........... Busu bahagia miliki tiga isteri | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Busu bahagia miliki tiga isteri

Thursday, September 27, 20123comments

Busu (tiga, kanan) bersama tiga isterinya bergambar bersama ahli panel dan jawatankuasa program setelah menerima Anugerah Khas Pemimpin Masyarakat Keluargaku Bahagia.

KUALA TERENGGANU – Membina mahligai bahagia bersama tiga orang isteri bukan satu halangan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan tugas sebaik mungkin sehingga melayakkan beliau menerima Anugerah Khas Pemimpin Masyarakat Keluargaku Bahagia.

Memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKK Pantai selama 12 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek namun kepercayaan penduduk di kawasan berkenaan terhadap kewibawaannya mengukuhkan lagi kedudukan itu.

Busu Yaacub, 67, mempunyai 13 anak dan 24 cucu menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan baik walaupun terpaksa membahagikan masa bersama isteri pertama, Fatimah@Dayang Muda, 67, isteri kedua, Zainun Abu Bakar, 57 dan isteri ketiga, Aminah Ibrahim, 47.

“Sekiranya saya perlu ke luar negeri atas urusan kerja, ketiga-tiga isteri akan ditinggalkan di kampung supaya memudahkan pergerakan saya selain tidak mahu ada yang berkecil hati.

“Alhamdulillah mereka (isteri) memahami komitmen kerja saya dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap tugasan yang perlu dilakukan,” katanya pada Forum Perdana Cakna Keluarga Indahnya Hidup Berkeluarga di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini kelmarin.

Forum anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bandar turut dihadiri ahli panel seperti Muhammad Ramli Nuh dan Datuk Siti Nur Bahyah Mahmood bagi mengupas isu kekeluargaan.

Menurut Busu walaupun dia mempunyai kelebihan menguruskan keluarga dan tugas denagn baik namun dia tidak menggalakkan anaknya untuk berkahwin lebih daripada seorang.

“Saya tidak pernah memberi galakan kepada anak untuk menjejak langkah saya agar berkahwin lebih daripada satu tetapi sekiranya sudah ditakdirkan, saya menerimanya dengan reda,” katanya.

Walaupun dia mengakui bahagia dengan kehidupannya kini, namun itu bukan untuk diikut tetapi sekadar menganggap ia sebagai suratan Ilahi.

“Saya senang dengan komitmen hidup berkeluarga sekarang dan dengan izin ALLAH SWT saya diberi ketenangan untuk mengharungi rumah tangga ini malah sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur.

“Isteri-isteri serta anak dan cucu juga amat rapat menyebabkan kami sering berkumpul terutamanya ketika bercuti dan menghadiri sebarang majlis atau kenduri,” katanya.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2012 at 6:54 PM

Salam,

Baguslah kalau macam ni.

Jangan jadi macam kenalan aku yang baru sahaja meninggal akibat diperah tenaga sejak mula berkahwin oleh suami yang berbini tiga tapi yang heran sisuami bukanya ada keja dan muka masyaalah tak boleh aku nak ceritakan.

Alfatihah buat arwah selesai sudah hidupmu di mukabumi ini Allah inginkan kau berehat dan terlepas dari siksaan suami kau.

Suami tak guna dah le tak keja minta duit dan kalau tak dapat mulalah sepak terajang sampai anak pun sanggup tak ada ayah kalau dapat ayah yang macam ni. itulah luahan hati anak arwah suatu ketika dahulu semasa mereka kecil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2012 at 11:54 PM

Bro Din, aku dok belek2 (tengok) diblog Gap Anti Pkr, aku terperasan, ataupun aku terlepas pandang, Blog hang dah x dak didlm blog tu, jika betul, x apa, hang jangan kecik hati, aku kenal Blogger Gap Anti Pkr, pada mula dia jadi blogger dahulu setiap kali komenya dia akan mengungkit mengenai pinjaman Mara yang dia pohon x lulululus lagi, mungkin sekarang dah lulus kut, tapi x apa lah itu halnya, cuma yang aku x sedap ne, blogger seperti hang & HHalem, x pernah aku baca blog hampa meminta pinjaman diluluskan, cuma hampa berdua mempunyai pandangan yang sedikit berbedza tetapi tetap menyokong kerajaan, kenapa Gap Anti Pkr x bolih memahami hampa, mungkin kah ada kuasa ghaib yang memaksa supaya hampa berdua dikeluarkan dari blognya. sesekali fikir ada bini banyak kan bagus, jadi mcm Busu, 3 rumah dia ada, di belai 3 wanita, pasti x tension punya, nak tension mcm mana, dia dah mangli dengan masaalah, bukan senang ooi, ada 3 bini, jadi masaalah politik dah jadi mcm kacang pdnya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2012 at 12:02 AM

dah sebulan isu ini ..... nak buat macamana....? dunia blog dah tak seseronok dulu.Sekarang berblog bukan lagi kerja 'main-main' !

Post a Comment