........... Bajet Bodek Rakyat - Memang Itu Pun Yang Rakyat Mahu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bajet Bodek Rakyat - Memang Itu Pun Yang Rakyat Mahu !

Sunday, September 30, 201211comments

Saya rasalah, belum pernah isu Bajet negara mendapat perhatian sebegini ramai sebelum ini. Kalau dululah, tak pernah tak tidur kalau mengadap PM baca Bajet depan tv hahahaha ..... kali ni saya percaya ramai yang beri perhatian tak berbelah bagi kepada setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Najib, memerhati dengan tekun nada dan body language beliau kot2 boleh dijadikan isu politik.

Pemimpin2 pembangkang awal2 lagi dah siap sedia dengan komen2 bagi menghentam Bajet BN , maksud saya SEBELUM Najib berucap lagi mereka dah standby. Apapun yang diumumkan, komen yang telah dihafal 2-3 hari sebelum itu juga yang akan diucap kepada media.

Percaya atau tidak terpulanglah tapi kalaulah Najib umumkan kerajaan pusat akan bangunkan daerah Pokok Sena sebagai hub perdagangan antarabangsa dengan pelaburan 100bil pun, Mahfuz akan tetap komen - Sebenarnya tiada reformasi untuk mengatasi hutang negara yang semakin meningkat.Saya sifatkan bajet ini hanya untuk survival ! sebab itu yang dihafalnya selama 3 hari 3 malam hahahahaha ....

Nasib baik Mahfuz tak sebut hal % peratusan - Tahun lepas hutang negara adalah sebanyak 52% dari KDNK dan tahun ini dianggarkan meningkat jadi 53%, jadi selama dua tahun ini hutang negara adalah sebanyak 105% ! Sah Malaysia dah muflis !!! ( berdasarkan cara Mahfuz buat matematik - KLiK )

Seperti dijangkakan, media pembangkang mengutuk 100% Bajet BN, seolah langsung tidak ada satupun cadangan Najib yang boleh dipakai. Pelbagai label diberikan, Bajet Politik la, Bajet Pilihanraya la, Gula-gula la ...... langsung tidak ada sebarang perbincangan bersifat akademik, yang mereka tahu cuma hentam !

Apa bezanya bajet alternatif yang sengaja diumumkan Anwar sehari lebih awal ? Tidakkah segala yang percuma-percuma itu juga bersifat Bodek Rakyat ? Secara jujur ya, seorang rakyat akan cukup suka jika kerajaan mengambil sikap Bodek Rakyat ! hahahahahaha ...

That's the whole point ! Pr dan BN berebut2 nak ambil hati rakyat demi menagih undi. SIAPA YANG UNTUNG ? 

Nak tahu berapa tinggi sukanya rakyat kalau dibodek kerajaan demi undi, tanya kaum cina. Mereka dah lama merasa kesan bodekan kerajaan, tapi takde siapapun bising ? Asal ada PRK, adalah sekolah cina dapat juta-juta ...... kenapa takde siapa yang bising ?

Kali ni saya tak tengok langsung ucapan Bajet Najib, malas saya nak layan. Kerana saya yakin Bajet yang bakal ( telah ) diumumkan Najib akan membawa berita gembira buat rakyat ! Gila ke apa Najib nak kenakan caj yang bukan2 dengan PRU semakin hampir .....

Yang penting ramai yang akan merasa ........ 

Nik Aziz pulak sibuk dengan Bajet Kerohanian .... hahahaha .... jangan cakap saja, tapi cuba berikan contoh bagaimana rupanya Bajet Kerohanian itu  supaya senang kita nak faham. 

Seminggu lagi akan tenggelamlah isu Bajet ni ..... mungkin lebih awal sebab lapuran terbaru dari SINAR ini pastinya membuka tirai kepada satu lagi isu hangat - Najib Cabar PR Umumkan Kabinet Bayangan !

Isu lama dah ditimbulkan tapi sebab Najib yang sebut, pastinya jadi hangat. Yalah, kalau Bajet ALTERNATIF boleh dibuat, takkan Kabinet Bayangan tak boleh buat ? Lagi senang sebab tak payah guna akal matematik.

Isu ini menarik sebab ia bakal melondehkan betapa TIDAK ADA RESPEK sesama pemimpin2 dalam PR ! Kita tengok sejauh mana RESPEK orang cina Dap terhadap kewibawaan pemimpin2 Pas hahahahaha ...

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 3:05 PM

BETUL TU BRO DIN..BAJET ALTERNATIF BOLEH PULAK BUAT...KABINET BAYANGAN MASIH JADI BAYANG2 SAMPAI HARI NI..

NAJIB DAH NAMPAK AKIBAT TINDAKAN PAK LAH DULU..DAHLAH SEGALA2NYA NAIK..BONUS PUN TAK BAGI..TUP TUP UMUM BUBAR PARLIMEN..NAH, HILANG 2/3.

NAJIB NI NAMPAK JE LEMBIK TAPI STRATEGI POLITIK DIA NOT BAD. SEBAB TU PENCACAI2 PR SEMUA MELUAT SANGAT KAT DIA. TAPI DAH DIA PANDAI ELAK PELURU..ROSMAH LAH JADI SASARAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 3:22 PM

PM buat bajet untuk rakyat sebaliknya PR juga buat bajet rakyat -- bajet pakatan rakyat. OK ler tu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 3:30 PM

DT,

Tak dapat bayangkan macam mana kalau bahasa seharian pihak yang berpakat adalah bahasa Inggeris, bahasa Parsi dan bahasa Pasar akan menunjukkan respek sesama mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 3:50 PM

DT,

dalam kalangan puak yang menganggap bahasa Penjajah adalah satu pencapaian dan mereka yang rendah penguasaan ke atas bahasa berkenaan akan dipandang rendah, akan menjurus kepada pembinaan kelas dan kasta dan dengan itu akan ujud dua kompleks berbeza: komplek superioriti dan inferioriti. impaknya? ha, ha, sama-sama saksikannya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 6:05 PM

Kalau PR tak laksanakan manifesto 2008 makanya PR dianggap 'berhutang'.

Setakat ini hutang PR berkaitan manifesto 2008 adalah sekitar 75%.

Selagi hutang berkenaan tidak dilunaskan, PR tak layak buat hutang baru?

Mungkin Mahfuz dapat mengreformasikan hutang-hutang berkenaan?

....................
Reply To This Comment ...................
Serban Hijau
September 30, 2012 at 6:43 PM

Pakatan Pinggan Mangkok pun belum tentu jadi elok. Macam mana nak elok bila retak atau sumbing masing-masing tak nak mengaku. Inikan pulak Pakatan nak bela rakyat.

Hanya rakyat macam Adam separuh masak saja yang boleh dibuat gulai.

Fakta bukan Auta!

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 9:37 PM

Nak serahkan pada Mahfuz persoalan matematik ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 10:01 PM

Bro Din,

Saya setuju dgn kaedah BODEK RAKYAT..Mmg itu la elemen utama demokrasi untuk mendapatkan sokongan rakyat.Bagi apa yg rakyat HENDAK.

Sama la dgn PR pon..Segala perkara PERCUMA tu bukan BODEK ker??Dlm bab ni sy teringat dlm 1 perdebatan antara Zahid Mat Arip dn Shamsul Iskandar di RTM..dia sibuk dok sebut BR1M sebagai BERI RASUAH 1 MALAYSIA..Tapi bila ditanya oleh pengacara iaitu Syed Munawar apakah janji spt air percuma,bantuan utk balu dll juga RASUAH politik..Jwpn yg diberi oleh Shamsul@Sam ni steraf dgn Mhfus wpon Sam ni LOYAR dn sekolah tinggi.Dia ckp mcm ni:

"Itu tidak boleh dikatakan RASUAH kerana perkara tersebut disebutakan dlm MENIFESTO PR sejak awal lagi dn buakn secara spontan mcm BN buat.Dan kami akan pastikan kami melksanakan menifesto kami".

Tup tup 2-3 minggu lepas Khalid Ibrahim ckp MENIFESTO cuma TAWARAN dan bukan JANJI hahhaha..dh gila gakn ya org PR ni..

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 10:56 PM

Artikel ni berupa luahan secara open, straight to the point tanpa basa basi:)

Menarik contoh yang saudara berikan .... kalau beritahu awal2 ia bukan Rasuah ? hahahaha..... Kalau beritahu awal pun tapi masih tak tertunai ? Bukan ke tu namanya KENCING ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 9:27 AM

JADIKAN KEMPEN PRU13 NANTI PASAL ISU MANIFESTO NI..

BN, MANIFESTO = JANJI. INSYA ALLAH AKAN DITEPATI.

PR, MANIFESTO BUKAN JANJI. HANYA TAWARAN SAJA..

SURE TERBELIT LIDAH PUAK2 DORANG NAK BERHUJAH..

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 12:44 PM

Bukan KENCING bro.Tapi KHILAF maka tak berdosa hehheh..Puak PAS ni kan suka mengARABkan semua perbuatamn diaorg supaya yg HARAM menjadi HALAL heheh..

Post a Comment