........... Yahooo .... Mahasiswa, JOM BERPOLITIK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Yahooo .... Mahasiswa, JOM BERPOLITIK !

Sunday, August 26, 201215comments

Najib, kalau prestasi mahasiswa Melayu kita jatuh kesan dari pembabitan mereka dalam dunia politik ....... TUAN BERTANGGUNGJAWAB !

Kesan dari pindaan AUKU YANG DIRESTUI OLEH NAJIB, kini pelajar IPT bebas untuk terlibat dalam parti politik. Dari SINAR -

"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," kata Ketua Pemuda Umno KJ.

Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.

Sepertimana yang saya komen pembangkang semasa mereka umumkan mahu masuk IPT ( KLiK ) , SAMA juga saya akan komen tindakan Umno ini. 

Politik TIDAK PERLU dalam dunia IPT, ia cuma satu GANGGUAN ! Tapi kalau Najib dah beri lampu hijau untuk para pelajar IPT kita diganggu dengan politik ...... nak cakap apa lagi dah.

Tapi kenapa KJ hanya sebut IPTA saja ? Kenapa tak nak kacau pelajar2 di IPTSwasta ? Dikolej2 yang RAMAI pelajar2 Cina ..... KENAPA TAK NAK BAWA MASUK POLITIK KE SANA ?

Kena adil lah, kalau nak kacau pelajar2 Melayu kita dengan politik, maka kenalah juga kacau pelajar2 kaum lain. Kalau tidak orang Melayu akan semakin ketinggalan dengan perkembangan ini !

Siot la lu Najib !

Saya ingin beri cadangan kepada pihak IPTA yang bakal diganggu oleh parti2 politik ini ..... Apa kata perkenalkan syarat2 in-house bagi mengawal gangguan ini supaya tidak menjejaskan dengan teruk akademik para pelajar. Salah satunya -

Pastikan pelajar yang memegang jawatan dalam parti politik mesti memiliki minima CGPA 3.5 . Ini bagi memastikan pelajar yang merasakan mereka memiliki kriteria seorang pemimpin dan ingin aktif dalam politik TIDAK mengabaikan pelajaran dan punya disiplin yang tinggi.

Sekurang2nya jika mereka terus menjadi pemimpin parti politik selepas Grad kelak, mereka faham apa itu PERIBAHASA, SIMPULAN BAHASA DAN PERUMPAMAAN !

Kalau ada yang kata, jika begitulah syaratnya pasti tidak ada siapa yang layak memegang jawatan ....... tidakkah itu sendiri menjadi bukti betapa penglibatan dalam politik diIPT hanya memberi kesan NEGATIF ! ?

Alahai Najib..... Najib ......

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2012 at 8:36 PM

Aku rasa kita harus memberi sokongan jika cara digunakan oleh pemuda(UMNO) menarik minat pelajar2 kampus menjadi ahli kelab penyokong pemuda(UMNO) tidak keterlaluan.

Maksud tidak keterlaluan tentulah tidak menjejaskan walau sedikit kecermelangan & fokus akademik pelajar2 kampus atau dengan cara seperti pembangkang gunakan melibatkan unsur rasuah dimana ada ketua pelajar diberi bantuan kewangan yang bersyarat mengharuskan ketua pelajar itu di kampus2 tertentu mencari seberapa ramai pelajar lain untuk membuat demo tidak berfaedah ataupun demo yang boleh memberi politcal mileage kepada sesebuah parti politik tidak kira yang menjadi kerajaan mahu pun pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2012 at 8:36 PM

Amat bersetuju dengan saudara DT... nanti dalam kuliah pun berpuak2... semua akan sembang pasal politik je... mungkin akan ada bias jika pensyarah berlainan fahaman politik dengan pelajar... TOLONGLAH hentikan kerja pendek akal ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2012 at 8:37 PM

Baru nak masuk ipt ka?PR dh buat lama dh..xkan tau ipta ni student dia banyak pro PR...buang masa n duit je bro..ini semua kerja memperbodohkan Melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2012 at 8:43 PM

Akan ada pelbagai alasan dari kedua2 pihak.... yang tetap rugi siapa ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2012 at 8:44 PM

dulu haram sekarang dah Halal. Banyak bezanya tu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2012 at 9:14 PM

Pelajar2 kampus harus tahu kebaikkan & manfaat yang akan mereka peroleh jika menjadi ahli kelab penyokong pemuda UMNO. Apa yang pasti pelajar2 kampus tidak akan didoktrinkan dengan politik jenis picisan(seperti yang didoktrinkan pembangkang) tetapi akan didoktrinkan dengan politik sihat yang boleh mempertingkat & memacu lagi kecermelangan pelajar bukan sahaja dalam akademik malah masa depan mereka akan menjadi lebih cerah.

UMNO ialah tunjang kepada pemerintahan negara, UMNO akan terus mendengar aspirasi generasi muda, UMNO mampu merubah & berubah untuk menjadikan aspirasi generasi muda satu kenyataan. Sudah tentu aspirasi generasi muda itu harus dilaksana mengikut merit bukan pilih kasih. Keterdasakkan pembangkang hanya mampu menabur janji2 manis yang tidak mengikut logik sehingga dapat diperlekeh oleh sebahagian besar rakyat tidak kira muda atau tua yang bijak menilai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2012 at 9:17 PM

Kalau pelajar yang condong menyokong PAS, perangai mereka berpuak memang macam puaka! Pelajar yang condong menyokong UMNO, percayalah cakap aku tidak ada perangai berpuak sebaliknya mereka ini bersikap open-minded suka menerima sebarang kritikan dari puak yang condong menyokong PAS & pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2012 at 9:19 PM

Begitu juga hujah dari PR .....

TAPI KENAPA KEDUA2 PR DAN BN TAK NAK KACAU IPTS ? ? KENAPA ORANG MELAYU JUGA YANG DISASARKAN ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2012 at 9:54 PM

Ideologi PAS masuk ke kampus melalui persatuan mahasiswa islam (PMI) di setiap universiti. Penggeraknya ialah pensyarah2 pro PAS yg bergelar ustaz dan bekas pimpinan pelajar. Semua PMI yg dikuasai pro PAS akan bergabung dalam Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) yg sudah tentunya condong kpd PAS. Mereka akan merekrut pelajar2 semester 1 kerana mereka mudah dibrainwash. Sebab itulah saya kata, PAS dah lama lakukannya, cuma secara sembunyi2 je. Sedangkan UMNO baru nak melaksanakannya. Saya berani mengatakannya bhw ianya adalah benar2 berlaku di ipta kerana saya adalah salah seorg bekas mahasiswa yg pernah terpengaruh dgn dakyah mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2012 at 11:29 PM

Ini kes yang sama macam ISA punya kes. Beberapa ekor pemimpin pembangkang dan pemimpin NGO yang tak suka dan takut dgn ISA mendesak kerajaan melalui pelbagai jalan termasuk demo dsb untuk desak kerajaan memansuhkan ISA. Alasan mereka ialah ISA menindas rakyat, padahal rakyat marhaen tak kisah pun samaada ada atau tidak ISA tu. sebenarnya ISA amat berguna untuk kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia.
Kini tentang AUKU pulak... 98 peratus pelajar IPT tak kisahpun pasal AUKU, tada tak ada sama saja. Tapi parti pembangkang dan NGO yang merasakan pergerakan dan dakyah mereka terjejas dgn adanya AUKU telah mendesak kerajaan memansuhkan AUKU. Bila berjaya dimansuhkan, sepatutnya kita tak boleh lagi menoleh kebelakang, kita kena redah saja. Tak guna kita fikir lagi apa kesan kpd pelajar, kita hanya boleh meminimakan kesan tersebut, itu saja.
Kerisauan DT memang bersebab, tapi din .... Kalau pemimpin kita pun sanggup meremehkannya kerana terikut dgn desakan dan mainan politik pembangkang, siapalah kita untuk bersimpati dgn para pelajar tersebut.
Kerajaan sendiri telah mengutamakan kepentingan 2 peratus mangkok hayun yang gila politik dikampus dan meremehkan yang majoriti, sama2 lah kita doakan saja kesejahteraan para pelajar melayu kita.... Tak gitu din?

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2012 at 11:36 PM

Hehehehe .... ya, nak cakap apa lagi dah. Sebab itu point utama saya adalah - Kenapa kacau pelajar Melayu saja ? Kenapa tak kacau sama pelajar bukan Melayu dan juga IPTS ? Baru adil... Sipengacau itu Melayu, kenapa nak diganggu pelajar sebangsa seagama ? Kan LEBIH BAIK kacau bukan Melayu ? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 12:06 AM

Sebab dalam IPTS ramai pelajar jenis nak berjaya dalam hidup yang bermatlamat peribadi sahaja tidak berminat dengan politik tetapi mahu berjasa/menolong memajukan lagi perniagaan yang diwarisi oleh keluarga selepas pelajar itu berjaya menjadi graduan. Aku cuma beri satu contoh sahaja tentang matlamat peribadi yang tidak ada kaitan dengan politik atau suka berpolitik.

Hakikatnya hanya dalam IPTA sahaja terdapat ramai pelajar melayu. Baik BN atau pembangkang(PR), sudah tentu mereka lebih suka memilih(kacau) IPTA. Terminologi 'kacau' sesuai buat pembangkang(PR) sementara terminologi 'memilih' sesuai buat UMNO & BN, hehehehe.

Aku cadangkan kepada KJ kalau nak cari pelapis pemimpin yang berpotensi dikalangan pelajar2 melayu dalam IPTA bagi menggantikan pemimpin yang ada sekarang dalam UMNO untuk masa depan, sila guna terminologi 'mencari bakal pewaris kepimpinan yang ada sekarang'. Nampak lebih murni kata2 seperti itu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 11:41 AM

Ada juga gangguna pada bukan melayu, tapi yang bukan melayu ini pemikirannya dan matlamatnya jelas. Mereka tak makan mana sangat dengan dakyah politik. Pada mereka yang lebih penting adalah skor tinggi-tinggi, bergraduat dan dapatkan kerja hebat-hebat di industri, dapat gaji besar-besar, pegang ekonomi, baru pegang politik. Anak bukan melayu ini, nota kuliah pun mereka tak nak berkongsi dengan orang lain, apatah lagi nak berkongsi ideologi politik, nak berkongsi masa melayan usaha politik orang lain.

Anak melayu kita tidak sebegitu. Mudah sangat terpengaruhnya.

Majoritinya cakap belajar sampai dapat keputusan cemerlang apa guna kalau dicucuk hidung jadi lembu UMNO. Baik perjuangkan demokrasi untuk masa depan.

Kan elok kalau ada anak melayu berdemonstrasi di depan bilik pensyarah atau mana-mana bangunan pentadbiran universiti minta pengurusan universiti ketatkan peraturan pada pensyarah supaya sentiasa update nota (tak pakai nota 20 tahun lalu dalam kuliah), update soalan exam (jangan guna soalan exam 15 tahun lepas), dan tingkatkan kualiti isi kandunagn kuliah dan komunikasi dua hala dalam kuliah.

BN atau PR nak masuk kacau anak melayu sebab anak melayu ni mudah dimanipulasi, mudah diperdaya. Kebanyakannya anak orang kurang berada dan anak orang makan gaji. So spin isu miskin skit, isu tak de kerja skit bila dah bergraduat, dah semua jadi runsing, cari keputusan tukar kerajaan.


BN atau PR nak masuk kacau anak melayu sebab anak melayu ni mudah diperguna. Kalau di IPTS semua program kena bayar sendiri, di IPTA program dan aktivit kena ditaja. Jadi mereka pun datanglah dengan janji program dan duit tajaan yang berbukit-bukit, semua student pun ikutlah di belakang. Melaung bertakbir sedangkan makna Fatihah ada yang belum tentu tahu.

Nak pengaruh anak melayu ni mudah sebab kita sebangsa dan seagama, maka strategi, gaya bahasa, budaya, dan cara hidup semuanya sama saja. Sebab tulah datang ke IPTA, senang nak tackle.

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 11:47 AM

Now we are talking ! TerimaKasih saudara Kolek Kecil, komen yang BERNAS ! kita komen demi masadepan bangsa dan agama - POLITIK TOLAK TEPI !

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 8:23 AM

IPTS low class? Bodoh apa ko nih?

Saya bekas graduasi IPTA dan sekarang buat Master di IPTS. Jadi biarlah saya buat perbandingan.

1) Pelajar2 Melayu di IPTA secara umumnya lebih kemaruk politik hasil doktrin PMU atau PMIU setiap universiti dan biasanya didominasi oleh idea2 budu PAS!!!! Jika dibandingkan pelajar2 IPTS, mereka lebih FOKUS kepada pembelajaran sebab 100% bayar sendiri walau ada bantuan PTPTN tapi kos IPTS lebih tinggi berbanding IPTA secara relatifnya disebabkan IPTA mendapat bantuan kerajaan.

2) Perkara yang sama dapat diperhatikan terhadap bangsa2 lain selain melayu yang belajar di IPTA. Sebab? Secara dasarnya, bangsa2 lain tidak mendapat kemudahan kewangan yang sama dengan bangsa melayu menyebabkan mereka amat FOKUS terhadap pembelajaran supaya berpadanan dengan kos2 yang mereka tanggung.

3) Pelajar2 melayu IPTA tersangat lemah dalam bahasa Inggeris menyebabkan mereka sebenrnya yang lebih LOW QUALITY jika dibandingkan dengan IPTS. Kenapa? Tanya Menteri Pendidikan kita skg in yg juga merupakan seorang taikun pasir di Johor. Tanya kpd Menteri, kenapa hapus PPSMI? Apa yang tersirat di kepala hoitak beliau sebenarnya? U/P anda, Menteri Pendidikan kita skg ini merupakan protege kpd Pak bLah!!!

4) IPTA adalah intitusi pengajian tinggi kerajaan, oleh itu mendapat bantuan 'teknikal' sepenuhnya drpd kerajaan yg memrintah. Senang cerita, antara RTM1, RTM2 dgn TV3, mana yang paling best kauliti dan rancangan? Atau antara Hospital kerajaan dengan Klinik swasta, mana yg menpunyai ubat mengikut PIAWAIAN dan bukanya TENDER termurah?

Kalau anda belum menjadi pernah menjadi pelajar IPTA dan IPTS, tolong jangan tunjukkan kebodohan anda, nanti jadi mcm Al-Jubs yg lulusan bahasa kelas3 tapi mengaku seorang pakar ekonomi!!!!

Post a Comment