........... SAH Nasha Sudah Pro Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SAH Nasha Sudah Pro Umno !

Thursday, August 16, 201224comments


Dalam artikel saya sebelum ini berkaitan isu yang sama ( Nasharudin ANCAMAN Kepada Budaya Taksub Pas ) ada saya ulas kenyataan pemimpin Pas yang mengaitkan pendirian Nasha akhir2 ini dengan Umno melalui kenyataan2 beliau yang disifatkan sebagai pro-Umno.

Artikel SINAR ini Nasha : ' Saya tidak ada niat masuk Umno " pastinya MENGESAHKAN sikapnya yang pro Umno ! Walaupun Nasha menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu, cuba perhatikan kenyataan beliau seterusnya -

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

Itu adalah pandangan dan pendirian orang UMNO ....  Orang Pas TIDAK AKAN berpandangan begitu ! Orang Pas menganggap orang Dap lebih beriman berbanding orang Umno walaupun mereka kafir. Jadi bayangkanlah dimana tahap yang diletakkan Pas terhadap orang Umno ...

Jadi minta maaf la Nasha, jika saudara harap kenyataan itu sebagai neutral, saudara silap besar. Malah ia tambah mengesahkan betapa dakyah Umno telah meresapi kedalam jiwa saudara. Bersiap sedia jelah nak kena tendang keluar.

Hasan Ali dulu pun cakap pendiriannya tidak ada kena mengena dengan Umno. Dah kena tendang keluar pun, Hasan tetap tidak menjadi ahli Umno tapi rata2 orang Pas menuduh beliau sebagai dipergunakan Umno. Seperti yang saya tulis sebelum ini, semuanya bertujuan mengalihkan perhatian orang Pas dari meneliti apa yang beliau ucapkan .... kerana orang Pas TAKUT untuk berdepan dengan kritikan dan pandangan yang tidak sehaluan terutamanya jika datang dari dalam kem sendiri.

Jika ada, ia perlu dinyah keluar dengan segera. Sebelum itu, palitkan dengan nama Umno supaya inti pandangan itu dilihat tercemar oleh orang Pas yang sememangnya fobia dengan apasaja bernama Umno.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
August 16, 2012 at 9:20 PM

Salam AbangDin
Saya percaya PAS tidak akan memecat Ustaz Nasa kerana mereka telah mengambil iktibar dari pemecatan Dato Hassan Ali dulu yang lebih banyak merugikan dari menguntungkan tahallul siyasi mereka.
Kalau nak pecat pun mereka akan tunggu masa yang sesuai, tapi bukan sebelum PRU 13.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
August 16, 2012 at 9:23 PM

Salam AbangDin,
Didalam PAS kalau mahu perpaduan ummah maka orang itu adalah pro UMNO?

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 9:24 PM

Tapi kalau Nasha terus mengeluarkan kenyataan2 'pro Umno' ?

Payaaaah .... dalam politik sekali orang dah curiga, biasanya orang tu takkan bertahan lama dah. Lagipun dalam Pas, Nasha dah boleh tutup buku.

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 9:28 PM

saya buka soalan saudara kepada pengomen2 lain, kalau ada yang nak tolong jawab. MENARIK soalan tuh !

Apa pandangan anda ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 9:59 PM

Saya faham dgn maksud sedara Nasha......kerana saya juga berada dalam keluarga PAS.....tapi lama kelamaan org yg ada akal akan kembali terfikir akan perjuangan PAS......bagi saya Dato sri Najib sudah menjadi pemimpin yang boleh di banggakan oleh umat Islam....!....saya org Perak! is3 saya org Kelntan...tapi Alhamdulillah sekarang IS3 saya baru nampak jalan BN setelah saya jelaskan dgn terang dan BUkti keadilan Kerajaan BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 10:11 PM

Ust. Nasha ini bukanlah pro umno..
Cuma dia adalah antara ahli PAS yg sudah menyedari kesilapan PAS..
Dia benar-benar mahu menjadikan PAS itu sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam.. Dia tidak mahu PAS menjadi parti yang memutarbelitkan agama Islam seperti yang sedang berlaku sekarang ini..
Krisis yg paling berat berlaku skrg ini adalah perpecahan umat Islam..
Jika Ust. Nasha berjaya dalam usahanya, maka PAS akan mendapat kemenangan..
Tapi rasanya nasibnya akan sama seperti DHA kerana barisan pemimpin PAS sekarang ini terlalu jumut dan terlalu tamak mengejar Putrajaya tanpa mempelajari dan mencontohi sunnah Rasulullah..
Akibatnya, yang pertama disingkirkan manakala yg kaca dijulang..
Ringkasannya Ust. Nasha bukan berjuang demi parti, dia berjuang demi Islam..
Oleh kerana itu dia tidak sesekali mengkafirkan saudara seagama..
Yang baik, disokong mahupun ia diusahakan oleh pihak musuh..
Inilah intipati kejayaan yang pemimpin-pemimpin PAS tidak nampak..

Tapi kalau Ust. Nasha masuk UMNO pun bagus juga.. Org yg hebat sebegini mmg amat diperlukan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 10:12 PM

Abangpi,
It certainly looks like it. Ustaz Nasha, kerana pendirian nya, lunyai di kata dlm blog2 Pas. I think Ust Nasha puts being Muslim first rather than party. Tabik, Ustaz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 10:15 PM

Alhamdulillah. Moga2 mkin ramai yg sedar. Kita seagama, sebangsa perlu bersatu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 10:38 PM

Setuju dengan apa yang ditulis oleh Anon August 16, 2012 10:12 PM,

Mungkin jika lihat melalui sudut politik, Ustaz Nasha lebih ke arah UMNO.

Namun bukan semua benda harus di kaitkan dengan politik, kan?

Ustaz Nasha adalah contoh produk Pemimpin Islam yang berjaya dari segi memahami apa itu Politik dan apa itu Islam.

Mengikut kata-kata Nik aziz tentang Ustaz Nasha, beliau seolah-olah amat taksub dengan Politik kepartian dari beranggapan baik - dan itu adalah kesalahan yang besar dalam politik. Kerana sekali kita beranggapan tidak baik pada seseorang, maka selama-lamanya lah tanggapan itu tidak akan lari dari diri kita sebagai ahli politik - (Pentaksub Nik aziz mungkin akan marah)

Mungkin Hassan ali tidak secool Ustaz Nasha, yang mungkin terlalu marah dengan sikap PAS yang amat jelas takut dengan DAP khususnya, Apabila Hassan Ali menjalankan tugas sebagai orang islam.

Harap Ustaz Nasha sentiasa playsafe, kerana parasit-parasit sudah mulai bertindak untuk BOOMkan beliau untuk keluarkan dari PAS.

Dan dapatlah kita lihat kehancuran PAS disebabkan kebodohan Pemimpin Mereka sendiri yang terlalu tamak untuk berkuasa.



....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 10:43 PM

abangpi sendiri menulis dikomen pertama, Pas tidak akan pecat Nasha berdasarkan pengalaman dengan Hasan .... tidakkah itu menunjukkan keputusan itu kalau dibuat adalah berdasarkan kepentingan politik bukannya kepentingan ummah ?

Pas yang meihat segalanya melalui kacamata politik.... cuba fikir, bagaimana bentuk perpaduan ummah Pas dari kacamata politik Pas ? Tidak hairanlah mereka berikan pelbagai syarat sebelum boleh bermuzakarah dengan Umno padahal syarat2 yang sama tidak pula mereka berikan pada Dap ( erk ! )

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 10:47 PM

Tapi Pas melihat SEMUA benda termasuk politik adalah agama. Jadi isu perpaduan ummah juga harus dilihat dari sudut politik bagi mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 11:27 PM

Setelah pemergian ustz fadhil noor, saya merasakan ustz nasha adalah calon terbaik dlm memperjuangkan Islam. Ustz fadhil dan tun m pernah duduk di atas pentas yg sama dengan tujuan utk bersatu dlm mengutuk kekejaman zionis ketika itu. Lagipun ustz nasha dikaderkan sendiri oleh ustz fadhil, kira hubungan mereka rapat mcm mentor & protege. Saya melihat semangat dan perjuangan ustz fadhil diwarisi sepenuhnya oleh ustz nasha. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan pas akan kembali menyinar seperti sebelumnya jika pas diterajui oleh ustz nasha sebagai presiden parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 11:34 PM

Itulah yang silap bang din. Tak ada dalam Al Quran mahu pun hadith yang sahih mengatakan Politik itu sama seperti Agama dan ianya wajib dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

Kadang-kadang hairan juga dengan PAS ni, dikatakan banyak bijak pandai dalam agama, sampai berPhd tapi awat benda yang simple pun masih bebal nak faham.

Isu Perpaduan ummah bagi PAS ianya adalah 1 benda yang mampu meranapkan kekuatan dan kewujudan Parti mereka, senang cerita, dah tak boleh cari makan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 11:54 PM

Ya, modal utama Pas adalah mereka lebih Islamnya berbanding orang Umno. Kalau dah bersatu, maka hilanglah kelainan itu. Kita yangdiluar melihat segala tindak tanduk Pas sekarang banyak yang meniru Umno tapi demi menunjukkan cara Pas itu LAIN, maka digunakanlah perkataan arab, konon cara mereka LAIN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 11:59 PM

mungkin juga Nasha akan dipecat sebab suara beliau selalunya menyakitkan PAS. Nasha akan membuat damage kepada PAS menjelang PRU. beliau akan mengkritik PAS atau pun menyindir dari platform PAS sendiri. jika dibiarkan berterusan, teruklah PAS mengharungi liku liku ke Putra Jaya yang penuh dengan onak dan duri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 12:08 AM

Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Nasha telah melihat keadaan PAS dari sudut agama yang jelas membuktikan perjuangan PAS HANYAlah untuk politik.

"..... cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan"

sekiranya kata kata itu terbit dari hati yang ikhlas, alhamdulillah. insya allah akan teguhlah Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 12:15 AM

Allah ta'ala mencipta syurga dan neraka ada sebabnya. walaupun berPhd, tapi kalau hati dah terhijab, yang disuruh diengkari dan yang ditegah dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 12:17 AM

tetapi jika mendapat tekanan dari mereka mereka dibawahnya pun sukar nak diubah. saperti sekarang ni, nik aziz yang kelihatan lebih darjatnya dari presiden parti sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 1:06 AM

saudara/i,

kalau ujud banyak mazhab dalam agama kenapa dalam parti tak boleh?

kalau tuhan tidak benarkan perbedaan pandangan sudah tentu puak-puak berbeza pandangan dipupuskan

ya kenapa tuhan tidak pupuskan puak berbeza pandangan...walhal parti yang mengaku ujud ketuhanan tidak meraikan perbezaan pandangan dalam kalangan mereka?

sayang seribu kali sayang bilamana pandangan berlainan dari sedara sendiri tidak akan kompromikan sedangkan ancaman dari pihak bukan saudara diraikan penuh toleransi!

PELIK TAPI BENAR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 1:07 AM

pendapat saya, kiranya PAS mahukan perpaduan ummah, hendaklah berbalik kepada agama yang sebenar. agama sahajalah yang dapat membentuk adab dan adat sasaorang menjadi muslimin sejati. berbuat baik sesama maknusia itu adalah ajaran Islam dimana agama yang melaksanakanya. dengan adanya agama maka dapatlah kita lihat perjalanan hidup yang sebenar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 1:15 AM

dt,

tidak apa kalau pro yahudi, zionis, kawarij dan HARBI asalkan ABU

APA BEZANYA KENYATAAN DIATAS DENGAN KENYATAAN INI;

tidak apa sokong itu, ini dsbnya asalkan bukan Dapster kerana keHABRIANNYA?

maksudnya, terdapat usaha untuk mengelirukan pemikiran massa hinggakan perkara ini boleh timbul;

tak apa jai arti asalkan ABADI

HMMM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 1:57 AM

Saya bersetuju dengan saudara. Biarpun presiden pas bertukarganti, selagi orang anwar ada dlm pas, selagi itulah penyatuan pas-umno akan menemui jln buntu. Dlm Islam dah jelas bhw semua org Islam adalah bersaudara. Org pas yg berjiwa pkr pula melihat umno adalah musuh ketat dan wajib diperangi dengan menyalahgunakan slogan jihad. Menumbangkan sebuah kerajaan yg diterajui umno akan dianggap sebagai jihad. Seolah2 dosa umno terlalu besar jika nak dibandingkan dengan dap. Hanya 1% tuntutan Islam yg blom dilaksanakan umno, itupun bersebab, sedangkan sejak lebih 50 tahun umno telah menyumbangkan 99% demi kepentingan Islam seperti pendidikan, ekonomi dan pembangunan modal insan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 6:02 AM

nampaknya nasya kena bersedia unt terima cek 2 juta lagi dua minggu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:23 PM

kuikuikui...mazhab tu tak memecah belahkan islam... ia baik kerana mengikut kesesuain cuaca dan budaya... asasnya ttp sama ahli sunnah waljamaah...ni sekarang ahli sunnah mazhab sama yg pecah belah dan membenci.. lebih kepada assobiyah pada kafilah mirip arab jahilliyah.. pernah tak sekali pas meminta maaf atau mengakui kesalahan... mesti lah tidak... kalau ada ahli yg ditangkap kerana salah laku akan dibela habisan sebab nak imej bersih.. sebab ada nama 'islam' pd nama penuh parti... mcm
tu tak mustahil bersarang lah yg bangsat2 dan yg jahat perangai dlm pas...

kerana takde saper yg penah diambil tindakan.... manusia dlm pas bukan maksum... aku rasa drg ni lah perosak bangsa dan agama... islam di pandang murah bila isu agama dipolemikkan...

Post a Comment