........... Shahrizat Hanya Tahu Mengenai NFC Tahun 2007 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shahrizat Hanya Tahu Mengenai NFC Tahun 2007

Friday, August 10, 20127comments

Dari SINAR





KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu pada 2007.

Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sejak Disember 2006.

Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.

"Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini.

"Ia berlaku selepas beliau (Mohd Salleh) telahpun memperoleh projek itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ranjit Singh dalam prosiding kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli.

Ranjit mewakili kedua-dua defendan.

Shahrizat turut menafikan mengetahui projek NFC lebih awal dan perbincangan mengenai NFC bukanlah atas kapasiti sebagai seorang menteri sebaliknya perbualan antara suami isteri.

Ditanya bukankah Wan Shahinur Izran masih terlalu muda untuk dilantik sebagai pengarah syarikat kerana baru berusia 22 tahun ketika itu, Shahrizat berkata ia tidak salah kerana anaknya telah tamat pengajian ketika berusia 19 tahun di Amerika Syarikat serta antara pelajar terbaik.

Katanya Wan Shahinur Izran tinggal bersamanya sejak 2004 dan dua lagi iaitu Wan Shahinur Izmir, 32, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, 26, berada di luar negara dan kembali ke Malaysia pada 2007 untuk menyertai NFC.

Tambahnya walaupun beliau, suami dan Wan Shahinur Izran tinggal sebumbung tetapi mereka tidak ambil tahu urusan kerja masing-masing.
Shahrizat berkata beliau mula meneliti pembabitan ahli keluarganya dalam projek itu pada tahun lepas selepas tersiar di media dan meminta suaminya memberi penjelasan.
 
Ketika ditanya oleh Ranjit bahagian manakah di dalam kenyataan kedua-dua defendan sehingga memudaratkan dirinya, Shahrizat berkata:

"Kata-kata mereka membuatkan orang ramai menyalahkan saya."

Di awal prosiding, mahkamah ditunjukkan tayangan video mengenai sidang media melibatkan kedua-dua defendan di bangunan Parlimen.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dalam isu NFC.

Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat bersekutu.

Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung 18 Sept.- Bernama

Kenyataan Shahrizat di Hari Pertama



                              **********************************

Komen saya - Kalau Shahrizat pemimpin Pembangkang, teruk dah kena hentam  ! Kali ni mungkin pencacai pembangkang akan bergumbira menghentam beliau. Saya nak tunggu dan baca pandangan mereka dulu hehehehe .....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 7:19 PM

Tak logik langsung penjelasan shahrizat ni,macamana dia boleh tak tau?adakah mereka ini tidak pernah sebumbung?

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 7:53 PM

Mungkin sisuami sudah berpakat dengan SEMUA orang yang terlibat TERMASUK Menteri2, pegawai2 pertanian dan kewangan dan press supaya merahsiakan Nfc dari pengetahuan Shahrizat? mungkin kan, kan, kan?

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 8:13 PM

Bhai..duduk satu rumah kot..tak kan tak tahu langsung asben anak semua buat kerja apa?

Tak kan time makan semua diam je?tak ada sembang2 pasal kerja?kalau betul si shahrizat tak tahu apa2...ini adalah konspirasi terbesar sebuah Family kat Malaysia ni..Bapak dan anak berpakat merahsiakan aktiviti Rahsia mereka iaitu membela lembu.. kah3.. adeh.. lucu bro.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 9:43 PM

Samada shahrizat sedar atau tahu penglibatan suami dan anak2nya dalam projek nfc bukanlah isunya.isu utama adalah samada shahrizat terlibat secara langsung atau tidak dalam pemerolehan projek tersebut...

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 10:04 PM

Penglibatan Shahrizat memanglah isu utama dan telah didapati TIDAK ADA oleh SPRM.

Kita ni berGOSSIP tentang kebolehpercayaan hujah Shahrizat yang dia tak tahu menahu...... ulang - GOSSIP ! HEHEHEHE

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 1:41 AM

Bro. Aku dalam kes ni rasanya cenderung untuk ragu2 samaada betul ke shahrizat tak tau lgsg pasal penglibatan anak2 dia dlm nfc.
Satu lg,pihak pembangkang pasti akan mempersoalkan bagaimana suami dia blh dpt projek besar ni tanpa ada precedent.Dalam banyak2 part yg diorang twist n turn, part ni aku rasa ada betulnya...tp entahlah.saman kali ni bkn pasal tu hehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 1:56 AM

Saya sendiri belum jumpa sesiapa yang percaya!

Post a Comment