........... Bluprin Pendidikan - Menunggu Masa Dong Zong Melompat .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bluprin Pendidikan - Menunggu Masa Dong Zong Melompat ....

Tuesday, September 11, 20126comments

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin semua peringkat perlu berani 'depoliticise' (mengetepikan politik dari) bidang pendidikan dan membuat keputusan demi masa depan anak-anak yang lebih baik, bukan untuk tujuan populis.

Perdana Menteri berkata, perkiraan pendidikan adalah perkiraan nasional dan bukannya partisan kerana ia bermatlamat memastikan setiap anak Malaysia mampu merealisasikan potensi kurniaan Tuhan yang dimiliki mereka.  Seterusnya ..... Sinar

Saya lebih suka guna perkataan 'NYAHkan' dari 'ketepikan' kerana saya lihat sistem pendidikan kita sudah terlalu dipolitikkan angkara parti2 politik cina dan Ngo mereka. Mereka telah berjaya menggunakan kuasa politik yang ada ditangan dalam perjuangan memartabatkan sekolah cina dalam waktu sama melaungkan hak Kesamarataan rakyat menurut perspektif mereka.

Seperti dijangkakan, Bluprin Pendidikan Negara untuk 13 tahun yang akan datang tetap mengekalkan kewujudan Sekolah Cina. Tidak akan ada sebarang suara bantahan dari MANA-MANA parti politik pun. Termasuk parti Pas dan Umno, tidak ada siapa berani mempertikaikan sekolah cina.

Begitu hebatnya orang cina yang tidak sampai 25% jumlah penduduk negara memegang telur kepimpinan negara supaya tidak diganggu kewujudan sekolah mereka malah terus dberikan bantuan dan pengiktirafan yang pelbagai.

Bab ini Pas tak perlu nak hipokrit la, kerana ada komen2 yang kononnya mereka akan lebih pertahankan bahasa Kebangsaan jika diberi kuasa. Letaklah Ikon perjuangan Ibunda mereka, Pak Samad sekalipun ......... ingat lagi demo anti PPSMI dulu ? Siapa yang berada dibarisan depan bergesel bahu, berlaga ketiak melaung2kan kebebasan hak setiap kaum menggunakan bahasa ibunda masing2 dalam pembelajaran disekolah ?

Demi menjaga secubit sokongan kaum cina jugalah kerajaan terpaksa tunduk kepada tuntutan2 orang cina ...... SAMA SAJA .... dan SAMA-SAMA BUAT TAK KISAH demi kepentingan politik.

                                         ************************************

Membaca Bluprin Pendidikan yang diumumkan Najib pagi tadi, selepas 3 kali terlelap semasa tengah baca , saya dapati dalam mengekalkan sekolah cina, terdapat usaha kearah memastikan penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan SEMUA murid2 termasuk dari sekolah vernakular.

Setiap pelajar termasuk sekolah cina akan belajar menggunakan kurikulum Bahasa Malaysia yang SAMA dari Tahun 4 bermula 2014. Pelajar yang lemah akan diberi Kelas Tambahan Bahasa Malaysia selepas sesi sekolah. Objektif utama adalah untuk mengenal pasti mereka yang lemah LEBIH AWAL, dididik LEBIH AWAL supaya tidak perlu lagi diadakan Kelas Peralihan untuk mereka diSekolah Menengah.

Every primary school student, regardless of whether they are in a National or National-type school, will use a standard BahasaMalaysia curriculum starting from the Year 4 cohort  in 2014.  At National-type schools, students who are struggling to cope with this change will receive remedial after-school Bahasa Malaysia classes from Years 4 to 6 (after the completion of the Literacy and Numeracy Screening (LINUS) 2.0 programme). The objective is to intervene early and often to allow for the removal of the “Remove” or Peralihan

Saya menanti puak Dong Zong melenting, nak tengok setinggi mana mereka melompat dengan cadangan kerajaan ini. Apakah alasan mereka untuk membantah usaha kerajaan memastikan rakyat Malaysia fasih dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia ini.

Satu lagi point menarik adalah berkaitan Fasa 3 ( Wave 3 ) dimana Pilihan dan Sistem Pendidikan akan Dikaji Semula bermula tahun 2021-2025.

Waktu itu kerajaan akan pastikan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan muncul sebagai SEKOLAH PILIHAN SEMUA IBUBAPA tanpa mengira kaum ataupun kedudukan. Tahap Interaksi dan Integrasi antara kaum dikalangan pelajar akan dipantau dari masa kesemasa dan bergantung kepada hasilnya, kerajaan mungkin buat kajian semula jenis pilihan sekolah yang ada.

Entah apa maksudnya saya tak pasti tapi bunyinya kira OK la.....  Yang ini saya YAKIN, samada mereka faham atau tidak, Dong Zong akan melompat TINGGI !


Wave 3 will see SKs and SMKs emerge as schools of choice for all parents, irrespective of ethnicity or socioeconomic background. TheMinistry will continue to monitor levels of interaction and integration across different student groups. Depending on the quality of these outcomes, the Ministry may consider reviewing the range of schooling options to determine if further changes are required to enhance the development of unity. ( m/s 193 )

Buat masa ini dalam soal integrasi, program kokurikulum yang dinamakan RIMUP akan dipertingkatkan semula dimana aktiviti ANTARA SEKOLAH Kebangsaan dan Vernakular akan diadakan. Banyaklah sangat interaksi dapat diwujudkan ......

The Ministry also encourages greater integration through shared co-curricular activities between different schools under RIMUP. As highlighted in Chapter 4, the RIMUP programme focuses onencouraging inter-group interactions between students in a co-curricularsetting. It pairs different schools together such as a National school witha National-type school, and encourages students from these differentschools to participate in selected co-curricular activities together. 

Saya akan tunggu hujah2 pakar tentang Bluprin ini sebelum mengulas lebih lanjut.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2012 at 5:21 PM

Macam mana dengan subjek sejarah, diwajibkan lulus? Bagaimana pula dengan pengisian sejarah kita?

Lagi satu, ada tak pelajaran untuk memastikan keluaran semua pilihan sekolah ber'adab' dan tidak biadap?

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2012 at 5:57 PM

Yang itu belum baca lagi hehehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2012 at 7:30 PM

ideally - sgt perlukan perubahan pendidikan yg tidak liberal dan menitik beratkan asal usul sejarah yg benar bukan yg telah dilute semata2 nk jaga hati kaum.

kira ok - kalau kita masih boleh maintain sistem yg kita ada.

worst - kalau pendidikan diubah lgi mengikut prinsip satu msia najib sehingga sejarah sebenar antara kaum dimsia disembunyikan mcm kes interlok. esok anak bangsa kita xkan tau kenapa nk mempertahankan hak2 bumiputera kerana mereka tidak tau titik tolak kemerdekaan dan perjanjian yg telah dibuat. esok mereka akan berfikir semua kaum berada di msia sejak parameswara.

kita dh nampak kesannya sekarang kenapa melayu semakin liberal dan sgt senang bersetuju kalau hak2 bumiputera dimansuhkan.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2012 at 8:32 PM

Ya...rakyat dan kerajaan kena lakukan anjakan paradigma dimana sejarah perlu dinilai dan dipelajari secara terbuka dan objektif tanpa melibatkan sentimen perkauman. Maksud saya, contohnya Peristiwa 13Mei mesti dipelajari semua BUKAN disorok, dan kita belajar darinya.

Apakah yang telah dipelajari oleh kaum cina dari 13 Mei ?

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 11, 2012 at 10:15 PM


Selagi tiada sistem satu sekolah ,kalau intragasi kaum dan membina jiwa bangsa hujong matalamatnya konsep 1 Malaysia tidak akan berjaya dan ia akan hanya sologan dipentas politik sahaja.

Selagi sekolah vernakular masih wujud politik berasaskan kaum tidak akan dapat dihaposkan seterusnya perasaan perbedan bedasarkan keturunan akan tetap subor dan pertembongan adalah sangat mustahil untok dielakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2012 at 5:59 PM

Pemimpin atasanlah yang seharusnya mengetengahkan dan membudayakan Bahasa Malaysia dalam ucapan rasmi dan tak rasmi. Dan siapa pula penguatkuasa dalam ehwal pengiklanan? Ada banner: Sales woman wanted = Penjual wanita dipelukan! Bukan hanya politik cacamerba, Bahasa Malaysia pun dah rojak.. :(

Joe

Post a Comment