun dan menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.

Pihak yang yakin akan kesahihan hujahnya harus kemukakan BUKTI. Jika memang benar Hukuman Berat Sebelah diatas adalah Hukum Allah yang tidak boleh dipersoalkan manusia - MAKA BUKTIKAN !

 Tak perlu dah nak bertekak panjang lagi. Apakah Abby sanggup buktikan ?

Mungkin dek kerana geram .........Dr Maza tambah lagi -

“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,”  ( Rujukan MetroAhad )

Adeeeeh ....kalau Abby jenis yang rendah diri sebagaimana yang dituntut oleh Islam akan umatnya, pasti beliau ambil iktibar dan bermuhasabah dengan teguran ini.

                                             ***********************************

Dua hari lepas Dr Maza sekali lagi melepaskan geramnya menerusi artikel terbaru diblognya - Politik Kita Memang Caca Merba -

Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.


Dan terus mendapat reaksi dari Abby -

 ( Abby menjawab dakwaan seorang penulis blog yang merujuk kepada artikel Dr Maza diatas )

Sebab itu saya suka ulangi, cara terbaik sekarang adalah untuk Abby kemukakan ayat Quran yang ada menyebut hukuman cara berasingan kepada mereka yang berlainan agama itu atas kesalahan yang sama. Jika ada, segala kemelut, sindir menyindir, fitnah dan tuduh menuduh akan berakhir.

Bukankah Abby ada mengaku yang beliau SANGAT ADIL DALAM MEMBUAT PENILAIAN....

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2012 at 1:47 PM

bro minah ni tk yah masuk blok la...dh kembang pun dia....dlm arena hiburan dah dok second hand dah tapi ada hati nak popular lg....elok bawak citer lg politik bro..bila dia dok dlm slot hiburan jr..takda untung and takda jasa pun dlm politik nak di ceritakan..membazir kr nak komen

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 1:52 PM

Minah ni menjadi puuuuuuuuujaan ramai orang Pas, makin dia glamer makin dia disanjung. Jika banyak kerajaan silam jatuh dek kerana wanita, Pas juga mungkin bungkus dek sebab Abby :))

Jika Abby lawan, orang Pas akan sokong dia. Makin dia lawan, makin saya teruja ....... dan geraaaaam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2012 at 1:53 PM

"Adeeeeh ....kalau Abby jenis yang rendah diri sebagaimana yang dituntut oleh Islam akan umatnya, pasti beliau ambil iktibar dan bermuhasabah dengan teguran ini" (I "LIKE"). Sudah terlalu banyak ustaz & ustazah terjun dan pada masa yang sama terlalu banyak terjemahan dan tafsiran ayat Al-Qur'an yang kadang-kadang tak masuk akal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2012 at 2:11 PM

tersungkur arqam kerana wanita.tersungkurnya PAS.kita tengok lahh nantinya,apakah atas faktur wanita juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 5:00 PM

Saya sokong Dr. Mohd Asri. Hukum Islam @ hukum Tuhan bukan hanya untuk orang Islam Sahaja tetapi untuk manusia seluruh dunia termasuklah orang-orang kafir.Benar kata Dr M, yang kita tentang bukan hukum hudud Allah swt, tetapi hukum hudud pas.

Post a Comment