........... Bodyguard Tidak Mengancam Sesiapa - Polis | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bodyguard Tidak Mengancam Sesiapa - Polis

Sunday, September 9, 201217comments












OKla .... kalau pihak Polis dah kata aksi mamat diatas  -

siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai lesen senjata api yang sah dan hasil keterangannya mendapati tindakannya itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah Berita Harian 5:36pm

saya nak kata apa lagi. Tapi perlu diingat, mamat tu bukannya bebas sepenuhnya dari tuduhan. ( tuduhan digugurkan )

"Namun dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas kami merakam percakapannya dan berpuas hati dengan keterangan yang diberi"

MUNGKIN pihak polis belum lagi menyiasat video yang menunjukkan mamat ini ( rasanyalah orang yang sama ) seperti mengacukan pistol dari pintu kereta .....


Kalau aksi dalam video itu juga dikatakan sebagai tidak mengancam sesiapa, siapala saya nak mempertikaikannya.

Hmmmm ..... kita ada berapa ramai security guard yang berlesen besar dan pegang senjata api semasa bertugas ? Saja jer, tiba2 teringat kat security guard hehehe ....

Apapun kita tunggu siasatan lanjut oleh pihak Polis.

Dari artikel sama -

Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video atau gambar yang dirakam orang awam seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan hari ini.

Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, pengawal peribadi yang menaiki kereta jenis Toyota Camry dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol susulan sekumpulan lelaki cuba menghalang bas yang dinaiki Anwar untuk ke majlis anjuran PKR. 


Marah dengan perbuatan lelaki itu, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat menyerbu ke arah lelaki berkenaan sehingga keadaan kemudian menjadi kecoh.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 7:53 PM

Polis pun takut dgn Anuwar Ibrahim ....serba serbi nyata Nya tiada kesalahan walupun dia berkempenn bukan diwaktu pilihanraya....org Umno buat...semuanya salah Dan disoal siasat bErminggu minggu...sendiri mau fikir wahai org2 Umno...

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 8:05 PM

Saya cuba fikir tapi tak dapat tangkap maksud saudara. Boleh jelaskan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 8:07 PM

Tak kiralah ada lesen atau tidak. Polis yang beruniform dalam tugas yang mengeluarkan senjata api dan ditunjukkan pada umum tanpa sebarang alasan pun boleh dituduh kerana menimbulkan perasaan takut kepada umum. Inikan pula pengawal peribadi yang hanya orang awam.

Kalau bodyguard kepada pemimpin UMNO/BN yang buat, semua peguam pakatan haramjadah akan meluru membuat laporan polis supaya tindakan diambil. Dasar manusia hipokrit dan munafik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 8:09 PM

Ermmm....jadi pada sesiapa yang ada lesen pistol ke senapang patah untuk kebun ke, bleh la bawak n tayang macam koboi kat KLCC ke....tengah pekan ke lepas ni ye....

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 8:13 PM

Saya risau akan kesan dari kes ini ....

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 8:14 PM

errr... kalau mereka ada kebun dalam KLCC, bolehlah kot. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 8:18 PM

ms perhimpunan Bersih 3.0, heboh pasal polis acu senjata..tu pkai uniform n dia tgh wat keja dia...mcm nie xbising plak acu kt org awam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 8:48 PM

Mgkn kah polis dah 'standby' jika anwar menang pru kelak
Maka sudah tentu polis xnak kacau bakal pm...kang kena lak...
Atau mmg polis pon ade org anwar...

Mmg x lojikla x ancam..pistol tu...bkn pistol air
Walaupon x acu betol2 kat muka sapa2
Apa alasan kukuh utk die tunjukkan pistol?
Byk kes tunjuk pistol pon da kena thn bwh fipa..
Tuan blog blh ambik cth penjawat awam yg kena tindakan bila tunjuk pistol jer...
Cth terbaek seorg bekas pengarah bah. Pengangkutan awam telah diambil tindakan krn tunjukkn pistol semasa memandu d hway..
Niatnya baik apabila semasa memandu terserempak dgn sebuah bas express yg memandu sgt laju...
Utk memperlahankn atau beri amaran pd bas itu die tunjukkn pistol...tp pemandu bas itu laporkn pd polis & jd kes polis...
Byk lg kes....

Polis mmg double standard.
Jerung besar boleh jd koboi jln2 dgn pistol.
Rakyat biasa kena patuh undang2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 9:15 PM

kena acu pistol derang serbu jugak.dia ingt rakyat malaya ni goyang?seb bek xamok sekor2 kt situ hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 9, 2012 at 10:24 PM


Yang pasti tidak akan ada tindkan yang akan diambil,"see whose the leg " kata -kata populer budak-budak zaman 80 han.
Body gurd Anuar Ibrahim ,main-main ke "bukan kechik anak" satu lagi bidalan orang melayu yang menungokkan kekuatan yang tidak bolih disentoh.

Mungkin bodygard tu akan mintak maaf ,tapi tak tahu bahasa apa yang akan digunakan ,mukin Mandrin juga kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 10:43 PM

Anwar sekali lagi cuba mengangkat level politik Malaysia ke satu tahap lebih advance...

Dulu, kita berpolitik lawan mulut
Skrg, politik kita banyak kekerasan
dan, dia cuba mengangkat politik kita ke arah lebih ganas..

Dia mulakan provokasi sebegitu...Dan xmustahil akan ada persedian menjawab provokasi seumpama itu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 10:49 PM

Menarik sekali pandangan saudara ...... ya, saya setuju. Dalam setiap level baru yang kita masuki, rintangan pertamanya harus dipecahkan dulu. Sekali dah pecah, kita mula berani mencuba, lama2 akan jadi kebiasaan. Bila dah puas, kita akan cuba pecah rintangan pertama untuk kelevel seterusnya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2012 at 8:46 AM

secara sinikalnya, Pak Hisham patut gunakan PEGAWAI KESELAMATAN MACAM INI UNTUK MENGAWAL PERHIMPUNAN BERSIH. Baru buku bertemu ruas.

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2012 at 8:50 AM

komen yang boleh mencetuskan idea untuk satu artikel baru :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2012 at 11:13 AM

PERCAYALAH...JIKA TIADA TINDAKAN..

LEPAS NI MANA2 BODYGUARD AKAN BERANI BUAT BENDA YANG SAMA...ATAS ALASAN YANG SAMA..RAKYAT YANG TERNGANGA..

JIKA BODYGUARD PEMIMPIN BN BUAT...ADAKAH PENYOKONG PAKATAN AKAN GUNAKAN ALASAN YANG SAMA DALAM MEMBELA MAMAT NI JUGAK?

HARU BIRU BEB...TUNGGU JE..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2012 at 2:47 PM

PDRM mgkin nak tunggu sampai ada orang yang mampos kena tembak kot baru nak ambil tindakan...sedih, bengang, risau dan bermacam perasaan tengok pelbagai bentuk isu, provokasi & tindakan pihak/penyokong pembangkang yang ditujukan kepada penjaga kedaulatan undang-undang negara ni...dahlah pemimpin bacul, polis pun dah jadi dayus jugak ke???...Pthuiih...

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2012 at 3:53 PM

Saya harap pihak berwajib yang bertanggungjawab dapat menerima luahan rakyat ini.... Kita bukan nak dengar alasan.

Post a Comment