........... Selepas 31 Tahun, Dimana Perlembagaan Islam Hadi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Selepas 31 Tahun, Dimana Perlembagaan Islam Hadi ?

Sunday, August 12, 20122comments


Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Bahagian pertama dari Amanat Haji Hadi yang diucapkan oleh Presiden Pas kini, pada 7 April 1981. 

Tidak banyak yang telah diubah dari Perlembagaan Negara sejak waktu itu. Negara masih lagi mengekalkan Perlembagaan yang menurut Hadi adalah perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.

Sekarang Hadi dengan lantang dan penuh konfiden menegaskan Pas akan mempertahankan Perlembagaan Jahiliah yang sama. Takperlah, yang ini dah banyak kali ditulis, tak perlu saya nak ulang lagi buat masa ni.

Cuma saya nak tanya satu jer pada Hadi ( kalau ada orang Pas yang baca, bolehlah hello, hello kepada Presiden anda itu ya ) - Bila kita hentam sesuatu dasar itu dan kita tuntut ia digantikan dengan yang lebih baik, bukankah ia bermakna kita SUDAH ADA penggantinya ?

Apatah lagi selepas 31 tahun berlalu, pastinya Perlembagaan Hadi sudah dikemaskini dan bila-bila masa saja tersedia untuk dipersembahkan untuk tatapan umat Islam...... Kan ?



Tak elok bersangka buruk jadi saya anggap Perlembagaan Hadi itu wujud. Takkanlah Hadi cuma tahu cakap saja tapi isi takde ........ kan ?

Jadi alang2 dah dekat PRU13 ni, dan Hadi dan pemimpin2 Pas lain masih lagi menjajakan cerita pemerintahan Islam ( bermakna Perlembagaan Jahiliah yang ada kenalah di renovate ), apakata Hadi keluarkan Perlembagaan Hadi itu untuk kita sama2 nilaikan..... mungkin ada dikalangan ulama bukan Pas yang dapat berikan pandangan untuk dipertimbangkan.

Tak gitu ?

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2012 at 12:02 AM

Apa nak heran bro....parti tingallan legasi british...sama aja dengan ahmadiah kat Indonesia tu

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2012 at 10:25 AM

HA HA HA!! SOALAN CEPUMAS UNTUK HADI. TAPI AKU DAH BOLEH AGAK JAWAPAN DALAM KEPALA DIA. KALAU ADA DRAF/BLUE PRINT TU DIA AKAN MENGAKU LAH KOT. TAPI KALAU TAKDER, DIA AKAN JAWAB JUGAK TAPI BIASALAH JAWAPAN POLITIK... BLA.. BLA... BLA... AKHIRNYA UMNO TOLAK HUDUD ATAU UMNO TOLAK ISLAM. DIA NAK RAKYAT TAHU DUA PERKARA TU WALAU PUN ITU HANYALAH TUDUHAN PALSU.

Post a Comment