........... Bas Politik - TABIK Kepada Publisiti Stunt Pkr ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bas Politik - TABIK Kepada Publisiti Stunt Pkr !

Sunday, September 2, 201213comments

Memikirkan kembali isu Bas Pkr disimbah cat serta cerminnya dipecahkan dan melihat kepada PUBLISITI PERCUMA yang terhasil, perasaan tolak tepi, saya TABIK kepada cara berpolitik Anwar @ Team Public Relation Pkr.

Dalam sekelip mata saja, Bas Jelajah Merdeka itu dikenali satu Malaysia ! 

Saya percaya sekarang ramai yang ternanti-nanti peluang untuk melihat secara lebih dekat bas tersebut. Hanya bermodalkan setin kecil cat merah dan kos cermin depan, imej bas tersebut telah terpahat dalam minda rakyat. 

Tidak perlu bayar ratusan ribu ringgit ( mungkin juta-juta ) kepada konsultan untuk tujuan promosi. Kini Bas itu sendiri sudah menjadi satu tarikan.




Bas dua tingkat yang mempunyai kapasiti 19 tempat duduk itu turut dilengkapi dengan sistem audio-visual, dua buah televisyen, bilik mesyuarat, wifi, tandas dan pentas sebagai platform berucap.



Sememangnya idea untuk menghasilkan Bas Politik itu patut dipuji. Bukan setakat pelbagai fungsi yang memudahkan mereka untuk bertemu rakyat tapi ia juga merupakan satu bentuk IKLAN BERGERAK. Bayangkan jika idea ini dikembangkan lagi dengan berpuluh bas serupa yang mewakili Pas, Dap dan PR , bergerak keseluruh pelusuk negara ........ GEMPAK !

Nik Aziz Menepung Tawar Bas cara Pkr
UMNO TAK NAK TIRU KE IDEA NI ? Mula2 tu memanglah teruk kena sindir tapi Melayu kan cepat lupa.... yang penting keberkesanannya hehehehe ....

PS 1:50pm - Saya terfikir juga, mungkin Pkr yang meniru idea bas ini dari BN sebelum ini, ingat, waktu Najib naik bas dulu ? Cuma Pkr telah explore idea bas ini dari sudut praktikaliti dan promosi bukan sekadar satu mode transportasi saja.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 2, 2012 at 2:02 PM

org tak boleh lupa sbb ada muka Anugerah Tuhan terpampang besaq kat body bas.....dgn senyuman yg meNGERIkan....hehehehehe

ke ada unsur2 perbomohan...ermmmm contohnya minyak senyonyong/dagu supaya rakyat susah nak lupa...mana tau kan...hehehhe

tapi seJUJURnya.....jika rakyat Mas lihat gambar Anugerah Tuhan tu....apa yg terlintas di minda sebenarnya????....adakah anda terfikirkan warna KUNING (bukan BERSIH)???...mata satu??? (bukan Dajjal).....jam Omega (bukan hilang)????...atau ada yg terfikir UTOPIA yg akan dibawa manusia tu???.....hehehehe

kalau tanya aku....izinkan hamba MUNTAH dahulu...lebih baik letak gambar Ostazah Abby yg lembut, comel, manja, gedik etc.....hehehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2012 at 2:17 PM

bro depa ikut stail parti kat turki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2012 at 2:18 PM

Dalam konteks publisiti dan putar belit politik, Dap jauh di depan -- advance. Pakar terbabit adalah layak dan berkemampuan.

Pas dan PKR masih gunakan kaedah biasa tetapi masih berkesan.

Ia tambah berkesan apabila promosi percuma diberikan bukan saja oleh blogger sendiri tetapi juga blogger lawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2012 at 2:19 PM

dulu kereta peribadi

sekarang bas peribadi

ke depan jet peribadi disimbah najis?

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2012 at 2:22 PM


Pendekatan kempen ini sebenarnya ditiru bulat-bulat dari pendekatan sama yang digunakan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dalam kempen pilihanraya Turki tahun lepas yang menyaksikannya menang besar

Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan (yang juga pemuja Mustafa Kamal Artartuk) dan Anwar diketahui memang berkawan rapat. Pandangan orang PAS tentang Kamal Artartuk ini memang diketahui, apa perasaan mereka bila dapat tahu Anwar yang dipuja-puji itu pun berkawan dengan pemuja bapak sekular Turki juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2012 at 2:28 PM

semua ini diilhamkan oleh kejayaan "raccoon eyes" mendapat simpati massa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2012 at 2:40 PM

adui...aku tengok muka dia. aku teringat benda lain. geli...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2012 at 2:40 PM

Kelapangan masa yang ditunjukkan oleh MB Kelantan untuk turun padang bagi meninjau bas yang menjadi mangsa cat merah adalah contoh pemimpin mukmin yang kuat bekerja.

Harap-harap lepas ini MB akan turun padang setiap kali ada kenderaan rakyat disimbah cat merah sebagai bukti rakyat didahulukan dalam Pakatan Rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2012 at 3:21 PM

Ahli politik di Amerika lebih lama menggunakan bas untuk berkempen ( dari tv jelah saya tengok hehehe ). Lebih penting adalah persoalan - apakah ia tindakan yang berkesan ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2012 at 3:22 PM

ada yang geli geleman .... ada yang geli suka...:)

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2012 at 3:23 PM

Letak gambar Abby ? Tidak dapat disangkalkan lagi memang POWER !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2012 at 3:40 PM

Jgn terperangkap kempen murah pkr...tkuar mendera, tunjuk punggung kat gamabr pm, tak angakt tangan ikran rukun negara, bantai polis dan terbalikan kereta polis bersih3 jgn mudah kita lupa, pacah dan simbah cat semua boleh buat sendiri dan kemudian tuduh or lain, mcmkoyak poster, koyan sendiri tuduh parti lawan buat..biasa guan tektik kotor dari puak sialan laknat kaun nabi lut n teh geng,,,,menteri kdn masih trelelap mcm paklah

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
September 2, 2012 at 8:04 PM

Cerita tentang bus Cangeh pkr kena sembah cat merah dan cermin bus pecah itu hanya lah modal iklan nak beri tumpuan kepada rakyat supaya rakyat jadi jakun nak tengok dari dekat, lepas tu diperbodohnya rakyat. Tak pula kata membazir wang rakyat.

Post a Comment