........... UPDATED VIDEO - Azhar Idrus - Saya BUKAN Calon Pas, Saya Juga BUKAN Ahli Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

UPDATED VIDEO - Azhar Idrus - Saya BUKAN Calon Pas, Saya Juga BUKAN Ahli Pas

Saturday, September 8, 201211comments

Ramai juga yang komen mengenai keputusan Azhar Idrus yang menolak menjadi calon Pas pada PRU13 ini. Dari Utusan -

Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," kata Wahid Endut.

Sebenarnya ini bukan berita baru, cuma pengesahan sekali lagi. Kerana  pada bulan Februari lalu Azhar sudah pun menegaskan -

“Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus. SINAR

Lebih menarik lagi bila Azhar menegaskan - SAYA BUKAN AHLI PAS !  ( Sekarang saya tak pasti apakah Azhar masih lagi BUKAN ahli Pas tapi kalau mengambilkira cara Pas membuat majlis menyambut orang baru, rasa Azhar BELUM LAGI jadi ahli Pas.)

Pas - I LIKE, Jadi Ahli Pas - I DON'T LIKE !

Pastinya ia mengecewakan orang Pas bilamana ulama Tersohor mereka ini BUKAN dari kalangan jamaah Pas dan MENOLAK  menjadi Pemimpin mereka padahal Azhar pernah berada dalam majlis penyerahan borang masuk ahli Pas orang lain.

Agaknya apakah komen Haji Hadi yang baru semalam berkata - Melayu WAJIB Kuatkan Pas ?

Alasan utama yang Azhar berikan adalah - Beliau mahu berdakwah mengikut caranya sendiri.  Bermakna cara dakwah Pas BUKANLAH yang terbaik pada pandangan Azhar ? 

Agak2 apa pandangan Ustazah Abby mengenai pendirian Azhar ini ? Mungkin ada baiknya Abby menasihati Azhar tentang betapa perlunya Azhar menyertai Pas jika mahu keSyurga...... terangkan kepada Azhar bagaimana nanti beliau akan disoal dalam kubur samada masuk parti Pas atau tidak ....atau Azhar kelak tidak mendapat rekomendasi ahlul kubur orang Pas lain ...

Entahlah ..... ada orang kata , BUKAN saya yang kata, TAPI orang yang kata - bayaran sebagai Penceramah Jemputan lagi tinggi berbanding Penceramah Dalaman.  Ya ker ? Mungkin juga ..... Bagi seorang penceramah bebas ( BUKAN MERUJUK AZHAR ya ) yang punya banyak komitmen pastinya berfikir banyak kali sebelum menukar status sebagai penceramah dalaman. Dari elok charge lump sum, dah kena isi borang claim pulak.... apatah lagi jika akauntan yang meluluskan claim itu pakar matematik dari Kedah ! KLiK

PS - Umno tak nak jemput Azhar buat ceramah ke ? Kekadang tu antara sebab utama seseorang tu masuk satu-satu parti politik adalah kerana KEADAAN yang memaksanya. Dan KEADAAN juga boleh menentukan cara seseorang itu bercakap  ........

UPDATED -

Perhatikan kedua video dibawah, sebagai respon kepada artikel SINAR diatas .... punyalah payah nak ngaku dia ahli Pas atau tidak ...

18 Feb 2012



2 Mac 2012


Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2012 at 9:31 AM

Haha...leh percaya ke
Tah2 taktik pru nanti diela calon
Mmg leh jd winnable calon pon...

Ataupon die sedar lpas peristiwa bertam nite...
Die pon xleh nk sound puak2 pas yg tah pape ni

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 9:36 AM

Mungkin juga taktik ... walaupun agak payah nak bayangkan orang Pas boleh simpan lama2 berita yang mengujakan hingga meleleh air liur ni...

Waktu sama, saya perhatikan dari ceramah2 Azhar, beliau tidak punya 'semangat' / aura Pas.... berbeza ngan penceramah2 yang ahli Pas...mungkin juga beliau berlakon.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 10:06 AM

kawan suka kalau dia jadi calun pas sebab kalau dia berceramah pun bkn kerana Allah tetapi kerana politik. senanglah kita bezakan antara ustad ugama dan ustad politik. lain kali kalau dia nak maki ,menghina , mengutuk dan memperbodohkan orang kita tak terperanjat sgt mmng perangai ulamak dia org mcm tu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 10:17 AM

kalau diperhatikan video diatas, Azhar memberi gambaran seolah dia memang ahli Pas tapi kenapa yang payah sangat nak mengaku ? Perlu diingat, dalam kedua2 situasi diatas, beliau berucap didepan orang2 Pas !

Ternyata dalam Azhar menyindir orang yang mempertikaikan keahlian Pas beliau sebagai beruk, Azhar sendiri takder telur nak buat pengakuan ! Saya LEBIH RESPEK ABBY !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2012 at 10:24 AM

Ustaz Azhar kata Bob Lokman BERUK ? hahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2012 at 2:01 PM

saya rasa kalu uai jd calon pas..alamat lagi pening la najib..nak harap ufb mmg x boleh harap..siapa tokoh agama yg jd sandaran umno?..ustad pondok genting?..dh dpt 2 juta terus senyap..mungkin lps duit dh habis br keluar fatwa baru...masyyukkkk...

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 7:40 PM

Memang tak nampak ramai tokoh agama dlm umno, tapi sebenarnya menyamai tokoh agama pas. Kebanyakan yg dlm umno lebih suka tak menonjol sebab tak mahu pening kepala nak berhujah. Lagipun ulamak politik dlm pas kira berani mati, boleh main redah saja mengeluarkan hukum dan fatwa untuk menetralkan dan megiyakan tindak tanduk ahli pas. Ulamak umno lebih berhati2 dan tidak begitu berani mengeluarkan fatwa, mereka lebih tawadduk.
Bagi saya, biar mereka takut didunia asal mereka tidak tersepit diakhirat, tapi takut yang melampau boleh menjadikan umat islam kehilangan punca dan panduan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2012 at 10:04 PM

Ulama Pas lebih berani berbanding ulama Umno dalam mengeluarkan hukum hakam ..... hmmmm ada kebenarannya. Ulama memang terlebih bebas mulut mereka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2012 at 11:14 AM

Secara jujurnya saya percaya UAI bukan ahli PAS dan dia memang tidak mahu bertanding atas tiket PAS. Kenapa dia berani buat kenyataan terbuka semacam tu? Mudah sangat. Pokok pangkalnya "RM". Kalau dah jadi ahli PAS, audiens ceramah akan mengecil. Orang UMNO dh tentu malas nk pergi. Masjid2 atau NGO pun akan kurang panggil. So income pun kurangla nanti. Dollars and sense je bro.

Tapi apa yang pasti kertas undi UAI akan dipangkah PAS atau PR. Just my two cents.

akuantiPAKATAN.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2012 at 11:45 AM

Itulah maksud saya dengan mengopy apa yang ORANG LAIN kata tuh :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2012 at 1:17 PM

No money no religion??

anon10

Post a Comment