........... The ULTIMATE CHALLENGE Tun M Kepada Pas - Mahu Hudud ? Join Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

The ULTIMATE CHALLENGE Tun M Kepada Pas - Mahu Hudud ? Join Umno !

Friday, August 17, 201211comments


SEBAGAI TANDA PROTES, saya akan kekalkan artikel dibawah pada awal setiap artikel untuk beberapa hari. Untuk terus ke artikel baru sebagaimana tajuk, skrol kebawah selepas artikel protes ini. 

 

Pemimpin Umno Kelantan Dan Terengganu Pandang Rendah Peranan Bloggers ! Tak Nak Ubah Ker ?

Saya rasa tajuk artikel ini saja sudah cukup memberi hint kepada anda halatuju penulisan saya seterusnya ... Saja saya tulis dekat nak Raya ni supaya mereka yang berkenaan tu, bila dah berjumpa beraya sesama anda, boleh berbincang sejenak isu yang saya timbulkan ini..... itu pun kalau mereka cakna dengan perkembangan dunia politik dialam maya.

Setakat ini saya berani katakan bahawa pemimpin2 Umno di Kelantan dan Terengganu langsung tidak pandang akan peranan bloggers ! Bukan saja tidak hiraukan bloggers malah sesetengah mereka melihat secara NEGATIF akan bloggers. Menganggu, mengacau, menyemak dan tidak diperlukan. Adalah sorang dua tu yang nampak sedar tapi majoriti yang lainnya - Bloggers ni SERABUT !

Mereka tidak sedar banyak isu2 politik masakini yang bermula dari blog, ditangani oleh bloggers dan dijawab oleh para bloggers pro Umno. Peperangan politik didunia maya ini tidak banyak disedari oleh pemimpin2 Umno Pantai Timur yang rata2nya masih berfikiran konservatif.

Kelantan dan Terengganu punya persamaan dari segi politik dimana hampir kesemua isu nya melibatkan isu2 Melayu Islam dan parti Pas. Disinilah lubuk kekuatan Pas, dan waktu sama disinilah juga sebenarnya banyak isu yang boleh dibangkitkan tentang Pas.

Kalau disebelah pantai barat kita boleh lihat betapa rancaknya peranan para bloggers dalam menangani setiap isu yang timbul. Pantang ada isu sikit ....... berderu mereka serbu macam semut ! Kalau takde isu pun, mereka akan pecahkan otak wujudkan isu ! Pendekata, meriahlah.....Dan peranan mereka pula jelas diiktiraf oleh para pemimpin. Tapi di sini .... hampeh.

Cuba tanya berapa ramai bloggers pro Umno yang aktif di sini ?

Tidakkah anda mahu melihat dunia bloggers Pantai Timur ini juga turut 'meriah' dengan pelbagai isu yang begitu cepat dan tangkas ditangani oleh para bloggers pantai timur sendiri ? Malah mode operasi diPantai Timur mungkin boleh bertukar kearah MENYERANG dengan mencari pelbagai isu yang selama ini tidak dipandang langsung.

Peluru yang sama juga akan dibekalkan kepada para bloggers dipantai barat kerana setiap isu lokal jika diolah dengan betul, akan menjadi isu nasional.

Tapi sayang .... seperti yang saya sering katakan kepada rakan2 bloggers dari Pantai Barat, disini pemimpin2 Umno tidak pandang walau sebelah mata akan peranan bloggers. Tak tahulah mereka TAKUT senjata akan makan tuan ( ! ) atau mereka tidak mampu untuk berfikir diluar kawasan masing2 ! Semua hanya pentingkan diri dan kawasan mereka saja.

Tak kisahlah kalau ada yang nak marah dengan artikel saya ini. Nak kejut orang yang tidur lena kenalah keras sikit. Nak maki orang yang kejut itu pun, maki lah ..... janji dah bangun !

Punyalah banyak isu Pas yang boleh dibangkitkan tapi takde siapa yang mahu ambil cakna. Dan kalau ada mana-mana pemimpin yang kena serang, ikut pandai mu lah .. Cuba kalau ada Team Bloggers yang mampu memainkan peranan dengan berkesan ...... Terutama di Kelantan - Umno serius ke nak menang ? Atau di Terengganu - Bukan ke cukup makan jer ?

Tak perlulah saya berikan contoh2 .... anda semua tahu sendiri. Saya bukan maksudkan bloggers yang sibuk bersama2 pemimpin melaporkan perasmian itu ini ..... semua kerja itu dah ada 'pekerja' nya. Faham2 sendirilah ...

PRU13 dah semakin hampir ...... saya sekadar memberi pandangan saja. Untuk cadangan pula ..... takkanlah saya nak tulis kat sini ! Giler ... ramai juga orang Pas baca ni hehehehe ....

Akhir kata, kepada semua Pemimpin Umno Kelantan dan Terengganu - SELAMAT HARI RAYA !

                                             *******************************

The ULTIMATE CHALLENGE Tun M Kepada Pas - Mahu Hudud ? Join Umno !



Saya melihat kenyataan Tun Mahathir ini sebagai cabaran hebat kepada Pas untuk membuktikan segala laungan mereka tentang Hudud adalah IKHLAS dan bukan semata-mata Retorik demi Kuasa Politik. Saya copy sepenuhnya artikel Sinar dibawah.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno."

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,”


APAKAH PAS BENAR2 IKHLAS MAHUKAN HUDUD ? Nah...... Tun Mahathir sudah melontarkan THE ULTIMATE CHALLENGE kepada kepimpinan Pas !

Saya TIDAK NAMPAK Pas akan sambut cabaran Tun Mahathir ini. Pelbagai alasan akan diberikan. Paling best, kita akan lihat pemimpin2 Dap ketakutan dan kita akan dengar Mursyidul Agong PR memberi warning kepada pemimpin2 Pas supaya jangan percaya janji Tun Mahathir.

Kita tunggu dan saksikan apakah Pas benar2 ikhlas mahu hudud ATAU semuanya hanya LAKONAN semata2.


Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno

Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.


Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 11:11 PM

aiii..bila nak karam baru nak bising2..dulu tun la yg menindas kerajaan pas.bila pr dh kuat, mulalah melalut..masa tun berkuasa knp x ajak joint?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 12:33 AM

Sebuah artikel yang sangat baik dan sangat menarik. Saya amat menyokong pandangan dari Tun M yang tersangat padat dan diterima akal. Mana mungkin hokum Islam dilaksanakan sekiranya Melayu tidak bersatu dan Islam tidak diletakkan ke landasan yang betul. Laksanakan hokum hudud tetapi bukan cara PAS - sangat tajam dan berpendirian. Nampaknya Tun M sudah mula membuka ruang untuk PAS respond.

Ada kah TG Nik Aziz akan menyambut saranan itu? Rasanya tak mungkin dan saperti kata penulis, akan memberikan pelbagai alasan yang tak masuk akal. Paling tidaknya syarat akan diberikan untuk kesepakatan itu.

Sekiranya PAS benar benar ikhlas saperti kata Tun M, mereka akan menyambut hasrat UMNO dengan hati terbuka dan dada yang lapang. Sekiranya perjuangan mereka selama ini benar benar Islam, saya tidak lihat pelawaan tersebut harus ditolak.

Saya yakin telah timbul kegelisahan dikalangan Pakatan akan statement Tun M itu. Sungguh pun PAS mereka lihat sebagai Pak Pacak, tetapi dalam soal ini, mereka takut PAS akan bersama UMNO memperjuangkan Islam.

Wallahu’alam

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 2:14 AM

PR kuat? Kalau pun PR kuat bukan kerana sokongan orang Melayu Islam semakin tinggi tapi kerana sokongan orang kafir! Melalui Dap mereka nampak peluang untuk berkuasa semakin luas kerana Pas jelas dan nyata berada dalam genggaman Dap.

Menang PR bermakna semakin besar kuasa kafir dan semakin kecil kuasa Islam dinegara kita. Itu FAKTA yang saya berani cabar orang kalau nak berdebat!

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 2:15 AM

Ya, say pernah menulis tanpa perpaduan umno-pas, Hudud tidak mungkin terlaksana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 2:42 AM

Dh nk ghuyub dh bro,baru nk ingat ke?Kalau tk ada org yg ko kata kn kafir tu,boleh ke Najib jd PM.UMNO dr dulu lg perlu kn undi org kafir utk memerintah.UMNO belum pernah bertanding atas tiket UMNO.Sdg kn PAS biasa bertanding sendirian.Slps merdeka UMNO bertanding atas tiket Perikatan.Ghuyub dlm PRU 1969,tarik semua parti yg mengalah kn Perikatan dn tubuh kn BN.Di Sabah,konon ny akan br sama2 Berjaya dlm apa keadaan skali pun.Bila Berjaya klh kpd PBS,trus tarik PBS msuk BN.Kuasa Islam apa bro yg ada pd UMNO.Klau stakat nama je,rmai yg boleh tp betul ke pemimpin UMNO berjiwa Islam.Ingt bro,mempertika kn Al Quran dh gugur satu drp Rukun Iman"PERCAYA PD PARA KITAB".Mempertikai kn sunah Nabi,gugur lg Rukun Iman,"PERCAYA PD PARA RASUL"Apa kh rukun Iman tu ada empat(4) shj?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 2:44 AM

Yg perlu di tanya "ada kh ikhlas" bkn pd org yg di tawar kn tetapi kpd orang yg menawar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 3:20 AM

dengan al-kafirun depa kata hudud hanya kurang 1% dari segi pengisian teokrasi

sesama mukmin depa kata tidak lengkap kalau tidak ada hudud

kalau diberi pilihan apakah depa akan pilih kafir atau mukmin lain sebagai rakan kongsi?

rasa-rasanya mereka akan tetap bersama Dapirun (yakni bakal hilang kesemuanya) dari menyertai Umukmin untuk setidak-tidaknya mempertahankan 99% yang sedia ada.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 4:09 AM

Salam Din,

Tun saja test hulur pancing tu...nak tgk penyu mana yang akan melatah makan umpan..dan rakyat sendiri akan menilai kualiti telur yang dihasilkan penyu tu. Hehe...ada ke penyu makan umpan?

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 4:49 AM

Dan sekarang Pas pula kalau boleh nak bertanding atas tiket PR? tak sama ke tu?

Saya tanya, betul tak kalau PR menang bermakna kuasa kafir makin kuat dan kuasa Islam makin lemah? Apakah jiwa Islam? Bercakap saja tentang Islam belum tentu sudah punya jiwa Islam, kan? Memakihamun dan menabur fitnah juga dari orang berjiwa Islam? Jangan memalukan Islam.

Saya akui Umno tidak bersih, tapi apakah saudara akui Pas semuanya bersih? Salahkah kalau saya mahu melihat umat Islam bersatu?

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 4:52 AM

Cuba bersangka baik dan terima, dari situ rakyat akan nampak apa benarkah ikhlas atau tidak? Jika tidak, Pas tidak perlu bersusah payah dah sebab semua orang dah nampak. Tak gitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 5:19 AM

tawaran telah dibuat,ikhlas atau tidak tuhan saja yang tahu

kalau ikhlas jadi isu, apakah tawaran Dap itu semudah itu ditetapkan sebagai ikhlas melampaui keraguan munasabah...kalau ya, ketaksuban ini sukar dirawat,bro

Post a Comment