........... Tun Mahathir Masih Geram Dengan KJ ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Masih Geram Dengan KJ ?

Friday, August 10, 201211comments


Very the Direct and the very Straightforward Tun Mahathir dalam interview dengan Bloomberg ini. Dari Sinar  -

1 - "Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah,"  dan sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."

“The problem here is not Najib -- he is a leader of a weak government...... Any defections from the ruling Barisan Nasional coalition could “result in BN losing the next election,” 

2 - Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah. Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.

UMNO’s main coalition partners -- the Malaysian Chinese Association, Malaysian People’s Movement Party and the Malaysian Indian Congress -- have undergone leadership problems that have weakened the alliance, Mahathir said. Still, he added, the coalition is better off than it was in 2008.

3 -  "Najib lebih popular sekarang,"

 “Najib is much more popular now,”

Dan yang ke-4 ini yang saya nak HIGHLITEKAN !

4 -  "Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dngan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Previously, the people were not against BN, but they were more angry with the previous prime minister, his family and son-in-law,” he said, referring to his successor Abdullah and Khairy Jamaluddin, the current leader of UMNO’s youth wing.

Mungkin Sinar TERTINGGAL untuk terjemahkan - Khairy Jamaluddin, the current leader of UMNO’s youth wing..... biasalah, bulan puasa ni, agak kurang tumpuan sikit. Yang saya birukan adalah teks asal dari Bloomberg.

Bergantung kepada cara anda menterjemahkan kenyataan dari Tun itu, tapi bagi saya ya, Kenapa perlu Tun sebut juga son-in-law / menantu ? Kalau setakat sebut Pak Lah ngan keluarganya mungkin tak kisah sangatlah sebab mereka pun sudah tidak lagi relevan dalam politik sekarang tapi bukankah menantu PakLah masih AKTIF ( walaupun pernah kata nak bersara dari politik ), dan baru ni menyatakan hasrat untuk LEBIH AKTIF LAGI ?

Jadi persoalannya - Menurut Tun dan ramai yang sependapat dengan beliau, KJ antara penyebab utama prestasi terburuk BN dalam sejarah PRU, apakah KINI rakyat sudah tidak marah lagi dengan KJ ?

Apakah Najib mahu mengambil risiko dengan mencalonkan semula dalang yang menyebabkan beliau menjadi pemimpin kepada sebuah kerajaan yang lemah ?

Teringat kata2 omputeh yang saya kutip dari sifu JMD satu ketika tidak berapa lama dahulu -

THERE ARE NO MISTAKES IN LIFE BUT LESSONS, BUT IF WE DO NOT LEARN FROM THE LESSONS, THEN IT IS A MISTAKE !


Tidak Ada Kesilapan Dalam Hidup Kecuali Pengajaran, Tapi Jika Kita Tidak Belajar Dari Pengajaran Itu Maka Ia Adalah Satu Kesilapan !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 2:00 AM

KJ...the next Anwar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 6:13 AM

serangan peribadi yang langsung tidak membantu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 6:38 AM

saudara menegur Tun Mahathir ke ? hehehehe .... bagi sesetengah orang ia lebih kepada SOKONGAN YANG MEMBAWA REBAH !

Ramai yang baca artikel ini tapi cuma dua komen saja ? Pasti SENSITIF GILER ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 6:49 AM

Kata di depan lebih mulia dari kata di belakang

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 7:57 AM

Rasanya Tun Mahathir masih bengang dengan KJ kerana mencemarkan segala legasi yang T.Mahathir tinggalkan on a silver platter to Abdullah Badawi. Habis segala usaha T.Mahathir disapu oleh mereka dan keluarga2 mereka. Salah satu yang saya paling bengang adalah Jambatan JB-Singapore. That was one of the way for Malaysia to have the higher hand on Singapore, yet 'mereka dan keluarga mereka' blew it up.

Tapi, sekarang ni nampaknya KJ agak okay. ini persepsi saya. dengan pendekatan yang lebih strategik dan focus terhadap golongan muda dan mereka2 yang selalu melayari internet, nampaknya KJ cuba untuk menebus kembali 'dosa2' terhadap UMNO dan Malaysia. but would it be enough?....

tapi rasanya, selagi T.Mahathir hidup, maka peluang KJ nak cerah dalam politik agak kusam dan suram...

p/s: i'm reading 'Notes to the Prime Minister'. quite good book to give insight on T.Mahathir's effort during the currency attack on Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 8:32 AM

Mau tidak marahnya. Apa yang Tun cakap tu betul dan lagi satu point, kerana KJ punya permainan Mukriz tak dapat jadi Ketua Pemuda UMNO. Kalau idak, Mukriz bukan setakat Timb. Menteri sahaja, tetapi aku yakin menteri penuh.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 8:48 AM

Pemimpin yang punya sejarah yang 'kabur' akan dijadikan isu dimasa depan sepertimana Anwar, Azmin dll dimana persoalan 'bersih' mereka diungkit . Apakah KJ sudah menjernihkan apa yang kabur dulu ? Cuba klik link2 yang terdapat pada artikel lama saya dibawah -

http://dinturtle.blogspot.com/2011/08/kj-cakap-terang-terang-nak-bersara-atau.html

Maaf, saya tidak dapat terima KJ sebagai pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 10:54 AM

BAGI SAYA TUN AMAT MARAH KERANA PAK LAH TIDAK MELAKSANAKAN APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA BELIAU IAITU TERUS MENGIKUT PERANCANGAN YG TELAH TUN ATURKAN.SALAH SATUNYA ADALAH TUN TELAH BERJAYA MEYAKINKAN PM SINGAPURA UNTUK MEMBINA JAMBATAN JB SINGAPURA IAITU PELUANG YG MUNGKIN SEKALI SEUMUR HIDUP TETAPI PAKLAH TELAH GAGAL MELAKSANAKANNYA.KHAIRY SEBAGAI PENASIHAT PAK LAH BOLEHLAH DIKATAKAN SEBAGAI MASTERMIND DALAM USAHA MENGAGALKAN USAHA TUN MUNGKIN UNTUK MENGELAKAN TUN TERUS POPULAR BERBANDING PAK LAH KETIKA ITU.KEKALAHAN MUKHRIZ DALAM PEREBUTAN JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO YG PENUH KONTROVERSI JUGA SEBAHAGIAN DARI PUNCA KEMARAHAN TUN M.WALAUBAGAIMANAPUN BAGI SAYA KHAIRY MASIH BOLEH DIGUNAKAN UMNO UNTUK MENJADI PANGLIMA PERANG KERANA BELIAU JELAS MEMUPNYAI KELANTANGAN DAN KEBERANIAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN WAKIL PEMBANGKANG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 11:43 AM

Amoi said Paklah tak wajr kita lupakan bukan sebagai PM ke 5 tapi sebagai penghuru harkan negara , dia nak keterbukaan bila da terbuka dan tak leh control dia buat pekak badak aja, jalan mudah tubuh suruhanjaya yg mana membuang duit rakyat utk byr gaji pada hujung hasil masih ZERO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 5:35 PM

tidak ada insan sempurna. kalau nak bandingkan Anwar, Azmin dan lain-lain kenalah dalam konteks epal dan epal kerana kalau tidak ianya adalah tidak benar belaka.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 6:27 PM

? ? ? saya bukan bandingkan KJ dengan Anwar/ Azmin. Saya cuma katakan pemimpin yang ada masalah 'bersih' dimasa lampau kemungkinan kisah silamnya bakal diungkit dimasa depan.

Apakah masa lampau KJ sudah bersih ? SILA KLIK LINK YANG SAYA BERIKAN

Post a Comment