........... Anwar Dan Bajet BN | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Anwar Dan Bajet BN

Sunday, September 30, 201214comments

Buku jingga, Kabinet bayangan dan bajet alternatif

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pakatan pembangkang sebenarnya berhadapan dengan risiko besar apabila membentangkan Bajet Alternatif 2013, sehari sebelum bajet sebenar.

Dengan mengusung nama bajet pakatan rakyat, tanpa dapat dielak Anwar meletakkan di depan kepentingan parti politik. Tentu teruk bunyinya jika kerajaan juga memilih menamakan bajet kali ini sebagai Bajet Barisan Nasional (BN).

Begitulah, mereka yang mengaku telus, adil dan saksama yang menentang hal-hal politik dicampuradukkan dengan urusan rasmi kerajaan, telah melakukan sebaliknya.

Walaupun bajet berteraskan politik pakatan pembangkang bukan hal baharu tetapi kali ini Anwar terlihat begitu kemaruk mahu menandingi keabsahan bajet kerajaan. Maklumlah, ini merupakan hari-hari terakhir perjuangannya menuju ke Putrajaya.

Mungkin atas sebab itu, tanpa memerah fikiran dengan enteng gerombolan, pakatan pembangkang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik dan membeli undi. Itulah yang ada dalam pemikiran mereka saban tahun apabila bajet dibentangkan - politik dan politik.

Mencitrakan diri sebagai pemimpin super hebat memang penting bagi orang seperti Awnar yang berhasrat besar mahu menjadi Perdana Menteri. Malangnya Anwar lupa mencermin diri walaupun telah gagal beberapa kali.

Kegagalannya mendapatkan jawatan itu dalam cubaan nekad pada September 2008 tidak pun memberi pengajaran kepadanya. Saban waktu, beliau lebih sibuk mengurus hal ehwal rumah orang lain sehingga mengabaikan urusan di rumah sendiri.

Dalam riuh rendah pembangkang mahukan pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi Anwar sendiri bertindak sebaliknya. Tiada pula rakan-rakan sekutu dan NGO propembangkang yang mahu menegur.

Jika benar bagai dikata, tentu Anwar tidak akan bertindak ala Menteri Kewangan. Jika benar menurut kata akar umbi, tentu Anwar akan menyerahkan tugas penting membentangkan bajet alternatif itu kepada pemimpin lain yang ada wibawa. Tetapi, siapakah orang itu?

Anwar dan PKR sendiri tidak berani menyenaraikan Kabinet bayangan mereka. Tiada alasan diberikan, kecuali mereka menganggapnya sebagai tidak perlu. Begitulah hipokrasi pakatan pembangkang.

Memporak-perandakan

Bajet alternatif berani mereka bentangkan tetapi kecut perut apabila diminta menyenaraikan Kabinet bayangan. Tidak lain ini kerana mereka tahu senarai Kabinet bayangan akan memporak-perandakan pakatan pembangkang.

Realitinya mereka tidak boleh bekerjasama sehingga orang selalu umpamakan mereka sebagai tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini belum lagi dibahas bagaimana mahu melaksanakan cadangan-cadangan dalam bajet alternatif itu, sedangkan banyak janji dalam manifesto 2008 pun belum ditunaikan.

Jadi, jika beginilah tingkah laku mereka bagaimana kita sebagai pengundi yang ada tanggungjawab boleh menyerahkan kekuasaan kepada kumpulan seperti ini? Jika Anwar berani mengangkat sebuah bajet yang muluk-muluk, kenapa pula takut untuk menamakan barisan anggota Kabinet mereka?

Sebagai penganut sistem demokrasi, kita seharusnya menghormati pandangan pihak lawan. Cuma yang jadi masalahnya ialah kehadiran politikus pembangkang sebagai penyemak dan pengimbang tidak benar-benar dirasakan.

Mereka lebih berminat untuk berpolitik - ceramah dan ceramah. Apabila berasakan bajet alternatif gagal menyaingi bajet kerajaan, Anwar dengan ringan mulut mengajak berdebat.

Beliau mencabar itu dan ini sehingga kesan yang selalu dirasakan ialah kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Pembangkang, yang diterajui Anwar itu lebih sibuk mahu mengurus negara, sedangkan di negeri yang ditadbir penuh cacat cela.
 
Dalam riuh rendah janji pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam bajet alternatif dan buku jingga mereka, kepimpinan pakatan pembangkang terlupa di negeri sendiri.

Apa jadi kepada RM30 juta yang kononnya berjaya dikumpulkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantu pengajian pelajar Unisel setelah pihak PTPTN membekukan sementara pinjaman? Setakat ini tiada khabar berita dan tiada apa-apa yang berlaku. Dana RM30 juta itu pula entah ke mana.

Malah Unisel terus dihimpit masalah demi masalah. Terbaharu pihak pengurusan pula gagal membayar kepada syarikat konsesi yang menguruskan asrama pelajar dan penyelenggaraan kampus.

Di KUIN juga masalah terus bertimpa-timpa daripada soal yuran, gaji, asrama sehingga status sijil yang dikeluarkan. Semuanya berkait soal kewangan. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pelajar dan golongan muda, generasi yang kononnya mahu mereka bela.

Anwar sebagai Ketua Pembangkang mempunyai ruang untuk mengutarakan buah fikiran semasa sesi perbahasan bajet 2013 bermula Isnin ini. Jika dilihat terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini, jangan harapkan buah fikiran atau kritikan yang konstruktif dan bertanggungjawab.

Fokus Anwar bukan untuk memperbaiki apa yang ada di negara ini. Jika tidak, contohnya mana mungkin boleh timbul masalah-masalah remeh tetapi perkara asas di Unisel dan KUIN.

Fokus sebenar Anwar ialah bagaimana mahu menjatuhkan kerajaan dan seterusnya menjadikan beliau Perdana Menteri. Tetapi jangan lupa sejarah telah membuktikan beliau telah gagal sehingga hampir-hampir meranapkan ekonomi negara.

Benar seperti kata Najib dalam ucapan Bajet 2013 pada Jumaat itu: 'Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala janji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang,"?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 9:06 AM

dah nama pun pembangkang..mestilah kerjanya nak menjatuhkan bn dgn segala cara yg ada..ttg budget ni semua org tau yg ni gula2 politik najib nak tarik undi.tp melihat cara dia berkempen unt bn pd hari itu menampakan najib berasa sgt cemas dan ketakutan yg amat sgt..najib tidak memikirkan juga hutang negara yg meningkat dan mengalami defisit selama 15 tahun.berturut2...cubalah anda bertanykan masalah kewngan negara ini pd kakitangan kementerian kewangan dan bukannya laporan utusan n tv3..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 9:20 AM

Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri)
Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
September 2012 (terkini): RM476.68 bilion.
sumber: Bank Negara Malaysia

Bajet 2013 : RM 502 Billion

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 10:44 AM

org melayu lah yg paling byk meminjam ptptn walaupn byk karenah.

ntah idea siapa anwar ikut utk mansuh ptptn?

pendidikan percuma? itu keistimewaan pada semua. secara x langsung menafikan perkara 153. again, idea siapa agaknya anwar pakai.

besides tht semua di dlm artikel adalah benar. perlu focus pada " pengundi bertanggungjawab" sbb saya percaya org melayu bukan pengundi bertanggungjawab.

sbb lebih emosi benci dan benci drpd pemikiran yg waras.

kalau tidak tidak bende yg kita perlu bimbang.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 12:15 PM

Samalah juga dengan bajet alternatif Anwar , semua percuma... tidakkah itu juga menambahkan hutang negara ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 12:17 PM

Jadi menurut perkiraan Mahfuz, hutang negara dalam 2 tahun ini adalah 52.7% + 53% = 105.7 % ! ! ADUH, MUFLIS DAH NEGARA !

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 12:18 PM

Tapi sikap yang sama TIDAK ADA pada mereka yang baru nak memohon PTPTN :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 12:28 PM

saya rasa dlm keadaan ekonomi dunia meleset teruk, kita masih mampu berada pada tahap yg sama, masih ada harapan buat negara kita. mungkin patut step back sejenak dan teliti juga phenomena global dan persekitaran.

kalau kita buat perbandingan negara lain barangkali menunjukkan defisit yg lebih menonjol dr tahun ke tahun.

mmg bukan alasan buat kerajaan. tp sekurang2nya kalau kita ada rujukan tentang keadaan negara lain maka kita akan dpt gambaran yg lebih baik.

lets not kid ourself yg dunia sekarang dlm keadaan ekonomi yg baik. kalau kita menghukum seharusnya juga berlaku adil.

saya masih percaya kerajaan kita yg pernah mengatasi kegawatan 1997 mampu bertindak sebaiknya yg boleh.

tp kalau dgn sbb di atas kita memilih pembangkang maka kita ubah seperti tikus membaiki labu. marahkan nyamuk kelambu dibakar.

sebut saja hutang mmg semua org x suka. tp jgn lupa semua negara berhutang termasuklah negara polis dunia. cuma harapnya modal yg kita jana mampu menyeimbangi hutang negara kita.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 12:36 PM

KALAU DAH TAHU BERHUTANG, SO APA ERTINYA BAJET PR YANG BAGI PERCUMA ITU INI? BUKANKAH MAKIN MERUMITKAN?

OH YA...UNTUK TIDAK BERHUTANG, KENA PINJAM DENGAN KAWAN..PINJAM JET, PINJAM KOT, PINJAM KERETA...BLA BLA BLA...JANGAN BAGI PINJAM BINI DAH LAAA..HEHE

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 3:42 PM

Dikatakan hutang negara terkini RM476.68 bilion. Sebenarnya dari jumlah itu, 96% drpdnya adalah hutang dalam negara. Drpd jumlah tu sebenarnya tak sampai RM20b merupakan hutang luar negara. Dari jumlah rizab yang ada pada Bank Negara Malaysia hari ni, kita tahu takde masalah untuk kerajaan settle hutang luar negara. Rakyat patut bimbang kalau hutang luar negara lebih tinggi dari hutang dalam negara.

Walaupun dikatakan hutang negara meningkat sejak 2007 or tahun lepas, fikir logik disebalik peningkatan dengan pelbagai projek dan faedah2 yang diberikan oleh kerajaan BN pada rakyat contohnya BR1M , wang seratus untuk setiap pelajar sekolah , baucar buku etc. pelbagai lagi faedah yang diberi untuk kemudahan rakyat.

Hutang luar negara ialah hutang yang ditanggung kerajaan dari sumber yang diperoleh dari luar negara oleh sektor awam dan kerajaan. Negara mungkin berdepan dengan risiko bankrap hanya apabila jumlah rizab yang ada kurang daripada jumlah hutang luar negara. Bila hutang luar negara lebih dari hutang dalam negara maka akan wujud risiko negara 'diperintah' secara halus oleh si pemberi hutang. Namun ini tak berlaku di Malaysia, dengan jumlah rizab yang menunjukkan Malaysia berupaya membiayai hutang luar negara oleh sektor swasta dan kerajaan sebanyak 1.62 kali.

Maksud hutang dalam negara ialah ia diperoleh melalui terbitan bil perbendaharaan, terbitan pelaburan kerajaan, sekuriti kerajaan malaysia, pinjaman perumahan dan terbitan sukuk simpanan rakyat serta sukuk 1Malaysia. Pemegang instrumen di atas terdiri dari institusi kewangan, GLC, insurans co, KWSP & SOCSO etc.

Jika dikaji, sumber hutang dalam negara dibuat adalah untuk kepentingan rakyat juga. Boleh rujuk dokumen hutang kerajaan dalam negeri di laman web www.treasury.gov.my.

Timo Kasih Din.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2012 at 3:46 PM

errr .... hutang ahlong masuk belah mana ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 10:10 PM

Anon ni tengok TVPas kot yang kata nampak najib cemas? Kalau dah mata diselaputi oleh bayangan taksub dan sifat suud zan (sangka buruk) , maka tengok orang ketawa dikatakan menangis... Apalah nak jadi dgn penganut pas nih.
Seperti kata DT, kalau bajet 2013 kjaan tu pun dikata banyak berhutang, apatah lagi bajet PM aka menteri kewangan Anwar tu? Mungkin dana dari yahudi saja yang boleh mengelakkan hutang menimbun kot?
Insaflah anon, mcmana kau pusing sekalipun, tak ada jalan dah anwar boleh jadi PM....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2012 at 11:54 PM

harap2 pencacai pakatan rakyat yang tak paham ekonomi tu paham la penerangan diatas ya?

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 2:37 PM

Bagi aku tak salah kalau Najib KEMPEN dlm parlimen hari tu..Dulu mmg aku pon meluat Najib TERLEBIH politik.Tapi bila fikirkan balik pembangkang semua bnda nk dipolitikkan,org mati jadi isu politik,kenduri kendara jadi isu politik,hal rumah tangga org jd politik,hatta nk kencing berak pon POLITIK,maka selayaknya segala politiking pembangkang juga di balas dgn cara POLITIK!

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 2:43 PM

Analogi mudah mcm ni la..Kalau pendapatan kita semakin bertambah dari tahun ke tahun,jadi tiada masalah untuk hutang bertambah asalkan tujuan jelas dn bermanfaat.Mcm kita la.Kadang2 hujung bulan tinggal berapa sen jer.Tapi kita tahu kemana duit kita pergi.

Kita tahu 40% gaji bayar rumah,20% bayar keta,10% simpan tabung haji,20% nafkah anak isteri..Tinggal 10% jer utk saving.Tp jika kita tahu mengukur baju di badan sendiri tak ada maslah dlm kita menguruskan hutang.

Post a Comment